Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
PEMASARAN
VIRAL FACEBOOK
Teknik Berkesan Pukau Pelanggan
Dengan Social Media
Oleh :
Azizan Osman PhD Sc
Jurulatih Pemassaran Nombor #1 Malaysia
Brayan Gan
Pakar Pemasaran Facebook
Editor :
Aqif Azizan
( Jurulatih Penulisan Bisnes & Copywriter )
Terbitan :
Richwork Group Of Company
Buku ini akan mengubah rentak pemasaran yang membantu kita untuk terus senyum melihat
bisnes kita dipenuhi dengan pelanggan, yang aktif untuk mencantikkan akaun bank syarikat.
Pesan mentor Azizan Osman, Jika sudah dapat ilmu daripada guru yang betul, langkkah
seterusnya adalah tutup mata, pekakkan telinga dan ikut sahaja strateginya. Pasti Berjaya.
Booklet ini tidak dapat menjamin kejayaan bisness anda kerana jaminan berdasarkan kuasa
tindakan kita. Namun ia adalah himpunan maklumat yang dijamin dapat melonjakkan
keuntungan bisnes apabila ia dipraktikkan berkali-kali.
Sekali lagi, baca, praktik dan ubahsuai mengikut keperluan bisnes anda sendiri.
Dialog mengajak-ajak ini langsung tidak mencerminkan kita sebagai pemilik bisness yang
mengamalkan sikap profesionalisme di Facebook.
Contoh teknik soft-selling dalah, Kek Coklat XYZ ini sudah dimakan oleh pakar pemasaran
Malaysia iaitu mentor Azizan Osman. Kata beliau, Rasa kek ini luar biasa dan nikmatnya dirasai
sehingga ke tekak.
3. HASILKAN SELF-PITCH
Hasilkan ayat yang dapat menerangkan bisness kita dalam masa yang singkat kepada pelanggan,
dan letakkan maklumat ini diruangan profail Facebook. Beritahu apa yang kita lakukan dan
bagaimana ia boleh membantu pelanggan dengan menggunakan bahasa yang mudah.
Gunakan ayat keramat seperti yang dikongsikan oleh mentor Azizan Osman iaitu, Kepakaran
saya adalah
Lagi banyak kita berkongsi maklumat, lebih cepat kita menjadi pakar. Apabila sudah jadi pakar,
kita akan menarik lebih ramai pelanggan ke bisness di Facebook tanpa perlu dipaksa.
Pelanggan perlukan maklumat bisness kita setiap hari. maka penting untuk kita suapkan
maklumat ke ruangan Facebook mereka. Pembangunan jadual ini termasuk waktu yang kita
rasakan sesuai untuk melakukan post di Facebook Pages
Ambil video-video di youtube dan kongsikan dalam ruangan Facebook Pages kita. Ia dapat
meningkatkan keyakinan dan kepercayaan pelanggan.
Ini adalah kesilapan yang besar. Apabila menghasilkan logo, kaji dan lihat bagaimana logo itu
dapat memberikan impak sehingga ke tahap globat. Paparkan logo ini disetiap ruang facebook
bisnes kita.
Tujuannya supaya pelanggan mudah mengingati jenama bisness. Ia secara tidak langsung
melenyapkan pesaing-pesaing lain.
9. TAWARKAN KUPON
Gunakan Facebook untuk memberikan tawaran istimewa seperti kupon. Kempen pemberian
kupon ini adalah kempen yang efektif dan sentiasa dapat menarik ramai pelanggan.
Apabila menulis di Facebook, pastikan kita menggunakan symbol peratus dengan betul (%),
supaya pelanggan dapat faham mesej yang dibawa.
Cara ini lebih mudah dan mengukuhkan hubungan kita dengan pelanggan. Malah untuk setiap
kali pelancaran produk baru, kita sudah mempunyai mesin wang luar biasa di ruangan Facebook
Group.
Penting si sini untuk kita berkongsi maklumat yang berkaitan. Supaya kredibiliti tidak terjejas.
Kita mahu setiap perkongsian dapat meraikan wang masuk ke dalam akaun bank bisnes
Kongsi maklumat dapat membantu menyelesaikan masalah dan menambah nilai dalam diri
pelanggan. Kemudian sentiasa berhubung dengan pelanggan menerusi ruangan komen apabila
ada sebarang pertanyaan.
Akhir sekali, lakukan sentuhan peribadi dengan menghubungi mereka menerusi ruangan
Facebook Message.
Strategi piramid pemasaran ini dijamin dapat menarik lebih banyak pelanggan secara automatic.
Kerana kita berhubung terus dengan pelanggan secara peribadi dan membantu mereka
berurusan dengan lebih efisien.
Hadiah adalah kempen pemasaran yang berisiko apabila tidak diuruskan dengan betul. Ramai
pemilik bisnes rugi besar kerana tidak mempunyai strategi yang betul.
Untuk pendekatan pertama, keluarkan bajet sekitar RM 300 ke bawah untuk memberikan
hadiah. Sebaik-baiknya hadiah itu mempunyai logo perniagaan kita supaya mereka mudah ingat.
Syarat untuk memenangi hadiah tidak perlu terlalu ketat supaya orang ramai membeli hadiah
bernilai tinggi. Bajet cadangan adalah RM 3,000 ke bawah. Jika mahu beli gajet sebagai hadiah,
kaji senarai gajet yang sedang hangat di pasaran.
Kemudian syarat pertandingan wajar diperketatkan supaya kita dapat menjimatkan kos, dan
memperoleh senarai pemenang yang bakal memberikan wang besar kepada bisnes untuk
jangka masa panjang.
Jadikan setiap aplikasi itu seronok digunakan dan membuatkan mereka tertarik untuk berkongsi
dengan rakan-rakan Facebook yang lain. Untuk membangunkan aplikasi, kita boleh buat sendiri
atau membayar golongan yang pakar.
Kos penghasilan aplikasi adalah sekitar RM 50 sehingga RM 5,000. Bergantung pada jenis
aplikasi yang kita mahukan.
Untuk pemilik bisnes, belajar bagaimana untuk adaptasi dengan pantas adalah langkah yang
terbaik untuk kekal produktif menerusi Facebook. Jangan menrungut kenara perubahan yang
berlaku.
Ambil iktibar untuk perubahan struktur dan fungsi baru di Facebook. Jadikan ia sebagai satu lagi
strategi yang boleh digunakan untuk menambah duit di akaun bank bisnes kita.
Belajar dengan mereka menerusi medium sedia ada seperti buku, ebook, panduan video,
bengkel atau seminar. Semakin banyak kita belajar, semakin pantas bisnes kita berkembang di
Facebook.
Caranya adalah berhubung secara peribadi dengan pelanggan. Raikan mereka dengan
mengucapkan jutaan terima kasih kerana membeli produk daripada kita. Lakukan sekurang-
kurangnya kepada 1 pelanggan dalam masa 1 hari.
Selepas 30 hari, kita sudah mempunyai 30 pelanggan setia yang cinta bisnes kita.
Kelebihan Facebook Ads adalah berkos rendah dan mudah untuk kita promosikan produk ke
sasaran pelanggan yang spesifik. Cara efektif menggunakan Facebook Ads adalah menghalakan
kempen iklan ke Facebook Pages bisnes kita.
Dari situ, bina hubungan yang baik sebelum melakukan sebarang aktiviti jualan. Cara ini
digunakan oleh syarikat besar seperti Starbucks, Coco-cola, AirAsia dan banyak lagi.
Berfikiran luar kotak dapat membantu kita melakukan inovasi dalam kempen pemasaran.
Sekiranya kempen itu Berjaya, kita bukan sahaja memperoleh kuntungan yang besar. Malah
bisnes lain akan terpegun dengan strategi yang digunakan.
Cara untuk berfikiran luar kotak adalah belajar daripada strategi pemasaran selain daripada
Facebook. Antarante adalah belajar menerusi kempen pengiklanan dan pemasaran menerusi
akhbar, televisyen dan pelbagai lagi.
20. WUJUDKAN / SERTAI KEMPEN PROJEK AMAL DI FACEBOOK
Pertama, war-warkan di ruang Facebook Pages kita bahawa kita sedang menguruskan projek
amal seperti derma untuk anak yatim dan sebagainya. Kemudian kongsikan kepada para
pelanggan bagaimana mereka boleh turut serta.
Kempen seperti ini bukan sahaja meningkatkan kuasa jenama di mata pelanggan. Malah
pelanggan bahagia untuk berurusan dengan bisnes kita seorang yang rajin menderma.
Dari sudut pandangan Islam, Allah suka untuk meluaskan rezeki individu yang mencintai aktiviti
menderma.
Strategi yang berkesan adalah mempunyai laman web sendiri. Kemudian sentiasa kongsi laman
web kita menerusi Facebook Pages bisnes. Pemilik bisnes yang bijak adalah mereka yang
memilih untuk menjemput duit pelanggan di rumah sendiri (laman web rasmi bisnes), bukan
rumah orang lain (Facebook).
Dengan mengkaji nilai convertion rate, kita dapat mengenalpasti same ada prospek di Facebook
Pages bisnes kita berkualiti atau sebaliknya. Nilai conversion rate minimum adalah 7%. Sekiranya
nilainya kurang daripada ini, maka penting untuk kita melakukan strategi lain.
Kesilapan ramai pemilik bisnes melakukan pemasaran Facebook adalah melakukan kongsi
secara membabi buta dan syok sendiri. Situasi ini akam member padah negative kepada kita
dari sudut pelaburan masa yang digunakan untuk melaksanakan strategi pemasaran Facebook
Jester itu, sentiasa lihat bagaimana post kita di Facebook dan perhatikan respon yang diperoleh
daripada prospek. Fahami keperluan dan kehendak mereka.
Lihat bagaimana Facebook Pages bisnes lain boleh berjaya mengaut keuntungan yang besar.
Belajar bagaimana mereka memaksimumkan Facebook. Jika strategi mereka boleh berjaya,
maka bisness kita juga berkemukinan besar dapat mersai nikmat yang sama.
Nyatakan jaminan yang kita boleh berpegang pada tanggungjawabnya. Contoh-contoh jaminan
adalah, 30 hari pemulangan wang semula, Jika tidak puas hati, kami berikan kembali wang,
Dijamin sampai esok dan pelbagai lagi.
Mengikut kajian pakar, member jaminan dapat mengurangkan rasa takut dalam diri pelanggan
untuk mencuba produk atau perkhidmatan bisnes kita.
Hebahan himpunan seperti ini akan menyebabkan berita tentang bisnes kita menjadi viral yang
lebih hebat di Facebook. Dimana mereka akan berkongsi dengan rakan-rakan yang lain dalam
masa yang singkat.
Di majlis nanti, kita boleh merakamkan ucapan terima kasih kepada para pelanggan yang
mengumukan sebarang pelancaran produk jika ada. Atau berikan tawaran istimewa untuk
mereka yang hadir ke majlis.
27. KHIDMAT NASIHAT ONLINE PERCUMA
Bina kredibiliti dan kepakaran di mata pelanggan menerusi servis yang tidak mempunyai kos
wang, iaitu khidmat nasihat atau konsultansi. Cara ini bukan sahaja dapat membantu
menambah nilai dalam diri pelanggan. Malah ia dapat menguatkan kuasa viral bisnes kita
tersebar di Facebook sekiranya pelanggan berpuas hati. Bayangkan jika pelanggan berkongsi
pengalaman mereka menerima khidmat nasihat dari bisnes kita kepada 1,000 orang rakan
Facebook mereka.
Khidmat nasihat boleh dilakukan menerusi ruangan mesej di Facebook. Sentiasa focus untuk
menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Ia adalah senjata pemasaran yang luar biasa.
Kita boleh adakan kempen-kempen pemasaran yang unik seperti promosi Ramadhan. Atau
sekurang-kurangnya kita menunjukkan keprihatinan kita terhadap bulan yang mulia ini, dengan
berkongsi gambar-gambar yang berkaitan dengan peristiwa atau manfaat bulan Ramadhan
menerusi Facebook Pages
Aktiviti seperti ini dapat membuatkan pelanggan suka dan rasa rapat dengan bisnes kita.
Kos muat turun aplikasi Instagram adalah 100% percuma. Kongsikan gambar-gambar yang cantik
di Facebook Pages. Biar pelanggan terpegun dengan imej bisnes yang kita bawa di ruangan
social media.
Pemilik bisnes yang menggunakan aplikasi Social Cam dapat menghasilkan video yang
professional dan berkualiti, dengan hanya menggunakan telefon pintar. Ia boleh diesitkan,
dimasukkan lagu, ayat-ayat promosi tanpa perlu mempunyai kemahiran dalam penghasilan
video.
Dengan berkongsi lebih banyak video tentang bisnes kita di Facebook, pelanggan akan mudah
tertarik dan terpukau.
Strategi ini dipanggil social-proof. Pelanggan lebih cepat percaya dan yakin dengan bisness yang
sudah mempunyai bilangan pelanggan yang berpuas hati dengan produk atau servis mereka.
Oleh sebab itu pentingnya untuk pemilik bisnes menggunakan telefon pintar, apabila kita
berhajat untuk memaksimumkan pemasaran Facebook.
Contoh-contoh CTA adalha, Hubungi kami sekarang diruangan komen, Klik pada laman web
di bawah untuk maklumat lanjut dan sebagainya.
Analisis menyatakan, ketiadaan ayat CTA akan menyebabkan 70% pelanggan berpontensi ghaib
dari bisnes kita.
Strategi yang boleh menghadiahkan kad hari lahir yang mempunyai tandatangan dan tulisan
daripada kita sebagai pemilik bisnes. Cara ini dapat menguatkan jenama perniagaan kita.
Secara tidak langsung, menyebarkan viral bisnes yang lebih berleluasa di Facebook tanpa
sebarang kos.
Jawapan yang dikemukakan oleh para pelnaggan di Facebook Pages ini boleh dijadikan sebagai
strategi untuk kita menghasilkan produk yang berlandaskan keperluan mereka.
Selesaikan masalah pelanggan, duit akan bertambah ke dalam akaun bank secara automatik.
Cara ini berkesan untuk menghebahkan post kita kepada 800 juta pengguna Facebook. Di mana
mereka akan klik pada paparan dan memca kisah perniagaan kita.
Sentiasa iklankan kisah kejeyaan yang dapat menarik perhatian seperti kegembiraan hati
pelanggan, tips-tips dan sebagainya.
Kebanyakan bisnes besar juga selalu menggunakan kempen pemasaran ini di Facebook. Satu
daripadanya adalah Air Asia. Perkara penting di sini adalah mengotakan janji kita.
Jika tidak, pelanggan akan kecewa dan tidak lagi berurusan di masa akan datang.
Jadikan pemasaran Facebook kita seperti watak The Flash. Sentiasa pantas, komited dan luar
biasa dalam membalas respon pelanggan.
Maksud kualiti di Facebook Pages adalah mempunyai sejumlah Likers yang sering
berkomunikasi dengan kita. Menggunakan sebarang alat yang tidak beretika untuk
meningkatkan jumlah Likes hanya mencalarkan reputasi dan kredibiliti bisnes kita di mata
pelanggan.
Click-through-rate (CTR) adalah factor yang menentukan jumlah klik pengguna Facebook
terhadap iklan. Jumlah peratusan CTR yang tinggi menandakan iklan Facebook kita berkesan
untuk menarik pelanggan.
Sekiranya keadaan berlaku sebaliknya, ubahsuai mesej iklan kita dari semasa ke semasa. Dalam
pengiklanan, penting untuk pemilik bisnes melakukan percubaan berkali-kali sebelum berjaya
menghasilkan iklan yang terbukti berkesan.
Apabila berpeluang untuk berjumpa dengan pelanggan, ambil kesempatan untuk membina
hubungan yang kukuh dengan mengambil gambar bersama. Kemudian muat naik gambar di
Facebook supaya mereka gembira dengan komitmen kita sebagai pemilik bisnes.
Pelanggan yang berkawan dengan kita biasanya berakhir akan memberikan limpahan wang yang
luar biasa.
41. APLIKASI BANTU PEMASARAN FACEBOOK
Penggunaan aplikasi dapat meningkatkan efisiensi dan produktiviti pemasaran Facebook dengan
lebih pantas. Satu daripada aplikasi yang terbaik untuk perniagaan adalah Octopost
(http://apps.facebook.com/octopost).
Aplikasi ini dapat memjadualkan penerbitan post kita di Facebook secara automatic.
Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Bryan Gan iaitu pengasas Octopost, aplikasi seperti
ini banyak digunakan oleh pengurus social media untuk pelanggan mereka.
Cara ini mempercepatkan proses untuk bisnes kita menjadi lebih viral di dalam laman web
Facebook. Secara tidak langsung membawa lebih ramai pelawat ke laman web atau blog kita.
Cara ini dapat menjimatkan kos pemasaran kita dari pelbagai sudut. Malah kepercayaan prospek
terhadap bisnes kita lebih tinggi, kerana ia dicadangkan oleh rakan Facebook mereka yang telah
berurusan dengan bisnes kita sebelum ini,
Caranya adalah menggunakan bahasa yang baik dan bersopan santun, memberikan respom
dengan pantas dan sewaktu dengannya.
Anggap pembelian telefon pintar ini sebagai asset untuk melakukan perniagaan dengan lebih
efisien.
Maklumat yang bermusim dapat meningkatkan viral serta merapatkan hubungan dengan
pelanggan di Facebook Pages. Ini juga sebagai satu tanda yang menunjukkan kita prihatin
dengan maklumat sekeliling.
Gunakan aplikasi Octopost yang menjimatkan masa bagi memudahkan kerja-kerja pemasaran,
sekiranya kita mempunyai masa yang terhad untuk berniaga di Facebook.
Dengan kata lain, fokus pada satu bisnes, biarkan pelanggan yakin dan sedar tentanf kepakaran
kita dalam industry yang spesifik serta jadi jutawan dengan hanya melakukan pemasaran viral di
Facebook.