Anda di halaman 1dari 11

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

1095 ISU DAN PERMASALAHAN MUALAF (CINA) DI MALAYSIA

SYARUL AZMAN BIN SHAHARUDDIN


MARIAM BINTI ABDUL MAJID
MUHAMMAD YUSUF MARLON BIN ABDULLAH
FAKHRI BIN SUNGIT
ZULKIFLI BIN ABD. HAMID
HANIS NAJWA BT SHAHARUDDIN
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

ABSTRAK

Kertas kerja ini membincangkan beberapa isu dan permasalahan mualaf dalam kalangan kaum Cina di
Malaysia. Kajian ini bertujuan mengenal pasti isu dan permasalahan yang dihadapi oleh golongan mualaf Cina
dan dalam proses usaha membantu dan menanganinya. Proses ini memerlukan suatu usaha menyusun
perancangan serta pendekatan berstrategi untuk membantu golongan mualaf ini agar matlamat untuk
menjinakkan hati mereka untuk kuat berpegang dengan akidah Islam dapat dicapai. Kajian ini menggunakan
kajian kualitatif iaitu kajian kepustakaan berkaitan isu-isu dan permasalahan mengenai mualaf Cina. Data
kajian ini dikemukakan hasil perkongsian kajian-kajian yang telah dilakukan serta isu dan permasalahan
mualaf yang berlaku kebelakangan ini. Sehubungan dengan itu, menjadi tanggungjawab semua pihak sebagai
saudara seIslam untuk mengatur usaha menerusi pendekatan berstrategi dengan mengambil kira permasalahan
dan elemen yang mendominasi diri golongan mualaf ini.

Kata Kunci: Isu dan Permasalahan, Mualaf Cina, Malaysia

PENGENALAN
Istilah mualaf adalah sinonim dengan panggilan saudara kita, saudara baru atau saudara
muslim di kalangan masyarakat di Malaysia (Mujaini Tarimin et al., 2010). Dalam konteks
masyarakat majmuk di Malaysia, saudara baru Cina, saudara baru India atau lain-lain
masyarakat dirujuk dan diistilahkan sebagai ' mualaf ' oleh masyarakat Islam amnya dan
masyarakat Melayu khasnya (Anuar Puteh, 1999). Mualaf atau saudara baru diertikan sebagai
orang-orang yang dipujuk dan dijinakkan hatinya dengan harapan dapat menguatkan
pegangan mereka terhadap Islam atau supaya tertarik untuk memeluk Islam (Amran Kasimin,
1985). Daripada pengertian di atas dapat disimpulkan mualaf, saudara baru dan saudara kita
adalah golongan yang sama. Mereka telah yang dijinakkan hati untuk menerima Islam dan
telah melafazkan dua kalimah syahadah sebagai pembuktian pengIslaman.

Terdapat beberapa kajian telah dilakukan berkaitan golongan mualaf antaranya


bertajuk Saudara Baru di Wilayah dan Selangor (Amran Kasimin,1995), Mengapa Kami
Memeluk Islam (Nawi Jusoh, 2001), Faktor Kecenderungan Saudara Kita Memeluk Islam:
Satu Kajian Di Darul Ukhuwah, Tampoi, Johor (Taqiyah Abdul Hadi, 2004), Saudara Baru

1181
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

Tentang Penerimaan Masyarakat Islam Terhadap Mereka: Kajian Kes Di Darul Ukhuwah
Johor Bahru (Fa`izah binti Paijalah, 2004), Muslim Converts In Malaysia: The Problem Of
Cultural Adjustment, (Osman Chuah Abdullah @ Chuah Hock Leng & Abdul Salam
Muhamad Shukri, 2008). Keperluan Memahami Psikologi Saudara Muslim (Nur A`thiroh
Masyaa`il binti Abdullah @ Tan Ai Pao & Fariza Md Sham,2009). Khidmat Nasihat Dalam
Menangani Masalah Saudara Baru (Anuar Puteh., 2006). Terdapat juga kajian luar negara
berkaitan mualaf yang pernah dilakukan antaranya Religious Conversion:The Personal
Experience Of The Muslim Converts (Rafic Ali Al-Banawi,1994), Conversion to Islam in the
United States: A Case Study in Denver, Colorado. (Patrick D. Bowen, 2009) dan The
Increasing Conversion to Islam since 9/11: A Study of White American Muslim Converts In
Northwest Ohio (Khaled Esseissah, 2011).

Antara kajian khusus berkaitan golongan mualaf Cina adalah kajian bertajuk Nilai,
Persepsi Jangkaan Saudara Baru Cina Terhadap Masyarakat Dan Agama Islam (Iran
Herman, 1998), Program Dakwah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kepada
Saudara Muslim: Kajian Tentang Persepsi dan Keberkesanannya (Nur Athiroh Masyaail
Tan Binti Abdullah @ Tan Ai Pao, 2013) Interaction and Integration of Chinese Muslim
Converts in Malaysia: A Historical Background (Razaleigh Bin Muhamat @ Kawangit,
Anuar Puteh, Ahmad Redzuwan Mohd Yunus & Abdul Ghafar Don, 2011) Social and
Religious Integration of Chinese Muslim Converts with Malays in Malaysia: An Empirical
Study (Razaleigh Bin Muhamat @ Kawangit et. al., 2010), Penerimaan Islam Oleh
Masyarakat Cina: Satu Kajian Kes Di Kampung Tirok, Kuala Terengganu, Terengganu
(Azita Binti Abdullah,1999) Program Kefahaman Islam Saudara Baru Cina Kuala Lumpur
(Anuar Puteh, 1999) dan Integrasi Mualaf Cina Terhadap Kebudayaan Masyarakat Melayu di
Negeri Selangor (Syarul Azman bin Shaharuddin, 2015). Terdapat juga kajian luar negara
berkaitan mualaf Cina yang pernah dilakukan antaranya Migration and Assimilation of Rural
Chinese in Trengganu dalam Malayan and Indonesia Studies. Ed. John Bastin and R.
Roolvink. London: Oxford University Press (Gosling L.A.P., 1964).

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk mengemukakan isu dan permasalahan golongan mualaf Cina
dalam usaha menyusun perancangan dan pendekatan berstrategi bagi membantu golongan

2181
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

mualaf ini agar matlamat untuk menjinakkan hati mereka untuk kuat berpegang dengan
akidah Islam dapat dicapai.

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan kajian kepustakaan dalam mengenal pasti isu isu dan
permasalahan yang dihadapi oleh golongan mualaf Cina.

DAPATAN KAJIAN
Terdapat beberapa sumbangan kertas ini. Pertama, kertas ini menyumbang kepada
sumbangan keilmuan khususnya dalam bidang dakwah terhadap mualaf, Kedua
meningkatkan usaha penerokaan terhadap aspek perancangan dan pendekatan berstrategi
terhadap golongan mualaf Cina khususnya. Ketiga, dapatan ini berupaya melancarkan usaha
dakwah agar lebih berpengaruh dengan strategi baru dalam mendekati golongan mualaf Cina
di Malaysia.

Topik perbincangan kertas difokuskan terhadap isu dan permasalahan yang dikategorikan
berdasarkan beberapa aspek iaitu:

I. Perkauman di Malaysia.

Masalah integrasi kebudayaan Islam di negara kita sukar berkembang pada umumnya jika
kita melihat kepada masyarakat yang mempunyai pelbagai etnik, ianya disebabkan
munculnya isu-isu perkauman di negara kita yang perlu diselesaikan dengan kadar segera.
Isu-isu perkauman dan pelbagai anggapan seolah-olah telah dapat mempengaruhi perasaan,
pemikiran dan tindakan antara golongan. Maka masalah pencapaian integrasi nasional
sentiasa mendapat perhatian utama dalam pembinaan sejak awal kemerdekaan hingga
sekarang (Sanusi Osman, 1986:3-4).

II. Isu : Pendidikan

3181
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

Masyarakat di Malaysia terperangkap dengan sifat casabiyyah1 kaum akibat dari polisi dan
sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh pihak British. Peraturan ini adalah tidak baik
untuk integrasi kebudayaan memandangkan ia membahagikan kepada bangsa masing-masing
seperti Melayu, Cina, India dan sebagainya (Mahayudin Yahaya, 1998).

Sejak kemerdekaan, pendidikan di peringkat Sekolah Rendah dan Kebangsaan diubah dan
disatukan semua bangsa Melayu, Cina, India dan sebagainya. Walau bagaimanapun, sekolah-
sekolah yang berunsurkan etnik masih wujud di kalangan kaum. Cina dan India. Begitu juga
pondok yang hanya menempatkan golongan Muslim sahaja Justeru itu, pengasingan etnik
terhadap golongan individu masih lagi dirasai seperti Melayu untuk Melayu atau Cina
untuk Cina (Shamsul Amri Baharuddin, 2007: 33).

III. Bimbang melupakan keturunan Cina - Masuk Islam, Masuk Melayu

Atas dasar inilah, kesan yang mendalam jika diri seseorang yang bukan-Melayu memeluk
Islam. Masyarakat bukan Islam menganggap golongan mualaf ini telah mengkhianati asal-
usul, keturunan, budaya, warisan dan agama nenek moyang mereka. Ibu bapa mereka merasa
marah akibat dari perbuatan mereka masuk Melayu adalah sama seperti meninggalkan
kehidupan silam mereka (Che Ku Shalihah Bt Che Ku Abdul Satar, 2004).

Seterusnya kajian yang dilakukan oleh Razaleigh Bin Muhamat @ Kawangit, Anuar
Puteh, Ahmad Redzuwan Mohd Yunus & Abdul Ghafar Don (2011), bertajuk Interaction and
Integration of Chinese Muslim Converts in Malaysia: A Historical Background memberi
penekanan mengenai integrasi sosial dan keagamaan di antara golongan mualaf di kalangan
kaum Cina dan kaum Melayu khususnya di Kuala Lumpur. Fokus kajian ini ialah berkisar
mengenai dilema yang dialami oleh kaum Cina apabila mereka memeluk Islam, termasuklah
perubahan dari segi tingkah laku, pengamalan gaya hidup, kehidupan sosial dan sebagainya.
Hasil dari kajian ini, didapati, masyarakat Cina Muslim mempunyai hubungan yang sangat
kuat terhadap etnik mereka.

IV. Isu Perubahan Identiti

1
Penjelasan mengenai isu ini terdapat dalam bab 2, isu integrasi pendidikan.

4181
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

Golongan mualaf juga terpaksa bersedia untuk menerima perubahan identiti seperti menukar
nama dan tabiat lama mereka seperti makanan, permainan, perayaan dan sebagainya. Dari
segi perkahwinan pula, golongan Muslim hanya boleh mengahwini Muslim sahaja dan ini
merupakan ketetapan hukum yang terdapat dalam undang-undang kekeluargaan Islam (Yusuf
al-Qaradawi, 2005). Di Malaysia, sudah menjadi kebiasaan bagi seorang Muslim untuk
berkahwin dengan golongan etnik mereka sendiri. Memang terdapat di Malaysia
perkahwinan antara dua etnik namun jumlahnya amat sedikit.

Kajian kes yang dibuat oleh Rafic Ali al-Banawi (1994), iaitu Religious Conversion:
The Personal Experience Of The Converts melihat pengalaman golongan mualaf setelah
memeluk Islam. Seramai 14 orang informen telah ditemubual dan kajian difokuskan terhadap
2 dimensi umum iaitu berkaitan faktor golongan mualaf memeluk Islam dan keadaan selepas
Islam meliputi hubungan antara pertukaran agama dan kesihatan mental, peranan efektif
dalam pertukaran agama, tempoh memeluk Islam serta peranan pertukaran agama dalam
membentuk personaliti dan sosial. Hasil kajian mendapati terdapat pelbagai faktor yang
mencetuskan dorongan dalam memeluk Islam dan pertukaran agama mempengaruhi
personaliti dan sosial malahan seluruh aspek kehidupan mereka.

V. Isu Kurang Kefahaman dan Penerimaan Terhadap Integrasi Budaya


Masyarakat Melayu/Islam

Kajian yang dibuat oleh Gosling L.A.P. (1964) bertajuk Migration and Assimilation of Rural
Chinese in Trengganu dalam Malayan and Indonesia Studies. Ed. John Bastin and R.
Roolvink. London: Oxford University Press. Dalam kajian ini menceritakan bahawa
masyarakat Cina di Malaysia dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu; Pertama- Masyarakat
Cina yang mengasimilasikan diri mereka ke dalam sosio-budaya masyarakat Melayu,
disamping mengekalkan agama dan ciri-ciri kepercayaan asal mereka. Mereka ini seperti
orang-orang Cina Baba Melaka dan orang-orang Cina Baba di Kuala Terengganu. Kedua-
Masyarakat Cina yang mempunyai persamaan agama dengan orang Melayu iaitu beragama
Islam, tetapi masih mengekalkan sosio-budaya Cina seperti yang terdapat di kalangan orang-
orang Cina berketurunan Yunnan di Kuala Terengganu.

5181
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

Berdasarkan Syarul (2015), menyatakan bahawa tahap kefahaman para golongan


mualaf Cina berada pada tahap sederhana iaitu min keseluruhan = 2.85. Manakala
penerimaan golongan mualaf Cina juga berada pada tahap sederhana iaitu min keseluruhan =
2.75. Ini menunjukkan isu kefahaman dan penerimanaan golongan mualaf Cina masih berada
pada tahap sederhana dan perlu dipertingkatkan lagi bagi membantu para mualaf Cina
terhadap integrasi kebudayaan masyarakat Melayu/Islam.

VI. Isu Kurang Erat Hubungan Mualaf Dengan Masyarakat Islam

Kajian Razaleigh Bin Muhamat @ Kawangit et. al. (2010), bertajuk Social and Religious
Integration of Chinese Muslim Converts with Malays in Malaysia: An Empirical Study.
Kajian ini memberi penekanan mengenai integrasi sosial dan keagamaan di antara golongan
mualaf di kalangan kaum Cina dan kaum Melayu khususnya di Kuala Lumpur. Fokus kajian
ini ialah berkisar mengenai dilema yang dialami oleh kaum Cina apabila mereka memeluk
Islam, termasuklah perubahan dari segi tingkah laku, pengamalan gaya hidup, kehidupan
sosial dan sebagainya. Hasil dari kajian ini, didapati bahawa masyarakat Cina yang memeluk
Islam di Kuala Lumpur kurang berlaku integrasi sosial di kalangan masyarakat Melayu.

VII. Isu Program Pendidikan Mualaf Kurang Bersistematik

Mohamad Zaid Bin Mohd Zain (2004) pula dalam kajiannya bertajuk, Kesan Pengajaran dan
Pendidikan Agama di Kalangan Saudara Baru: Kajian di PERKIM Negeri Sembilan
mengatakan bahawa program pengajaran dan pendidikan agama di kalangan saudara baru
yang dijalankan di PERKIM Bahagian Negeri Sembilan dan juga aktiviti pendidikan yang
perlu dilaksanakan untuk memenuhi keperluan dan kehendak saudara baru. Hasil kajian
menunjukkan kesan pendidikan agama di kalangan saudara baru masih belum mencapai
tahap yang boleh dibanggakan. Perkara ini, pihak PERKIM perlu merancang program
pendidikan yang lebih sistematik dan juga menyelaras modul pendidikan untuk saudara baru.

VIII. Isu Kurang Usaha Mensosialisasikan Integrasi Mualaf

Kajian Hasan Basri bin Syahidin (2006) berjudul Integrasi Sosial Masyarakat Majmuk: Suatu
Kajian di Kota Medan. Kajian memfokuskan kepada tahap integrasi sosial di kalangan
masyarakat majmuk di kota Medan. Tumpuan kajian kepada aspek bahasa, pemukiman,

6181
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

perkahwinan, interaksi dan toleransi antara kelompok yang ada di kota ini. Kota Medan
tersebut merupakan tempat bertemu dan berkumpulnya pelabgai etnik. Oleh itu berlaku
interaksi antara mereka yang dianggap berpotensi berlaku konflik, kecurigaan antara etnik,
golongan dan agama disebabkan wujudnya pandangan yang sering tidak wajar terhadap
golongan lain.kajian ini mendapati bahawa tahap integrasi sosial masyarakat di kota ini boleh
dikatakan secara relatifnya bagus. Namun beberapa faktor telah dikenalpasti sebagai
penghalang wujudnya tahap integrasi sosial yang lebih baik. Dapatan kajian juga mendapati
kurangnya peranan para tokoh masyarakat dan agama untuk mensosialisasikan integrasi
terutama dibidang pemukiman.

IX. Isu Kurang Tenaga Dai Yang Dapat Menguasai Kehidupan Kaum Cina

Kajian oleh Anuar Puteh (1999) yang bertajuk: Program Kefahaman Islam Saudara Baru
Cina Kuala Lumpur. Dalam kajian ini penulis memfokuskan untuk meneliti program-
program yang dapat membantu menerapkan kefahaman Islam saudara baru Cina Kuala
Lumpur. Kajian ini juga turut melihat beberapa masalah yang dihadapi oleh pertubuhan-
pertubuhan berkaitan saudara baru Cina di Kuala Lumpur serta mencadangkan beberapa
saranan yang difikirkan sesuai bagi memantapkan usaha dakwah bagi golongan yang terbabit.
Melalui kajian ini didapati beberapa buah pertubuhan seperti JAWI2, PERKIM3 dan
MACMA4 telah memainkan peranan penting dalam memberikan didikan dan bimbingan
keagamaan kepada saudara baru Cina di Kuala Lumpur. Pelbagai program telah
dilaksanakan meliputi program harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Kajian ini mendapati

2
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) ditubuhkan pada peringkat awalnya dengan nama Urusetia
Majlis dengan tujuan untuk melancarkan perjalanan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Ia
diwujudkan pada 1 Februari 1974. Sejak awal penubuhannya, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
(JAWI) tidak pernah menoleh ke belakang malah terus berkembang hingga ke hari ini dengan kewujudan 2
cawangan iaitu Cawangan Labuan diwujudkan pada 16 April 1984 manakala Cawangan Putrajaya pula
diwujudkan pada 1 Ogos 2001 (http://www.jawi.gov.my/profil/sejarah-penubuhan 2012).

3
PERKIM ditubuhkan oleh al-Marhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Perdana Menteri Malaysia
yang pertama pada tahun 1964. PERKIM ialah singkatan daripada nama penuh Pertubuhan Kebajikan Islam
Malaysia atau dalam bahasa Inggeris Muslim Welfare Organisation Malaysia
(http://www.perkimselangor.net/latar_belakang_perkim 2012).
4
Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) telah ditubuhkan pada 8 September 1994 (No.
Pendaftaran 1964/94). MACMA merupakan badan gabungan PERKIM dan mempunyai 3 orang wakil yang
dilantik dalam Majlis Kebangsaan PERKIM. Saudara Johari Yap pernah dilantik oleh MACMA Malaysia
sebagai Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM dari tahun 2005-2007. Selain itu, MACMA juga adalah badan
gabungan RISEAP (Regional Islamic Dawah Council of South East Asia and Pasific) dan ahli kepada
pertubuhan WAMY (World Assembly of Muslim Youth) berpengkalan di Riyad, Arab Saudi
(http://macmakelantan.org 2012).

7181
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

bahawa program-program tersebut mampu memberikan kefahaman pada golongan sasaran.


Hasil kajian mendapati beberapa masalah yang dihadapi oleh pertubuhan-pertubuhan
berkaitan seperti masalah tenaga pendakwah, komunikasi, kewangan, sikap prejudis dan
sebagainya dapat dikurangkan.

X. Isu Ugutan, Hilang Sumber Kewangan Ekoran Dibuang Keluarga Dan Majikan

Antara permasalahan lain yang dihadapi oleh para mualaf iaitu isu ugutan dan kewangan
selepas dibuang keluarga selepas memeluk agama Islam. Satu petikan daripada Fuadah Johari
et al, 2013 menyatakan :

There are a lot of stimuli around them that they are not used to, being thrown out of
family,society, friends as well as loss their job and loss their financialsources. Often, Mualaf
might look uncomfortable because theyare not used to their surroundings. Thus, they need
help and mentors from Muslims community to teach them, support them,and guide them
through their new journey as a Muslim. Whenthey have someone that has warned them about
these issues andis constantly helping them, teaching them, and answeringquestions, they feel
supported and confident that they havesomeone to go back to.

SARANAN DAN CADANGAN


Terdapat beberapa saranan dan cadangan untuk isu dan permasalahan yag dihadapi oleh
golongan mualaf Cina. Antaranya daripada Syarul, 2015:

1. Pihak pengurusan perlu bertanggungjawab menyusun program dakwah dalam setiap


lapisan masyarakat. Ia akan memudahkan penyelarasan dan pemantauan serta
penambahbaikan kualiti setiap program yang dilaksanakan.

2. Perlu memilih metodologi yang tepat dalam melaksanakan dakwah kepada masyarakat
yang terdiri dari pelbagai bangsa, budaya dan kaum.

3. Tidak dinafikan bahawa mempengaruhi seseorang individu untuk meninggalkan amalan


dan budaya sendiri bukannya mudah oleh itu adalah disarankan agar usaha merangka dan

8181
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

melaksanakan strategi melalui kepelbagaian pendekatan dipergiatkan untuk menarik kepada


golongan bukan Muslim kepada Islam.

4. Peranan yang perlu dimainkan oleh MAIS dalam memperkenalkan kebudayaan masyarakat
Melayu kepada golongan mualaf di Selangor. Jelasnya, perlu diingat bahawa metod dan
wasilah dakwah adalah pelbagai bukan hanya terhad kepada satu manhaj sahaja. Oleh itu,
memperkenalkan budaya masyarakat Melayu yang jelas tidak bertentangan dengan Islam
amatlah dialu-alukan.

5. Golongan mualaf perlu memainkan peranannya supaya memberi pemahaman dan


menjelaskan kepada ahli keluarga yang belum Islam mengenai budaya masyarakat Melayu.

RUJUKAN

Amran Kasimin 1995, Saudara Baru Cina di Wilayah dan Selangor, Bangi:Universiti
Kebangsaan Malaysia

Anuar Puteh 1999 yang bertajuk: Program Kefahaman Islam Saudara Baru Cina Kuala
Lumpur.

Anuar Puteh 2006, Khidmat Nasihat Dalam Menangani Masalah Saudara Baru, Da\wah
Dan Kunseling di Malaysia, Bangi: UKM.

Fa`izah binti Paijalah 2004, Persepsi Saudara Baru Tentang Penerimaan Masyarakat Islam
Terhadap Mereka: Kajian Kes Di Darul Ukhuwah Johor Bahru, (Tesis, Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia).

Fuadah Johari, Muhammad Ridhwan Ab. Aziz, Mohd Faisol Ibrahim & Ahmad Fahme Mohd
Ali. 2013. Zakat Distribution and Programme for Sustaining Mualaf Belief and
Thought. Jurnal Teknologi (Social Science),

Gosling L.A.P. 1964. Migration and Assimilation of Rural Chinese in Trengganu dalam
Malayan and Indonesia Studies. Ed. John Bastin and R. Roolvink. London: Oxford
University Press.

Iran Herman 1998. Nilai, Persepsi Jangkaan Saudara Baru Cina Terhadap Masyarakat Dan
Agama Islam, Dakwah Kepada Non-Muslim Di Malaysia: Konsep, Metode dan
Pengalaman, Bangi:UKM.

9181
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

Khaled Esseissah 2011. The Increasing Conversion To Islam Since 9/11: A Study of White
American Muslim Converts In Northwest Ohio (Tesis Master of Arts, Graduate
College Of Bowling Green State University).

Mariam Abd. Majid. 2012. Mualaf di Negeri Selangor Darul Ehsan: Kajian Tentang
Kepuasan Diri Dalam Anutan Islam. Tesis Dr. Falsafah Jabatan Dakwah dan
Pembangunan Insan, Universiti Malaya.

Muhammad Nur Manuty, Dr., 1993. "Permasalahan Imej Islam Di Dunia Moden",
Kefahaman Orang-Orang Bukan Islam Tentang Islam Pembangunan Imej Islam (Sirl
Bengkel Kefahaman Islam. Kuala Lumpur, IKIM

Mujaini Tarimin et al. 2010. Agihan Zakat Dan Program Pembangunan Mualaf: Statistik
Lembaga Zakat Selangor, Prosiding Seminar Dakwah Kebangsaan Saudara Kita:
Isu Dan Cabaran Semasa, Pulau Pinang: USM., h. 373.

Nawi Jusoh 2001. Mengapa Kami Memeluk Islam, Shah Alam: DNJ Consultant Sdn. Bhd.

Nur A`thiroh Masyaa`il binti Abdullah @ Tan Ai Pao dan Fariza Md Sham. 2009,
Keperluan Memahami Psikologi Saudara Muslim, Jurnal Hadhari, Bil.2, 2009.

Osman Chuah Abdullah @ Chuah Hock Leng & Abd. Salam Muhamad Shukri 2008,.Muslim
Converts In Malaysia: The Problem Of Cultural Adjustment, Gombak: Int. Islamic
Univ. Malaysia Press.

Patrick D. Bowen 2009. Conversion to Islam in the United States: A Case Study in Denver,
Colorado, Intermountain West Journal of Religious Studies, v.1, no.1.

Azita Binti Abdullah .1999. Penerimaan Islam Oleh Masyarakat Cina: Satu Kajian Kes Di
Kampung Tirok, Kuala Terengganu, Terengganu

Nur Athiroh Masyaail Tan Binti Abdullah @ Tan Ai Pao. 2013. Program Dakwah
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kepada Saudara Muslim: Kajian
Tentang Persepsi dan Keberkesanannya

Rafic Ali Al-Banawi 1994, Religious Conversion:The Personal Experience Of The Muslim
Converts (Tesis Doktor Falsafah, School Of Education, Indiana Universiti).

Razaleigh Bin Muhamat @ Kawangit et al. 2010. Social and Religious Integration of Chinese
Muslim Converts with Malays in Malaysia: An Empirical Study

Syarul Azman B. Shaharuddin. 2015. Integrasi Mualaf Cina Terhadap Kebudayaan


Masyarakat Melayu di Negeri Selangor. Tesis Dr. Falsafah Institut Islam Hadhari
(HADHARI). Bangi: UKM.

10181
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

Taqiyah Abdul Hadi 2004. Faktor Kecenderungan Saudara Kita Memeluk Islam: Satu Kajian
Di Darul Ukhuwah, Tampoi, Johor. Tesis, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia

11181

Anda mungkin juga menyukai