Anda di halaman 1dari 3

Bincangkan EMPAT (4) peranan/ fungsi teori komunikasi kepada organisasi bukan

kerajaan (NGO) ATAU organisasi awam

1.0 Pengenalan

Dalam perjalanan sesebuah organisasi, elemen-elemen dalam organisasi tidak dapat lari
daripada berkomunikasi. Menerusi komunikasi, ahli-ahli dalam organisasi dapat bertukar
maklumat dalam memajukan unit masing-masing. Organisasi tidak dapat hidup dan meneruskan
aktiviti tanpa komunikasi (Hickson et. al., 1998).

Empat (4) peranan/fungsi teori komunikasi.


Menurut Syed Arabi (1998) teori mempunyai beberapa peranan. Antara peranan teori ialah:
i. Penerangan
Suatu teori yang baik dapat menerangkan sebab berlakunya sesuatu fenomena.
Dengan menggunakan teori yang relevan, seorang penyelidik dapat menerangkan
kaitan antara dua atau lebih konsep.
ii. Penjelasan
Teori dapat menjelaskan sebab wujudnya sesuatu fenomena dengan menyatakan
konsep yang terdapat dalam teori berkenaan.
iii. Ramalan
Jika sekiranya kita mendapati berlaku suatu fenomena dan dapat pula
memperincikan beberapa konsep dalam fenomena tersebut maka kita boleh
meramalkan bahawa fenomena tersebut akan berlaku pada masa depan andainya
terdapat konsep yang berkenaan dalam teori kita.
iv. Pengawalan penyelidikan
Teori mendorong seseorang penyelidik membuat sesuatu bentuk kajian. Jika
sesuatu teori tidak dapat dipertahankan lagi, maka penyelidik tersebut akan
menjauhkan diri daripada melakukan kajian atau cuba memperkenalkan konsep
lain
Komunikasi memainkan peranan penting dalam sesebuah organisasi. Komunikasi
merupakan suatu proses transaksional dan simbolik. Proses transaksional ialah komunikasi
melibatkan dua atau lebih kakitangan organisasi berinteraksi dalam persekitaran organisasi.
Simbolik ialah proses transaksional yang mewakili tahap perlambangan yang tertentu.
Perlambangan dalam konteks ini ialah proses komunikasi mempunyai tahap abstrak yang tertentu.
Misalnya, penggunaan perkataan seperti Encik, Tuan, serta Puan mewakili rasa hormat
terhadap status atau kedudukan seseorang dalam sesebuah organisasi awam. Carta organisasi
merupakan contoh perlambangan kepada struktur hierarki yang berlaku oleh sesebuah organisasi
awam dan mempengaruhi proses komunikasi yang diamalkan dalam organisasi awam berkenaan.
(Che Su Mustaffa et al. 2004)
Malahan kekaburan dalam menyampaikan maklumat boleh menggugat pencapaian objektif
organisasi. Ini kerana hanya penyaluran mesej yang bermakna antara manusia dan mudah difahami
mampu memberi tindakbalas yang berkesan (S.O. Oluga, 2010).

Komunikasi dalam organisasi adalah melibatkan proses pengiriman mesej atau maklumat
daripada individu kepada individu, kumpulan atau organisasi. Proses hubungan manusia yang
melibatkan aktiviti komunikasi, pada dasarnya menyamai konsep falsafah politik demokrasi. Ini
bererti individu-individu dikaitkan sebagai satu unit organisasi manusia yang dikoordinasikan
dengan komponen-komponen yang lain untuk membentuk sesebuah organisasi. Oleh yang
demikian, bentuk komunikasi yang berlaku dalam sesebuah organisasi antara ahli organisasi sama
ada antara pengurus dengan pekerja, pengurus dengan pengurus, pekerja dengan pekerja amatlah
penting sebagaimana dapatan kajian komunikasi organisasi oleh Abdul Samad ke atas Akademi
Seni Kebangsaan, Kuala Lumpur (1998).

Bibliograpi:

Ab. Samad Kechot. (1998). Bentuk-bentuk komunikasi dan kesan ke atas organisasi: satu kajian
ke atas Akademi Seni Kebangsaan, Kuala Lumpur. Tesis Sarjana, Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Che Su Mustaffa et al. (2004), Modul Teori Komunikasi, UUM, :135-136


Craig, R.T. (1996). Communication theory as a field. New York: Guilford

Hickson M., Stacks, D. W., & Greely, M. P. (1998). Organizational communication in the
personal context. From interview to retirement. Needham Heights: Allyn & Bacon.
LittleJohn, S.W., dan Foss, K.A. (2008). Theories of human communication. United States:
Lyn Uhl.
Oluga, S. O. (2010). Ambiguity In Human Communication: Causes, Consequences And
Resolution. Jurnal Komunikasi. 26(1): 37 46.

Syed Arabi Idid. (1998). Kaedah penyelidikan komunikasi dan sains sosial. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai