Anda di halaman 1dari 2

10 tips untuk mudah bersalin

1) Amalkan bacaan ayat-ayat Al Quran , selawat dan zikir.

Selepas solat, amalkan baca doa-doa berkaitan pregnancy, bersalin dan nak dapatkan anak soleh
cam surah Al Araaf (128), surah At Taubah, surah Yunus (31), surah Yusuf (68), surah Al Hijr (97-99),
surah An Nahl (78), surah As Sajdah (7-9), surah Maryam dan surah Yaasin. Selain itu, amalkan baca
Al fatihah, 3 qul, Ayat Kursi dan selawat syifa sebelum tidur dan sapu ke perut dari atas ke bawah.

2)Minum air kelapa muda.

Selain memudahkan proses bersalin, ia membersihkan kepala bayi yang keluar dari pintu rahim.
Kulit pun cantik dan rambut sihat.

3)Banyakkan aktiviti bersama suami.

pilih posisi yg sesuai bila bersama..Klo rasa malas & xbernafsu..ingatlah ini hnya utk memudahkan
anda bersalin

4)Meminta maaf sekerap mungkin terutama kepada suami & ibu bapa

5)Makan kurma 3 atau 7 biji sehari

6)Tidur yang Mencukupi

7) Jangan Tahan Kencing

Sikap sebegini sebenarnya memanjangkan lagi tempoh masa proses pelahiran. Jika pundi kencing
terasa penuh, jangan segan silu meminta bantuan suami atau jururawat untuk menemankan anda ke
bilik air. Jadi sebarang kemungkinan yang tidak diingini dapat dielakkan malah anda akan sentiasa
berada dalam keadaan yang selesa untuk menempuhi saat bersalin.

8)Bertenang Dan Jangan Kerap Tertekan

9)Kerap Berjalan-jalan
Sentiasa bergerak dengan berjalan-jalan dapat membantu anda ketika proses pelahiran. Jangka
masa proses pelahiran boleh menjadi pendek jika anda berdiri tegak. Keadaan ini membantu bayi
masuk ke salur peranakan dengan betul. Oleh itu, anda disarankan untuk tidak hanya berbaring di
atas katil tetapi berjalan-jalan di sekitar kawasan bilik bersalin sambil ditemani suami untuk
memudahkan bayi turun dan mempercepatkan proses pelahiran.

10) Tarik Nafas Panjang

Bunyinya kedengaran ringkas namum sering tidak diperdulikan. Pengabaian amalan menarik nafas
panjang boleh melambatkan proses pelahiran. Ini terjadi kerana tanpa melakukan rutin bernafas
sedalam-dalamnya, anda menjadi kurang tenang.

--> Tapi ingat ni hanyalah ikhtiar dan keberkesanannya atas izin Allah swt sahaja. Setiap kelahiran tu
berbeza sakitnya dan hanya Allah yang menentukannya.

Anda mungkin juga menyukai