Anda di halaman 1dari 3

1.

Tajuk kajian : LEKATLAH DAKU: Meningkatkan kemahiran menulis dalam membezakan


antara KNA dan KNK dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu tingkatan 1

2. Penyelidik : Kumpulan 9

3. Refleksi pembelajaran dan pengajaran lalu


Saya mengajar di kelas 1 Ikram bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Masalah
utama yang dihadapi oleh pelajar saya ialah tidak dapat membezakan Kata Nama Am
dan Kata Nama Khas. Hal ini dapat dibuktikan melalui pemerhatian saya semasa
mereka menulis karangan. Masalah ini berlaku dalam kalangan pelajar tingkatan 1
kerana mereka keliru untuk membezakan KNA dan KNK. Sebagai contoh, pelajar
menulis Telefon Samsung untuk KNK dan Balai Raya untuk KNA.

4. Fokus kajian

Sewaktu mata pelajaran Bahasa Melayu, saya dapati pelajar Tingkatan 1 Ikram
tidak dapat menjawab soalan aspek tatabahasa 5.1.1 (memahami dan mengenali KNK
dan KNA yang tunggal dan yang mengalami pemajmukan dengan betul mengikut
konteks)

Pelajar tidak dapat menulis dan menggunakan huruf kecil dan huruf besar di
tempat yang sepatutnya iaitu pelajar menulis kata nama am dengan huruf besar dan
sebaliknya.

Jika masalah ini dapat diatasi maka pelajar akan dapat membezakan
penggunaan KNA dan KNK dalam penulisan karangan dengan betul, pelajar dapat
menjawab soalan kesalahan tatabahasa dengan mudah dan secara tidak langsung
pelajar lebih seronok mengikuti pengajaran dan pembelajaran seterusnya pencapaian
pelajar dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu akan meningkat.

5. Objektif kajian

Objektif umum : Supaya dapat membantu pelajar membezakan dan menggunakan


KNA dan KNK dalam penulisan karangan Bahasa Melayu dengan baik.

Objektif khusus : Pelajar dapat menulis KNA dan KNK dengan betul dan mengenalpsti
kesalahan KNA dan KNK dalam ayat.
6. Kumpulan sasaran
Kumpulan sasaran bagi kajian ini ialah 10 daripad 20 orang murid tingkatan 1 Ikram
iaitu 5 orang perempuan dan 5 orang lelaki.

7. Prosedur kajian
7.1 Tinjauan Awal : 1. Pemerhatian- Guru membuat pemerhatian melalui
semakan buku latihan pelajar.
2. Ujian Pra yang meminta pelajar menggariskan kesalahan
Kata nama dalam petikan dan menulis semula jawapan yang
betul.

7.2 Merancang tindakan:


Tindakan yang dirancang ialah melaksanakan kaedah LEKATLAH DAKU.
Bahan yang diperlukan ialah kertas A4 berwarna-warni dan pita pelekat.

7.3 Melaksanakan tindakan :


Cara pelaksanannya ialah guru menyediakan kertas A4 berwarna-warni
yang telah ditulis dengan perkataan yang terdiri daripada KNA dan KNK. Guru
membahagikan 2 ruangan pada papan putih iaitu 1 ruangan KNA dan 1
ruangan KNK. Seterusnya guru memberi kertas A4 tersebut kepada setiap
murid yang terlibat dan meminta mereka melekat perkataan yang mereka
dapat di papan putih mengikut kategori.

Tempoh pelaksanaannya ialah 15 minit sebelum pdpc setiap kali mata


pelajaran Bahasa Melayu dan dijalankan selama sebulan.

7.4 Menilai tindakan :


Penilaian keberkesanan tindakan akan dibuat dengan menjalankan
pemerhatian melalui hasil tugasan dan ujian pasca, menggunakan soalan yang
setara. Rekod penguasaan ujian pasca akan dibandingkan dengan rekod
tinjauan awal.
8. Jadual Pelaksanaan Kajian :

Bil Butiran Minggu

1 2 3 4
1 Refleksi

2 Tinjauan awal

3 Menentukan fokus
kajian
4 Merancang tindakan
5 Melaksanakan tindakan

6 Memerhati & Menilai


7 Mereflek keberkesanan
tindakan
8 Menulis laporan

9. Kos bahan

Bil Item Kos


1 Kertas A4 berwarna RM20
2 Pita pelekat RM10
3 Pen marker RM4
Jumlah RM34

Anda mungkin juga menyukai