Anda di halaman 1dari 15

2

BAHAGIAN A
(20 markah)

Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

1. Azalia suka makan sayur-sayuran ___________ sawi.


A dan
B serta
C kecuali
D manakala

2. Beg itu diperbuat _________________ kulit binatang.


A dari
B pada
C untuk
D daripada

3. Air yang di dalam gelas itu __________________ lalu terkena


seluar Razif.
A tersiram
B tertuang
C tersimbah
D tertumpah
3

Soalan 4 berdasarkan Gambar 1 di bawah.

Gambar 1

4. Kakak menghiris beberapa __________bawang merah dengan


se___________ pisau.
A ulasbilah
B utaslaras
C biji. bilah
D uratbatang

5. Ibu berpesan kepada adik supaya jangan bermain dengan


pisau yang _____________ .
A. tajam
B. tumpul
C. runcing
D. sumbing

6. Udara di Tanah Tinggi Cameron sungguh _______________ .


A aman
B sedap
C damai
D nyaman
4

7. Laila, Siti dan Niza berkawan baik. ___________ tinggal berjiran.


A Kita
B Kami
C Kalian
D Mereka

8. ______________ kah kamu menangis? tanya Liza kepada


Danial.
A Bagaimana
B Mengapa
C Siapa
D Bila

9. Roslan membantu ayahnya ________________ rumput di kebun


sayur mereka.
A menyemai
B menanam
C mencabut
D menyiram

10. Murid-murid __________________untuk menaiki bas.


A pengatur
B beratur
C teratur
D diatur
5

Soalan 11 berdasarkan Gambar 2.

Gambar 2
11. Jururawat sedang berdiri di ____________pesakit untuk
memeriksa suhu badannya.
A sisi
B atas
C antara
D hujung

Pilih soalan yang betul berdasarkan jawapan yang diberikan.

12. Lelaki itu bekerja sebagai jurugambar.


A Siapakah lelaki itu?
B Apakah pekerjaan lelaki itu?
C Di manakah lelaki itu bekerja?
D Mengapakah lelaki itu mengambil gambar?

13. Emak menyuruh adik menjirus pokok bunga di halaman.


Kata seerti dengan menjirus ialah
A memandi
B menyiram
C mencucur
D membasah
6

14. Puan Maznah sudah semakin sihat.


Kata berlawan dengan sihat ialah
A sembuh
B lemah
C sakit
D baik

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

15. A Gadis itu cantik dan halus tutur katanya.


B Bayi itu makan makanan yang halus sahaja.
C Kakak menumbuk sambal belacan hingga halus.
D Bingkai cermin ukiran kayu itu sungguh halus buatannya.

Pilih ayat yang betul.


16. A Kita akan memulakan latihan di pukul 5.00 petang.
B Kita akan memulakan latihan ke pukul 5.00 petang.
C Kita akan memulakan latihan pada pukul 5.00 petang.
D Kita akan memulakan latihan dalam pukul 5.00 petang.
7

Soalan 17 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

Sambutan Hari Kanak-kanak di Sekolah Kebangsaan Seri Mutiara


sungguh meriah. Sambutan ini bertujuan untuk memberikan
penghargaan dan mengiktiraf sumbangan kanak-kanak terhadap
masa depan negara.
Bermacam-macam acara telah berlangsung pada hari itu.
Acara itu terbahagi kepada dua kategori, iaitu acara berkumpulan
dan perseorangan. Guru memberikan galakan kepada semua murid
agar mengambil bahagian. Acara berlangsung dengan meriah
sekali.
Sebelum aktiviti bermula, semua murid berhimpun di dewan
sekolah. Mereka mendengar taklimat yang disampaikan oleh Cikgu
Zakaria terlebih dahulu. Guru yang bertugas pula memberikan
panduan dan arahan kepada murid tentang perkara yang
dilakukan. Alia dan Lina dilantik sebagai pembantu Cikgu Zakaria.
Mereka ditugaskan menghias pentas untuk acara penutupan majlis.

17. Apakah sambutan yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Seri


Mutiara?
A Sambutan Hari Guru
B Sambutan Hari Kanak-kanak
C Sambutan Hari Kemerdekaan
D Sambutan Hari Kecemerlangan
8

18. Di manakah murid-murid berkumpul sebelum acara bermula?


A Dewan sekolah
B Perpustakaan
C Bilik guru
D Kantin

19. Bagaimanakah suasana sambutan pada hari tersebut?


A Baik
B Sihat
C Meriah
D Gemilang

20. Pilih pernyataan yang benar.


A Alia dan Lina ditugaskan untuk menghias pentas.
B Acara sambutan dibahagikan kepada satu kategori.
C Murid-murid mendengar taklimat yang disampaikan oleh
guru besar.
D Tujuan sambutan adalah untuk memberikan
penghargaan kepada guru-guru.
9

BAHAGIAN B
(30 markah)
Soalan 21
Garisi perkataan berimbuhan yang betul.

1. Adik ( tertidur / bertidur ) di atas riba ibu.

2. Puan Mariam ( terjual / menjual ) kuih di kantin sekolah.

3. Mereka ( bermain / memain ) bola di padang yang luas.

4. Ah Meng ( membantu / dibantu ) ayahnya di kedai.

5. Pak Kassim ( berkutip / mengutip ) durian yang gugur.

[ 5 markah ]
Soalan 22
a. Tandakan ( ) bagi ayat yang betul dan (X) bagi ayat yang

salah.

1. Aduh, cantiknya baju itu !

2. Mengapakah Pak Mat tidak berniaga hari ini?

3. Nama guru kamu siapakah?

4. Wah, cantiknya baju ini!

[ 3 markah ]
10

b. Bina ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung yang


diberikan.

1. Ismail pergi ke perpustakaan.


Ishak pergi ke perpustakaan. (dan)
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________

2. Ayah menonton berita di kaca televisyen.


Ayah menunggu ibu selesai memasak. (sementara)
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
____________________________________________________________
[ 4 markah ]

Soalan 23
11

Teliti poster di bawah dan jawab soalan yang diberi.

a. Buah-buahan tempatan kaya dengan ________________________


[ 1 markah ]

b. Apakah produk lain yang dapat dihasilkan daripada buah-


buahan tempatan?
________________________________________________________________
________________________________________________________________
[ 2 markah ]

c. Adakah kamu suka makan buah-buahan tempatan? Mengapa ?


_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
[ 3 markah ]
Soalan 24
12

Jawab soalan berdasarkan atur cara di bawah.

HARI JUALAN TAHUN 3

a. Apakah barangan yang dijual oleh murid-murid Tahun 3 Pintar?


_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
[ 2 markah ]

b.Tandakan ( ) bagi pernyataan yang betul dan (X) bagi


pernyataan yang salah.

i. Murid Tahun 3 Bestari berjualan pada hari Selasa.

ii. Hari Jualan Tahun Tiga berlangsung selama dua hari.

[ 2 markah ]

c.Jika kamu dan kawan-kawan diberi peluang untuk menyertai Hari


Jualan Tahun 3, apakah yang akan kamu jual?
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
[ 2 markah ]

Soalan 25
13

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan yang berikutnya.

Semasa melawat ke Sabah, keluarga Hajar sempat ke kaki


Gunung Kinabalu. Di sana terdapat satu kawasan yang
sungguh nyaman iaitu Kundasang. Di Kundasang, udaranya
nyaman dan sangat terkenal dengan tanaman pelbagai jenis
sayur-sayuran yang segar.

Pokok-pokok sayur ini ditanam di lereng-lereng bukit.


Ladang sayur yang luas menjadikan kawasan itu menghijau
dan senang mata memandang. Ramai pelancong datang ke
sini untuk berehat sebelum atau selepas mendaki Gunung
Kinabalu. Ada juga yang datang untuk membeli sayur-
sayuran, bunga-bungaan dan buah-buahan yang segar
sambil menghirup udara yang tidak tercemar.

a. Keluarga Hajar melawat ke mana ?


____________________________________________
( 1 markah )
b. Apakah yang ditanam di lereng-lereng bukit Kundasang?
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
[ 2 markah ]
c. Mengapakah ramai pelancong suka ke Kundasang?
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
[ 3 markah ]
KERTAS SOALAN TAMAT
14

UJIAN INDUK 2
SKEMA JAWAPAN BAHASA MELAYU PEMAHAMAN TAHUN 3 2017

BAHAGIAN A

1 C 11 A
2 D 12 B
3 D 13 B
4 C 14 C
5 A 15 D
6 D 16 C
7 D 17 B
8 B 18 A
9 C 19 C
10 B 20 A

BAHAGIAN B

SOALAN 21 ( 5 markah)

1. tertidur
2. menjual
3. bermain
4. membantu
5. mengutip

SOALAN 22 a ( 3 markah)

1. X (contoh)

2.

3. X

4.
15

SOALAN 22 b ( 4 markah)

1. Ismail dan Ishak pergi ke perpustakaan.

2. Ayah menonton berita di kaca televisyen sementara menunggu ibu


selesai memasak.
Jika ada 1 atau lebih kesalahan aspek bahasa=====tolak 1 markah

*ASPEK BAHASA : ejaan/ huruf besar@kecil/ tanda baca/ struktur ayat

SOALAN 23

a. pelbagai khasiat / khasiat ( 1 markah)


Tiada penolakan markah jika salah ejaan

b. Jus dan jem / Jus dan kerepek / Jem dan kerepek / Jus, jem dan kerepek
====1 markah

Produk lain yang dapat dihasilkan daripada buah-buahan tempatan ialah


produk kecantikan / jus dan jem / jus dan kerepek / jem dan kerepek / jus,
jem dan kerepek.
====2 markah

Jika ada 1 atau lebih kesalahan aspek bahasa=====tolak 1 markah

c. Ya / Tidak =====1 markah

Ya / Tidak / Suka / Tidak suka kerana. memberi alasan yang logik tanpa

kesalahan aspek bahasa ======3 markah

Jika ada 2 atau lebih kesalahan aspek bahasa ====tolak 1 markah

SOALAN 24

a. Cenderamata yang dihasilkan sendiri. =========1 markah

Barangan yang dijual oleh murid-murid Tahun 3 Pintar ialah cenderamata


yang dihasilkan sendiri. ========2 markah
Jika ada 1 atau lebih kesalahan aspek bahasa=====tolak 1 markah
16

b. 2 markah

i. X

ii.

c. Terus berikan cadangan jualan======2 markah

Jika saya dan kawan-kawan diberi peluang untuk menyertai Hari


Jualan Tahun 3, saya akan..jawapan yang logik diterima=====2 markah

Jika ada 1 atau lebih kesalahan aspek bahasa ====tolak 1 markah

SOALAN 25

a. Sabah / Kaki Gunung Kinabalu / Kundasang =====1markah

Tiada penolakan markah jika salah ejaan / huruf besar@kecil

b. Pokok-pokok sayur yang ditanam di lereng-lereng bukit.====2 markah

Jika ada 1 atau lebih kesalahan aspek bahasa ====tolak 1 markah

c. Ramai pelancong suka ke Kundasang.

-kerana mereka hendak berehat sebelum atau selepas mendaki Gunung


Kinabalu

-kerana mereka hendak membeli sayur-sayuran, bunga-bungaan dan


buah-buahan

-kerana mereka hendak menghirup udara yang tidak tercemar

Ayat yang lengkap beserta mana-mana 1 alasan ===2 markah


Ayat yang lengkap beserta mana-mana 2 alasan ===3 markah
Jika ada 2 atau lebih kesalahan aspek bahasa ====tolak 1 markah

*Jika murid menulis pelbagai jenis sayur-sayuran pada soalan b@ c


===tolak 1 markah

Anda mungkin juga menyukai