Anda di halaman 1dari 9

5.

0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

5.1 Hasil kajian bagi objektif kajian 1 iaitu mengenal pasti arah aliran tingkat upah
pekerja mengikut umur di Malaysia dari tahun 2011 hingga tahun 2015.

Dapatan kajian ini bertujuan untuk menerangkan dan menganalisis objektif pertama
dalam kajian ini, iaitu mengenal pasti arah aliran tingkat upah pekerja di Malaysia.
Berdasarkan objektif pertama dalam kajian ini, arah aliran tingkat upah pekerja di
Malaysia sering berada dalam keadaan yang naik dalam tempoh 5 tahun, iaitu dari
tahun 2011 hingga tahun 2015. Upah di Malaysia mengikut umur 15 hingga 19
menunjukkan penurunan dari tahun 2011 hingga tahun 2012 selepasnya meningkat
pada tahun 2013, tetapi kemudian berlakunya kemerosotan pada tahun 2014 dan
meningkat semula pada tahun 2015. Walau bagaimanapun, perbandingan yang
dilakukan terhadap upah pada tahun 2010 dan upah 2015 secara lazimnya telah
meningkat untk setiap kumpulan umur. Ini adalah berikutan peningkatan kos hidup
yang berterusan di mana upah yang rendah tidak mungkin dapat menampungkan kos
sara hidup tersebut.

Jadual 1 di bawah menunjukkan tingkat upah pekerja mengikut umur di Malaysia dari
tahun 2010 hingga tahun 2015.

Tahun
2010 2011 2012 2013 2014 2015
(RM) (RM) (RM) (RM) (RM) (RM)
Kumpulan
Umur
15-19 676 719 740 826 871 936

20-24 1085 1098 1145 1229 1282 1342

25-29 1552 1566 1652 1732 1797 1899

30-34 1850 1864 1973 2093 2260 2337

35-39 2149 2131 2199 2339 2572 2602

40-44 2170 2269 2387 2471 2818 2904

45-49 2420 2347 2519 2750 2964 3153


50-54 2508 2464 2704 2841 3028 3254

55-59 2490 2593 2301 2792 2972 3532

60-64 1566 1767 1807 1810 2085 2393

Pendapatan 1792 1809 1906 2023 2193 2312


purata
Jadual 1: Tingkat upah pekerja mengikut umur di Malaysia dari tahun 2011 hingga
tahun 2015

Jadual 2 di bawah menunjukkan arah aliran perubahan tingkat upah pekerja mengikut
umur di Malaysia dari tahun 2011 hingga tahun 2015.

Tahun
2011 2012 2013 2014 2015
(RM) (RM) (RM) (RM) (RM)
Kumpulan
Umur
15-19 43 21 86 45 65

20-24 13 47 84 53 60

25-29 14 86 80 65 102

30-34 14 109 120 167 77

35-39 -18 68 140 233 30

40-44 99 118 84 347 86

45-49 -73 172 231 214 189

50-54 -44 240 137 187 226

55-59 103 -292 491 180 560

60-64 201 40 3 275 308

Pendapatan 17 97 117 170 119


purata
Jadual 2: Arah aliran perubahan tingkat upah pekerja mengikut umur di Malaysia dari
tahun 2011 hingga tahun 2015
(RM) Arah aliran upah pekerja mengikut umur (RM)

250

200

150 15-19
20-24
100 25-29
30-34
50 35-39

0
2011 2012 2013 2014 2015

-50
Tahun

Graf 1: Arah aliran tingkat upah pekerja mengikut kumpulan umur di Malaysia dari
tahun 2011 hingga tahun 2015

Secara keseluruhannya, berdasarkan jadual 2 dan graf 1, arah aliran upah pekerja
mengikut umur di Malaysia sering berada dalam keadaan yang berubah-ubah dalam
tempoh lima tahun, iaitu dari tahun 2011 hingga tahun 2015. Upah pekerja di
Malaysia menunjukkan peningkatan dari tahun 2011 hingga tahun 2014 selepasnya
berlakunya kemerosotan pada tahun 2015. Ini adalah berikutan berlakunya
kemelesatan ekonomi pada tahun tersebut.

Berdasarkan jadual 1 dan graf 1, upah pekerja mengikut umur 15 hingga 19


tahun menunjukkan penurunan dari tahun 2011 hingga tahun 2012 dan bertambah
sebanyak pada tahun 2013. Seterusnya, upah pekerja menurun dari tahun 2013 hingga
tahun 2014 dan meningkat semula pada tahun 2015. Pada tahun 2011, upah pekerja
menurun sebanyak RM22 bersamaan dengan 51.16%, iaitu daripada RM43 pada
tahun 2011 menurun kepada RM21 pada tahun 2012. Pada tahun 2013, upah pekerja
meningkat sebanyak RM65 bersamaan dengan 309.52%, iaitu daripada RM21 pada
tahun 2012 meningkat kepada RM86 pada tahun 2013. Pada tahun 2014 pula, upah
pekerja menurun sebanyak RM 41 bersamaan dengan 47.67%, iaitu daripada RM86
pada tahun 2013 menurun kepada RM45 pada tahun 2014. Pada tahun 2015, upah
pekerja meningkat sebanyak RM20 bersamaan dengan 44.4%, iaitu daripada RM45
pada tahun 2014 meningkat kepada RM65 pada tahun 2015. Sebab utama wujudnya
corak yang tidak konsisten pada upah untuk pekerja umur 15-19 tahun adalah
berikutan kekurangan ilmu pengetahuan dan kemahiran di kalangan mereka. Dalam
perkataan yang lain, permintaan terhadap pekerja yang berumur 15-19 tahun adalah
untuk tujuan sementara dan bukan jangka panjang. Oleh yang demikian, upah yang
diterima oleh pekerja kumpulan umur ini adalah tidak tetap.

Selain itu, tingkat upah pekerja mengikut umur 20 hingga 24 tahun


menunjukkan peningkatan dari tahun 2011 hingga tahun 2013, tetapi kemudian
menurun pada tahun 2014 dan meningkat lagi sedikit pada tahun 2015. Pada tahun
2011, upah pekerja meningkat sebanyak RM71 bersamaan dengan 546.15%, iaitu
daripada RM13 pada tahun 2011 kepada RM84 pada tahun 2013. Seterusnya, pada
tahun 2014, upah pekerja menurun sebanyak RM31 bersamaan dengan 36.90%, iaitu
daripada RM84 pada tahun 2013 menurun kepada RM53 pada tahun 2014. Pada tahun
2015, upah pekerja meningkat sebanyak RM7 bersamaan dengan 13.21%, iaitu
daripada RM53 pada tahun 2014 meningkat kepada RM60 pada tahun 2015.
Penurunan upah yang berlaku pada tahun 2014 adalah berikutan berlakunya
kemelesatan ekonomi yang berlaku pada Malaysia pada tahun 2014 dan 2015.

Di samping itu, tingkat upah pekerja mengikut umur 25 hingga 29 tahun


menunjukkan peningkatan dari tahun 2011 hingga tahun 2012, tetapi kemudian
menurun dari tahun 2012 hingga tahun 2014 dan meningkat pada tahun 2015. Pada
tahun 2011, upah pekerja meningkat sebanyak RM72 bersamaan dengan 514.29%,
iaitu daripada RM14 pada tahun 2011 kepada RM86 pada tahun 2012. Seterusnya,
pada tahun 2013, upah pekerja menurun sebanyak RM21 bersamaan dengan 24.42%,
iaitu daripada RM86 pada tahun 2012 menurun kepada RM65 pada tahun 2014. Pada
tahun 2015, upah pekerja meningkat sebanyak RM37 bersamaan dengan 56.92%,
iaitu daripada RM65 pada tahun 2014 meningkat kepda RM102 pada tahun 2015.

Tambahan pula, tingkat upah pekerja mengikut umur 30 hingga 34 tahun


menunjukkan peningkatan dari tahun 2011 hingga tahun 2014 dan kemudian menurun
pada tahun 2015. Pada tahun 2011, upah pekerja meningkat sebanyak RM153
bersamaan dengan 1092.86%, iaitu daripada RM14 pada tahun 2011 kepada RM167
pada tahun 2014. Selain itu, pada tahun 2015, upah pekerja menurun sebanyak RM90
bersamaan dengan 53.89%, iaitu daripada RM167 pada tahun 2014 menurun kepada
RM77 pada tahun 2015.

Seterusnya, tingkat upah pekerja mengikut umur 35 hingga 39 tahun


menunjukkan peningkatan dari tahun 2011 hingga tahun 2014 dan kemudian menurun
pada tahun 2015. Pada tahun 2011, upah pekerja meningkat sebanyak RM251
bersamaan dengan 1394.44%, iaitu daripada RM18 pada tahun 2011 kepada RM233
pada tahun 2014. Di samping itu, pada tahun 2015, upah pekerja menurun sebanyak
RM203 bersamaan dengan 87.12%, iaitu daripada RM233 pada tahun 2014 kepada
RM30 pada tahun 2015.

Corak perubahan upah yang diperolehi oleh pelbagai golongan pekerja mengikut
umur telah menunjukkan bahawa upah yang diperolehi oleh mereka pada tahun 2014
dan 2015 secara relatifnya adalah berkurangan. Ini adalah disebabkan berlakunya
masalah kemelesatan ekonomi dalam negara Malaysia untuk kedua dua tahun
tersebut.
Jadual 3 di bawah menunjukkan kadar pertumbuhan tingkat upah pekerja mengikut
umur di Malaysia dari tahun 2011 hingga tahun 2015.

Tahun
2011 2012 2013 2014 2015
(%) (%) (%) (%) (%)
Kumpulan
Umur
15-19 6.36 2.92 11.62 5.45 7.46

20-24 1.20 4.28 7.34 4.31 4.68

25-29 0.90 5.49 4.84 3.75 5.68

30-34 0.76 5.85 6.08 7.98 3.41

35-39 -0.84 3.19 6.37 9.96 1.17

40-44 4.56 5.20 3.52 14.04 3.05

45-49 -3.02 7.33 9.17 7.78 6.38

50-54 -1.75 9.74 5.07 6.58 7.46

55-59 4.14 -11.26 21.34 6.45 18.84

60-64 12.84 2.26 0.17 15.19 14.77

Jumlah 0.95 5.36 6.14 8.40 5.43

Jadual 3: Kadar pertumbuhan tingkat upah mengikut kumpulan umur pekerja di


Malaysia dari tahun 2011 hingga tahun 2015
Kadar pertumbuhan upah pekerja mengikut umur (%)

14

12

10

0
15-19 20-24 25-29 30-34 35-39
-2
2011 2012 2013 2014 2015

Graf 2: Kadar pertumbuhan upah pekerja mengikut kumpulan umur di Malaysia dari
tahun 2011 hingga tahun 2015

Secara keseluruhannya, berdasarkan jadual 3 dan graf 2, kadar pertumbuhan tingkat


upah mengikut kumpulan umur di Malaysia sering berada dalam keadaan yang
berubah-ubah dalam tempoh lima tahun, iaitu dari tahun 2011 hingga tahun 2015.
Upah pekerja di Malaysia menunjukkan peningkatan dari tahun 2011 hingga tahun
2014 selepasnya erlakunya kemerosotan pada tahun 2015.

Berdasarkan jadual 3 dn graf 2, kadar pertumbuhan upah pekerja mengikut


umur 15 hingga 19 tahun menunjukkan penurunan dari tahun 2011 hingga tahun 2012,
tetapi kemudian meningkat pada tahun 2013 dan menurun pada tahun 2014
selepasnya meningkat semula pada tahun 2015. Pada tahun 2011, upah pekerja
menurun sebanyak 3.44%, iaitu daripada 6.36% pada tahun 2011 kepada 2.92% pada
tahun 2012. Pada tahun 2013, upah pekerja meningkat sebanyak 8.7%, iaitu daripada
2.92% pada tahun 2012 kepada 11.62% pada tahun 2013. Pada tahun 2014, upah
pekerja menurun semula sebanyak 6.17%, iaitu daripada 11.62% pada tahun 2013
kepada 5.45% pada tahun 2014. Pada tahun 2015 pula, upah pekerja meningkat
sebanyak 2.01%, iaitu daripada 5.45% pada tahun 2014 kepada 7.46% pada tahun
2015.

Selain itu, tingkat upah pekerja mengikut umur 20 hingga 24 tahun


menunjukkan peningkatan dari tahun 2011 hingga 2013, tetapi kemudian menurun
pada tahun 2014 dan meningkat semula sedikit pada tahun 2015. Pada tahun 2011,
upah pekerja meingkat sebanyak 6.14%, iaitu daripada 1.20% pada tahun 2011
kepada 7.34% pada tahun 2013. Pada tahun 2014, upah pekerja menurun sebanyak
3.03%, iaitu daripada 7.34% pada tahun 2013 kepada 4.31% pada tahun 2014. Pada
tahun 2015 pula meningkat sedikit 0.37%, iaitu daripada 4.32% pada tahun 2014
kepada 4.68% pada tahun 2015.

Di samping itu, upah pekerja mengikut umur 25 hingga 29 tahun menunjukkan


peningkatan dari tahun 2011 hingga 2012, tetapi kemudian menurun dari tahun 2012
hingga 2014 dan meningkat semula pada tahun 2015. Pada tahun 2011, upah pekerja
meningkat sebanyak 4.59%, iaitu daripada 0.90% pada tahun 2011 kepada 5.49%
pada tahun 2012. Pada tahun 2013, upah pekerja menurun sebanyak 1.74%, iaitu
daripada 5.49% pada tahun 2012 kepada 3.75% pada tahun 2014. Pada tahun 2015
pula meningkat sebanyak 1.93%, iaitu daripada 3.75% pada tahun 2014 kepada 5.68%
pada tahun 2015.

Sehubungan dengan itu, upah pekerja mengikut umur 30 hingga 34 tahun


menunjukkan peningkatan dari tahun 2011 hingga 2014 tetapi kemudian menurun
pada tahun 2015. Pada tahun 2011, upah pekerja meningkat sebanyak 7.22% iaitu
daripada 0.76% pada tahun 2011 kepada 7.98% pada tahun 2014. Pada tahun 2015
pula menurun sebanyak 4.57% iaitu daripada 7.98% pada tahun 2014 kepada 3.41%
pada tahun 2015.
Seterusnya, upah pekerja mengikut umur 35 hingga 39 tahun menunjukkan
peningkatan dari tahun 2011 hingga 2014 tetapi kemudian menurun pada tahun 2015.
Pada tahun 2011, upah pekerja meningkat sebanyak 10.8% iaitu daripada -0.84% pada
tahun 2011 kepada 9.96% pada tahun 2014. Pada tahun 2015 pula menurun sebanyak
8.79% iaitu daripada 9.96% pada tahun 2014 kepada 1.17% pada tahun 2015.

Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, kadar upah yang diperolehi oleh
semua lapisan masyarakat pada tahun 2014 dan 2015 adalah berkurangan berikutan
kewujudan kemelesatan ekonomi pada kedua dua tahun tersebut. Sesungguhnya,
kemelesatan ekonomi yang berlaku secara langsung telah menurunkan permintaan
agregat dalam pasaran tempatan dan seterusnya juga menurunkan permintaan
terhadap tenaga buruh yang diperlukan. Ini adalah kerana permintaan buruh
merupakan permintaan terbitan yang telah dipengaruhi oleh permintaan barang yang
dihasilkan oleh mereka.