Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
MACH 3212
KESIHATAN KOMUNITI
BRONKIOL ASMA
Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan pesakit
mengalami kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan
spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi
sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar
untuk bersenam. Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan.
PERNYATAAN MASALAH
Terdapat 10 definisi asma yang berubah dari 1959 sehinggalah 1995. Definisi asma yang
pertama dihasilkan di Simposium Ciba pada tahun 1958, iaitu keadaan pesakit yang mengalami
penyempitan saluran pernafasan yang berubah keparahannya secara spontan atau setelah diberi
rawatan pada sela masa yang singkat dan ia bukanlah disebabkan oleh penyakit kardiovaskular
(Woolcook 1997). Definisi yang sentiasa berubah ini menggambarkan kesukaran yang dihadapi
oleh pakar respiratori di dalam mencari difinisi asma yang sebenarnya universal. Ini disebabkan
oleh pemahaman yang cetek berkenaan penyebab, sejarah semulajadi dan patogenesis penyakit
Definisi asma terkini yang diterima pakai umum dihasilkan pada tahun 1995. Ia
menyatakan bahawa asma merupakan penyakit inflamasi kronik saluran udara di mana sel mast,
eosinofil dan sel T memainkan peranan yang penting. Pada individu yang rentan, inflamasi
tersebut menyebabkan episod bunyi bernafas seperti gesekan biola (wheezing). Simptom ini
biasanya dikaitkan dengan perubahan kadar pengaliran udara melalui salur pernafasan yang
berbalik secara spontan atau setelah diberi rawatan. Inflamasi tersebut juga mengakibatkan
salur pernafasan lebih reaktif terhadap pelbagai jenis rangsangan (Global Iniative for
Asthma,1995).
PERBINCANGAN
Salah satu pengkelasan yang lazim digunakan membahagikan asma kepada dua jenis, iaitu
Asma ekstrinsik juga dikenali sebagai asma alergi, atopi atau imunologi. Pesakit
mendapat asma di zaman kanak-kanak atau zaman remaja dan didapati keluarga mereka
turut mempunyai latar belakang atopi. Asma jenis ini dikaitkan dengan akibat pemekaan
(sensitization) lapisan mukosa bronkus oleh antibodi tisu spesifik, iaitu daripada jenis
IgE. Pendedahan kepada bahan alergik melalui pernafasan akan menyebabkan mediatur
kimia yang bersifat vasoaktif (melebarkan pembuluh darah melalui keradangan) dan
Asma intrinsik merupakan asma bukan alergik atau idiopatik. Ia juga dikenali sebagai
asma cetusan dewasa kerana biasanya muncul selepas infeksi respiratori semasa dewasa.
Asma jenis ini bukan disebabkan oleh kepekaan sistem kekebalan tubuh, tetapi berpunca
dari rangsangan lansung akibat infeksi. Terdapat juga sesetengah individu yang telah pun
mempunyai reaksi alergik terhadap sesuatu antigen semasa kecil tetapi hanya
mempamerkan simptom asma setelah dewasa. Serangan asma tidak berkait langsung
dengan musim debunga dan seringkali ujian kulit bagi alergin atopi adalah negatif.
Salah satu daripada pengkelasan yang dicadangkan oleh Woolcook pada tahun 1997
berdasarkan simptom yang dialami, penggunaan bronkhodilator, fungsi paru paru asas dan
hiperreaktif saluran udara (airway hyperresponsiveness) atau pengukuran kadar aliran ekspiratori
Status Asmatik
Status asmatik ialah suatu keadaan serangan asma berat yang berterusan serta melampaui
masa 24 jam setelah diberi rawatan asma yang standard dan mencukupi serta berterusan. Ini
pernafasan pusat yang membawa kepada koma. Perlu dijelaskan juga, serangan asma berat
secara tiba- tiba tanpa memperoleh rawatan segera juga dapat berakhir dengan kematian.
Ventilator atau respirator bantuan digunakan sekiranya terjadi kegagalan fungsi pernafasan
apabila pernafasan spontan dan teratur tidak dapat dilakukan oleh pesakit.
Serangan Asma
Ada tiga perkara penting yang terjadi semasa serangan asma iaitu keradangan,
penimbunan lendir berkahak dan kekejangan otot-otot bronkus. Kemerahan terjadi di lapisan
dalam saluran pernafasan pada peringkat bronkus. Warna merah itu disebabkan pembuluh-
pembuluh darah melebar dan membawa lebih banyak darah ke kawasan yang diserang. Tindakan
defensif ini adalah daripada sel-sel darah putih terutama daripada jenis eosinofil. Ini merupakan
ciri khas keradangan jenis alergi. Pada amnya, pengeluaran lendir-lendir dalam keadaan normal
membantu proses fisiologi pernafasan. Namun pada masa serangan asma, timbunan kahak yang
banyak ditambah dengan hasil sisa kematian sel putih menyebabkan lubang saluran menjadi
bertambah sempit. Timbunan kahak yang berkumpul ini, kemudiannya membentuk plug
mukosal. Plug mukosal bersama kekejangan otot polos bronkus bertindak sebagai injap
palsu (pseudovalve). Ini mengakibatkan semasa hembusan udara keluar, ekspirasi menjadi sukar
Faktor-Faktor Penyebab
1. Faktor keturunan.
Pada asma ekstrinsik, faktor keturunan adalah cukup ketara. Biasanya salah seorang ataupun,
2. Bahan alahan.
Bahan-bahan alahan di dalam rumah atau di tempat kerja, memainkan peranan utama dalam
pencetus asma. Sumber bahan alahan adalah seperti kain bulu, serat kapas, permaidani, debu,
3. Serangga rumah.
Serangga rumah yang sering dikaitkan dengan alahan asma ialah lipas. Lipas yang mati menjadi
kering dan kemudian hancur menjadi serbuk yang tersangat ringan untuk diapungkan oleh udara
yang bergerak.
4. Pencemaran udara.
Pencemaran udara daripada asap rokok, asap kenderaan dan asap kilang juga menjadi faktor
penyakit asma.
5. Senaman.
Senaman yang bertenaga seperti lumba lari, bola sepak dan seumpama dengannya merupakan
6. Cuaca.
Udara sejuk dari kawasan pergunungan dan pendingin udara juga merupakan perangsang pada
sesetengah pesakit.
Gejala asma
Serangan asma yang dialami tidak semestinya sama bagi setiap individu. Ada yang hanya
mengalami salah satu daripada gejala tersebut di atas. Manakala ada yang mengadu kesemuanya.
Biasanya gejala-gejala asma menjadi lebih teruk pada waktu malam. Serangan asma yang teruk
Culture and Sensitivity : Untuk mengesan jenis penyebab serta menentukan antibiotic
Bronkoskopi : Untuk melihat serta pengambilan spesimen untuk tujuan makmal bagi
Full blood Count : Untuk melihat perubahan bilangan pada sel darah putih apabila
berlakunya jangkitan.
Elakkan tempat-tempat yang sesak serta berhabuk untuk mengelakkan berlakunya infeksi
sekunder.
Pakai mask jika terpaksa berada dalam kawasan yang sesak dan berhabuk supaya salur
Makan makanan yang tinggi dengan vitamin C supaya dapat meningkatkan imuniti
badan.
Mengambil ubat mengikut dos dan masa yang ditetapkan oleh doktor.
Elakkan pengambilan alkohol dan rokok untuk mengelakkan iritasi pada paru-paru.
Amalkan gaya hidup sihat dengan diet yang seimbang serta bersenam untuk
Asma atau lelah ialah serangan sesak atau kesusahan bernafas berserta bunyi termengah-mengah
di dada. Ia juga menghasilkan bunyi seperti siulan kerana penyempitan pada saluran cabang
tenggorok di paru-paru Asma terjadi apabila otot pada saluran udara yang menghubungkan
hidung kepada paru-paru menjadi kejang. Ketika otot kejang, saluran udara mengecil dan
menghalang pernafasan.Keadaan menjadi teruk apabila pesakit mempunyai kahak pekat yang
menutup salur pernafasan menyebabkan udara susah keluar masuk. Apabila ini terjadi, paru-paru
akan kekurangan udara dan pesakit boleh pengsan serta boleh menyebabkan kematian.
Antara tanda lain asma ialah sukar hendak bernafas, terbatuk-batuk dan pernafasan menjadi
pendek. Antara faktor yang boleh memburukkan asma ialah alahan kepada habuk rumah, bulu
binatang, debunga rumput dan asap rokok. Terlalu banyak bersenam dan melakukan kerja-kerja
juga memungkinkan mendapat asma. Begitu juga jika sering mengalami tekanan perasaan dan
mendapat jangkitan pada paru-paru. Bagi mereka yang alah kepada ubat-ubatan seperti aspirin
dan penisilin, wajar berhati-hati kerana kemungkinan mendapat serangan asma jika mengambil
ubat berkenaan.
LAMPIRAN
Inflamasi pada bronkiol menyebabkan oksigen yang masuk ke dalam peparu tidak mencukupi
BIBLIOGRAFI
http://en.wikipedia.org/wiki/Asthma
http://en.wikipedia.org/wiki/Asthma
http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_kesihatan/asma_tiada_ubat.htm
Huat Soo , Gong Lau , Hong Chew , Sarawak Handbook of Medical Emergencies Second