Anda di halaman 1dari 2

PRIYANGGAH A/P SUPRAMANIAM (PISMP 4A1)

Jelaskan perkaitan antara pembangunan lestari dengan pendidikan alam sekitar


menurut UNESCO dalam AGENDA 21.

Pembangunan Lestari didefinisikan sebagai pembangunan yang dilaksanakan


untuk menghindari pelupusan sumber dan memastikan kerosakan minimum ke atas
alam semulajadi. Pembangunan Lestari mengikut definisi UNESCO (2002) diertikan
sebagai menimbangi bagi memenuhi keperluan manusia dengan perlindungan alam
semula jadi supaya keperluan ini dapat dipenuhi bukan sahaja pada masa sekarang
tetapi dalam masa yang tidak ditentukan. Dalam konsep pembangunan lestari,
penekanan diberikan kepada keseimbangan antara memenuhi keperluan manusia
dengan keupayaan sistem semulajadi untuk membekalkan produk dan
perkhidmatan tanpa degradasi.Pendidikan alam sekitar ialah adalah dimensi baru
dalam sistem pendidikan yang terhasil di atas kerumitan dan keperluan yang
mendesak terhadap masaalah alam sekitar

Satu penilaian semula yang radikal terhadap kebimbangan manusia ke atas


pembangunan sumber semulajadi dan hubungannya dengan degradasi alam sekitar,
kualiti hidup, kemiskinan dan perubahan ekonomi telah disaksikan oleh dunia.
Penilaian radikal ini telah membuka satu pendekatan baru terhadap isu-isu berkaitan
sumber semulajadi dan alam sekitar. Pendekatan ini adalah bertujuan untuk
mengimbangkan permintaan manusia dan keupayaan daya tampung alam sekitar
akibat kendalian sistem ekonomi. Pendekatan ini digelar sebagai pembangunan
lestari. Malaysia melancarkan persidangan bagi mengambil langkah dengan
memperkenalkan Pendidikan Alam Sekitar bagi membantu setiap individu
memperoleh nilai, komitmen, pengetahuan asas dan meningkatkan kemahiran serta
membina sikap positif terhadap alam sekitar.

Pembangunan lestari juga ialah pembangunan yang memenuhi keperluan


semasa serta masa hadapan gabi mencapai kesinambungan antara pembangunan
ekonomi, sosial dan alam sekitar demi kesejahteraan bersama tanpa menjejaskan
keperluan generasi seterusnya. Pembangunan lestari merupakan pembangunan
yang mengimbangkan pembangunan ekonomi dengan keperluan-keperluan social
dan alam sekitar. Pendidikan alam sekitar adalah bertujuan untuk meningkatkan
pengetahuan dan kefahaman seseorang mengenai bagaimana dunia berfungsi dan
perkaitannya dengan kehidupan untuk memupuk sikap positif untuk memilih cara
hidup yang bertanggungjawab memelihara dan memulihara alam sekitar untuk
mewujudkan satu ekosistem yang boleh menyokong kehidupan bersih, sihat,
produktif, seimbang dan terjamin. Pendidikan alam sekitar juga adalah satu proses
yang berpanjangan. ia adalah cara untuk melihat tentang pelbagai kehidupan yang
berkaitan belajar mengenalpasti kesan baik dan buruk terhadap fizikal dan
tanggungjawab yang harus diterima terhadap aktiviti alam. Oleh itu, perkaitan antara
pembangunan lestari dengan pendidikan alam sekitar ialah pembangunan lestari
diwujudkan untuk kemampuan untuk memberi sokongan untuk memelihara sistem
kehidupan sepenuhnya dalam manusia dan kehidupan lain di planet ini iaitu
kemampuan untuk menyalurkan keperluan-keperluan untuk hidup secara berterusan
dalam semua jenis benda hidup. Pendidikan alam sekitar ialah bagi adalah dimensi
baru dalam sistem pendidikan yang terhasil di atas kerumitan dan keperluan yang
mendesak terhadap masaalah alam sekitar.

Pendidikan pembangunan lestari (education for sustainable development,


ESD) secara umumnya merupakan suatu proses untuk membangunkan
keprihatinan, kemampuan, sikap dan nilai-nilai yang ada pada para pelajar. Proses
ini membolehkan penglibatan mereka dalam pembangunan lestari lebih berkesan di
peringkat tempatan, nasional dan antarabangsa serta membantu mereka untuk
bekerja ke arah masa depan yang lebih lestari. Permasalahan yang timbul berkaitan
alam sekitar perlu kepada penyelesaian melalui pendidikan . Ini kerana elemen
pendidikan merupakan agen utama untuk mengubah masyarakat ke arah lebih baik
dan menjadi wadah penting untuk mencapai pembangunan lestari..Secara
khususnya, pendidikan lestari membolehkan pelajar dapat mengintegrasikan
pertimbangan persekitaran dalam membuat sebarang keputusan secara lebih
berhemah.