Anda di halaman 1dari 9

ISI KANDUNGAN

NO TAJUK MUKA SURAT

1 Penghargaan 2
2 Pengenalan 3
3 Tugasan 2 4-7
4 Kesimpulan 8
5 Rujukan 9

1
1) PENGHARGAAN
Pertamanya kami ucapkan ucapan syukur yang tidak terhingga kehadrat Ilahi atas
segala nikmat yang diberikan kepada kami tanpa henti. Tanpa keredaan-Nya, tidak
mungkin mampu untuk kami menyiapkan tugasan ini walaupun sedikit.

Tidak lupa juga kepada pensyarah yang kami kagumi Puan Fauziah Binti Hashim
kerana dengan izin Allah beliau sudi menunjuk ajar saya. Beliau juga sering
mengingatkan kami sekiranya saya alpa dan menegur kami dengan amat berhemah.
Moga jasa baiknya akan mendapat ganjaran yang besar daripada Allah S.W.T.

Penghargaan ini juga saya tujukan kepada kedua ibu bapa kami kerana mereka
sentiasa menitipkan doa dan harapan yang tinggi untuk keberkatan dan kejayaan saya
di sini. Mereka turut banyak menyokong kami dari segenap segi rohani dan kewangan
untuk menghasilkan tugasan ini.

kami juga ingin tujukan ucapan penghargaan ini kepada sahabat-sahabat kami yang
sanggup berkongsi ilmu, maklumat dan segala bantuan yang kami perlukan bagi
menghasilkan portfolio ini. Segala macam bantuan amatlah saya hargai.

Akhir kalam, kami ingin menyampaikan ucapan terima kasih kepada siapa sahaja
yang terlibat dalam pembikinan kerja kursus ini.

2
2) PENGENALAN

Bilik darjah merupakan sebuah organisasi kecil dalam sebuah sekolah. Oleh itu pengurusan
bilik darjah yang baik akan dapat meningkatkan keupayaan pelajar untuk belajar dan dapat
menyelesaikan banyak masalah disiplin di sekolah. Pelajar-pelajar di sekolah kebiasaannya
mempunyai tingkah laku yang aktif dan cepat bosan dengan persekitaran yang pasif dan
statik. Gaya pengajaran guru yang membosankan dan disiplin sekolah yang menyekat
banyak aktiviti mereka. Ini menyebabkan pelajar melakukan berbagai masalah disiplin
seperti ponteng kelas, tidur , tidak menyiapkan kerja sekolah, bertindak ganas, tidak
menumpukan perhatian terhadap pelajaran yang diajar, suka membantah, menunjuk-nunjuk
dan melawan guru (Abd. Rahim Talib, 2006). Pada setiap hari persekolahan, secara purata
jumlah murid yang akan berada di sesebuah kelas adalah seramai 30 hingga 40 orang
murid kecuali di Sekolah Kurang Murid (SKM). Murid murid akan menghabiskan masa
harian mereka dengan berada di sekolah iaitu 6 jam pada hari biasa manakala hingga 9 jam
sekiranya terdapat hari kokurikulum iaitu hari Rabu dan jika terdapat program program
sekolah.

Setiap murid mempunyai personaliti, keperluan dan latar belakang yang berbeza.
Sebagai cntoh, terdapat murid murid yang mempunyai latar belakang keluarga yang mewah,
dilimpahi kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh, keluarga yang susah dan
miskin, berpecah belah dan mungkin ada yang mempunyai masalah tingkah laku. Selain itu,
keupayaan dan motivasi murid untuk belajar di dalam kelas juga berbeza-beza. Tingkah laku
merujuk kepada semua perkara yang dilakukan oleh seseorang atau tindak balas kepada
stimulus iaitu peristiwa dalaman dan luaran. Manakala, tingkah laku bermasalah pula boleh
didefinisikan sebagai tingkah laku yang tidak normal dan terkeluar daripada norma sosial
masyarakat, tidak kira di dalam kehidupan bermasyarakat termasuk sekolah.

Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang


tingkah laku yang boleh merosakkan kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran khususnya di dalam bilik darjah. Oleh itu, guru perlulah mengenal pasti
masalah tingkah laku yang berlaku di dalam bilik darjah dan melihat semula sama ada
peranan kita sebagai guru betul ataupun tidak. Seterusnya guru juga mestilah mencari jalan
penyelesaian terhadap masalah tingkah laku yang berlaku di dalam bilik darjah dengan
menggunakan model pengurusan disiplin dan intervensi yang sesuai.

3
3) TUGASAN 2

Menurut kajian kes yang diberikan, Cikgu Tracy ialah seorang guru novis yang telah
ditempatkan di sekolah premier iaitu sekolah yang lebih daripada 100 tahun di Bandar.
Beliau merasakan sedikit tercabar dengan tingkah laku dua orang murid Tahun 5 kelasnya
iaitu Husin dan Karla kerana mereka berdua sering melakukan masalah di dalam bilik
darjah. Dengan bantuan kajian kes tersebut. saya akan menghuraikan tingkah laku
bermasalah dan mengaitkan dengan peranan Cikgu Tracy sebagai pengurus bilik darjah.
Seterusnya, mengaplikasikan model pengurusan disiplin bilik darajah serta intervensi yang
sesuai bagi menangani tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah tersebut.

Seperti yang kita ketahui, guru novis atau guru baru yang baru sahaja ditepatkan di
sekolah mempunyai banyak masalah yang akan dihadapi. Antaranya ialah menyesuaikan
diri dengan persekitaran yang baru, mengadakan hubungan yang baik dengan pihak
sekolah dan akan mula mengajar di dalam kelas. Masalah yang paling besar akan dihadapi
oleh Cikgu Tracy ialah apabila mula melangkah masuk ke dalam kelas. Setiap guru
seharusnya mewujudkan peraturan khas bagi mengelakkan masalah lain berlaku. Ini
bertepatan dengan model pengurusan disiplin Thomas Gordon. Peraturan yang dibuat
mestilah mempunyai persetujuan murid. Hal ini kerana, mereka akan mematuhi peraturan
yang dibuat oleh mereka dan tidak boleh menyalahi guru. Dengan cara ini juga murid akan
memotivasikan diri untuk lebih berkeyakinan dan bertanggungjawab atas tingkah laku yang
ditunjukkan.

Antara tingkah laku bermasalah yang ditunjukkan oleh meraka ialah, mereka
menunjukkan sikap yang kurang berminat dalam pembelajaran dan sering berkelakuan
disruptif. Terdapat pelbagai faktor berlakunya masalah tingkah laku tersebut. murid yang
pertama ialah Husin. Husin seorang murid yang motivasinya dirinya sangat rendah serta
agak lemah dalam pencapaian akademiknya. Hal ini berpunca apabila Husin lemah dalam
akademik. Dia mungkin merasakan dirinya tidak seperti orang lain dan menjadi putus asa
dalam pembelajaran seterusnya menyebabkan motivasi dirinya sangat rendah. Cikgu tracy
perlu memainkan peranan bagi meningkatkan motivasi diri Husin dengan memberi nasihat
dan sebagainya. Cikgu Tracy juga boleh memberikan peneguhan positif kepada Husin iaitu
menurut model modifikasi tingkah laku B. F. Skinner. Cikgu Tracy mungkin boleh
memberikan peneguhan bagi membantu meningkatkan motivasi diri dan tahap pencapaian
akademiknya. Sebagai contoh, Cikgu Tracy memberikan hadiah kepada Husin sekiranya
pencapaian akademiknya meningkat.

4
Selain itu, husin juga suka keluar dari kelas dan merayau di sekeliling sekolah
walaupun Cikgu Tracy telah beberapa kali cuba untuk berbincang bagi menegur
perbuatannya tetapi berakhir dengan pertelingkahan di antara mereka berdua dan Husin
juga menyatakan bahawa Cikgu Tracy ingin mengenakannya. Peranan yang ditunjukkan
oleh Cikgu Tracy adalah salah dan menyebabkan Husin akan bertindak lebih agresif.
Menurut model disiplin asertif Canter, seseorang guru mestilah asertif. Cikgu Tracy tidak
boleh menyalahkan Husin sepenuhnya. Hal ini mungkin berbalik kepada Cikgu Tracy. Hal ini
berkemungkinan disebabkan oleh pengajaran yang membosankan. Cikgu Tracy juga perlu
menerangkan kesalahan yang dilakukan oleh Husin dan menerangkan akibat jika Husin
terus melakukannya dan bukannya mencari salah Husin semata-mata. Cikgu Tracy boleh
menyatakan sekiranya awak selalu keluar dari kelas, proses pengajaran dan pembelajaran
akan terganggu dan bukan itu sahaja, awak juga akan ketinggalan banyak isi pelajaran. Hal
ini secara tidak langsung meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan belajar.

Intervensi yang boleh dilakukan oleh Cikgu Tracy ialah mengadakan terapi bermain.
Hal ini kerana dengan bermain murid-murid dapat meluahkan perasaan dan berkomunikasi
dengan persekitaran. Antara contoh aktiviti yang boleh dilakukan ialah, permainan drama.
Murid-murid akan meniru karakter yang sangat dekat dengannya atau karakter yang pernah
dia lihat. Sebagai contoh, watak ayah dan ibu, polis dan sebagainya. Mereka juga akan
meluahkan perasaan dan emosi mereka semasa main peranan ini. Oleh itu, drama boleh
dijadikan sebagai medium untuk meneroka maslaah yang dihadapi oleh murid tersebut.
bukan itu sahaja, menggunakan terapai bimbingan dan kaunseling juga banyak membantu
mengenalpasti punca masalah yang dihadapi oleh Husin. Antaranya ialah, menganal pasti
punca Husin sentiasa keluar kelas dan merayau, punca pencapaian akademiknya rendah
dan sebagainya. Jadi, guru akan dapat memberi bimbingan dalam mengatasi masalah
Husin.

Murid kedua pula ialah Karla. Dia seorang yang panas baran dan mempunyai latar
belakang keluarga yang berpecah belah dan ibunya langsung tidak memberi sokongan.
Karla sering hilang sabar dan akan menjerit jerit jika kemahuannya tidak dituruti.hal ini
menyebabkan suasana pembelajaran menjadi tegang sepanjang hari. Perkara begini
mungkin berlaku akibat daripada perubahan yang berlaku di dalam bilik darjah, pengajaran
dan pembelajaran membosankan dan peraturan yang terdapa di sekolah sangat ketat.
Peranan Cikgu Tracy bukan sahaja meminta Karla menunggu selepas waktu persekolahan,
menghubungi ibu Karla dan menghantar Karla berjumpa dengan Guru Besar. Sebaliknya,
Cikgu Tracy mestilah mengikut model disiplin Thomas Gordon iaitu mempengaruhi daripada
mengawal. Sebagai contoh, Cikgu Tracy mestilah menerapkan pengaruh positif kepada
murid.

5
Selain itu, Cikgu Tracy juga mestilah mempunyai kemahiran mendengar. Hal ini
kerana kemungkinan panas barannya berkait dengan masalah latar belakang keluarganya.
Cikgu Tracy perlu membina hubungan antara murid dengan guru menurut model beyond
discipline Alfie Kohn sebelum meminta Karla menceritakan masalah yang dihadapinya. Hal
ini kerana murid akan menghormati guru apabila guru menghormati murid seterusnya
menyebabkan murid akan mempercayai guru (Sandra, 2008). Kepercayaan murid kepada
guru amat penting sebagai contoh, apabila Karla mempercayai Cikgu Tracy. Dia akan
menceritakan maslaah yang dihadapinya selama ini. Ia akan memudahkan Cikgu Tracy
mengenal pasti punca masalah yang berlaku dan cara menyelesaikan masalah tersebut.
Cikgu Tracy juga menghadapi halangan dalam membantu Karla iaitu beliau tidak dapat
menghubungi ibu Karla kerana ibunya bekerja. Dalam hal ini, sepatutnya setiap ibu bapa
mestilah membina hubungan antara guru dan sekolah bagi mengetahui perkembangan
anak di sekolah.

Menghantar Karla berjumpa dengan guru besar bukan satu jalan penyelesaian yang
terbaik. Hal ini kerana, guru besar bukannya pernah mengajar murid tersebut dan tidak
mengetahui latar belakang murid tersebut. Bagi membantu Karla, perkara yang patut
dilakukan sebenarnya ialah membawa Karla berjumpa dengan guru kaunseling. Hal ini
kerana, bimbingan dan kaunseling merupakan salah satu cara intervensi yang sangat
berkesan untuk membantu Karla semasa menghadapi kesulitan dan masalah. Guru
kaunseling akan membantu Karla dalam mengenal apa masalah yang dia hadapi dan
mencari jalan penyelesaian kepada masalah tersebut. Bukan itu sahaja. Karla juga boleh
melakukan terapi seni iaitu melukis dan mewarna bagi membantu mengenal pasti masalah
yang dihadapi. Ia dapat dikenal pasti melalui penggunaan warna, cara memgang pensel dan
ketebalan setiap garisan (Ee Ah Meng, 2001). Terapi bermain juga dapat membantu Karla
dalam meluahkan perasaanya selama ini. Karla akan bermain secara sendiri dengan
sebuah patung atau boneka dan disifatkandengan sesuatu yang tidak dia puas hati. Secara
tidak langsung kita akan dapat mengenalpasti masalah sebenar yang dia hadapi.

Cikgu Tracy juga bukan sahaja mempunyai masalah dengan dua orang murid iaitu
Husin dan Karla. Tetapi Cikgu Tracy juga berhadapan dengan masalah semasa
menjalankan aktiviti perbincangan di mana terdapat murid murid yang duduk di bahagian
belakang berbual-bual sesama mereka dan apabila diajukan soalan mereka berteriak
dengan kuat dan jawapan mereka hanya sambil lewa sahaja. Mereka juga gemar bermain
objek objek yang dibawa dari rumah. Oleh itu, Cikgu Tracy memilih untuk menulis nama-
nama murid yang mengganggu perbincangan di papan tulis dan jika berterusan beliau akan
menarik masa rehat murid tersebut. Beliau juga telah menghubungi ibu bapa mereka dan
selepas beberapa hari, mereka kembali disruptif semula.

6
Dalam situasi ini, Cikgu Tracy boleh menggunakan model pengurusan kelompok
kounin. Apabila berlakunya perbincangan mengikut kumpulan kecil. Cikgu Tracy boleh
mengawal keseluruhan kumpulan kecil yang mana Cikgu Tracy mempunyai withitness iaitu
berupaya mengawal atau menyelia lebih dari satu aktiviti bilik darjah dalam satu masa.
Selain itu Cikgu Tracy juga mestilah mempunyai kemahiran dapat menangani lebih dari satu
situasi dengan serentak iaitu dipanggil pertindanan atau overlapping. Sebagai contoh, Cikgu
Tracy meminta seorang murid meneruskan bacaan. Hal ini akan menyebabkan murid yang
lain terutama murid di bahagain belakang kembali menumpukan perhatian dan tidak
bermain. Keadaan ini disebut sebagai Kesan Gelombang ataupun Ripple Effect. Menurut
model ini juga seseorang guru mestilah tegas dan bernada serius apabila memberikan
arahan. Bukan itu sahaja, mimik muka yang serius juga memainkan peranan yang penting
bagi membantu teguran atau tindakan disiplin dijalankan dengan lebih berkesan.

Cikgu Tracy juga boleh merujuk kepada model akibat logical Dreikurs. Di mana, guru
boleh memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid. Hal ini kerana
murid-murid boleh dibimbing untuk ingat-mengingati antara satu sama lain tentang peraturan
di dalam bilik darjah. Apabila mereka faham dan mengamalkan peraturan tersebut. masalah
tingkah laku dapat dikurangakan. Cikgu Tracy mestilah mengenal pasti punca berlakunya
masalah tingkah laku seperti yang dinyatakan oleh Dreikurs iaitu untuk mendapatkan
perhatian. Salah laku yang ditunjukkan oleh murid-murid tersebut seolah-olah untuk
mendapatkan perhatian guru. Antaranya bentuk yang digunakan untuk menarik perhatian
ialah ketika murid tersebut menjawab dengan sambil lewa dan tidak memberikan perhatian
semasa guru mengajar. Hal ini mungkin disebabkan oleh cara pengajaran guru yang
membosankan.

Antara intervensi yang sesuai bagi murid-murid tersebut ialah bimbingan dan
kaunseling. Hal ini kerana dengan bantuan guru kaunseling sedikit sebanyak akan
mengubah gaya pengajaran guru dan tingkah laku murid. Murid murid mempunyai rasa malu
atau tidak mahu berterus terang terhadap guru atas dasar hormat. Dengan bantuan guru
kaunseling. Murid dapat meluahkan perasaan terhadap pengajaran guru. Hal ini kerana,
mungkin pengajaran guru membosankan dan tidak menarik. Hal ini boleh menjadi
sebaliknya. Sebagai contoh, murid tersebut tidak menyukai mata pelajaran yang diajar atau
tidak minat dengan guru yang diajar kerana terlalu garang dan sebagainya. Tuntasnya, guru
kaunseling akan menjadi orang tengah dalam menyelesaikan kedua-dua pihak.

7
4) KESIMPULAN

Masalah tingkah laku bermasalah ini merupakan perkara yang perlu diberi perhatian yang
serius kerana bermula dengan permasalahan yang kecil sebegini jika ia berterusan akan
menjadikannya satu kebiasaan, seterusnya akan dibawa hingga ke peringkat dewasa dan
masalah ini tidak dapat diubah lagi. Setiap perlakuan atau perbuatan yang terzahir oleh
murid-murid adalah disebabkan faktor-faktor yang tertentu yang mempengaruhi perbuatan
tersebut. Namun setiap perbuatan ini mempunyai kesan tertentu, yang mana kesan tersebut
bukan setakat mempengaruhi diri murid tersebut, bahkan turut mempengaruhi murid yang
berada di sekitar dengannya.

Oleh demikian itu, cara atau teknik untuk mengatasi tingkah laku bermasalah ini
hendaklah bersesuaian dengan tingkah laku bermasalah tersebut. Teknik ini adalah berbeza
bergantung kepada masalah yang dihadapi. Terdapat pelbagai teknik dan penyelesaian
yang berkesan yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini. Teknik modifikasi yang
dipraktikkan boleh membantu murid mengubah tingkah laku negatif kepada tingkah laku
positif dan seterusnya melicinkan proses pembelajaran.

Intervensi peneguhan memberi impak positif terhadap masalah tingkah laku yang
wujud di kalangan murid (Shahida Hassim, 2012). Pemilihan kaedah intervensi yang betul
dan tepat amat penting bagi keberkesanan pengubahsuaian tingkah laku yang tidak diingini
kepada tingkah laku positif. Dalam usaha menangani masalah ini, semua pihak harus
melibatkan diri sama ada ibu bapa, guru, masyarakat dan juga pihak kerajaan. Usaha
bersama akan membuahkan hasil yang tidak akan mengecewakan semua pihak serta dapat
melahirkan murid yang berkaliber serta berwawasan selaras dengan wawasan negara ke
arah masyarakat yang berpengetahuan.

8
5) RUJUKAN

Abd. Rahim Talib. 2006. Pengenalan Pendidikan Kanak-kanak Masalah Pembelajaran.


Kuala Lumpur: MeteorDoc. Sdn. Bhd.

Ee Ah Meng. 2001. Pedagogi II (Edisi Kedua) (Semester II).Shah Alam, Selangor: Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Sandra F. Rief. 2008. Bagaimana Mendekati dan Mendidik Kanak-kanak ADD/ADHD


(Terjemahan PTS Publications). Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia
Berhad.

Shahida Hassim. 2012. Teori Kaunseling dan Psikoterapi. Negeri Sembilan: Nilai.