Anda di halaman 1dari 5

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF 2303 : TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN


SEMESTER SEPTEMBER 2009
TUGASAN KURSUS (35%)
________________________________________________________________________

ARAHAN

1. Tugasan anda akan dinilai berdasarkan kepada keupayaan anda menghuraikan


persoalan yang diberikan dengan disokong oleh hujah-hujah dan bahan-bahan bukti
yang tepat dan relevan.

2. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan font Times New Roman saiz
12 dilangkau baris 1.5 pada kertas bersaiz A4.

3. Serahkan tugasan anda kepada tutor sebelum / pada Tutorial ke 4.

4. Tugasan ini terhad kepada 10-12 muka surat sahaja.

5. Tugasan ini menyumbang sebanyak 35% kepada gred akhir kursus.

6. Plagiarisme dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Bahan tugasan yang
diplagiat tidak akan diterima dan tiada markah akan diberikan untuk bahan tersebut.
SOALAN TUGASAN

Perisian kursus bagi Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) boleh dikategorikan


kepada jenis-jenis yang berikut:
Tutorial
Latih-tubi
Permainan
Tunjuk cara
Simulasi
Ujian

1. Bagi setiap kategori di atas, anda dikehendaki menerokai Laman Web untuk mencari
serta memuat turunkan satu perisian kursus berbentuk PPBK yang berkaitan dengan
bidang anda. Untuk setiap perisian PPBK yang anda peroleh, anda dikehendaki
menilai kesesuaian perisian kursus itu sebagai alat bantu pengajaran-pembelajaran.

Huraian penilaian anda hendaklah meliputi aspek-aspek berikut:

(a) Jenis kategori perisian kursus


(b) Tujuan perisian kursus
(c) Huraian tentang fungsi dan kegunaan perisian kursus yang dipilih dalam
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran pilihan anda.
(d) Huraian tentang kekuatan dan kelemahan dari segi aspek-aspek berikut:

i. isi kandungan (ketepatan, kesesuaian dan skop)


ii. aspek teknikal (Navigasi, ciri-ciri penyimpanan rekod, persembahan
dan kualiti)
iii. Dokumentasi (sokongan teknikal dan panduan pengguna)

( 15 markah)
2. Sediakan satu rancangan mengajar (Rancangan Pengajaran Harian) yang lengkap
untuk satu waktu pengajaran yang bertempoh 1 jam dalam mana-mana satu mata
pelajaran pilihan anda. Persediaan mengajar itu hendaklah mengintegrasikan
kegunaan satu atau lebih perisian kursus yang telah dihuraikan dalam bahagian (1).

( 20 markah)

(Jumlah: 35 markah)
PANDUAN PELAJAR

a. Sila rujuk Topik 9 dalam modul HBEF2303 untuk mendapatkan maklumat tentang
kriteria penilaian kursus perisian.

b. Huraian anda untuk setiap kursus perisian hendaklah disertakan dengan beberapa
imej tangkapan perisian kursus (captured images of the courseware) supaya dapat
memberi gambaran yang jelas tentang fungsi perisian kursus itu. Imej boleh
ditangkap (captured) dengan menggunakan perisian freeware Gadwin Printscreen.
Perisian tangkapan imej dalam bentuk freeware boleh dimuat turun daripada halaman
web berikut:
http://www.gadwin.com/printscreen/

c. Semua perisian kursus yang dimuat turun hendaklah disimpan dalam CD untuk
diserahkan bersama dengan tugasan.

d. Pelajar boleh berbincang dengan tutor untuk menetapkan format rancangan mengajar
yang sesuai.

e. Pelajar mungkin boleh melayari laman-laman Web berikut untuk mencari perisian
pendidikan yang sesuai. Walau bagaimana pun, pelajar juga digalakkan menerokai
perisian kursus yang berfaedah dengan menggunakan search engines seperti Google,
AltaVista, Lycos dan sebagainya.

http://www.educational-freeware.com/

http://freeware.intrastar.net/education.htm

http://www.prospector.cz/Freeware/Education-and-Science/

http://www.user.shentel.net/rbowman/files/myfree.htm
PANDUAN TUTOR/ PENSYARAH

1. Tutor adalah diminta agar dapat membimbing para pelajar dalam hal penyediaan
tugasan mereka. Aspek-aspek yang dapat dibimbing termasuk:

Format laporan penilaian perisian kursus


Format yang sesuai bagi rancangan mengajar.
Cara yang berkesan untuk mencari perisian kursus dengan search engines.

2. Tutor adalah diminta agar dapat membantu para pelajar dalam hal penyediaan
Penulisan.

3. Mencadangkan format yang sesuai bagi setiap sub tajuk.

4. Memeriksa dan menandakan tugasan pelajar dan seterusnya memberi markah dan
memasukkan markah ke dalam OMES.

4. Mencadangkan buku-buku rujukan untuk panduan pelajar.

Anda mungkin juga menyukai