Anda di halaman 1dari 7

Aktiviti Ilusi optik

Tahukah anda?
Apakah yang dimaksudkan dengan ilusi optik?
Ilusi optik (optical illusion) atau lebih sesuai dikenali sebagai ilusi visual (visual
illusion), melibatkanpengeliruan visual. Pelbagai kesan visual yang mengelirukan boleh dilihat apabila
kita memanipulasikan susunan imej, warna, kesan sumber cahaya dan lain-lain pemboleh ubah yang
berkaitan.
Jika anda menghadapi kesukaran untuk melihat imej yang tersembunyi di dalam sesuatu gambar
atau fotograf, anda tidak perlu risau. Ini adalah kerana semua orang mengalami ilusi visual dengan
cara yang berbeza. Malah, bagi sesetengah ilusi visual, ada juga yang tidak dapat melihat kesannya
langsung!
Ilusi optik bukan sahaja sesuatu yang seronok dan menarik tetapi ia juga mendedahkan banyak
perkara tentang cara-cara otak berfungsi. Ada pelbagai ilusi optik dan setiapnya ada penjelasan
tentang bagaimana dan mengapa ilusi visual ini berlaku.

Perhatikan kelima-lima roda yang bercorak di atas. Jangan risau jika anda melihatnya berputar!
Jika anda tidak percaya bahawa roda-roda itu sebenarnya tidak berputar, fokus kepada "lidah
bercabang" berwarna merah di empat roda-roda tersebut. Adakah "lidah-lidah" itu bertukar posisi dari
kedudukan asal?

Aktiviti 1: Ilusi Tangan Berlubang

Bahan-bahan
Sehelai kertas A4
Pita selofan
(Alternatif : bekas tiub kertas tisu dapur)

Prosedur
1. Gulungkan lembaran kertas itu untuk membuat tiub kertas dan kemaskannya dengan
menggunakan pita selofan.
2. Pegang tiub kertas itu dengan tangan kanan.
3. Gunakannya untuk melihat melalui mata kanan anda.
4. Pastikan kedua-dua mata terbuka.
5. Sekarang, buka tapak tangan kiri anda dan tempatkannya berhadapan ke arah muka anda.
6. Rapatkan tapak tangan kiri anda ke tiub kertas tadi.
7. Sandarkan tapak tangan kiri anda kepada tiub kertas. Letakkan jaraknya lebih kurang dua per tiga
panjang tiub dari mata anda.
8. Pastikan kedua-dua mata anda terbuka. Apakah yang anda dapat lihat? Adakah anda dapat lihat
sebuah lubang terbentuk di tapak tangan kiri anda? Agak menakutkan, bukan?

Apakah yang berlaku?


Apabila anda melihat melalui tiub kertas dan dalam masa yang sama memerhatikan tapak tangan,
satu ilusi optik telah terhasil. Mata sebelah kiri melihat lubang manakala mata sebelah kanan pula
melihat tapak tangan.
Apa yang berlaku ialah mata dan otak anda mengolah kedua-dua imej dalam masa yang sama.
Tindakan ini menghasilkan imej tapak tangan yang berlubang tanpa mencederakan anda sedikit pun!

Tahukah anda?

Aktiviti 2: Ilusi Bintang Bertukar


Cubalah kad ajaib di bawah untuk melihat sendiri bahawa kadang-kadang apa yang kita lihat tidak
sama dengan apa yang benar-benar berlaku. Ilusi visual ini boleh sahaja dilakukan dengan bantuan
sains!

Bahan-bahan?
Kad Ilusi Bintang Merah seperti di dalam gambar di bawah:

Prosedur:
1. Pegang kad Ilusi Bintang Merah dengan jarak lebih kurang 30 cm dari penglihatan anda.
2. Renung bulatan hitam di dalam bintang merah di sebelah kiri kad selama 20 saat.
3. Sekarang, alihkan pandangan anda kepada bulatan hitam di dalam petak putih di sebelah kanan.
4. Adakah anda melihat bintang berrwarna hijau muda?
Apakah yang berlaku?
Apabila anda merenung sesuatu warna untuk sesuatu tempoh masa dan kemudian mengalihkan
padangan anda ke arah sesuatu permukaan putih, satu imej tinggal (afterimage) kepada warna
pelengkap (complementary) akan muncul.

Di dalam kes ini apabila kita merenung warna merah, warna yang akan kelihatan ialah warna hijau
muda yang merupakan warna pelengkap kepada merah. Apabila kita merenung warna merah untuk
beberapa lama, fotoreseptor (sel saraf khusus yang mengesan dan bergerak balas terhadap
rangsangan cahaya) cahaya merah pada retina telah menjadi lesu. Ini mengurangkan keupayaannya
untuk menghantar maklumat ke otak. Apabila kita melihat warna putih sejurus selepas itu, bahagian
merah kepada sinar tuju tidak disampaikan dengan sepenuhnya seperti warna lain. Imej terbaru ini
dipengaruhi oleh susutnya warna merah. Ini mengakibatkan ilusi warna pelengkap kepada merah iaitu
warna hijau muda akan kelihatan.

Tahukah anda?
Di dalam teori warna, apabila dua warna bercampur dengan kadar yang sepatutnya, ia akan
menghasilkan warna neutral (kelabu, putih atau hitam).
Contoh Peristiwa Bercanggah
1. Telur terapung dan tenggelam dalam air
(i) Bahan-bahan:
o Bikar
o Air paip
o Telur
o Garam
(ii) Prosedur:
o Sediakan 2 bikar yang berisi air paip. Air dalam bikar kedua telah
dilarutkan dengan garam.
o Sebelum memasukkan telur ke dalam kedua-dua bikar secara
serentak, murid diminta meramalkan samaada telur tersebut
tenggelam atau terapung.
o Murid diminta memikirkan sebab telur pada bikar pertama tenggelam
manakala telur pada bikar kedua terapung.

2. Telur dalam kelalang kon


(i) Bahan-bahan:
o Telur
o Kelalang kon
o Mancis kayu
(ii) Prosedur:
o Kupas telur kemudian letakkan di atas mulut kelalang kon.
o Murid ditanya bolehkah mereka memasukkan telur tersebut di dalam
kelalang kon tanpa memecahkan telur tersebut. Murid diminta
mengemukakan idea masing-masing.
o Nyalakan mancis kayu. Apabila api terpadam, masukkan batang
mancis serta merta ke dalam kelalang kon dan letakkan telur yang
telah dikupas ke mulut kelalang kon.
o Murid diminta memikirkan penjelasan mengenai kejadian sains yang
baru mereka saksikan.

3. Belon kebal
(i) Bahan-bahan:
o Belon
o Batang lidi/satay
(ii) Prosedur:
o Tiup belon sehingga mencapai saiz sederhana besar.
o Minta murid meneka apa yang akan terjadi jika pencucuk lidi/satay
ditusuk ke dalam belon.

o Tusuk pencucuk lidi/satay secara perlahan-lahan sehingga menembusi


kedua-dua permukaan dinding belon.
o Minta murid memikirkan sebab belon tersebut tidak meletup.

4. Belon kalis api


(i) Bahan-bahan:
o Belon
o Lilin
o Air
(ii) Prosedur:
o Isikan sedikit air ke dalam belon yang belum ditiup.
o Tiup belon sehingga mencapai saiz sederhana besar.
o Nyalakan lilin
o Nyalakan mancis kayu. Apabila api terpadam, masukkan batang
mancis serta merta ke dalam kelalang kon dan letakkan telur yang
telah dikupas ke mulut kelalang kon.
o Murid diminta memikirkan penjelasan mengenai kejadian sains yang
baru mereka saksikan.

5. Syiling Ajaib
(i) Bahan-bahan:
o Duit syiling
o Penitis
o Air
(ii) Prosedur:
o Letakkan duit syiling ke atas meja.
o Titiskan satu titis air ke atas permukaan duit syiling dengan
menggunakan penitis.
o Murid diminta meneka berapa titis air yang boleh ditampung oleh duit
syiling tersebut.
o Murid diminta mengira titisan air yang dititiskan ke atas syiling
bersama-sama.
o Kiraan tamat apabila air mencurah ke atas meja.
o Murid diminta memikirkan penjelasan mengenai kejadian sains yang
baru mereka saksikan.

Cadangan pertandingan
Pertandingan membuat Hoverkraf Botol Plastik
Mari bina sebuah mini hoverkraf yang boleh menggelongsor di atas meja dan lihat bagaimana kita
boleh kalahkan daya geseran dengan mudah.

Bahan-bahan:
Botol plastik
Gunting
Belon

Prosedur:

1. Potong bahagian atas botol plastik, seperti yang ditunjukkan. Cuba dapatkan potongan yang
bersih dan tidak berlekuk.

2. Buat lubang kecil pada penutup botol.


3. Tiup belon hingga besar.
4. Apabila selesai, kepitkan leher belon di antara jari telunjuk dan ibu jari supaya udara tidak terlepas.
5. Sementara itu, muatkan leher belon di atas tutup botol. Anda mungkin perlu seseorang untuk
membantu anda.

6. Dirikan hoverkraf anda pada permukaan yang rata, seperti meja, dan lepaskan udara dari belon.
Tolak sedikit hoverkraf itu jika perlu. Anda akan lihat udara bergegas keluar, membuatkan botol itu
terapung dari permukaan meja dan seterusnya meluncur seperti sebuah hoverkraf!

Apakah yang berlaku?


Geseran adalah suatu daya yang cuba untuk melambatkan objek atau memberhentikan objek yang
bergerak. Geseran dihasilkan apabila dua objek bersentuhan. Apabila anda menggosok kedua-dua
tapak tangan anda, geseran membuat kedua-dua permukaan terasa lebih panas.

Geseran boleh menjadi sesuatu yang memberi kebaikan. Tanpa geseran, kaki kita akan sentiasa
meluncur di sana sini. Geseran juga boleh menjadi sesuatu yang kurang diingini. Contohnya apabila
kita mengayuh basikal bertentangan dengan angin yang kuat!

Sebuah hoverkraf dapat bergerak lebih cepat daripada kapal di laut kerana ia seolah-olah terapung
di atas kusyen udara. Geseran di antara hoverkraf dan udara adalah kurang dari geseran di antara
kapal dan air. Model mini hoverkraf yang kita bina itu juga bergerak dengan mudahnya di atas
kusyen udara.

Anda mungkin juga menyukai