Anda di halaman 1dari 4

Transformasi Pendidikan Vokasional

Agenda ekonomi yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-


11) menjangkakan akan wujud 1.5 juta peluang pekerjaan dalam pelbagai
sektor dengan sasaran sebanyak 60 peratus daripada pekerjaan tersebut
memerlukan kemahiran berkaitan bidang Pendidikan dan Latihan Teknik dan
Vokasional (Technical and Vocational Education and Training TVET).
Menyedari keperluan dan kepentingan TVET dalam pembangunan kapasiti
dalam kalangan rakyat tempatan bagi menyokong merealisasikan status
negera maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, maka
Kementerian telah merangka dan melaksanakan Pelan Transformasi
Pendidikan Vokasional mulai 2012 dan diperhebatkan lagi apabila diletakkan
menjadi salah satu Aspirasi Sistem iaitu akses kepada pendidikan berkualiti
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 2025.

Program Transformasi Pendidikan Vokasional ini meliputi pengenalan Pendidikan Asas Vokasional (PAV) dan menaik taraf Sekolah
Menengah Vokasional (SMV) kepada Kolej Vokasional (KV). Selain itu, program transformasi tersebut merangkumi semakan
menyeluruh kurikulum sedia ada, mengguna pakai beberapa kaedah penilaian dan pentaksiran baharu, meningkatkan kemahiran
guru serta mengukuhkan lagi jaringan kerjasama dengan industri.

Akses Kepada Pendidikan Vokasional


Bagi memperluaskan akses kepada pendidikan vokasional, sebanyak 80
buah Sekolah Menengah Vokasional (SMV) dinaik taraf sebagai Kolej
Vokasional (KV) dan 85 buah SMK telah pilih untuk melaksanakan
program Pendidikan Asas Vokasional. (PAV). Kementerian juga akan
melaksanakan Program Vokasional Menengah Atas (PVMA) iaitu
naiktaraf Mata Pelajaran Vokasional (MPV) mulai tahun 2016 di 404
buah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) terpilih yang sedang
melaksanakan MPV.

KPM juga telah berkerjasama dengan Institut Latihan Kemahiran Awam


(ILKA) dan Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) melalui program
buying places di mana Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan
Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) terbabit melaksanakan
program pendidikan vokasional di institusi mereka. Kerjasama sektor
awam dan sektor swasta ini telah berjaya meningkat kualiti pendidikan
vokasional terutama daripada aspek pengiktirafan oleh pihak industri.
Enrolmen murid yang bakal memilih bidang vokasional dijangka
meningkat dengan akses pandidikan vokasional yang lebih luas.
Impak Positif Transformasi Pendidikan Vokasional
Keyakinan masyarakat terhadap pendidikan vokasional telah menunjukkan
impak positif apabila permohonan bagi mengikuti pendidikan vokasional
semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat apabila
Kementerian menerima hampir 80,000 permohonan daripada murid
lepasan PMR/PT3 untuk mendaftar di 80 Kolej Vokasional di seluruh
negara. Ini melebihi kapasiti yang boleh ditampung oleh Kolej Vokasional
dalam satu-satu masa.

Sambutan positif daripada industri ini jelas menunjukkan wujud permintaan


tinggi untuk graduan sekolah vokasional. Kementerian menjangkakan
sambutan daipada industri dapat menjadi tarikan kepada murid untuk
menyertai pendidikan vokasional. Bagi memastikan program pendidikan
vokasional kekal relevan serta jaminan penempatan latihan di pelbagai
industri, KPM telah menandatangani MOU dengan beberapa rakan industri
dan akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa mengikut keperluan.
Perjanjian kerjasama telah dimeterai dengan pihak industri yang berkaitan.
Kerjasama ini dijalinkan berteraskan pendekatan Strategi Lautan Biru
Kebangsaan (National Blue Ocean Strategy NBOS) yang dijalankan oleh
kerajaan bagi mengoptimumkan kepakaran dan kemudahan yang dimiliki
oleh agensi dan industri tempatan. Hasil kerjasama dengan pihak agensi
dan industri serta swasta tersebut telah berjaya meningkatkan kadar
enrolmen murid yang mengikuti pendidikan vokasional di KV KPM, ILKA dan
ILKS.

Laluan Pendidikan Vokasional di Malaysia


Murid yang berminat mengikuti pendidikan vokasional boleh memilih laluan bidang kemahiran seawal di Tingkat Satu di sekolah-sekolah terpilih yang melaksanakan
Pendidikan Asas Vokasional (PAV). PAV yang diterima di peringkat menengah rendah boleh pula melanjutkan pendidikan vokasional diperingkat menengah atas (
Tingkat 4 dan 5) di Kolej Vokasional. Lepasan PAV juga boleh memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang kemahiran tertentu yang ditawarkan oleh
Institut Latihan Kemahiran Awam atau Swasta. Murid-murid PAV yang mencapai tahap kemahiran ditetapkan akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) merupakan kurikulum pendidikan dan latihan teknik dan vokasional di KV yang mematuhi Standard Kemahiran
Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) . Murid-murid akan mengikuti Program Pra Diploma selama dua tahun dan bagi yang
memenuhi syarat kelayakan boleh meneruskan pengajian ke Program Diploma di KV selama dua tahun lagi. Program Diploma di KV telah pun mendapat akreditasi
sementara (MQA-01) dari Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan pelbagai Kementerian dan agensi bertauliah yang lain yang diiktiraf di peringkat
antarabangsa.

Anjakan Bilangan 8/2015 2


Program Pendidikan Vokasional: Kolaboratif Awam Dengan Swasta.
Pendidikan Vokasional memberi peluang yang pelbagai kepada pelajar yang berminat dalam bidang kemahiran, termasuk untuk
mereka yang berkeperluan khas. Usaha kolaboratif yang dijalankan dengan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Swasta
(ILKS) membolehkan Kementerian meluaskan akses kepada program seperti Penyelenggaraan Pesawat, Teknologi Kesan Khas
Visual, Teknologi Animasi, Autotronik, Pengajian Nautikal, Oil & Gas Welding Technology dan Subsea Welding Technology serta
pelbagai bidang yang relevan dengan perkembangan teknologi terkini.

Mereka yang berpeluang mengikuti program Subsea


Welding Technology akan didedahkan dengan teori
dan amali dalam proses kimpalan seperti Shielded
Metal Arc Welding (SMAW) dan Gas Tungsten Arc
Welding (GTAW). Pelatih mempelajari kemahiran
menyelam dan menjalankan tugas kimpalan di dalam
air. Pelatih akan mempunyai pengetahuan tentang
fisiologi menyelam, keselamatan menyelam,
persekitaran dalam air, komunikasi dan lain-lain.
Secara tidak langsung, pelatih turut berpeluang
menjadi seorang penyelam yang profesional.

Di bawah bidang hospitaliti pula contohnya,


pelajar boleh mengikuti program Seni
Kulinari, Bakeri dan Pastri, Fesyen dan
Membuat Pakaian, Kosmetologi ataupun
Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Seorang
pelajar KV mengambil jurusan Bakeri dan
Pastri akan mempelajari cara-cara
menghasilkan roti, kek, manisan, coklat serta
pelbagai jenis pencuci mulut dan resepi-
resepi baharu dengan penekanan kepada
aspek kreativiti dan inovasi. Mereka juga
akan didedahkan dengan Pengurusan kos
dan perniagaan dalam bidang ini, selain
daripada komponen akademik yang perlu
dipelajari. Program ini akan menyediakan
pelajar untuk menceburi pelbagai kerjaya
yang berkaitan dengan bakeri dan pastri
seperti bekerja sebagai chef dessert di
restoran berstatus tinggi ataupun di hotel di
dalam dan di luar negara.

Anjakan Bilangan 8/2015 3


Apa Kata Mereka

Memiliki kemahiran memberi kelebihan kepada seseorang pelajar untuk


bersaing dalam pasaran kerja yang semakin mencabar atau memulakan
perniagaan sebagai usahawan. Berdasarkan pengalaman saya sebagai
pensyarah Kursus Persolekan dan Dandanan Rambut selama 13 tahun, minat
pelajar terhadap bidang kemahiran semakin meningkat dari tahun ke tahun
malah permohonan untuk mengikuti bidang-bidang kemahiran tertentu seperti
Kursus Persolekan dan Dandanan Rambut sentiasa melebihi dari tempat yang
ditawarkan. Ramai bekas pelajar saya telah mendapat tawaran kerja walaupun
masih menjalani latihan amali.
Pn. Lydia Fred, Pensyarah,
Kolej Vokasional Matang
Sarawak

Saya rasa sangat bertuah kerana terpilih mengikuti kursus Persolekan dan
dandanan rambut di Kolej Vokasional Matang kerana saya sangat berminat
dalam bidang ini. Keluarga juga memberi galakan dan menyokong apabila saya
menyatakan minat untuk memilih bidang kemahiran. Saya bercita-cita untuk
menjadi usahawan dalam bidang persolekan dan dandanan rambut kerana saya
yakin bidang yang saya ceduri ini dapat memberi pendapatan lumayan dan
menjamin masa depan saya.

Marcellina Dora
Diploma Kosmetikologi
Kolej Vokasional Matang
Sarawak

Calon yang berminat, boleh klik ke https://sptv.moe.gov.my/ atau berkunjung ke kolej vokasional
yang berdekatan.

Tarikh akhir permohonan ke kolej vokasional adalah pada 20/12/2015

Anjakan Bilangan 8/2015 4

Anda mungkin juga menyukai