Anda di halaman 1dari 15

1

Arahan:Jawab semua soalan dalam bahagian A,Bahagian B,Bahagian Cdan satu soalan bahagian D

BAHAGIAN A
[25 markah]

1. Dalam setiap ayat di bawah , terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan
tersebut dan tulis jawapan pada ruangan yang disediakan.Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.

i) Beberapa orang murid di sekolah menengah tersebut diberikan hadiah atas kejayaan
mereka mengharumkan nama sekolah mereka di dalam pertandingan reka cipta itu.

____________________________________________________________________

ii) Pihak pengurusan Sri Malaysia Hotel menawarkan pakej yang menarik kepada
para pelanggan sempena cuti sekolah.

____________________________________________________________________

iii) Pelancong dari negara Jepun itu sangat sukakan buah-buahan tempatan seperti durian
dan manggis.

____________________________________________________________________

iv) Sudahkah kamu menyiapkan kerja rumah yang aku berikan semalam?" tanya Cikgu
Azizi kepada murid-murid Tingkatan Tiga Kreatif.

____________________________________________________________________
[8 markah]

2 Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan betulkan
kesalahan tersebut.Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i) Stem yang bertemakan tahun arnab ini dicetak di atas plastik yang berwarna emas.

____________________________________________________________________

ii) Kakak menghadiahkan sekotak pensil warna dan senaskhah diari kepada adik.

____________________________________________________________________

iii) Pihak pengurusan syarikat itu bersetuju untuk menggajikan pekerja baharunya dengan
gaji minima sebanyak RM900 sebulan.

2
____________________________________________________________________

[3 markah]

3 Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi satu ayat majmuk.

i) Damia mengelap cermin tingkap.


Saufi mengelap cermin tingkap.

_______________________________________________________________

ii) Pokok kelapa itu tumbang.


Pokok kelapa itu menimpa balai raya.

_______________________________________________________________

iii) Hujan sedang turun.


Pak Abu tetap ke sawah

_______________________________________________________________

v) Murid itu menunggu bas


Murid itu membaca buku

_______________________________________________________________

iv. Azmi tidak ke sekolah.


Azmi demam.
Azmi memberitahu guru kelasnya

_______________________________________________________________
[10 markah]

3
4. Lihat gambar di bawah dengan teliti,kemudian tulis satu peribahasa yang sesuai dengan gambar
tersebut.

(i)

__________________________________________________________________________________

(ii)

______________________________________________________________________________

4
[4 markah]

BAHAGIAN B

(30 Markah)

5. Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri

Pada suatu hari, ketika yang empunya padi sedang sibuk ke sana ke mari menghalauburung-
burungburung-burung yang memakan tanamannya, dengan cepat-cepat anak yatim piatu itu
mengambil segenggam padi yang sedang dijemur. Dimasukkannya padi itu ke dalammulutnya, lalu ia
pun melompat dan lari dengan sekencang-kencangnya menuju ke liangtempat ia mula-mula masuk ke
kayangan bersama-sama dengan tujuh orang gadis kayanganyang diikutinya beberapa hari yang lalu.
Setelah yang empunya kembali dari menghalauburung-burung itu maka didapatinya bekas tangan
anak yatim piatu itu pada tompokanpadi yang sedang dijemurnya. Ia pun segera mengerti bahawa
padinya ada yang dicuri olehanak yatim piatu itu. Maka secepat kilat dikejarnya anak yang mencuri
padinya itu. Anakitu baru sahaja beberapa langkah menjejakkan kakinya pada pelangi yang menjadi
tanggaantara bumi dengan kayangan, ketika ia disusul dan ditangkap oleh empunya padi. Ketikayang
empunya padi mencapai anak yatim piatu itu, maka dihempaskannya pencuri tadi itusampai beberapa
kali ke tangga pelangi. Tumit anak yatim piatu itu luka kerana terhantukpada bahagian pinggir yang
tajam daripada tangga pelangi itu. Kemudian yang empunyapadi itu menggeledah seluruh badan
pencuri itu. Didapatinya padinya di dalam mulut anakyatim piatu itu. Dipaksanya anak yatim piatu
itu untuk mengembalikan padi yang dicurinyasebutir pun tidak boleh ada yang ketinggalan. Ia sama
sekali tidak mahu memperkenankanpadinya, biar sebutir pun, dicuri dan dibawa ke bumi.

(Dipetik daripada prosa tradisional Asal Padi,


antologi Kuingin Berterima Kasih, halaman 23)

Berdasarkan petikan prosa tradisional di atas, mengapakah tumit anak yatim piatu itu luka?
[3 markah]

__________________________________________________________________________________

(ii) Tuliskan tiga gaya bahasa yang terdapat dalam petikan prosa tradisional tersebut.
[3 markah]

__________________________________________________________________________________

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menghukum orang yang melakukan
kesalahan? [4markah]

5
__________________________________________________________________________________

6.Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri

Sesekali kuingin berterima kasih


kepadamu hujan bagai tetamu
jiwa pun menjadi dingin
api amarah menjadi terpadam.
Sesekali kuingin pula menjadi bunga
menebarkan keharuman
di taman-taman keresahan hidup
menyerahkan keinsafan
kepada kangkuhan perang
Sesekali kuingin menyemai budi
kepadamu tanah yang hidup
kerana perutmu setia menghamilkan
rezeki buat petani.

Sesekali kuingin berbisik kepadamu


ikan-ikan yang riang
liar di belantara samudera
kerana sudi membebaskan cerita
nelayan tua di pondoknya.

Sesekali kuingin kalungkan kagum


kepadamu pejuang negara
kerana tanganmu pernah berdarah
darah kesetiaan seorang warga
kepada watan tercintanya.

Alangkah indahnya dunia


andai semua merenung
kekosongan hidup ini.

(Dipetik daripada antologi Kuingin Berterima Kasih, halaman 12)

(i) Berikan maksud rangkap keempat sajak Kuingin Berterima Kasih .[3markah]

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

6
(ii) Nyatakan tiga persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut.. [3 markah]

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

(iii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah memupuk semangat patriotik dalam
kalanganrakyat? [4 markah]

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

7. Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1.
(i) Pelari Muda karya Ghazali Ngah Azia
(ii) Destinasi Impian karya Mohd Ismail Sarbini
(iii) Formula Termodinamik karya Obasiah Haji Usman
(iv) Sejambak Bakti karya Rejab F.I

Berdasarkan sebuah novel yang anda telah kaji, huraikan tiga pengajaran yang terdapat dalam novel
tersebut.Berikan satu contoh bagi setiap pengajaran tersebut.

7
BAHAGIAN C
(15 markah)
BAHAGIAN C
[15 markah]

8. Lihat gambar tentang amalan menghormati orang tua di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan
maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100
patah perkataan.

8
BAHAGIAN D
(30 markah)

9. Pilih satu daripada soalan di bawah. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada
180 patah perkataan.

i. Kelas anda telah memenangi pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas. Sebagai ketua
tingkatan
anda diminta oleh pihak sekolah untukmenyampaikan rahsia kejayaan tersebut dalam
perhimpunan sekolah.Tulis ucapan anda selengkapnya.

ii. Program kitar semula penting untuk menjaga alam sekitar. Huraikan kebaikan program
tersebut
kepada masyarakat.

iii. Masa lapang perlu diisi dengan aktiviti berfaedah. Tulis cara anda mengisi masa lapang.

9
KERTASN SOALAN TAMAT

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

--------------------- ---------------------------- -----------------------------

(PARASAKTHY SUBRAMANIAM) (NIK ROHANI MOHD JAMIL) (ROSYATINA A.RAZAK


Guru Bahasa Melayu Ketua Panitia Bahasa Melayu Guru Kanan Mata Pelajaran
SMK Taman Desaminium SMK Taman Desaminium Bahasa SMKTD

10
11
12
13
5. Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1.

(i) Destinasi Impian karya Mohd


Ismail bin Sarbini

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji , nyatakan novel tersebut.
(10 markah)

BA BAHAGIAN D
(30 markah)
9. Pilih satu daripada soalan di bawah. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 180
patah perkataan.

i. Kelas anda telah memenangi pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas. Sebgai ketua tingkatan
anda diminta oleh pihak sekolah untuk Ceritkan rahsia kejayaan tersebut dalam perhimpunan . Tulis
ucapan anda selengkapnya.

ii. Program kitar semula penting untuk menjaga alam sekitar. Huraikan kebaikan program tersebut
kepada masyarakat.

iii. Masa lapang perlu diisi dengan aktiviti berfaedah. Tulis cara anda mengisi masa lapang.

HAGIAN C
(15 markah)

8. Lihat poster di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam poster tersebut,
tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

14
BAHAGIAN C
(15 markah)
8. Lihat gambar tentang amalan menghormati orang tua di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan maklumat
yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah
perkataan.

15

Anda mungkin juga menyukai