Anda di halaman 1dari 3

EBAGAI PEMBUKA PERSADA UCAPAN.

MAJLIS DENGAN HORMATNYA


MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA PN HJH SALBIAH BT SAAD PK
PENTADBIRAN SK TEBING TEMBAH UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN.

MAJLIS DENGAN HORMATNYA MEMPERSILAKAN.

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERBAHAGIA

UCAPAN CIK IMA, (YANG DIRAIKAN)

SUDAH BIASA KITA DENGARI


PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI
NAMUN TAK SAMA DENGAN YANG INI
TAK MUNGKIN ADA GALANG GANTI.

SETERUSNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN CGU SALBIAH UNTUK


MEMBERIKAN SEPATAH DUA KATA .

MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT DAN


MEMPERSILAKAN.

MAJLIS MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA


KASIH KEPADA . ATAS UCAPAN ITU TADI.

BANYAK DURI PERKARA DURI


TIDAK SAMA DURI MENGKUANG
BANYAK BUDI PERKARA BUDI
TIDAK SAMA BUDIMU SEORANG

MALAM HARI BERLAGU UNGGAS


MEMECAH KESUNYIAN DI DALAM HUTAN
WALAUPUN TERPISAH TEMPAT DAN TUGAS
BUDIMU TUAN DALAM INGATAN

PENYAMPAIAN CENDERAMATA

HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN,MAJLIS SETERUSNYA ADALAH


PENYAMPAIAN CENDERAMATA SEBAGAI TANDA KENANG-KENANGAN BUAT
INSAN YANG KITA RAIKAN PADA HARI INI.

MAJLIS MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA PROF. DR


MOHD YAZID ABDUL MANAF UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAMATA
BUAT KENANG-KENANGAN KEPADA CIK SITI IMA. DIPERSILAKAN

KAIN SONGKET CANTIK KILAUAN


DITENUN OLEH ORANG KEMAMAN
TAK TERBALAS BUDIMU TUAN
KAMI MERAKAM SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN.

BEGITULAH TADI ,UPACARA PENYAMPAIAN CENDERAMATA KENANG-


KENANGAN KHUSUS UNTUK CIK SITI IMA MUNIRAH AHMAD.

PASTINYA KAMI WARGA FSTM TIDAK AKAN LUPA DENGAN CIK IMA. BELIAU
MENINGGALKAN KITA DENGAN DAYA USAHA DAN SEMANGAT KERJA SERTA
KOMITMEN YANG CEMERLANG SEPANJANG BERADA DI SINI..

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA YANG BERBAHAGIA PROF. DR. MOHD


YAZID ATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN CENDERAMATA ITU TADI.

PENUTUP

TIBA WAKTUNYA UNTUK MENYUSUN JEMARI


MEMBUANG SEGALA KERIKIL BERSALUT DI HATI
MAAF ANDAI ADA SALAH SILAP TANPA DISEDARI AGAR SAAT PERPISAHAN
INI INDAH BERBUNGA MESRA DALAM JAMBANGAN INGATAN.

PADA CIK IMA YANG AKAN PERGI MENINGGALKAN KITA DI FSTM


JELINGLAH KAMI JIKA RINDU MASIH BERTAMU
SAPALAH KAMI ANDAI MESRA AKRAB BERPADU
SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT YANG BARU
SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMBERKATI

MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH SEKALI LAGI KEPADA SEMUA


TETAMU DAN HADIRIN YANG SUDI MELUANGKAN MASA BERSAMA-SAMA
MEMERIAHKAN MAJLIS PADA PAGI INI

DARI MANA ASALNYA USAH DIUSUL


MOLEK BUDINYA MENAMBAT HATI
DUA TIGA BICARA SALAH TERSASUL
JANGAN DISIMPAM DI DALAM HATI

UBI MANIS UBI KELADI


KALAU ADA DITAMBAH LAGI
SEKIRANYA UMUR PANJANG DIRESTUI
KITA PASTI BERJUMPA LAGI

JAMUAN MAKAN

KEMBANG HARUM SIBUNGA SEROJA


BUAT HIASAN PENYAMBUT TETAMU
TERHIDANG SUDAH JAMUAN DIMEJA
DIPERSILAKAN SEMUA HADIRIN MENJAMU.

UNTUK ITU DIPERSILAKAN HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN UNTUK


MENJAMU SELERA.

SEKIAN SAHAJA ,SALAM HORMAT,


WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT