Anda di halaman 1dari 5

i) Ponteng Sekolah Dan Merokok: Masalah atau isu ponteng sekolah dan

merokok juga sering menjadi tumpuan penyebaran media massa.


Kerapkali disiarkan berita mengenai murid-murid sekolah yang dijumpai
ponteng, melepak di tempat-tempat awam seperti stesen bas, taman
permainan dan gedung membeli belah ataupun di tempat-tempat hiburan
seperti panggung wayang dan pusat snuker. Dalam kalangan murid-murid
perempuan juga, merokok dianggap simbol status pada zaman ini.
(Utusan Malaysia, 30 September 2004). Situasi yang mendorong murid-
murid ponteng sekolah dan merokok sering dikaitkan dengan faktor
keluarga dan juga pengaruh rakan sebaya.

Hubungan rapuh dalam keluarga mungkin disebabkan oleh


kesibukan ibu bapa yang bekerja menyebabkan kurangnya didikan dan
kasih sayang di rumah. Murid-murid berasa terabai dan mencari
keseronokan di luar. Mereka tidak berasa pentingnya alam persekolahan
kerana tiada pedoman atau motivasi daripada keluarga. Pengaruh rakan
sebaya juga datangnya daripada golongan yang senasib dengan mereka
atau yang memang terbiar.

ii) Bergaduh: Isu murid bergaduh sama ada di dalam atau di luar kawasan
sekolah juga merupakan berita hangat yang menjadi perbincangan
masyarakat. Maszuria .et.al (2015) mengatakan keadaan emosi murid-
murid yang bergaduh berada pada tahap tidak stabil dan di luar kawalan
mereka. Selalunya kes-kes pergaduhan melibatkan murid-murid yang
berasal dari latarbelakang keluarga yang bermasalah seperti bapa yang
pemabuk, kaki judi, ibu tunggal dan kehidupan yang terlalu miskin.

iii) Vandalisme : Tanda-tanda gangguan emosi juga dapat dilihat dalam


kalangan murid-murid yang sering melakukan kegiatan vandalisme.
Mereka sering merosakkan harta benda sekolah dan juga harta awam.
Kegiatan seperti menconteng dinding dengan semburan cat, merosakkan
peralatan sukan, memecahkan kaca tingkap, kerusi dan meja sering
dilakukan di sekolah. Masyarakat juga pernah dikejutkan dengan berita
murid-murid membakar bilik darjah. Manakala di luar sekolah mereka
menconteng papan tanda, lif dan tandas awam, merosakan taman
permainan kanak-kanak dan bangku-bangku di stadium.
1
iv) Berkelakuan Kurang Sopan: Berita murid-murid berkelakuan tidak sopan
juga menjadi isu semasa yang tidak kurang hangat diperbincangkan. Di
antara isu yang dikaitkan ialah melawan ibu bapa, guru-guru, memakai
pakaian mencolok mata, mengeluarkan kata-kata lucah dan pelbagai lagi.
Gangguan emosi murid-murid ini juga dikaitkan dengan faktor keluarga
dan persekitaran yang tidak kondusif. Jika ibu bapa dan jiran tetangga
sering bercakap kasar, maka anak-anak juga meniru cara pergaulan
mereka. Berlakunya pertengkaran antara suami dan isteri setiap hari juga
boleh menjadi punca gangguan emosi kepada anak-anak mereka.

Punca-punca Gangguan Emosi

Terdapat banyak punca untuk menjelaskan apakah yang menyebabkan berlakunya


gangguan emosi dalam kalangan murid-murid. Melalui rajah 1 dibawah, dijelaskan
bagaimana punca gangguan emosi yang berlaku terhadap isu murid yang ponteng
sekolah. Gangguan emosi yang menyebabkan murid-murid ponteng sekolah ialah
pengaruh rakan sebaya, faktor keluarga, situasi sekolah dan suasana persekitaran
tempat tinggal.

Rakan sebaya mempengaruhi sesama mereka dalam hubungan seharian di


sekolah dan juga di luar. Murid-murid biasanya hanya mementingkan keseronokan
dalam pergaulan dan juga sentiasa bersaing untuk memenangi hati rakan-rakan.
Gangguan emosi terjadi apabila murid-murid biasanya cuba menyesuaikan diri
dengan kumpulan rakan-rakan yang lebih berpengaruh untuk menyertai mereka.
Mereka ingin mencuba sesuatu dan berasa diri hebat dan megah. Oleh itu jika
tersilap langkah maka murid-murid akan mudah menerima pengaruh rakan-rakan
yang mengamalkan gaya hidup yang negatif.

Faktor keluarga merupakan satu daripada gangguan emosi kepada murid-


murid yang sering dibincang dan dikaji oleh golongan penyelidik. Kebiasaannya kes-
kes perceraian ibu bapa, terlalu sibuk bekerja dan tidak mengamalkan ajaran agama
Islam menjadi punca gangguan emosi dan menyebabkan murid-murid ponteng
sekolah.

Keseronokan Menyesuaikan Diri Persaingan

2
Pengaruh
Pengaruh
Rakan
Rakan

Jiran Tetangga Bercerai

Persekitaran
Persekitaran Ponteng Faktor
Kemudahan Awam Tempat
Tempat
Ponteng Faktor Sibuk bekerja
Tinggal
Tinggal
Sekolah
Sekolah Keluarga
Keluarga
Masyarakat Abaikan Agama

Situasi
Situasi
Sekolah
Sekolah

Kurikulum Bilik Darjah Guru-guru

Peta pelbagai alir

Rajah 1: Punca-Punca Gangguan Emosi Yang Menyebabkan Murid

Ponteng Sekolah

Persekitaran tempat tinggal juga memainkan peranan penting dalam


mempengaruhi emosi murid-murid. Tempat tinggal yang tidak selesa, jiran tetangga
yang bermasalah, kurang kemudahan awam seperti padang permainan memberi
tekanan kepada murid-murid. Situasi tempat tinggal yang sesak dan masyarakat
yang tidak peduli juga mengganggu emosi murid-murid dan menyebabkan mereka
ponteng sekolah.

3
Dewasa ini, sekolah umpama tempat yang kurang menarik untuk dihadiri oleh
murid-murid setiap hari. Menurut Maszuria .et.al (2015), keadaan fizikal sekolah dan
proses pengajaran dan pembelajaran yang tidak menarik telah mempengaruhi murid
untuk ponteng sekolah. Kurikulum sekolah yang mengutamakan peperiksaan dan
guru-guru yang menekankan pencapaian akademik untuk menjaga prestasi sekolah
mendorong murid-murid yang dianggap lemah untuk meninggalkan bangku sekolah.

Cara-cara Untuk Mengatasi Masalah Ponteng Sekolah

1. Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah

Suradi Salim (1996) menjelaskan bahawa ahli-ahli psikologi berpendapat


bahawa setiap manusia dilahirkan dengan memiliki bakat dan potensi untuk
berkembang. Melalui perkhidmatan bimbingan yang baik pelajar dapat dibantu untuk
mengembangkan bakat dan potensi ke tahap maksimum. Di antara peranan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah ialah memastikan bahawa masa di
luar bilik darjah digunakan dengan berfaedah dan menambah daya tarikan sekolah.
Guru-guru akan mengenalpasti murid-murid yang bermasalah termasuk gangguan
emosi yang menjurus ke arah ponteng sekolah. Murid-murid ini akan diberi
bimbingan oleh guru kaunselur melalui pelbagai kaedah dan aktiviti yang
merangsang mereka untuk minat belajar. Mereka juga perlu dipulihkan dengan
kesedaran agar melakukan pelbagai aktiviti yang sihat di luar bilik darjah.

2. Budaya Sekolah Yang Menyeronokkan

Pentadbiran sekolah perlu menumpukan perhatian kepada aspek


kemanusiaan berbanding aspek akademik semata-mata. Gangguan emosi murid-
murid adalah penyebab juga kepada kemerosotan pencapaian akademik. Jika
budaya sekolah mengamalkan pengajaran yang baik dan mendidik, maka murid-
murid akan berasa suka dan senang hati untuk hadir ke sekolah setiap hari. Budaya
penyayang misalnya, akan menyebabkan murid-murid berasa selamat dan tidak
tertekan. Bagi murid-murid yang kurang mendapat kasih sayang daripada keluarga,
mereka akan seronok untuk hadir ke sekolah kerana rasa dihargai oleh guru dan
rakan-rakan. Mereka boleh berkongsi masalah dan mengurangkan beban tekanan
emosi.

3. Peranan Guru

4
Pengalaman dan pengetahuan guru mengenai pertumbuhan dan
perkembangan murid amat penting untuk memastikan mereka terhindar dari
gangguan emosi. Peranan guru amat penting untuk mengenalpasti masalah dan
menangani masalah murid. Guru juga perlu menyampaikan maklumat kepada
keluarga jika masalah gangguan emosi murid disebabkan oleh faktor-faktor tertentu
selain daripada masalah keluarga. Guru mesti menjadikan diri sebagai orang yang
amat dipercayai oleh murid agar mereka berasa selesa, selamat dan seronok untuk
hadir ke sekolah.

4. Persekitaran Yang Kondusif

Maszuria .et.al (2015), menyatakan persekitaran dalam mendidik anak


memerlukan keadaan yang kondusif bermaksud 3S iaitu selesa, stabil dan selamat.
Keadaan ini bukan bermakna keadaan rumah yang mewah, kawasan persekitaran
yang luas dan cantik, jiran tetangga yang kaya raya dan eksklusif. 3S bermaksud
suasana tempat tinggal yang harmoni, tenteram, hubungan keluarga yang baik
bersama jiran, memberi kegembiraan, sokongan dan perhatian, kemudahan tempat
riadah dan bermain serta tiada ancaman. Persekitaran memainkan peranan penting
dalam membantu proses pertumbuhan dan perkembangan murid-murid. Situasi
persekitaran yang positif akan mengelakkan gangguan emosi murid-murid dan
mereka dapat memperolehi peluang belajar yang sempurna.

5. Peranan Ibu Bapa Dan Masyarakat

Ibu bapa dan masyarakat perlu mempunyai kemahiran keibubapaan terlebih


dahulu sebelum membina keluarga masing-masing. Bagi mereka yang beragama
Islam, amat jelas perlunya ibu bapa dan masyarakat mengamalkan cara-cara
mendidik anak dengan membentuk akhlak yang baik. Kemahiran mendidik anak-
anak perlu dipelajari agar dapat membentuk keharmonian rumah tangga yang
membantu pembentukan emosi anak-anak. Keluarga yang bahagia kebiasaannya
dapat membantu melahirkan generasi yang sihat, stabil emosinya dan
merealisasikan modal insan negara.

Anda mungkin juga menyukai