Anda di halaman 1dari 3

1.

0 PENGENALAN

Dalam tugasan ini penulis dikehendaki untuk membuat satu ulasan kritis mengenai salah
satu karya agung yang telah dipelajari dalam kursus SJHK3033 Pensejarahan Malaysia.
Oleh itu, penulis telah memilih untuk mengkaji karya agung hasil Munsyi Abdullah iaitu
Hikayat Abdullah. Penulis dikehendaki untuk mengulas kepentingan Hikayat Abdullah
terhadap perkembangan Sejarah Negara.

2.0 SINOPSIS KARYA AGUNG HIKAYAT ABDULLAH

Pandangan dan pemikiran Munsyi Abdullah yang dikaji di dalam karya agung beliau yang
berjudul Hikayat Abdullah ini hanyalah berkisarkan kepada empat aspek. Keempat-empat
aspek tersebut adalah merangkumi bidang agama, sosial, politik dan ekonomi yang
terkandung di dalam setiap bab di dalam hikayat ini. Setiap aspek yang dikaji ini
membuktikan bahawa Munsyi Abdullah merupakan seorang pemikir yang hebat. Beliau telah
mendahului zamannya dalam masyarakat Melayu abad ke-19 pada ketika itu. Kritikannya
kepada masyarakat Melayu bukanlah disebabkan rasa benci kepada orang Melayu tetapi
supaya masyarakat Melayu menjadi manusia hebat sama seperti orang-orang Inggeris.

3.0 KEPENTINGAN TERHADAP PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA.

Hikayat Abdullah hasil karya Munsyi Abdullah ini amat penting kepada perkembangan
sejarah negara kita dimana kita dapat lihat dari empat aspek iaitu agama, politik, sosial dan
ekonomi.

3.1 Agama
Dalam Hikayat Abdullah ini yang menerapkan unsur keislaman ini. Misalnya dalam
karya Hikayat Abdullah hasil karangan Abdullah Abdul Kadir Munshi ini, pendidikannya
sedari kecil sangat menitikberatkan hal-hal keagamaan dan keilmuan. Hal ini dapat dilihat
berdasarkan petikan daripada karya tersebut, iaitu;
Adapun ilmu dan kepandaian itu menjadi tangga kepada pangkat kekayaan, dan kekayaan
itu membawa kepada kebesaran. Maka bahawasanya segala benda yang dijadikan Allah
dalam dunia itu masing-masing adalah dengan harganya, iaitu dapat dinilaikan oleh manusia
melainkan ilmu itulah sahaja yang tiada ternilai oleh manusia akan harganya.

(Hikayat Abdullah, 2004: 19)

1
Petikan di atas menunjukkan ciri falsafah Islam apabila segala yang dinyatakan
berbalik kembali kepada kepercayaan dan kepatuhan terhadap kata-kata Allah. Selain itu,
menuntut ilmu juga adalah perkara yang sangat dituntut dalam Islam. Hal ini terbukti melalui
kata hikmah yang berbunyi sesuatu amal seharusnya didahului dengan ilmu. Kata-kata ini
adalah antara kata-kata yang ditekankan dalam agama. Hal ini menjadi penting terhadap
perkembangan sejarah negara negara dimana agama Islam menjadi agama rasmi
persekutuan dan elemen-elemen pentadbiran secara Islam diterapkan dalam pentadbiran
negara.

3.2 Sosial

Dari segi sosial hikayat Abdullah ini menitikberatkan penggunaan bahasa Melayu.Munsyi
Abdullah begitu berminat untuk mempelajari dan mendalami bahasa Melayu dan
pemikirannya terhadap bahasa Melayu jelas apabila beliau menegaskan betapa pentingnya
bahasa Melayu perlu dipelajari oleh orang Melayu. Kenyataan ini dapat dijelaskan
berdasarkan pendiriannya terhadap bahasa Melayu seperti yang ditulis oleh beliau dalam
Hikayat Abdullah yang antara lainnya beliau menyatakan rasa kesalnya terhadap orang-
orang Melayu yang tidak mengambil berat tentang bahasa Melayu. Oleh itu, pada masa kini
Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi kerajaan dan dan banyak program yang dijalankan
untuk memartabatkan bahasa Melayu.

3.3 Politik

Politik merujuk kepada sistem pemerintahan. Karya Hikayat Abdullah mempunyai beberapa
aspek politik yang ditonjolkan. Yang paling menarik dalam karya ini, Abdullah mengulas dan
menceritakan tentang pemerintahan beraja yang mana terdapat beberapa elemen yang
kurang disenanginya. Sistem pemerintahan di negeri-negeri Melayu menggunakan sistem
pemerintahan beraja berkuasa mutlak. Kuasa mutlak ini bermaksud kuasa yang tiada batas
atau berkuasa penuh. Seluruh rakyat jelata mesti mentaati raja sepenuh hati. Pada masa
yang sama sistem pemerintahan beraja dahulu kala juga dicampurkan dengan adat istiadat
yang melampaui batas. Hal ini bertujuan bagi menunjukkan kemuliaan dan membezakan
taraf raja dengan rakyat. Masa kini raja tidak lagi berkuasa mutlak dan dipindah kepada raja
berperlembagaan.

2
3.4 Ekonomi

Ekonomi boleh di definisi ilmu bukan pengeluaran, pengagihan, penggunaan barang-barang,


dan perkhidmatan. Ekonomi masyarakat Melayu di zaman Abdullah sangat berlainan
dengan ekonomi masyarakat Melayu pada zaman ini.

Pada zaman dahulu ekonomi sudah menjadi satu pengenalan bagi sesuatu bangsa.
Masyarakat Melayu lebih kepada kerja tani sara diri manakala masyarakat Cina sinonim
dengan perniagaan. Walaupun begitu ekonomi masyarakat Melayu di Melaka dan Singapura
tidaklah tertumpu kepada yang diceritakan dalam sejarah. Kisah dalam Hikayat Abdullah
terdapat masyarakat Melayu yang menceburi bidang perniagaan. Hal ini didorong oleh faktor
negeri Melaka yang menjadi pusat pelabuhan warga asing. Oleh itu semua kaum mengambil
kesempatan merebut rezeki yang ada. Semua barang yang mempunyai nilai akan
diniagakan. Hal berikut, menyebabkan pengkhususan pekerjaan dan penguasaan ekonomi
mengikut bangsa masih kekal hingga sekarang walaupun zaman telah berubah.

RUMUSAN

Tuntasnya, sesebuah karya sastera bukanlah hanya sebagai bahan hiburan semata-mata ,
tetapi juga sebagai bahan untuk pembaca merenung dan memikir serta mendapatkan
panduan dan pengetahuan daripadanya. Pemikiran dan pandangan yang menyentuh soal-
soal masyarakat, agama, politik,ekonomi, dan moral ditimbulkan dan dalam Hikayat Abdullah
ini banyak menyentuh hal-hal tersebut.

Anda mungkin juga menyukai