Anda di halaman 1dari 7

JENIS-JENIS PENDEKATAN KAUNSELING

Pendekatan Krisis

Mengendalikan kes krisis yang timbul secara mendadak dan memerlukan perhatian dan
tindakan daripada kaunselor dan pihak atasan
Kaunselor boleh menjadi orang tengah atau perunding bagi mengatasi krisis yang berlaku
antara dua pihak
Misalnya, murid bergaduh di sekolah, pelajar mengalami hysteria, menangis dengan tiba-tiba,
cubaan membunuh diri, menghisap dadah, mengalami peristiwa cemas seperti kematian ahli
keluarga, penceraian ibu bapa, penderaan.
Pendekatan ini bertujuan untuk menangguhkan tindakan yang boleh memudaratkan klien.
Terapi ini diadakan untuk membantu kaunselor menghadapi serta mengendalikan situasi-
situasi kritikal atau kejadian-kejadian yang berlaku dalam kehidupan klien-kliennya.
Sebuah krisis didefinisikan sebagai satu situasi atau kejadian di mana seorang individu rasa
tertekan atau mempunyai masalah menyesuaikan diri dalam sesuatu situasi.
Sebuah krisis mungkin disebabkan oleh kejadian seperti kamatian ahli keluarga,kehilangan
pekerjaan atau terputusnya hubungan persahabatan. Pada masa inilah pelbagai perasaan akan
dialami dan respon yang berbeza terhadap sesuatu krisis.
Bimbingan krisis adalah satu pendekatan bimbingan yang merujuk kepada kes-kes kritikal.
Contohnya adalah seperti bertumbuk dengan tujuan untuk mencederakan seseorang,
percubaan membunuh orang atau diri sendiri, mengalami masalah mental atau terlibat dengan
penyalahgunaan dadah.
Tujuan utama terapi kaunseling krisis ini ialah :
Untuk mengurangkan stres/ketegangan dan kekecewaan di sekolah
Untuk meningkatkan keyakinan mengenai kemahiran dan kebolehan di tempat kerja
Menstabilkan emosi
Meningkatkan produktiviti
Mengurangkan kebimbangan dan tingkah laku yang tidak di ingini.
Mengurangkan dan mengikis sikap dan perasaan negatif
Mengurangkan penderitaan emosi disebabkan krisis
Kebanyakan guru bimbingan dan kaunseling mendapati bahawa murid-murid yang mengalami
krisis mental menunjukkan ciri-ciri seperti tidak boleh menyebut perkataan dengan tepat, tidak
boleh menyusun perkataan untuk membina ayat,membaca dengan kadar lambat,tidak boleh
membaca langsung dan penumpuan terhadap pengajaran guru yang singkat.
Justeru itu para kaunselor telah menyediakan sembilan langkah untuk yang boleh digunakan
dalam terapi intervensi krisis iaitu :
1. Pendidikan
Kaunselor akan memberikan maklumat,aktiviti dan struktur yang akan membantu individu
memulih dan bergerak daripada krisis.
2. Pemerhatian dan Kesedaran
Kaunselor akan meningkatkan pemerhatian dan kesedaran terhadap individu dan
menggalakkan pemulihan melalui pilihan yang diberi kepada individu tersebut.
3. Menggunakan Potensi Individu
Kaunselor akan membimbing murid-murid untuk memahami potensi individu bagi menghadapi
krisis bagi pertumbuhan kendiri serta member peluang kepada mereka untuk menemui potensi
kendiri tertinggi.
4. Memahami Masalah
Kaunselor akan membantu klien-klien untuk memahami cara-cara yang paling penting dalam
menyelesaikan masalah peribadi dengan resos-resos dan kebolehan yang ada semasa sesuatu
krisis berlaku.
5. Mewujudkan Struktur yang Berkaitan
Kaunselor akan membantu individu menjadi aktif dalam cara-cara untuk menamatkan sesuatu
krisis.
6. Mencabar Kepercayaan yang Tidak Rasional
Kaunselor akan meyakinkan murid-murid untuk menerima kenyataan bahawa krisis ialah masa
kesedihan dan caramereka respon adalah penting. Murid-murid akan merasa yakin jika mereka
dapat mengatasi masalah.
7. Menghapuskan Tingkah Laku Adiktif
Kaunselor boleh menasihati klien tidak terjebak gejala negatif kerana setengah dari sesuatu
krisis adalah hasil daripada (adiksi)
8. Mencipta Penggantungan Sementara
Kaunselor boleh membimbing individu-individu untuk membina hubungan ringkas yang
sementara kerana penggantungan sihat ini boleh menolong mereka berkongsi kesedihan dan
kesakitan mereka.
9. Menghadapi Ketakutan dan Kesakitan Emosi
Kaunselor akan mengingatkan klien bahawa menghadapi kesakitan emosi adalah respon yang
paling sihat semasa krisis berlaku.

Pendekatan Pemulihan

Memberi fokus kepada kekurangan yang dapat dikenal pasti dari semasa ke semasa.
Dijalankan dengan harapan dapat mengubah tingkah laku terhadap masalah yang dialami untuk
mengelakkan berlaku krisis.
Misalnya, murid ponteng sekolah, merokok, melawan guru, berkelahi.
Mereka dikumpulkan untuk mengikuti sesi kaunseling kelompok atau menghadiri kaunseling
individu.
Terapi bimbingan pemulihan ialah satu integrasi strategi bimbingan dan kaunseling dengan
aktiviti bilik darjah.
Tujuan utama adalah menggunakan teknik-teknik bimbingan dan kaunseling untuk membantu
murid-murid yang mempunyai masalah dalam proses pendidikan.
Selain itu, untuk mengurangkan masalah pendidikan antara murid-murid dan sekolah.
Bimbingan penyediaan kemudahan juga boleh diketengahkan dengan merujuk kepada kes-kes
penempatan dalam bidang kerjaya, penyelesaian masalah kemudahan yang berkaitan dengan
bidang kurikulum dan kokurikulum.
Di antara beberapa aktiviti sokongan pendidikan oleh ahli-ahli kaunselor dalam proses terapi
pemulihan ialah merancang aktiviti-aktiviti kelab, menstrukturkan rancangan pengajaran untuk
meningkatkan pencapaian murid dan pengajaran pemulihan yang biasanya dijalankan sama
ada masa sistem persekolahan ataupun di luar masa persekolahan.
Pengajaran pemulihan biasa digunakan dalam terapi bimbingan ini kerana ia berbeza dari
pengajaran biasa. Antara aspek-aspek penting dalam proses terapi pemulihan ialah :
Membekalkan kemahiran belajar;
Menyiasat dan menyemak kehadiran murid-murid ke sekolah;
Meningkatkan ilmu kendiri;
Membincang kemungkinan untuk pendidikan masa depan;dan
Membincang profesion, kerjaya dan kehidupan bekerja.
Membekalkan kemahiran belajar kepada murid. Contohnya menyatakan kebaikan serta
kelebihan kaedah belajar secara individu ataupun secara berkumpulan. Ini membantu murid
mengetahui kecenderungan mereka untuk mempersiapkan diri apabila mengahadapi ujian
mahupun peperiksaan. Seterusnya menyiasat dan menyemak kehadiran murid-murid ke
sekolah. Dengan berbuat demikian, guru kaunseling dapat mengenalpasti mana-mana murid
yang bermasalah untuk datang atau hadir ke sekolah.
Meningkatkan ilmu kendiri. Bantuan daripada guru kaunseling untuk membimbing murid
meningkatkan ilmu kendiri yang beraitan dengan diri murid itu sendiri. Peningkatan ilmu kendiri
di kalangan murid membantu mereka menerima baik buruk tingkahlaku yang telah sedia ada
di samping berusaha untuk memupuk satu sikap yang baik dari semasa ke semasa dengan
terapi yang ada.
Dalam membimbing murid-murid yang lemah dalam bidang akademik kaunselor mesti
mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan doktor, ibubapa atau pakar-pakar pendidikan
yang dapat menyumbang kepada penelesaian spesifik yang dihadapi oleh murid-murid.
Sesunggunya kelemahan dan kekurangan ini dapat di atasi dengan cara yang baik seandainya
semua orang di sekeliling bergabung bersatu hati dan peka dengan perkembangan perubahan
tingkalaku anak masing-masing.

Pendekatan Pencegahan

Berdasarkan persepsi bahawa satu-satu masalah itu mungkin belum timbul dan sebelum ia
sampai ke tahap krisis, usaha dijalankan untuk menghalang sebarang masalah yang akan timbul
Konsep utama : Mencegah lebih baik daripada mengubatinya
Contoh : kem motivasi, seminar kecemerlangan akademik, persatuan Pembimbing Rakan
Sebaya, pendidikan pencegahan AIDS
Tujuan utama bimbingan terapi pencegahan ialah untuk mencegah murid-murid daripada
menghadapi masalah penyesuaian. Bimbingan atau terapi pencegahan ini juga merujuk kepada
penggunaan pendekatan untuk mencegah atau menyekat kemungkinan berlakunya aktiviti
yang tidak diingini. Contohnya seperti aktiviti penyalahgunaan dadah, AIDS, kelakuan tidak
bermoral dan sebagainya.
Oleh itu, kaunselor bimbingan akan melibatkan diri dalam satu program bimbingan dan kerjaya
pencegahan komprehensif dengan menggunakan strategi strategi berikut :
1. Intervensi awal; dan
2. Memberikan respon dengan serta-merta kepada murid-murid yang sedang menghadapi
masalah atau krisis yang mengganggu pembelajaran mereka.
Intervensi awal atau lebih dikenali sebagai pemulihan awal. Bak kata pepatah cegah sebelum
merebak. Guru kaunseling boleh mengadakan sesi kaunseling untuk mencegah masalah yang
dihadapi oleh murid. Sebagai contoh segalanya bermula dengan proses pembelajaran dan
pengajaran yang berlaku di dalam bilik darjah. Melalui cara ini guru kelas dapat mengenalpasti
sebarang masalah yang dihadapi oleh murid di dalam kelas. Hanya guru kelas merupakan orang
yang paling hamper dengan muridnya ketika berada di dalam kelas. Seandainya masalah sudah
dapat dikenalpasti dengan cepat maka dengan itu intervensi awal boleh dilaksanakan. Secara
tidak langsung juga dapat meberi satu respon dengan serta- merta kepada murid yang
menghadapi masalah atau krisis diri.
Bagi mencapai matlamat tersebut, kaunselor juga menggunakan strategi-strategi seperti
menyediakan maklumat lengkap mengenai masalah-masalah yang dihadapi klien, bimbingan
dan kaunseling individu dan kumpulan, konsultasi dengan guru-guru lain dan ibu bapa serta
merekodmendasikan masalah klien kepada pakar-pakar lain dan ibu bapa. Alat penilaian yang
digunakan oleh kaunselor dalam terapi pencegahan ialah penilaian individu, aktiviti sokongan
pembelajaran yang dikordinasikan oleh murid-murid dan perancangan sistematik dari sekolah
rendah ke sekolah menengah. Bagi murid-murid yang menghadapi masalah akademik dan
penyesuaian yang serius maka kaunselor perlu menggunakan terapi pemulihan untuk
membantu mereka.

Pendekatan Perkembangan

Mengenal pasti kebolehan dan keperluan para pelajar supaya mereka dilengkapi dengan
pengetahuan, kemahiran, pengalaman serta akhlak yang mulia
Aktiviti yang melibatkan kurikulum dan kokurikulum diberikan bagi memberi peluang kepada
pelajar untuk mengenali diri mereka dan berkembang.
Contoh : teknik-teknik kemahiran belajar ; pengurusan masa, pengurusan stress, kemahiran
mengambil nota
Tujuan utama terapi ini diadakan ialah untuk membantu dan membimbing murid-murid untuk
mencapai kejayaan dalam sistem sekolah. Oleh itu satu program telah dirangka untuk mencapai
tahap perkembangan potensi individu secara menyeluruh.
Antara kemahiran-kemahiran yang boleh dicapai melalui program terapi ini ialah melalui mod
pengajaran bilik darjah,kaedah bimbingan secara kumpulan dan program atau projek sekolah
seperti hari kerjaya,kursus motivasi serta seminar-seminar untuk mencapai kecemerlangan
akademik. Hasil daripada kemahiran yang telah dicapai boleh dilihat melalui tiga bidang iaitu
perkembangan kendiri/sosial, perkembangan pendidikan dan perkembangan kerjaya murid-
murid.
Bimbingan terapi perkembangan ini merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang berusaha untuk
memotivasikan individu supaya dapat membentuk personality dan konsep kendiri yang positif.
Tujuannya adalah untuk membawa klien ke arah mencapai prestasi diri yang lebih baik.
Contohnya, guru kaunseling melakukan satu aktiviti mengedarkan satu borang personaliti bagi
untuk kenalpasti potensi diri serta bakat yang tersembunyi. Borang ini boleh diberi semasa sesi
seminar mengenal personality diri. Secara tidak langsung klien atau murid tertarik untuk
mengetahui ciri-ciri personality yang mereka ada, yang sebelum ini tidak pernah diketahuinya.
Guru bimbingan dan kaunseling boleh menggunakan pelbagai alat penilaian untuk mengukur
pencapaian murid-murid yang terlibat dalam terapi perkembangan. Antaranya ialah seperti
berikut :
Hasil pembelajaran perkembangan yang berintegrasi dan berperingkat;
Penilaian yang berdasarkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah;
Resos-resos profesional;dan
Pendidikan pos sekolah menengah dan bahan-bahan dan program-program yang
berkaitan dengan kerjaya.
Hasil pembelajaran perkembangan yang berperingkat. Melalui terapi perkembangan yang
dibuat secara berperingkat ini guru kaunseling dapat melihat perubahan tingkahlaku yang
dialami oleh kliennya itu.
Seterusnya penilaian boleh dibuat berdasarkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah. Melalui pemerhatian di dalam bilik darjah guru kaunseling boleh bertanyakan guru
kelas berkaitan dengan perkembangan perubahan tingkahlaku murid berkenaan sama ada baik
atau pun sebaliknya. Selain daripada itu, guru kaunseling juga boleh merujuk kepada resos-
resos profesional dengan bantuan teori yang bersesuaian.
AKTIVITI PENDEKATAN KAUNSELING

Pendekatan Krisis

- pelajar memutuskan hubungan dengan sahabat baiknya sendiri -

1. Pendidikan
Kaunselor akan memberikan maklumat,aktiviti dan struktur yang akan membantu pelajar dan
sahabatnya memulih dan bergerak daripada krisis.
2. Pemerhatian dan Kesedaran
Kaunselor akan meningkatkan pemerhatian dan kesedaran terhadap pelajar dan sahabatnya
dan menggalakkan pemulihan melalui pilihan yang diberi kepada mereka.
3. Menggunakan Potensi Individu
Kaunselor akan membimbing murid-murid untuk memahami potensi individu bagi menghadapi
krisis bagi pertumbuhan kendiri serta memberi peluang kepada mereka untuk menemui
potensi kendiri tertinggi.
4. Memahami Masalah
Kaunselor akan membantu klien-klien untuk memahami cara-cara yang paling penting dalam
menyelesaikan masalah peribadi dengan resos-resos dan kebolehan yang ada semasa sesuatu
krisis berlaku.
5. Mewujudkan Struktur yang Berkaitan ( terapi seni )
Kaunselor akan membantu individu menjadi aktif dalam cara-cara untuk menamatkan sesuatu
krisis.
6. Mencabar Kepercayaan yang Tidak Rasional
Kaunselor akan meyakinkan murid-murid untuk menerima kenyataan bahawa krisis ialah masa
kesedihan dan caramereka respon adalah penting. Murid-murid akan merasa yakin jika mereka
dapat mengatasi masalah.
7. Menghapuskan Tingkah Laku Adiktif
Kaunselor boleh menasihati klien tidak terjebak gejala negatif kerana setengah dari sesuatu
krisis adalah hasil daripada (adiksi)
8. Mencipta Penggantungan Sementara
Kaunselor boleh membimbing individu-individu untuk membina hubungan ringkas yang
sementara kerana penggantungan sihat ini boleh menolong mereka berkongsi kesedihan dan
kesakitan mereka.
9. Menghadapi Ketakutan dan Kesakitan Emosi
Kaunselor akan mengingatkan klien bahawa menghadapi kesakitan emosi adalah respon yang
paling sihat semasa krisis berlaku.
Pendekatan Pemulihan
- Pelajar yang merokok

Membekalkan ilmu mengenai keburukan rokok da isi kandungan berbahaya dalam rokok ;
Menyiasat dan menyemak ketagihan murid-murid terhadap rokok;
Meningkatkan ilmu kendiri;
Membincang kebaikan sekiranya meninggalkan gejala merokok ;dan
Membincang cara berhentikan gejala merokok.

Membekalkan ilmu mengenai keburukan merokok kepada murid. Contohnya menyatakan


ketagihan merokok ini akan membuatkan kehidupan seharian kita terganggu. Ini membantu
murid mengetahui perkara yang menyebabkan sahabat-sahabat yang lain tidak selesa dengan
mereka.. Seterusnya menyiasat dan menyemak ketagihan murid-murid terhadap rokok.
Dengan berbuat demikian, guru kaunseling dapat mengenalpasti mana-mana murid yang
bermasalah besar untuk meninggalkan gejala merokok.
Meningkatkan ilmu kendiri. Bantuan daripada guru kaunseling untuk membimbing murid
meningkatkan ilmu kendiri yang berkaitan dengan diri murid itu sendiri. Peningkatan ilmu
kendiri di kalangan murid membantu mereka menerima baik buruk tingkahlaku yang telah sedia
ada di samping berusaha untuk memupuk satu sikap yang baik dari semasa ke semasa dengan
terapi yang ada iaitu dengan meninggalkan gejala yang tidak memberi sebarang faedah dan
manfaat kepada mereka.
Dalam membimbing murid-murid yang terpengaruh dengan gejala merokok, kaunselor mesti
mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan doktor, ibubapa atau pakar-pakar pendidikan
yang dapat menyumbang kepada penyelesaian spesifik yang dihadapi oleh murid-murid.
Sesungguhnya kelemahan dan kekurangan ini dapat di atasi dengan cara yang baik seandainya
semua orang di sekeliling bergabung bersatu hati dan peka dengan perkembangan perubahan
tingkalaku anak masing-masing.