Anda di halaman 1dari 2

Definisi : 1.

memamah serta menelan makanan, mengunyah (menelan, melulur, menghisap, dll)


sesuatu: jemputlah ~ kuih ini; ~ candu menghisap candu; ~ pil menelan pil; ~ sirih mengunyah sirih;
2. = ~ nasi memamah serta menelan nasi: engkau sudah ~ Sim? 3. rezeki: bagaimana hendak
mencari ~ kalau ke-sihatanku selalu terganggu; 4. menggunakan (menghabiskan, memerlukan, dll)
masa, wang, dll: pekerjaan ini banyak ~ belanja; menggali parit ini sahaja ~ masa lebih kurang dua
bulan; kereta saya banyak ~ minyak; 5. melukai atau menembusi (senjata, air soda, dll), lut:
ditikamnya, tetapi tidak ~; 6. bekerja spt yg dijangkakan (brek dll): brek basikal ini tak ~; 7. dapat
masuk (barang yg dimasukkan ke lubang dll), masuknya: paku itu hanya setengah inci ~ ke dlm
papan itu; 8. mengikut (nasihat dll), menerima (pengaruh, pujukan, dll): inilah jadinya kalau orang tak
~ nasihat; sedikit pun tidak ~ dlm hatinya bahawa tunangnya tidak setia kepadanya; 9. ki
menggelapi (wang dll), mengambil secara haram (wang): Pegawai Perumahan ini kuat ~ duit; ~
ampun sl minta ampun; ~ angin a) bersiarsiar utk mendapat angin bersih (berehat-rehat,
melapangkan fikiran, dll); b) mendapat angin (kapal, layar, dll); ~ angkat suka dipuji-puji; ~ arwah
kenduri arwah (utk memperingati orang yg telah mati); ~ bawang ki marah; ~ benak menarik
keuntungan yg besar; ~ ber-adap memakan nasi adap-adap (biasanya nasi kunyit berserta dgn
lauknya) yg disajikan kpd pengantin ketika bersanding; ~ berdamai makan bersama-sama pertama
kali (bkn pengantin); ~ besar a) jamuan makan beramairamai dgn berbagai-bagai jenis hidangan
makanan, minuman dsb; b) jamuan makan bersama-sama ahli keluarga pd petang atau malam
menjelang Tahun Baru Cina; ~ budi menerima kebaikan (pertolongan dll) orang lain; ~ bunga
mengambil keuntungan (faedah) drpd apa yg dipinjamkan; ~ butir Kl dlm keadaan motobot dsb
tersangat sarat dgn muatan (hingga air mencecah papan teratas): duduk baik-baik kerana bot ini ~
butir. Nanti tenggelam; ~ cekak sanggup melawan (mengatasi dll); ~ dalam (orang yg) pendiam
tetapi banyak berfikir atau pengalaman; ~ (meng-hisap) darah a) mengambil untung yg besar drpd
orang lain (spt mengenakan bunga yg sangat tinggi sewaktu meminjamkan wang dll); b) sebal hati,
bersedih; ~ dawai (kawat, kerawat, tali) sangat miskin; ~ di punca kain Kl hidup melarat; ~ diri
kesihatan terganggu (kerana sedih dll); ~ duit (emas) a) menerima wang suap; b) membelanjakan
wang kerajaan (majikan dll) utk keperluan sendiri; ~ gaji (upah) bekerja pd orang utk mendapat gaji
(upah); ~ gambar fotogenik; (banyak, ke-nyang) ~ garam mempunyai banyak pengalaman dlm
hidup; ~ hak melanggar hak orang; ~ hati (berulam jantung) dukacita yg amat sangat (akibat gagal
dlm percintaan dll); ~ kawan (teman) sendiri menyusahkan (memfitnah, mencelakakan, dll) kawan
sendiri; ~ kerawat sangat miskin; ~ keringat orang menikmati kesenangan hidup dgn memeras
tenaga orang; ~ kuli bekerja sbg kuli; ~ luar a) makan di kedai, warung, restoran dsb (bukan di
rumah); b) ki mengadakan hubungan seks bukan dgn suami atau isteri sendiri; ~ malam (pagi,
siang) makan pd waktu malam (pagi, siang) hari; ~ nasi dgn garam sangat miskin; ~ nasi kawah
makan beramai-ramai (sewaktu membuat sesuatu pekerjaan dll); ~ nikmat sl makan makanan yg
lazat-lazat; ~ pelewar dlm keadaan motobot dsb yg dipenuhi air hingga mencecah enjin: Ali
menimba air dlm botnya kerana air sudah ~ pelewar; ~ pencen hidup dgn mendapat wang pencen
drpd kerajaan (sesudah bersara); ~ puluk Id makan dgn tangan; ~ ransom makan beramai-ramai; ~
riba meminjamkan wang dgn bunga yg tinggi; ~ sahur makan sebelum masuk waktu imsak dlm
bulan Ramadan; ~ suap (sogok) menerima suap (rasuah); ~ sumpah = dimakan sumpah mendapat
kesusahan kerana ingkar akan sumpah, terkutuk; ~ tanah a) jatuh tersungkur di tanah; b) sangat
miskin; ~ tangan a) kena penumbuk (tinju); b) mendapat keuntungan besar secara tidak disangka-
sangka; ~ tanggung hidup di bawah jagaan orang lain; ~ tidur hidup dgn tidak membuat apa-apa
pekerjaan; ~ tuan mengenai tuannya sendiri (senjata dll); ~ tulang menyuruh orang supaya bekerja
kuat; ~ hati berulam jantung prb menderita kerana perbuatan orang yg karib (spt sahabat, suami,
dll); ~ upas berulam racun prb hidup dlm kesusahan; sudah ~ bismillah prb tidak menurut aturan,
terbalik; telah habis maka di-makan prb berhemat cermatlah dlm semua perkara; tempat ~ jangan
diberaki prb jangan membuat sesuatu yg tidak baik kpd orang yg pernah memberi perlindungan
(pertolongan dll); tidak ~ siku-siku prb cakap seseorang yg berleleran sahaja (tidak menurut
tujuannya); memakan 1. makan (dgn lebih aktif): mereka pun duduk ~ sarapan pagi; 2. memerlukan
atau menghabiskan (waktu, belanja, dll), mengambil: ini tentulah ~ belanja lebih drpd satu ribu
ringgit; pelayaran itu ~ masa selama lapan minggu; 3. merosakkan, membinasakan, memusnahkan:
rumah itu dima-kan api; pisau itu dimakan karat; 4. mematikan (dlm permainan catur dll): hampir
dima-kannya raja saya; dimakan akal masuk akal; dimakan pakaian cocok benar padanya (pakaian);
dimakan tikus bp digelapkan (digunakan) wang dll; dimakan tua bp telah lama hidupnya, sudah tua;
memakani memakan dgn banyaknya, acapkali memakan: ia asyik ~ buah-buahan yg dibawanya
sendiri dr rumah; memakankan 1. mengusahakan (memberi dll) supaya sesuatu dimakan; 2.
memakan utk; termakan 1. sudah dimakan (dlm erti kiasan dll): besi itu habis ~ karat; 2. makan dgn
tidak sengaja: Ali dirawat di rumah sakit sebab ~ racun; dia ~ a) dia kena racun; b) dia kena guna-
guna; 3. ki dapat diterima (akal dll), terpengaruh; perkataan itu ~ olehnya perkataan itu dapat
diterimanya; 4. dapat dimakan: ikan yg didapatinya itu terlalu banyak hingga tidak ~ lagi; ~ budi
menerima pertolongan (kebaikan dll) drpd orang lain, kebudian; ~ bulan terlewat waktu (tempoh) yg
ditetapkan; ~ dlm hati meresap dlm hati; ~ janji tidak menepati janji; ~ oleh akal masuk akal, boleh
diterima oleh fikiran; makanan apa sahaja yg boleh dimakan (spt nasi, roti, dll), rezeki: segala ~ spt
sayur-sayuran dan ikan semuanya murah; ~ berzat makanan yg mempunyai zat (vitamin, protein,
dll); ~ laut makanan atau hidangan yg bahan utamanya ialah hiduphidupan laut spt ikan, sotong,
udang, ketam, kerang-kerangan dsb: restoran ~ laut; ~ ringan makanan yg tidak begitu menge-
nyangkan (spt keropok, kacang, dll) yg dimakan sambil-sambilan; ~ ruji makanan utama sehari-hari
(spt beras bagi penduduk Asia); ~ segera makanan yg ringkas dan dapat disediakan dgn cepat;
makan-makanan bermacam-macam jenis makanan; kemakanan habis dimakan: jagalah baik-baik
pedang itu, supaya tidak ~ karat; pemakanan 1. jenis-jenis makanan yg lazimnya dimakan atau
ditentukan utk dimakan, pilihan jenis-jenis makanan seseorang dll: masalah salah ~ dan kekurangan
vita-min masih lagi berleluasa di dunia moden hari ini; ~ yg tidak seimbang; ~ semasa hamil; 2.
perbuatan (proses) makan: bahan radioaktif masuk ke dlm tubuh manusia melalui proses ~ dan
peminuman; pemakan 1. orang (binatang dll) yg memakan: binatang ini termasuk jenis binatang ~
daging; 2. apa yg digunakan utk jodoh makanan: lauk ~ nasi; kapur ~ sirih; se~ sirih sama lamanya
dgn orang makan sirih;

Anda mungkin juga menyukai