Anda di halaman 1dari 4

Yang dihormati barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru

serta kawan-kawan sekalian. Pagi ini, saya akan menyampaikan


sebuah cerita yang bertajuk Tujuh Tuan Puteri.

Pada zaman dahulu, terdapat seorang raja yang bernama Raja


Kaza. Baginda memerintah sebuah negara yang bernama
Negara Awan Lindung. Baginda mempunyai tujuh orang puteri
yang sangat jelita. Baginda ingin memilih salah seorang dari puteri
baginda untuk menjadi raja bagi menggantikannya.

Pada suatu hari, baginda telah menyediakan tujuh dulang


hadiah. Setiap dulang mengandungi tujuh jenis hadiah yang
berbeza. Setiap hadiah mempunyai nilai yang tersendiri lalu
baginda memanggil ketujuh-tujuh orang puterinya itu. Baginda
telah menyuruh puteri-puterinya untuk memilih hadiah-hadiah
tersebut. Lalu berebut-rebutlah ketujuh-tujuh orang puteri
baginda itu.

Puteri pertama memilih rantai emas. Puteri kedua pula


memilih baju emas. Puteri ketiga memilih kasut emas. Puteri
keempat memilih bunga emas. Puteri kelima pula memilih
selendang emas. Puteri keenam memilih cincin emas dan puteri
ketujuh pula memilih dulang yang berisi buku besar.

Semua puteri mentertawakan puteri ketujuh yang hanya


mendapat buku besar. Keenam-enam puteri berasa bangga
mendapat hadiah bernilai dan mengejek Puteri ketujuh hanya
tersenyum kerana mendapat sebuah buku besar.
Raja Kaza memandang puteri-puterinya sambal tersenyum.
Baginda gembira kerana telah menemui pengganti baginda
yang sesuai. Lantas baginda mengumumkan Puteri ketujuh
sebagai penggantinya. Alangkah terkejutnya puteri-puteri
baginda.

Puteri pertama sangat marah dan membantah keputusan


ayahandanya itu. Dia merasakan dialah orang yang paling layak
menggantikan ayahandanya sebagai raja memandangkan
beliau ialah puteri sulung.

Raja Kaza pun menerangkan baginda memilih Puteri Ketujuh


sebagai penggantinya kerana Puteri Ketujuh telah memilih buku
besar yang di dalamnya terkandung semua hal ehwal Negara
Awan Lindung. Sudah tentu ini kerana Puteri Ketujuh amat
menyayangi Negara Awan Lindung.

Sejak hari itu, Puteri Ketujuh selalu dibiarkan bersendirian oleh


kakanda-kakandanya. Kakanda-kakandanya mula berasa benci
kepadanya. Mereka iri hati kerana dia dipilih menjadi pengganti
raja. Puteri Ketujuh berasa sangat sedih tetapi dia tidak mahu
memberitahu ayahandanya. Dia selalu termeung di tepi kolam
istana.

Kawan-kawan, keenam-enam orang kakanda Puteri Ketujuh


terus berasa sakit hati. Mereka merancang berbagai-bagai cara
untuk menghapuskan Puteri Ketujuh. Setelah menimbangkan
berbagai-bagai cara, akhirnya mereka sepakat untuk menyihir

2
Puteri Ketujuh menggunakan tongkat sakti milik ayahanda
mereka yakni Raja Kaza.

Malam itu, keenam-enam puteri telah masuk ke kamar Raja


Kaza lalu mencuri tongkat sakti ayahanda mereka itu. Kemudian,
keenam-enam puteri masuk ke kamar Puteri Ketujuh yang sedang
lena beradu lalu menyihir Puteri Ketujuh.

Keesokan paginya, gemparlah seluruh istana apabila


melihat Puteri Ketujuh di atas katil. Raja Kaza amat terkejut lalu
bertanya kepada cermin hikmatnya. Lalu, cermin hikmat pun
menunjukkan kejadian yang telah berlaku pada malam tersebut.
Alangkah sedihnya Raja Kaza melihat puterinya berubah menjadi
halimunan. Baginda sangat murka kepada keenam-enam
puterinya lalu menitahkan agar keenam-enam puterinya itu
dipenjarakan.

Kemudian, Raja Kaza mengambil tongkat saktinya dan


memulihkan semula Puteri Ketujuh kembali. Puteri Ketujuh menjadi
manusia semula dan berterima kasih kepada ayahandanya yang
sangat adil. Raja Kaza gembira kerana puteri kesayangannya
telah pulih semula.

Akhirnya, Puteri Ketujuh ditabalkan menjadi Raja Negara


Awan Lindung. Puteri Ketujuh memerintahkan supaya semua
kakandaya dibebaskan. Mereka menyesal dengan perbuatan
mereka. Sejak hari itu, ketujuh-tujuh puteri itu hidup bahagia
dengan aman dan sentosa.

3
Kawan-kawan, pengajaran yang diperoleh daripada cerita
ini ialah janganlah kita suka menyimpan sifat iri hati terhadap
orang lain kerana niat jahat kita pasti akan terbongkar jua
akhirnya.

Sekian, terima kasih.