Anda di halaman 1dari 6

Faktor Yang Menghalang

Terdapat beberapa faktor yang menghalang pelaksanaan undang-undang syariah Islam


di Malaysia.Faktor-faktor ini secara tidak langsung membuatkan Malaysia terus menggunakan
undang-undang yang sedia ada tanpa mempertimbangkan untuk memberikan undang-undang
syariah kedudukan yang penting dalam negara.

Antara faktor yang menghalang ialah umat Islam sendiri.Hal ini tidak dapat dinafikan
bahawa umat Islam sendiri yang membuatkan undang undang syariah tidak mendapat
kedudukan dalam perundangan di Malaysia.Tentangan dari umat sendiri bukanlah sesuatu
yang janggal kerana pada zaman Rasulullah SAW,baginda juga ditentang dan dicabar oleh
kaumnya sendiri,namun baginda tetap cekal menempuh ujian dan akhirnya berjaya
memartabatkan Islam di mata dunia sehingga hari ini.Malah,yang amat mendukacitakan ialah
tentangan dan halangan yang datang adalah daripada golongan pemimpin yang menguasai
bidang perundangan itu sendiri.Golongan pemimpin sebegini biasanya meletakkan
kepercayaan yang tinggi terhadap ideologi Barat dan menyebabkan mereka memandang rendah
kepada undang-undang syariah Islam kerana menganggapnya membebankan malah tidak
mendatangkan apa-apa faedah kepada negara.Umat Islam melabelkan undang-undang syariah
sebagai sebuah undang-undang yang bakal membuatkan negar mundur,tidak efisyen dan
menjatuhkan martabat negara di mata dunia.Namun,sebaliknya undang-undang syariah
menjanjikan pelbagai kebaikan kepada mereka,hanya mereka yang tidak memahami apakah
maksud syariah di dalam Islam.Terdapat juga umat Islam yang berpendapat bahawa undang-
undang syariah tidak sesuai diguna pakai di negara Malaysia kerana negara kita mempunyai
pelbagai kaum yang menganut agama masing-masing.Masyarakat bukan Islam pasti
menganggap undang-undang syariah sebuah undang-undang yang zalim dan hal tersebut akan
menimbulkan kemarahan mereka.Namun,jika diteliti dengan lebih mendalam,Islam itu indah
maka sudah pasti undang-undang yang ditetapkan bertepatan dengan naluri manusia kerana
Islam tidak akan pernah menindas penganutnya sendiri.

Seterusnya,kekangan daripada kelompok yang berkepentingan sendiri.Kelompok yang


dimaksudkan ialah golongan pemimpin dan mereka yang berkuasa dalam
masyarakat.Golongan ini seringkali menjadi rujukan rakyat dan anak buah sebelum mereka
melakukan sebarang tindakan dengan harapan bahawa golongan tersebut boleh membimbing
mereka dalam menentukan tindakan yang sepatutnya mereka ambil dalam suatu
hal.Namun,tidak semua golongan yang berkuasa ini benar-benar ikhlas dalam tindak tanduk
mereka kerana mereka hanyalah manusia biasa yang mudah dipengaruhi hasutan syaitan
termasuklah pandangan mereka terhadap undang-undang syariah yang kolot, tidak maju,
menyeksa rakyat dan sebagainya.Mereka menolak sekeras-kerasnya pelaksanaan undang-
undang syariah dengan meletakkan pelbagai alasan. Memang tepat apa yang diperkatakan oleh
Prof. Dr. Yusuf Al Qaradhawi di dalam buku beliau Syariah Al Islam Sholihah Lil at Thatbiq
Fi Kulli Zaman Wa Makan(Pelaksanaan Syariah Islam Sesuai Dilaksanakan Setiap Tempat
dan Waktu)

Abdullah bin Umar ra berkata: Nabi saw bersabda: mendengar dan taat itu wajib bagi seorang
dalam apa yang ia suka atau benci, selama ia tidak diperintah berbuat maksiat, maka jika
diperintah maksiat maka tidak wajib mendengar dan tidak wajib taat (Bukhari, Muslim)

Tidak dapat dinafikan,sebahagian pemimpin di Malaysia tidak menjalankan tanggungjawab


dengan sepenuh hati dan mempunyai kepentingan sendiri.Pemimpin sebegini seolah-olah tidak
memikirkan kedudukan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepadanya adalah untuk
membimbing anak-anak buah di bawahnya dan merupakan sebuah amanah yang suci dan harus
dilaksanakan dengan seikhlas hati.Contoh pemimpin yang menyalahgunakan kuasanya ialah
menyeleweng duit rakyat dan menggunakannya untuk kepentingan sendiri. Sebab itu kita
dapati bahawa Umar Al-Khattab apabila melihat ada seekor kambing mati, dia termenung dan
sedih atau risau sangat kalau-kalau kambing itu mati akibat kecuaiannya. Hebatnya peribadi
dan hati Umar itu. Adakah lagi pemimpin seperti Umar di bumi Allah ini ? Seterusnya kata
Imam Al-Ghazali, pemimpin Islam yang baik itu akan sentiasa suka berdamping dengan alim
ulama dan sukakan kepada orang-orang yang berilmu.

Akhirnya,kurang didikan ibu bapa.Ibu bapa merupakan insan yang paling rapat dengan
anak-anak dan anak-anak bagaikan kain putih yang suci menunggu untuk dicorakkan oleh ibu
bapa mereka dengan sebaiknya. Jika dilihat masa kini ibu bapa kurang menitik berat kan
tentang soal syariat islam. Buktinya anak-anak mereka dibiarkan keluar bersama lelaki yang
bukan muhrim, bersentuhan lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, melewati tempat-
tempat maksiat dan lain lain lagi.Ibu bapa sepatutnya mendidik anak-anak mengikut ajaran
Islam yang berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.Anak-anak merupakan pemimpin masa
hadapan dan bayangkan jika mereka tidak mendapat pendedahan yang sepatutnya kepada
syariat Islam,sudah pastinya mereka membesar menjadi seorang yang memandang rendah
terhadap undang-undang syariah.Jika perkara ini terjadi,maka mustahil bagi undang-undang
syariah untuk dilaksanakan di Malaysia.
Rasulullah SAW menekankan soal pergaulan dengan sabdanya : Hindarilah kamu dari
bercampur (secara bebas) dengan kaum wanita. Anak juga mesti dididik dengan batas aurat
terutama bila telah baligh.

Suatu ketika Asma binti Abu Bakar memasuki rumah Rasulullah SAW dengan pakaian yang
tipis, lalu Rasulullah SAW menegurnya: Wahai Asma, apabila perempuan telah mencapai
(sampai) usia baligh, maka ia tidak boleh dipandang kecuali ini dan ini (baginda SAW
menunjukkan wajah dan kedua-dua telapak tangannya. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Jika semua ibu bapa di Malaysia menerapkan syariat Islam bermula di rumah terhadap anak-
anak,mendidik mereka dengan akhlak yang sepatutnya dan mengajar mereka syariat Islam
yang sebenar,maka tidak mustahil bagi undang-undang syariah untuk dilaksanakan di Malaysia
suatu ketika nanti.
Cadangan

Terdapat beberapa cadangan yang kami kemukakan sekali bersama untuk memastikan
undang-undang syariah dapat dilaksanakan di Malaysia.

Antaranya,ibu bapa harus mendidik anak-anak dengan budi pekerti dan akhlak mulia
kepada anak-anak. Ilmu tinggi tidak berguna kalau tidak beradab dan tidak berakhlak dengan
Allah dan sesama manusia. Pastikan ilmu dan amalan anak-anak kita menghasilkan buah
yang masak ranum (akhlak terpuji). Sabda Rasulullah SAW :

Elokkanlah namanya (anak) dan elokkanlah adabnya. (Hadis riwayat al-Baihaqi)

Rasulullah SAW bersabda lagi: Tiada seorang bapa yang memberikan sesuatu kepada
anaknya yang lebih bermakna daripada pemberian adab yang baik. (Hadis riwayat at-
Tirmizi)

Anak-anak yang tidak ada tujuan dan matlamat hidup akan mudah terpesong dari jalan
kebenaran dan mudah juga hanyut dalam arus duniawi. Matlamat hidup tak lain dan tak bukan
ingin mendapat keredhaan Allah SWT berpedomankan al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.
Tujuan hidup atau tujuan kenapa Allah mencipta manusia perlu ditanamkan dalam jiwa dan
minda anak-anak iaitu untuk berperanan sebagai hamba dan khalifah Allah di atas dunia. Kita
hendak lah mendidik anak-anak dengan berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Namun begitu
diri sendiri juga perlu dididik dengan akhlak yang baik kerana akhlak yang baik adalah tunjang
bagi melaksanakan syariat islam di seluruh Malaysia khusus nya.

Seterusnya,memilih pemimpin yang baik. Pemimpin Islam yang berwibawa lagi hebat
keperibadiannya menjadi penggiat dan pendorong kepada aktiviti keilmuan. Inilah yang ada
pada diri khalifah ar-Rasyidin, pemimpin kerajaan Bani Umaiyyah, Bani Abbasiyah dan juga
kerajaan Turki Uthmaniyah dulu.Tidak hairan pusat pengajian ilmu pengetahuan dan kegiatan
meneroka ilmu begitu rancak dijalankan sehingga terbina masyarakat Islam yang hebat dalam
segenap bidang. Pemimpin yang mencintai ilmu pengetahuan adalah seorang pemimpin Islam
yang sejati. Hal itu tergambar bukan semata-mata mengarahkan atau mewar-warkan agar
rakyat mendalami ilmu pengetahuan, tetapi dia sendiri menunjukkan teladan kepada rakyat
yang dia juga seorang yang dahagakan ilmu. Selain itu, kata Imam Ghazali lagi seseorang
pemimpin juga seharusnya dapat mengawal tingkah laku orang bawahan atau rakyatnya
daripada perbuatan bertentangan dengan syariat Islam. Dengan erti kata lain pemimpin Islam
itu mesti bertindak tegas menegakkan amar makruf dan mencegah kemungkaran. Juga
seseorang pemimpin perlu memiliki daya juang yang mantap dalam perkara yang diharuskan
agama dan sentiasa mempunyai azam teguh dalam wawasan memajukan ummah. Demikian
ciri-ciri yang seharusnya dimiliki oleh seseorang pemimpin Islam dalam mengendalikan urusan
kepada rakyatnya. Dalam usaha mengangkat martabat ummah, peranan dan tanggungjawab
pemimpin akan menjadi faktor pemangkin utama. Jadikan kehebatan dan keunggulan
pemimpin Islam terdahulu sebagai ikutan dan idola dan bangkitlah menjadi sehebat mereka.
Kepemimpinan adalah satu keperluan dalam sesebuah masyarakat dan negara. Lantaran itu,
Islam telah menggariskan prinsip-prinsip asas dalam aspek kepimpinan. Semua yang bergelar
pemimpin pasti akan dipersoalkan Allah di akhirat nanti apakah mereka telah melaksanakan
amanah yang disandang di bahu mereka itu. Pemimpin yang menyeleweng dan tidak
beramanah pasti akan berhadapan azab seksa maha pedih dari Allah manakala pemimpin yang
jujur dan mematuhi kehendak Islam sudah tentu berada di bawah lindungan Allah S.W.T.Jika
pemimpin di Malaysia mempunyai sikap seperti para sahabat Rasulullah, pemimpin kerajaan
Bani Umaiyyah, Bani Abbasiyah dan juga kerajaan Turki Uthmaniyah dulu tidak mustahil
syariat islam dapat dilaksanakan di seluruh Malaysia dan ajaran islam di Malaysia akan
berkembang .

Akhirnya,peranan media massa di Malaysia. Pihak media seharusnya memainkan


peranan masing-masing dalam melaksanakan syariat islam di Malaysia. Pihak media tidak
boleh tunduk pada budaya barat dengan memikir jika hanya memaparkan program yang
memebentuk kerohanian penguna akan berasa bosan dan syarikat mereka akan gulung tikar.
Banyak rancangan yang boleh dipaparkan oleh pihak media antaranya mensiarkan ceramah
agama, program hiburan yang berbentuk agama seperti IMAM MUDA , mensiarkan waktu
azan, dan sebagainya.Tidak salah jika pihak media mensiarkan program berbentuk hiburan
tetapi haruslah tidak bertentangan dengan syariat islam. Mereka harus fikir program yang
mereka siarkan ditonton oleh pebagai peringkat umur. Jika mereka menyiarkan program yang
boleh merosokkan minda dan iman yang ada dalam diri individu bagaimana syariat islam dapat
dilaksanakan sedangkan iman dan minda saling berkait rapat dan iman yang kuat serta inda
yang bersih dapat membantu mengembangkan syariat islam di Malaysia. Ini kerana jika ingin
mempelajari dan menyampaikan ilmu agama hati dan minda seseorang itu hendaklah bersih
dari segala kekotoran. Kekotoran yang dimaksudkan ialah maksiat mata, hati, minda, tangan
dan fikiran.

Wahai orang yang beriman,sahutilah seruan Allah dan Rasul,apabila kamu diseru
kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepada kamu.
(al-Anfal 8:24)

Berdasarkan ayat di atas jelas lah kita disuruh untuk menyampaikan segala seruhan Allah dan
RasulnNya. Oleh itu pihak media haruslah menyampaikan nya misalnya memaparkan hadis-
hadis nabi, ceramah agama dan lain lain lagi supaya syariat islam dapat dilaksanakan di
Malaysia