Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUALA LUMPUR

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

PANITIA KIMIA

TAHUN 2009

Tajuk Kajian Tindakan

Kaedah “MERWRIT”. Satu kaedah menguasai


teknik menulis formula kimia dengan betul
1.0 Tajuk Kajian
Kaedah “MERWRIT”. Satu kaedah menguasai teknik menulis formula
kimia dengan betul

2.0 Nama Penyelidik


Puan Fauziah Abd Hamid
Puan Faridah Abd Rahman
Cik Zuraidah Ridzwan
Puan Siti Norbahayah Lela
Puan Tengku Nurfarizawati Tengku Anuar
Cik Nor Azlinda Mohd Azami

3.0 Nama Sekolah dan Alamat


Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur
Jalan Yaakob Latiff
56000 Cheras
Kuala Lumpur.

4.0 Refleksi situasi yang lalu


Berdasarkan pengalaman guru-guru yang lalu, semasa proses pengajaran
dan pembelajaran kimia, semasa menjalankan latihan/ latih tubi, menyemak
kerja bertulis/buku/latihan/kertas peperiksaan pelajar, didapati pelajar tidak
mahir menulis formula kimia sesuatu bahan dengan betul.
Kelemahan pelajar dalam aspek ini menyebabkan mereka gagal menulis
persamaan-persamaan kimia yang dikehendaki dalam soalan peperiksaan
sehingga menyebabkan mereka gagal mendapatkan gred yang baik semasa
peperiksaan.

5.0 Fokus Kajian


Kemahiran menulis formula kimia yang betul merupakan suatu kepentingan
dalam matapelajaran Kimia. Adalah menjadi asas kepada pelajar-pelajar
untuk mahir menulis formula kimia sesuatu bahan dengan tepat dan betul.

6.0 Objektif Kajian

6.1 Objektif Umum


Meningkatkan kemahiran dan ingatan pelajar terhadap penulisan formula
kimia dan persamaan kimia.

6.2 Objektif Khusus


i. Membantu pelajar menghafal simbol beserta cas bagi setiap ion
dengan menggunakan kaedah “Neumonic”
ii. Meningkatkan kemahiran pelajar untuk menulis formula kimia
dengan betul
iii. Membantu pelajar untuk menulis dan menyeimbangkan persamaan
iv. Membantu guru-guru menggunakan pendekatan yang lebih
berkesan supaya proses pengajaran dan pembelajaran berlaku
dengan lebih berkesan.

7.0 Kumpulan Sasaran


Lima orang pelajar yang mendapat markah terendah daripada setiap kelas

8.0 Strategi Perlaksanaan

Aktiviti 1
Langkah 1: Pelajar menyediakan 21 keping kad berwarna dengan saiz
10cm X 10 cm.
Langkah 2: Pelajar menulis menggunakan pen penanda (marker pen)
simbol dan nama ion bagi kesemua 13 kation dan 8 anion pada
kad tersebut.
Langkah 3: Pelajar menghafal simbol menggunakan “kad cas” yang
disediakan

Aktiviti 2
Langkah 1: Guru menyediakan “SMART Table” bagi ion dan
mengagihkannya kepada pelajar.
Langkah 2: Pelajar melengkapkan jadual tersebut dengan menulis kesemua
formula kimia yang terdapat dalam jadual tersebut.
Langkah 3: Pelajar menyemak ketepatan formula
Langkah 4: Pelajar mengulangi latihan ini sekurang-kurangnya 3 kali.

Aktiviti 3
Langkah 1: Guru menyediakan soalan “Lightning Test” dan “Thunder Storm
Test “ berkaitan formula kimia.
Langkah 2: Pelajar menjawab soalan
Langkah 3: Guru menyemak latihan
Langkah 4: Pelajar yang gagal mendapat markah 100% dikehendaki
menduduki ujian “Thunder Storm Test”

Aktiviti 4
Langkah 1: Guru menyediakan latihan “Melting Test”dengan soalan-soalan
berkaitan dengan menulis dan menyeimbangkan persamaan
kimia.
Langkah 2: Pelajar menjawab soalan tersebut
Langkah 3: Guru menyemak jawapan pelajar
Langkah 4. Pelajar yang gagal mendapat markah 100% dikehendaki
menduduki ujian “ Boiling Test”
Aktiviti 5
Langkah 1: Guru menyediakan Modul Latihan kepada pelajar
Langkah 2: Pelajar menjawab kesemua soalan latihan di dalam modul.
Langkah 3: Guru membincangkan dapatan keputusan pelajar di dalam
mesyuarat panitia.

9.0 Jadual Perlaksanaan Kajian

Bil Aktiviti Tarikh/Tempoh


1 Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal 1 minggu
2. Menulis proposal kajian 2 minggu
3. Merancang tindakan aktiviti/penyediaan bahan kajian 1 minggu
4. Melaksanakan tindakan aktiviti 1 minggu
5. Membincangkan masalahyang timbul dalam tindakan 1 minggu
6. Ujian untuk mengesan perubahan pelajar 1 minggu
7. Refleksi ujian 1 minggu
8. Pembentangan dapatan kajian untuk makluman 1 minggu
panitia/sekolah

10.0 Kos Kajian

Bil Jenis Bahan Kuantiti X Harga Seunit Jumlah Kos


1. Kertas tebal berwarna A4 4 X RM 15.00 RM 60.00
2. Kertas putih A4 2 X RM 10.00 RM 20.00
3. Katrij hitam 1 X RM 60.00 RM 60.00
4. Katrij warna 1 X RM 80.00 RM 80.00
5. Plastik Laminate 1 kotak X RM 60.00 RM 60.00
6. Buku catatan guru 1 X RM 5.00 RM 5.00
7. Modul Latihan 60 X RM 5.00 RM 300.00
Jumlah Kos RM 585.00