Anda di halaman 1dari 1

DOA MAJLIS PERSARAAN PENGETUA

Setinggi-tinggi kesyukuran kami rafakkan kepada-Mu kerana telah mengizinkan


kami untuk berada dalam Majlis Perhimpunan Khas Sempena Persaraan Puan
Hajjah siti maisarah binti sulaiman, Pengetua SMK telok gadong pada pagi yang
tenang dan syahdu ini.
Ya Allah, Ya faallul lima yurid,
Segala puji-pujian hanya untuk Mu atas nikmat kurnia menganugerahkan
kepada kami seorang pengetua yang berjiwa besar dan punyai wawasan yang
jauh demi memajukan agama, bangsa dan negara. Sesungguhnya, seluruh
warga sekolah sangat terhutang budi dan berasa bangga dipimpin oleh seorang
pengetua yang begitu mengambil berat terhadap masa depan guru serta anak
didik yang sangat dikasihi.
Kurniakanlah kami jiwa dan hati yang sentiasa mengenang jasa orang yang
telah berbakti dan berkorban untuk melihat kemajuan sekolah kami.
Anugerahkanlah kami kekuatan untuk mengekalkan usaha murni dan suci demi
kelangsungan dan kesinambungan kejayaan yang telah dicapai oleh sekolah
kami di bawah pimpinan dan bimbingan beliau yang berwibawa .
Ya Allah, Ya Wahab, Ya Razaq,
Panjangkanlah usia beliau dengan kesihatan dalam iman dan Islam, semoga
dapat terus menyumbang idea, buah fikiran dan pandangan yang bernas demi
kemajuan pendidikan dalam meniti usia persaraan. Moga kami dapat
mencontohi tanggungjawab, komitmen, kewibawaan dan kegigihan beliau
mengurus institusi pendidikan. Engkau lindungilah keluarganya, kaum
kerabatnya dan orang-orang yang dikasihinya sebagaimana beliau melindungi
kami selama ini tanpa rasa jemu.
Ya Allah, jadikanlah pertemuan ini, pertemuan yang diberkati dan dirahmati,
dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau
pelihara daripada segala bahaya dan keburukan.

Anda mungkin juga menyukai