Anda di halaman 1dari 2

:

:


.
(

)
Daripada Amerulmukminin Abu Hafs Umar bin Al-Khattab R.A. katanya: Aku dengar
Rasulullah S.A.W. bersabda: Hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap
seorang apa yang ia niatkan. Maka barang siapa hijrahnya kepada Allah dan Rasulnya
maka hijrahnya kepada Allah dan Rasulunya. Dan, barang siapa hijrahnya bagi dunia
yang ia akan memperolehinya atau perempuan yang ia ingin mengahwininya maka
hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya itu.

Keutamaan Hadis

1. Hadis ini setengah daripada ajaran Islam, kerana deen ini tertegak di atas dua
asas iaitu sudut lahiriah dan sudut batiniah, Abu Daud

2. Hadis ini mencakupi 1/3 daripada ilmu, kerana perbuatan manusia berkaitan tiga
keadaan iaitu, hati, lisan dan anggota badan, Imam Ahmad dan Imam Syafie.

3. Selain Matan al-Arbain, Imam an-Nawawi meletakkan bab al-Ikhlas wa ihdhorun


niat sebagai bab yang pertama dalam kitab Riadhus Solihin. Manakala hadis ini
sebagai hadis yang pertama dalam bab tersebut.

Al-Quran dan hadis-hadis yang lain berkaitan hadis

Ayat-ayat al-Quran yang menyeru orang-orang beriman supaya memfokuskan


amal dengan membetulkan niat;







daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada
Allah, tetapi Yang sampai kepadanya ialah amal Yang ikhlas Yang berdasarkan taqwa
dari kamu. Demikianlah ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu
membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. dan sampaikanlah berita
gembira (dengan balasan Yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang Yang berusaha
supaya baik amalnya. Ayat 37: Al-Hajj.






Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika kamu sembunyikan apa Yang ada Dalam dada
kamu atau kamu melahirkannya, nescaya Allah mengetahuinya; dan ia mengetahui
Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi. dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap
sesuatu. Ayat 29: Al-Imran

Anda mungkin juga menyukai