Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO KRAMAT

PULAU PINANG

KERTAS KERJA
PROGRAM KECERIAAN BENGKEL KEMAHIRAN
HIDUP
SK DATO KRAMAT
2017

TARIKH:
21 OGOS 2017 HINGGA 25 OGOS 2017
1.0 Pengenalan

Institusi pendidikan membantu membangunkan minda komuniti warga sekolah

melalui persekitaran yang kondusif. Persekitaran kawasan di sekolah adalah sebagai

wahana untuk merealisasikan pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang bermula dari

persekitaran sekolah yang kondusif. Projek ini adalah salah satu aktiviti yang dirancang

bersama oleh guru-guru pelatih dari IPG Kampus Pulau Pinang dengan Panitia Kemahiran

Hidup SK Dato Kramat dengan sokongan pihak sekolah. Dalam masa yang sama, semangat

kecintaan terhadap sekolah dapat dipupuk dengan meletakkannya sebagai matlamat yang

utama di samping dapat menceriakan lagi keadaan dalam bengkel serta persekitaran

sekolah.

2.0 Rasional

Prasarana dan pengurus dalam bengkel kemahiran hidup yang kondusif menjadi

agenda penting kepada guru-guru bagi memastikan murid dapat belajar dalam suasana

yang kondusif semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk dan Teknologi

serta Kemahiran Hidup berlangsung. Persekitaran yang diwujudkan mestilah menepati cita

rasa pelanggannya yakni guru, kakitangan sekolah dan murid-murid. Justeru, sebagai

tempat yang menjadi tempat belajar bagi matapelajaran khususnya reka bentuk dan

teknologi, suasana dalam bengkel mestilah teratur dan menarik perhatian, supaya

perkhidmatannya digunapakai secara optimum demi keselesaan dan kepuasan hati

penggunanya.
3.0 Objektif

3.1 Mencapai cita-cita sebagai suatu tempat belajar yang kondusif terutama murid

yang menjalani sesi PnP Kemahiran Hidup dan Reka Bentuk dan Teknologi.

3.2 Menjadikan kawasan persekitaran sekolah terutamanya Bengkel Kemahiran Hidup sebagai

kawasan yang cantik dan indah.

3.3 Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan integriti

dalam melaksanakan tugas.

3.4 Menyumbang tenaga dan buah fikiran guru pelatih sebagai sumbangan terhadap sekolah.

3.5 Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan nilai profesionalisme keguruan secara

berterusan.

4.0 Sasaran

4.1 Guru-guru pelatih IPG Kampus Pulau Pinang

4.2 Guru-guru Kemahiran Hidup

5.0 Tarikh

Bermula pada 21 Ogos 2017 hingga 25 Ogos 2017


6.0 Tempat

Bengkel Kemahiran Hidup SK Dato Kramat

7.0 Cadangan Program Keceriaan Bengkel

7. 1 Melukis dan mewarna mural(keselamatan)

7.2 Menyusun atur bengkel

7.3 Melabel alat tangan.

7.4 Menghasilkan sudut hasil kerja murid.


8.0 Jadual Program

(Sila lihat lampiran ) Perubahan berdasarkan program semasa

9.0 Anggaran Belanjawan

(Sila lihat lampiran ) Perubahan berdasarkan program semasa

10.0 Penutup

Pihak jawatankuasa amat mengharapkan semoga program ini dilaksanakan dengan

jayanya dan mencapai objektif yang digariskan serta akan lebih memantapkan suasana

kondusif bengkel kemahiran hidup SK Dato Kramat. Perancangan perlaksanaan projek

dalam kertas kerja ini adalah bertujuan memudahkan pengurusan yang melibatkan semua

ahli jawatankuasa. Program ini merupakan salah satu platform guru pelatih untuk mencari

pengalaman secara terus daripada sekolah. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang

diberikan mendapat keberkatan dari Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan

pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar

berserta hidayah dan pertolongan tuhan.


Lampiran A JADUAL PROGRAM

BIL. TARIKH CADANGAN AKTIVITI

1. 21 ( Isnin ) Memulakan aktiviti lakaran mural.

2. 22 ( Selasa ) Mewarnakan mural yang telah dilakar.

3. 23 ( Rabu ) Mengemas,menyusun atur dan membersihkan Bengkel Kemahiran Hidup.

4. 24 ( Khamis ) Melabel alat dan perkakasan dalam bengkel.

5. 25 ( Jumaat ) Membersihkan bengkel, menceria dan mendokumentasi projek.

Lampiran B ANGGARAN BELANJAWAN

BIL. BAHAN DAN ALATAN KUANTITI ANGGARAN


PERBELANJAAN

1. Berus lukisan kecil RM 1.00 X 5 RM 5.00

2. Cat mural RM 5.00 X 6 RM 30.00

3. Polisterin board RM 3.00 X 3 RM 9.00

4 Kertas warna A4 RM 5.00 X 1 RM 5.00

5 Plastik laminate RM 1.00 X 10 RM 10.00

JUMLAH RM 59.00