Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI

Pada sesi pengajaran dan pembelajaran kali ini, saya dapat mengendalikan
pengajaran dan pembelajaran dengan lancar dan terkawal. Walau bagaimanapun apabila
bermulanya aktiviti secara berkumpulan menyebabkan berlaku kebisingan dalam kalangan
murid dan keadaan kelas mula tidak terkawal.

Kali ini, saya telah pergi ke bilik darjah Tahun 3 Bestari untuk menjalankan sesi
pengajaran dan pembelajaran dan saya terdapat bilik tersebut mempunyai papan putih,
marker pen, pemadam papan putih dan sebagainya. Bilik tersebut selesa dan kondusif. Saya
telah bersedia membuat persiapan awal lebih kurang 30 minit kerana kena bersedia peralatan
dan bahan-bahan untuk mengajar. Saya kena fotostat lembaran kerja, kertas mahjong, kad
gambar dan sebagainya.

Pada pengajaran dan pembelajaran kali ini, saya telah mengaplikasikan aktiviti secara
berkumpulan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran saya di mana mereka dikehendaki
untuk membincangkan dan menulis sekurang-kurangnya 3 tindakan segera apabila
berlakunya kecemasan atau kecederaan. Walau bagaimanapun, apabila aktiviti secara
berkumpulan dijalankan, keadaan murid agak tidak terkawal dan bising. Ia juga menyebabkan
saya tidak dapat menghabiskan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan tepat waktunya.

Pada masa yang akan datang, saya akan memastikan bahawa setiap murid dengar
dan memahami arahan serta saya akan menyingkirkan murid yang tidak mengikut arahan
saya. Saya juga memastikan saya bersedia lebih awal 30 minit sebelum memulakan
pengajaran dan pembelajaran agar pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan
lancar.

Saya rasa semasa mengajar, saya mesti bersifat seorang guru yang asertif untuk
mengawal kelas. Seorang guru yang asertif ialah seorang yang boleh mesra dengan murid
tetapi di samping itu juga tegas dalam mengawal tingkah laku murid.

Anda mungkin juga menyukai