Anda di halaman 1dari 2

MINIT MESYUARAT RMT (PEMILIHAN MURID TAHUN 2 6 )

TARIKH : 4 JANUARI 2017


HARI : RABU
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : BILIK GERAKAN

KEHADIRAN :
EN HAMDAN B. ABDULLAH - PK HEM
PN. UMMI MAKHTUM BT. ABD. MALIK - SETIAUSAHA
PN. ROZITA BT. AHMAD ZAINUDDIN - AJK
PN. NOR SUHAILA BT. MUDA - AJK
PN. NORLI BT. BAHARUDDIN - AJK

AGENDA:

1 Ucapan Pengerusi
- Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir kerana dapat
meluangkan masa walaupun sibuk dengan mesyuarat awal tahun yang lain.
- Pengerusi menyatakan bahawa tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk
membincangkan dan membuat pemilihan murid-murid Tahun 2 hingga 6 yang layak
diberi RMT bagi tahun 2017.

2. Laporan RMT Setiausaha


- Setiausaha menyatakan bahawa pada tahun 2017, murid yang layak menerima RMT
berdasarkan berikut:-

Tahun 2 6 orang
Tahun 3 8 orang
Tahun 4 12 orang
Tahun 5 11 orang
Tahun 6 14 orang

- Kelayakan murid ini adalah setelah dilihat berdasarkan pendapatan perkapita seisi
keluarga .

3. Pemilihan Murid Yang layak


- Mesyuarat telah bersetuju untuk memilih semua bilangan murid yang dinyatakan
layak untuk diberi RMT bagi sesi 2017.
4. Pemantauan
- Pengerusi mengingatkan agar guru-guru RMT yang telah dilantik untuk melakukan
Pemantauan sepanjang masa agar pelaksanaan RMT berjalan dengan lancar.
- Pemantauan meliputi menu yang betul mengikut Buku Panduan RMT, kuantiti
makanan dan minuman, buah-buahan dibekalkan, kebersihan dan ketetapan masa
waktu mengagihkan makanan.
- Sekiranya murid tidak hadir, makanan perlulah diberikan kepada murid ganti dengan
kadar segera.

5. Hal-hal lain
- Pengerusi mengharapkan agar guru-guru RMT bertugas mengikut jadual yang telah
ditetapkan.
- Pengerusi akan mencadangkan kepada pihak pengusaha kantin untuk menyediakan
sepinggan makanan lebih untuk guru-guru RMT yang bertugas.

6. Ucapan Penangguhan
- Sekali lagi Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang akan
melaksanakan tugas RMT.
- Harapan Pengerusi agar perjalanan RMT pada tahun 2017 berjalan dengan lancar.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.00 pagi.

Disediakan oleh,

(UMMI MAKHTUM BT. ABDUL MALIK)