Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Rujukan: Salhah Abdullah (2008). Kecerdasan Pelbagai- Aplikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing Sdn Bhd.
soalan 2
ii. Berdasarkan kedua-dua RPH jelaskan kesesuaian objektif pembelajaran dan aktiviti yang
dirancang.
Aktiviti yang dirancang dalam sesuatu rancangan pengajaran harian (RPH) perlulah menepati
objektif pembelajaran yang ingin dicapai. Aktiviti yang dirancang perlulah bersesuaian agar dapat
mencapai objektif yang dinyatakan. Bagi RPH 1, objektif yang ingin dicapai adalah;
ii) mengenal warna asas dan sekunder melalui tayangan video dengan perasan gembira.
iii) menggerakkan tetikus sambil mengemukakan soalan yang sesuai dan mudah difahami
ii). Memberi respon semasa membuat model ulat bulu dengan bimbingan guru.
iii). memainkan peranan mengikut imaginasi dalam penceritaan ulat bulu yang lapar dengan
gembira.
Setiap objektif dalam RPH 1 dan 2 diterjemahkan kepada langkah-langkah pembelajaran satu (1),
dua (2) dan tiga (3) . Objektif-objektif yang dinyatakan dalam RPH 1 adalah jelas dan mudah
difahami serta diterjemahkan dalam baik dalam bentuk langkah pengajaran manakala bagi RPH2,
objektif yang dinyatakan adalah tidak jelas tetapi pemilihan aktiviti adalah baik. Guru boleh
menyatakan objektif dengan lebih jelas pada masa akan datang sebagai penambahbaikan.
soalan 3
iii. Banding dan bincangkan kekuatan dan kelemahan teknologi instruksional yang digunakan dalam
kedua-dua RPH
Definisi bagi teknologi intruksional adalah berkaitan dengan proses yang terlibat dalam reka bentuk
RPH yang bersistematik dan memudahkan pengajaran dan juga pembelajaran. Ini termasuk perihal
berkaitan teori, amalan reka bentuk, pembangunan, penggunaan, pengurusan dan penilaian
terhadap proses dan sumber pembelajaran.
RPH 1
Kekuatan Kelemahan
Kekuatan Kelemahan
soalan 4
iv. Cadangkan penambahbaikan dari aspek pentaksiran yang digunakan dalam kedua-dua RPH
tersebut.
RPH 1
Guru boleh mempelbagaikan lagi aktiviti yang melibatkan kumpulan untuk menggalakkan interaksi
antara murid-murid. Permainan interaktif yang digunakan perlu dipelbagaikan untuk menarik
minat murid lebih mendalam agar mereka lebih faham kepada sesuatu pembelajaran yang
diajarkan. Penggunaan alat mewarna dalam aktiviti boleh digunakan agar murid mendapat
pembelajaran langsung daripada alat pembelajaran yang digunakan.
RPH 2
Guru boleh memilih aktiviti lain yang lebih menarik untuk diterjemahkan sebagai langkah
pengajaran. Memilih medium/ cerita yang lebih menarik dan menggalakkan lebih banyak interaksi
dan juga aktiviti yang lebih menarik. Set induksi yang lebih menarik seperti menggunakan ulat bulu
sebenar ataupun video yang lebih jelas menggambarkan kitaran hidup ulat bulu.
Moderator : Zaharah binti Osman
soalan 5
v. Adakah aspek nilai dijelaskan dan boleh dicapai melalui aktiviti yang dirancang.
Aspek nilai dijelaskan dalam kedua-dua rancangan pengajaran harian (RPH) tersebut. Terdapat nilai
yang dinyatakan adalah jelas dan boleh dicapai melalui aktiviti yang dirancang dan terdapat nilai
yang dinyatakan tetapi tidak diterjemahkan dengan jelas dalam bentuk aktiviti yang dirancang.
Antara nilai yang dinyatakan dalam kedua-dua RPH adalah
Nilai Yakin: Murid dapat menyatakan warna baju yang dipakai oleh guru
Nilai Berani: Murid dapat menggerakkan tetikus untuk menjawab soalan dengan bimbingan guru
Nilai Berkerjasama: Murid dapat bekerjasama dengan baik dalam aktiviti yang melibatkan aktiviti
kumpulan