Anda di halaman 1dari 10

PENDAHULUAN

PENGENALAN PSIKOLOGI KOGNITIF

Psikologi kognitif merupakan perspektif secara teori yang memfokuskan kepada dunia
persepsi pemikiran ingatan manusia. Ia menggambarkan pelajar sebagai proses maklumat
yang aktif menyerupai metafora dunia komputer. Pada pandangan psikologi kognitif, cara
pelajar menambahkan maklumat menentukan pencapaian tahap kefahaman mereka.
Sebilangan konsep yang berkuasa telah muncul dalam psikologi kognitif dengan setiapnya
menjelaskan pertimbangan kuasa pendidikan. Antara konsep konsep ini termasuk skemata
iaitu idea yang menggambarkan rangka kerja mental untuk pemahaman, pembentukan ingatan
iaitu pandangan menyatakan pengetahuan adalah direka oleh pelajar apabila mereka
menghadapi situasi baru dan tahap memproses iaitu tanggapan bahawa ingatan adalah
keluaran sampingan dari proses maklumat yang diterima. Disebabkan psikologi kognitif
semakin berkembang dalam bentuk yang lebih matang, ia mula memasukkan pengaruh sosial
dalam perkembangan kognitif, perhubungan antara kognisi dan motivasi, kesedaran diri,
strategi kognitif dan perkembangan kepakaran subjek dalam bidang matematik dan sains.

APA ITU SENSASI DAN PERSEPSI ?

Sensasi merupakan sesuatu pengalaman yang dipengaruhi oleh stimuli dan merupakan
tahap paling awal di dalam penerimaan sesuatu informasi. Dalam bahasa mudahnya adalah,
sensasi merupakan suatu rangsangan terhadap organ organ deria. Sensasi juga melibatkan
penyerapan tenaga oleh organ organ deria seperti gelombang bunyi melalui telinga, rasa
sesuatu makanan melalui lidah, bau sesuatu benda melalui hidung, panas, sejuk atau sakit
melalui sentuhan ( kulit ) dan cahaya melalui organ mata.

Perkataan sensasi ini berasal dari bahasa latin iaitu sense yang membawa makna
deria. Benyamin B. Wolman (1973, dalam Rakhmat, 1994) menyatakan sensasi sebagai suatu
pengalaman elementer yang segera, yang tidak memerlukan penghuraian verbal, simbol, atau
konsep, berhubung dengan kegiatan alat pancaindera.

Manakala, persepsi pula adalah proses yang memberi makna kepada sensasi dan
menjadikan sesuatu individu itu memperoleh pengetahuan yang baru. Dengan kata lain,

1
persepsi mengubah sensasi menjadi informasi. Apa yang dimaksudkan dengan persepsi itu?
Adakah ia sama dengan sensasi. Jawapannya adalah kedua duanya saling berkait antara satu
sama lain. Secara pendekatan etimologi, persepsi atau dalam Bahasa Inggerisnya adalah
perception berasal dari bahasa Latin iaitu perceptio dan percipere, yang membawa makna
menerima atau mengambil.

Perkataan persepsi kebiasaanya dibahgikan dengan banyak term, sebagai contoh,


persepsi dari persepsi sosial ( calhoun& Acocella, 1990: Sarwono,1997; Gerungan 1987 ), dan
persepsi interpersonal ( Rakhmat, 1994 ). Tegiuri (dalam Muhadjir 1992) mengenalkan istilah
( la atrui ) yang bermaksud mengenal orang lain. Di dalam English term, istilah yang banyak
digunakan adalah social perception.

Antara pengertian pesepsi menurut para ahli psikologi kognitif adalah, Bimo Walgito
menyatakan bahawa persepsi merupakan proses yang terjadi di dalam diri individu yang
dimulai dengan ransangan yang diterima sehingga rangsangan itu disedari akan kehadirannya
dan individu tersebut faham akan maksud tindak balas tersebut, sehingga individu itu dapat
mengenali dirinya sendiri dan keadaan di sekitarnya. Menurut Davidoff, beliau berpendapat
persepsi merupakan proses pengorganisasian dan penginterpretasian terhadap tindak balas
oleh organisma atau individu sehingga sesuatu yang memberi makna dapat dikenalpasti dan
diintegrasikan di dalam diri individu tersebut. Seterusnya, Bower memberikan definisi yang
hampir sama dengan kedua dua tokoh di atas dan menyatakan bahawa persepsi adalah
interpretasi tentang apa yang diinderakan atau dirasakan oleh individu.

Pada asalnya, sesuatu keadaan itu memberikan tindak balas fizik yang sama,
sehinggakan ramai orang mudah membuat persepsi yang sama. Sebaliknya, ia bukanlah
begitu. Menurut DeVito (1997:75), persepsi adalah proses ketika kita dalam keadaan sedar
akan banyaknya tindak balas yang berlaku terhadap diri kita yang akhirnya dipersepsikan oleh
orang lain.

Untuk lebih jelas lagi, persepsi melibatkan pengorganisasian dan penterjemahan input
input sensori menjadi sesuatu yang bermakna. Sebagai contoh, deria penglihatan kita iaitu
mata (sensasi) melihat akan warna lampu isyarat dengan warna merah, maka secara
tindakbalasnya, persepsi kita terhadap lampu isyarat berwarna merah itu adalah petunjuk
kepada berhenti. Maka, disebabkan itulah, persepsi merupakan suatu proses menyusun sensori
sensori untuk menjadikan sesuatu itu lebih bermakna.

2
Kesimpulannya, sensasi melibatkan rangsangan organ organ deria, manakala
persepsi merupakan pemprosesan dan penterjemahan input sensori. Kedua dua proses ini (
sensasi dan pesepsi ) saling bercantum apabila reseptor reseptor sensori menukarkan tenaga
fizikal menjadi input input neutral.

PROSES SENSASI

Sensasi adalah ransangan terhadap organ organ deria ( sensori ). Sensasi melibatkan
penyerapan tenaga oleh organ organ deria seperti cahaya oleh mata atau gelombang bunyi
melalui telinga. Proses sensasi amat mempengaruhi persepsi kerana proses persepsi
merupakan pemilihan, organisasi dan intepretasi input input deria terhadap organ organ
deria. Antara deria yang terlibat dalam proses sensasi ini ialah penglihatan, pendengaran,
rasa, bau dan sentuhan.

i) Sistem Penglihatan atau Visual

Penglihatan melibatkan mata sebagai pancaindera ketika menerima ransangan. Mata


inilah organ deria yang merefleksasikan cahaya melalui aktiviti sensori dan seterusnya
mempengaruhi persepsi. Manusia menggunakan cahaya yang memasuki mata untuk melihat
apa yang berlaku di sekelilingnya. Mata kita ini mampu mempersepsikan sesuatu benda itu
jika ada cahaya yang dipantulkan oleh benda tersebut. Pantulan cahaya sesuatu benda itu akan
diterima oleh kornea lalu terus ke bahagian pupil mata. Pada peringkat ini lensa mata akan
memfokuskan bayangan benda tersebut melalui bahagian yang dinamakan bintik kuning
kemudian melalui sel sel reseptor, ransangan cahaya tadi akan dihantar pula ke pusat saraf
penglihatan kita di otak. Aktiviti sensori yang juga merupakan proses sensasi ini seterusnya
akan mempengaruhi persepsi melalui deria penglihatan. Contoh sensasi dan persepsi melalui
deria penglihatan ialah apabila seorang peminat Dato Siti Nurhaliza dapat melihat idolanya itu
di depan matanya lalu dia menunjukkan reaksi gembira melalui tingkah laku dan gerak
badannya. Jadi proses sensasi berlaku apabila dia melihat Dato Siti sehingga menghasilkan
persepsi melalui reaksinya yang gembira itu.

3
ii) Pendengaran atau Auditori

Bagi kebanyakan orang pendengaran merupakan deria yang kedua penting selepas
penglihatan. Organ yang terlibat bagi deria pendengaran ini ialah telinga. Organ ini tidak
hanya berfungsi untuk mempersepsi gelombang bunyi tetapi ia juga menghantar impuls ke
otak untuk memberitahu kedudukan kita bila bergerak ke atas dan juga mesej mesej
mengenai pergerakan badan. Struktur telinga dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu
telinga luar, telinga tengah dan telinga dalam. Ketiga tiga struktur ini berperanan dalam
menghantar gelombang bunyi yang terhasil ke otak dan seterusnya menghasilkan satu
persepsi mengenai isyarat bunyi yang dihantar.

Proses penghantaran isyarat bunyi bermula pada gentian gentian saraf di organ yang
terdapat di telinga dalam. Pada peringkat ini, gelombang bunyi yang dihantar akan ditukarkan
menjadi impuls impuls saraf. Impuls impuls ini akan bergerak dalam saraf pendengaran ke
korteks pendengaran di otak. Lebih daripada 30 ribu gentian saraf yang berbeza yang
bertanggungjawab menghantar mesej ke otak. Impuls impuls tersebut akan dipancarkan
semula dalam lemniskus sisi melalui nucleus genikulat medial ke korteks pendengaran dalam
lobus temporal otak. Pada bahagian inilah bunyi ditafsirkan.

Sementara itu otak dapat membentuk sesuatu gambaran mental yang bersepadu
dengan membanding, membeza, menolak dan menerima informasi yang diperoleh. Lazimnya
kombinasi berbagai bunyi akan memberi makna kepada seseorang individu itu melalui
pengalaman peribadinya yang telah lalu. Contoh sensasi dan persepsi bagi deria pendengaran
ini ialah apabila jam loceng berbunyi pada waktu pagi, Ali akan segera bangun dan bersiap
untuk ke sekolah kerana dia tidak mahu lewat ke sekolah. Proses sensasi berlaku apabila Ali
mendengar bunyi jam locengnya dan tindakan dia bangun untuk bersiap ke sekolah adalah
persepsi.

iii) Sentuhan

Deria sentuhan bertindak memberi informasi mengenai apa yang terjadi di atas
permukaan badan dan dalam badan kita. Organ bagi deria sentuhan ini ialah kulit. Kulit
adalah organ badan yang kompleks dan penting. Antara bahagian penting yang terdapat pada
kulit ialah tisu subcutaneus, dermis dan epidermis. Kulit sangat cepat bertindak balas terhadap
ransangan-ransangan luaran seperti tekanan, suhu dan sakit. Bagi ransangan seperti sakit,

4
deria sentuhan memberi amaran terhadap bahaya yang menimpa badan. Perbezaan yang
utama antara sakit dan sensasi lain kederiaan ialah sakit selalunya menghasilkan tindak balas
sama ada fizikal atau emosional atau kedua duanya sekali. Manakala bahagian otak yang
mempersepsikan sakit ialah korteks sensori. Semua reseptor reseptor sakit adalah hujung
saraf yang bebas manakala ransangan menyakitkan mungkin bersifat mekanikal, suhu atau
bahan kimia. Informasi mengenai sakit boleh bergerak melalui saraf spinal ke batang spinal
melalui dua jalan iaitu laluan yang mengggunakan akson yang dibaluti oleh lapisan lemak
mielin (sakit yang cepat) dan juga turut melalui akson yang tidak mempunyai mielin (sakit
yang lambat). Contoh sensasi dan persepsi bagi deria sentuhan ialah apabila Abu menampar
tangannya yang gatal akibat digigit nyamuk. Proses sensasi dalam situasi ini berlaku apabila
isyarat sakit yang terhasil daripada deria sentuhan nyamuk dan kulit Abu manakala tindakan
Abu menampar tangannya itu merupakan persepsi.

iv) Rasa

Lidah ialah organ bagi deria rasa. Bagi merasai sesuatu bahan, molekul molekulnya
mestilah larut dalam air liur dan merangsang reseptor reseptor rasa di lidah. Pada lidah,
terdapat empat jenis rasa utama iaitu pahit, masin, manis dan masam. Proses ransangan deria
rasa ini bermula daripada hujung, tepi dan belakang lidah dan bergerak ke otak. Sensasi manis
dan masin dibawa oleh saraf saraf di hujung , rasa masam oleh saraf daripada tepi dan rasa
pahit oleh saraf di belakang lidah. Gentian sensori aferen bagi rasa bergerak melalui saraf
kranial ke nucleus solitaries di medulla. Saraf saraf ini melintas ke otak yang sebelah lagi di
medulla, dan kemudian bergerak ke thalamus dan korteks.

Lorong laluan bagi rasa bercabang dengan banyak di medulla, mengahantar impuls
impuls ke kawasan kawasan limbik dan hipotalamik yang berkenaan dengan aspek aspek
ingatan dan emosional dan motivasional daripada rasa makanan. Contoh sensasi dan persepsi
bagi deria rasa ialah Ali meluahkan kembali nasi lemak yang dimakannya kerana nasi lemak
tersebut telah basi. Proses sensasi dalam situasi ini berlaku apabila sistem saraf dalam lidah
Ali mengahantar isyarat rasa nasi lemak tersebut ke otak manakala reaksi Ali meluahkan nasi
lemak yang telah basi itu merupakan proses persepsi yang terhasil daripada ransangan yang
diterima.

5
v) Bau

Organ deria bagi deria bau ini ialah hidung. Apabila kita menyedut udara masuk ke
hidung, tulang tulang turbinat akan mengesan ransangan bau tersebut. Reseptor reseptor
ini mengandungi beribu ribu sel yang padat dengan neuron neuron yang dikenali sebagai
kemoreseptor. Setiap sel kemoreseptor ini mempunyai badan sel dengan dua akson. Apabila
kita menyedut sesuatu bau, molekul molekul bahan yang berbau tersebut akan larut dalam
mucus dan meransang molekul reseptor di silia hidung. Bahan bahan neurotransmitter yang
dikeluarkan oleh hujung gentian saraf adalah seperti noradrenalin dan acetilkolin. Impuls
saraf kemudian dihantar ke dalam bebuli olfaktori di otak depan.

Bahagian otak depan ini merupakan pusat bagi pembauan. Di sinilah isyarat yang
diterima akan diproses sehingga mempengaruhi persepsi. Contoh sensasi dan persepsi bagi
deria bau ialah Rosnah menutup hidung apabila lalu di tempat pembuangan sampah.
Ransangan bau yang diterima itu menyebabkan berlakunya proses sensasi di mana molekul
bau yang dihidu itu dihantar ke otak dan seterusnya menghasilkan persepsi melalui tindakan
refleks Rosnah yang menutup hidungnya itu.

FAKTOR MEMPENGARUHI SENSASI

Terbahagi kepada dua iaitu:

1. Faktor Situasi

Faktor situasi melalui persekitaran yang dapat mempengaruhi sensasi seseorang individu
tersebut, ia berlaku melalui rangsangan terhadap organ deria. Rangsangan berlaku dari luar
yang menujukkan tindak balas yang diterima oleh saraf otak. Sebagai contoh, organ deria
pendengaran. Jika kita mendengar sesuatu suara yang agak jauh adakah kita masih mendengar
dengan jelas atau samar-samar. Selain itu, organ deria penglihatan apabila kita melihat
seseorang yang tidak dikenali sedang berbual dengan kawan kita, adakah kita dapat
melihatnya dengan secara jelas ataupun tidak. Hal ini secara tidak langsung, menyebabkan
faktor situasi dapat mempengaruhi sensasi yang berlaku melalui organ deria sesesorang
individu tersebut.

6
2. Faktor Personal/ Peribadi

Faktor personal berlaku apabila organ deria itu masih berfungsi dengan baik atau tidak
dalam menerima rangsangan. Melalui saraf otak, ia menujukkan sama ada deria tersebut
masih aktif untuk menerima rangsangan yang berlaku daripada persekitaran luar yang dapat
diolah secara baik sehingga menujukkan respons yang lebih baik. Faktor personal, lebih
kepada fungsi deria kita sendiri. Jika deria kita masih boleh memberikan rangsangan maka
rangsangan tersebut lebih efektif dan tidak timbul keraguaan sehingga dapat diselaraskan
dengan alat pemprosesan saraf otak. Sebagai contoh, masakan asam pedas kebiasaannya
hanya terdapat di negeri Johor dan Melaka berbanding kawasan pantai timur yang lebih
terarah kepada nasi dagang yang merupakan makanan wajib mereka. Hal ini menunjukkan
bahawa perbezaan sensasi berlaku disebabkan oleh perbezaan pengalaman ataupun budaya di
dalam sesebuah negeri.

PROSES PERSEPI

Dalam kehidupan kita seharian sebagai manusia biasa ini, seseorang mudah untuk
memberikan persepsi atau tanggapan yang pelbagai terhadap seseorang yang lain, sesuatu
benda atau kejadian. Persepi yang diberikan adalah merupakan satu gambaran daripada proses
pemerhatian dan pengalaman yang telah kita lalui. Terdapat satu kata kata yang cukup
signifikan untuk dikaitkan dengan persepsi dan pembetukan impresi seseorang iaitu lain
padang lain belalang, lain lubuk lain ikannya. Sesuatu yang cantik dan indah di luar tidak
semestinya melambangkan isi yang terdapat di dalamnya begitulah juga sebaliknya. Ini adalah
untuk menggambarkan betapa persepsi kita jika tidak diberikan makna dengan teliti ianya
akan memberi sesuatu yang berbeza daripada sebenarnya. Justeru itu, persepsi yang kita
berikan kadangkala boleh jadi salah, tersasar dan sebagainya.

Adalah sering menjadi masalah dalam perhubungan antara seseorang individu dengan
individu yang lain mahupun individu dengan kelompok individu yang lain. Hal ini disebabkan
kesukaran memahami dan mengenal pasti siapakah dan bagaimanakah sikap individu itu yang
sebenarnya. Bentuk rupa luaran seseorang seringkali tidak dapat menjelaskan realiti
dalamannya seperti sikap, perasaan, kehendak, kepercayaan dan sebagainya. Kadangkala kita
membuat penilaian yang salah pada seseorang sekadar hanya berdasarkan bentuk paras rupa

7
dan tindakan tindakan luaran sahaja. Kita perlu sedar bahawa manusia sangat unik sifatnya
dan mempunyai unsur-unsur dalaman yang kaya, terdiri daripada kepercayaan, nilai, harapan,
niat emosi dan sebagainya yang berbeza-beza.

Sebelum kita pergi lebih lanjut, persepsi merupakan elemen yang penting dalam
proses berfikir. Hal ini disebabkan persepsi berperanan dalam membuka dan menyediakan
skrin pemikiran pada peringkat awal. Input dalam bentuk rangsangan deria akan disimpan dan
dicetak ke filem. Prosesnya berlangsung berterusan dan nada ketikanya akan berlaku copy
and paste pada mana-mana slot. Hal ini terjadi apabila berlakunya pertembungan input lama
dan input baru. Setiap kali kita melihat suatu rangsangan baru maka, ia akan dirakamkan
kemudian difilemkan. Apabila kita menerima rangsangan baru, maka filem akan diputarkan,
dan di sini berlaku proses pengkordinasian input baru dan lama pada mana mana slot dan
scene yang relevan dengan yang lama. Maklumat baru akan dirakamkan dan cuba
disesuaikan dengan yang lama. Jika tiada hubungan langsung, maka satu filem baru akan
dirakam. Begitulah seterusnya, proses in berlaku berterusan sehingga akhir hayat.

Proses pembentukan persepsi dimulai dengan masuknya sumber melalui suara,


penglihatan, rasa, aroma, atau sentuhan manusia, diterima oleh indera manusia (sensory
receptor) sebagainya bentuk sensation sepertimana apabila kita melihat dan membaca berita
di televisyen mahupun di dada dada akhbar. Sejumlah besar sensasi yang diperoleh dari
proses pertama di atas kemudian dipilih dan diterima. Fungsi penyaringan ini dijalankan oleh
faktor seperti harapan individu, motivasi, dan sikap. Proses persepsi membolehkan kita
memahami apa yang sedang berlaku di persekitaran

Beberapa orang yang menyaksikan perkara yang sama mungkin memberi tafsiran yang
berbeza. Pada persidangan Melaka International Conference on Social Sciences ( MELICOSS
) yang lalu, seorang pakar Geostrategik daripada Universiti Teknologi Malaysia iaitu
Professor Dr. Azmi Hassan ada menyatakan bahawa setiap berita yang diwar warkan
mempunyai persepi yang berbeza terhadap orang yang membacanya dan mempunyai tujuan
tujuan yang tersembunyi jika diamati sebetulnya. Oleh itu, pengertian mereka berlainan.
Dengan demikian setiap orang berperilaku secara berbeza. Penglihatan tidak berlaku dalam
mata. Mata suatu alat membantu proses penglihatan. Proses melihat berlaku dalam dua fasa
iaitu fasa pertama ialah mata menghantar maklumat ke otak dan fasa kedua ialah otak
memberitahu mata apa yang dilihat.

8
Proses kognitif dalam persepsi mewujudkan pola pola mental dalam pemikiran
sesorang. Pada fasa pertama, sesorang itu menerima sesuatu rangsangan dari persekitaran
melalui deria sensorinya. Apa yang kita lihat, rasa, bau, sentuh, atau hidu kemudiannya akan
dikumpul dan difailkan dalam fail-fail maklumat yang sangat banyak dalam fikiran kita.
Proses mengakses fail ini oleh sistem saraf pusat sangat pantas dan cekap, dan jarang sekali
berlaku kesilapan.

Tamatnya fasa kedua, langsung ke fasa ketiga, di sini otak yang telah berjaya
mengakses fail fail akan mengolah jawapan dan akan memberitahu kita sesuatu yang apa
yang kita lihat. Dalam fasa ketiga inilah sesuatu yang kita lihat itu akan membentuk apa yang
dikatakan sebagai mental set dan di sinilah persepsi bermula. Justeru perubahan perubahan
dalam cara kita melihat sesuatu mestilah dirombak, dipinda dan diubahsuai dalam fasa ketiga
ini. Inilah fasa persepsi yang berperanan penting dalam pola berfikir seseorang

9
KESIMPULAN

Sensasi adalah proses dimana rangsangan terhadap organ organ deria ( sensori ) dan
persepsi adalah pemprosesan dan penterjemahan dalam input sensori. Sensasi, mempengaruhi
tingkah laku individu. Dengan memberikan respon rangsangan yang akan membuat kita
untuk bertindak atau melakukan sesuatu perkara. Bukan itu sahaja, persepsi tidak boleh
belaku tanpa sensasi dan dalam sensasi mahupun persepsi adalah sesuatu perkara yang
berbeza yang berlaku dalam setiap individu. Oleh itu kedua dua proses ini iaitu sensasi dan
persepsi akan bergabung apabila reseptor reseptor sensori menukarkan kepada tenaga fizikal
menjadi input input yang neutral.

10

Anda mungkin juga menyukai