Anda di halaman 1dari 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

SK. BUKIT BANDARAYA, KUALA LUMPUR

Mata Pelajaran Pendidikan Moral


Tahun 4 Setia / 4 Kreatif / 4 Bestari
Tarikh / Hari 6 September 2017 (Rabu)
Masa 8.00 - 9.00 pagi (60 minit)
Bilangan Murid 13 orang
Nilai Baik Hati
Tajuk Membantu Jiran Amalan Mulia
Standard Kandungan 2.1 Memberi bantuan kepada jiran
Standard Pembelajaran 2.1.1 Menceritakan cara memberi bantuan kepada jiran
2.1.2 Menghuraikan kepentingan memberi bantuan kepada jiran
2.1.3 Meramalkan perasaan apabila memberi bantuan kepada jiran
2.1.4 Mengamalkan sikap membantu jiran
Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :

1. Penaakulan: Menyatakan cara membantu jiran dengan baik.

2. Perasaan: Berasa senang membantu jiran.

3. Perlakuan: Mempraktikkan sikap bantu-membantu sesama jiran tetangga


di kawasan perumahan sendiri.
Pengetahuan Sedia Ada Murid sudah ada pengalaman berada dalam komuniti hidup berjiran.
Murid
EMK Kreativiti menjana idea, sumbang saran.
Bahan Bantu Mengajar Buku teks, power point, video, lembaran kerja.
(BBM)

Aktiviti Pengajaran dan pembelajaran:

Langkah / Masa Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Catatan


BBM:
Set Induksi - Buku Teks
- Guru meminta murid untuk membaca cerita tentang
(5 minit ) (m/s: 9)
membantu jiran di halaman 9 dalam buku teks.
- Guru bersoal jawab bersama murid mengenai cara,
kepentingan, dan perasaan Janus semasa membantu
jirannya.
- Guru bertanya kepada murid tentang pengalaman mereka
membantu jiran
Langkah 1 - Guru memaparkan video tentang semangat kejiranan bantu BBM:
(15 minit ) - power point
membantu kepada para murid.
dan Video
- Guru membincangkan cara kita perlu membantu jiran
berdasarkan video tersebut.
- Guru meminta murid-murid untuk memberi cara-cara lain yang
boleh digunakan untuk membantu jiran yang mengalami
kebakaran rumah.

Langkah 2 - Guru memaparkan slaid yang mengandungi beberapa situasi BBM:


(20 minit ) - power point
untuk dibincangkan bersama murid.
- Guru meminta para murid untuk memberikan respon tentang
tindakan yang patut dilakukan berdasarkan situasi-situasi
yang diberikan.

Langkah 3 - Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid BBM:


(15 minit ) - Lembaran kerja
(Lampiran 1).
- Guru meminta murid-murid untuk mengisi tempat kosong
dengan jawapan yang betul berdasarkan situasi yang diberi
pada lembaran kerja.
- Guru meminta untuk murid berkongsi jawapan dengan cara
melakonkan semula situasi tersebut dan tindakan yang perlu
dilakukan.
- Para murid berkongsi mengenai kesan yang diperolehi
berdasarkan tindakan yang dilakukan.

- Guru membuat kesimpulan terhadap aktiviti yang telah dijalankan.


Penutup
(5 minit ) - Guru menekankan kepada semua murid agar mengamalkan sikap baik hati
terhadap jiran dalam kehidupan seharian.
Lampiran 1

Hari : _________________ Tarikh : _______________

Soalan : Nyatakan tindakan yang perlu kamu lakukan untuk menunjukkan kamu bersikap
Baik hati sesama jiran.

Baik Hati