Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Menentang British kerana tidak bersetuju dengan perjanjian antara British dengan Dato Kelana
Sungai Ujong.
Tidak bersetuju dengan tindakan British menyokong tindakan Dato Kelana yang mengisytiharkan
Terachi sebagai wilayahnya.
FAKTOR PENENTANGAN
Yamtuan Antah tiadak mengiktiraf Dato' Kelana sebagai pembesar Sungai Ujong
PERISTIWA PENENTANGAN
Yamtuan Antah menentang penempatan seorang Penolong Residen British di Sungai Ujong. Beliau
khuatir British akan meluaskan kuasanya ke kawasan-kawasan di sekitar Sungai Ujong. Kapten Tatham
dihantar ke Sungai Ujong untuk bertugas sebagai Penolong Residen British setelah Dato' Kelana
meminta bantuan dan perlindungan British.
Pada 1875, perlantikan Yamtuan Antah sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti tidak diiktiraf oleh Dato'
Kelana kerana beliau telah berkuasa sejak 1874. Yamtuan Antah turut bertindak balas dengan tidak
mengiktiraf Dato' Kelana sebagai pemerintah Sungai Ujong. Satu pergaduhan berlaku antara
Yamtuan Antah dengan Dato' Kelana. Pergaduhan ini berlaku berikutan tuntutan Dato' Kelana ke
atas Terachi yang dianggap kawasan di bawah kekuasaannya. Dengan bantuan tentera British, Dato'
Kelana dapat menewaskan Yamtuan Antah. Tengku Antah terpaksa berundur ke Bukit Putus. British
seterusnya menawan Bukit Putus dan menguasai Kuala Jempol serta Terachi pada bulan Disember
1875.
Maharaja Abu Bakar dari Johor menasihati Yamtuan Antah supaya berdamai dengan British. Pada
akhir 1876, Yamtuan Antah menandatangani satu perjanjian dengan British. Beliau diiktiraf sebagai
Yamtuan Besar Seri Menanti dan jajahan takluknya iaitu Johol, Jempol, Terachi, Ulu Muar, Inas dan
Gunung Pasir.
KESAN PENENTANGAN
-Maharaja Abu Bakar dari Johor menasihati Yamtuan Antah berdamai dengan British , namun begitu ,
ianya tidak dipersetujui oleh Dato' Siamang Gagap .
UNSUR PATIROTIMA
Berani