Anda di halaman 1dari 1

Rasional penggunaan Animasi:

1. Animasi mampu membantu menerangkan sesuatau konsep yang kompleks


dengan mudah dan berkesan. Dengan adanya animasi, perkara-perkara yang tidak
nampak dengan mata kasar dapat diterangkan dengan mudah.

2. Persembahan sesuatu fenomena dengan jelas kepada murid, terutamanya


fenomena yang tidak mampu membawa masuk ke bilik darjah dengan kaedah
yang lebih konkrit (Misalnya, proses pernafasan manusia, guru tidak mampu
menunjukkan keadaan situasi organ dalaman semasa pengajaran. Begitu juga dengan
putaran dan peredaran bumi dalam sistem suria).

3. Animasi menepati sifat kanak-kanak dan membantu memahami sesuatu dengan


melalui cara yang lebih mudah, di mana murid tidak perlu menelan penjelasan guru
yang rumit berdasarkan siri gambar lukisan guru yang mungkin tidak memuaskan/
melalui gambar yang tidak mampu bergerak.

4. Walaupun kaedah eksperimen merupakan suatu kaedah yang amat digalakkan, malah
bukan semua murid akan suka tentang cara eksperimen. Hal ini demikian kerana
setiap individu mempunyai kemampuan dan kecerdasan yang berbeza, dan tidak
semestinya kaedah kinestatik secara hands-on menepati semua murid. Dalam
sesebuah kelas, mungkin terdapat segelintir murid yang pasif, malas bertindak, atau
tidak berminat tentang kaedah eksperimen, di mana mereka tidak suka/ tidak biasa
membina pengetahuan melalui hands-on. Murid berasa hilang haluan dan lambat (
) atau kurang jelas penekanan fokus ilmu yang dipelajari. Mereka ini masih lebih
memerlukan bimbingan dan pergantungan terhadap guru. Oleh iu, cara animasi
merupakan suatu jenis pendedahan guru yang lebih menarik dan berkesan
kepada murid bukan kinestatik (kurang berminat tentang aktiviti hands-on),
khususnya murid yang kecerdasan visual ruang, di mana murid ini amat peka
tentang warna, bentuk, garis, dan ruangan, sehingga mereka mampu mengingat
setiap gerak geri dalam animasi dengan efisien.

5. Pengabungan penggunaan pelbagai deria, iaitu deria melihat dan mendengar


mampu meningkatkan daya ingatan.

Anda mungkin juga menyukai