Anda di halaman 1dari 4

REFLEKSI:

1) Kekuatan Projek/ Aktiviti:

Semasa pelaksanaan program kecergasan senamrobik ini, terdapat beberapa


kekuatan yang kami perolehi. Pertama, kumpulan sasaran. Kumpulan sasaran
yang kami pilih adalah seluruh warga Sekolah Kebangsaan Lepong Balleh Kapit
termasuk guru dan staf sokongan. Kumpulan sasaran ini sangat sesuai untuk
melaksanakan program kecergasan senamrobik kerana faktor fizikal mereka
yang masih bertenaga dan mampu melibatkan diri secara aktif dalam apa jua
aktiviti yang dianjurkan. Kumpulan sasaran yang kami pilih ini lebih sesuai jika
dibandingan dengan hanya murid-murid sahaja kerana jumlah penyertaannya
lebih luas dan warga komuniti sekolah mahu terlibat sama dalam menjayakan
program kecergasan senamrobik ini. Para peserta yang terlibat seperti murid-
murid, guru-guru dan staf sokongan memberikan kerjasama yang begitu
menggalakkan semasa program kecergasan ini dijalankan. Selain itu juga, ibu
bapa murid yang turut hadir bersama-sama memeriahkan program ini walaupun
bilangannya agak memuaskan sebagai tanda memberi sokongan padu
terhadap program kecergasan senamrobik yang dilaksanakan di sekolah.

Kedua, kesesuaian tempat. Tempat pelaksanaan program kecergasan


senamrobik ini diadakan di Dewan Serbaguna Sekolah Kebangsaan Lepong
Balleh. Dewan ini luas dan sangat sesuai digunakan untuk melaksanakan
program-program seumpama ini. Warga komuniti sekolah bebas untuk
bergerak dan melaksanakan aktiviti dengan jayanya. Selain itu, tempat
pelaksanaan bengkel ini juga lebih selamat dan senang untuk mengawal warga
komuniti sekolah yang mengikuti bengkel ini. Warga komuniti sekolah juga
berasa selesa semasa mengikuti program kecergasan senamrobik kerana
tempat ini tidak sempit dan sesuai digunakan.

Ketiga, peralatan yang digunakan. Kami berasa sangat bersyukur kerana


terdapat kemudahan siar raya yang bagus dan dapat digunakan dengan kelas.
Peralatan yang disediakan oleh pihak sekolah sangat membantu kami dalam
mengendalikan sesi pelaksanaan program kecergasan senamrobik tersebut.
Peralatan tersebut juga mesra pengguna kerana mudah untuk kami gunakan
dan kendalikan secara individu.

Keempat, kerjasama pihak sekolah. Dalam melaksanakan program kecergasan


senamrobik ini, pihak sekolah sangat membantu kami dari segi penyediaan
peralatan, sokongan moral dan sebagainya. Kami dapat melaksanakan
program kecergasan senamrobik ini dengan lebih mudah dengan bantuan dan
dorongan daripada pihak sekolah terutamanya pihak pentadbir dan mentor.

Kelima, program kecergasan senamrobik ini merupakan sebuah aktiviti yang


mudah. Aktiviti ini sering dilakukan secara latihan yang berterusan dan sangat
mudah untuk dilakukan. Langkah-langkahnya berbeza mengikut rentak muzik
yang dimainkan dan selalunya dilakukan serentak bersama-sama secara
berkumpulan. Gaya dan langkah-langkah yang dicetuskan melibatkan
pergerakan di bahagian keseluruhan anggota badan secara menyeluruh.

2) Kelemahan Projek/ Aktiviti:

Dalam melaksanakan program kecergasan senamrobik ini, terdapat juga


beberapa kelemahan yang telah saya kenal pasti. Pertama, kekurangan tenaga
pengajar atau instruktor. Oleh kerana program kecergasan senamrobik ini
adalah anjuran kami sebagai guru pelatih yang melaksanakan program
internship di sekolah ini, maka hanya kami bertiga sahaja sebagai instruktor
senamrobik tersebut. Sebilangan peserta yang berada jauh dari pentas utama
agak terhad dalam melakukan pergerakan senamrobik kerana tidak dapat
melihat dengan jelas instruktor yang berada di situ.

Kedua, program kecergasan senamrobik tidak dihebahkan kepada ibu bapa


murid atau rumah panjang yang berdekatan dengan kawasan sekolah. Ada
segelintir ibu bapa yang hadir sama dalam prgoram tersebut tetapi lebih ramai
yang tidak mengetahui akan program kecergasan senamrobik ini. Program
kecergasan seumpama ini sangat elok dan berfaedah sekiranya dapat disertai
oleh warga komuniti dalam skop kawasan yang lebih luas. Sekiranya program
ini diuar-uarkan kepada para ibu bapa dari rumah panjang yang berhampiran
sudah pasti kemeriahan program kecergasan tersebut dapat dirasai bersama
di samping mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa dan warga sekolah ini.

Ketiga, kekangan masa. Masa yang telah diperuntukkan tidak mencukupi


kerana pada hari tersebut juga dijalankan aktiviti lain bersempena Hari Sukan
Negara. Masa yang diperuntukkan hanya 30 minit sahaja. Para peserta
program kecergasan senamrobik masih lagi mahu melakukan aktiviti
senamrobik pada hari tersebut. Ramai dalam kalangan para peserta yang mahu
melanjutkan tempoh masa program kecergasan senamrobik tersebut. Namun
begitu, keadaan tidak begitu mengizinkan kerana memberi laluan kepada
program seterusnya untuk dilaksanakan tepat pada masanya.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:

Melalui kekuatan dan kelemahan yang telah dikenalpasti sepanjang program ini
dijalankan, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang dapat dilaksanakan
di masa akan datang sekiranya program seumpama ini dianjurkan lagi. Pertama,
perbanyakkan instruktor sekiranya jumlah peserta yang mengikuti program
kecergasan senamrobik ini ramai. Guru boleh menggunakan khidmat beberapa orang
murid Tahap 2 dalam melaksanakan program ini. Di samping memeriahkan lagi
program, murid-murid tersebut dapat mempelajari ciri-ciri seorang instruktor untuk
program kecergasan senamrobik. Selain itu, tidak mengehadkan kedudukan instruktor
hanya di atas pentas sahaja. Instruktor boleh berada di bawah bersama dengan para
peserta untuk memudahkan para peserta mengikuti program kecergasan senamrobik.

Kedua, hebahan maklumat mengenai program kecergasan senamrobik diuar-uarkan


kepada para ibu bapa dari rumah panjang yang berhampiran dengan lebih awal atau
melalui surat rasmi dari pihak sekolah yang menjemput mereka untuk hadir bersama
memeriahkan program tersebut. Oleh yang demikian, para ibu bapa dapat
meluangkan masa untuk menghadiri program kecergasan senamrobik pada hari yang
telah ditetapkan. Ini juga dapat memudahkan para ibu bapa mengatur jadual mereka
pada hari tersebut agar tiada sebarang kerja yang tertangguh. Penyertaan ibu bapa
dalam kadar yang lebih ramai dapat memberikan manfaat terhadap pihak sekolah
kerana ibu bapa dapat bersama-sama dengan anak mereka dalam aktiviti yang
dianjurkan oleh pihak sekolah.

Ketiga, tempoh masa untuk melaksanakan program kecergasan senamrobik ini boleh
dipanjangkan atau dilanjutkan kepada tempoh yang lebih lama. Sebagai contoh satu
jam atau 90 minit. Ini dapat memberi ruang kepada para peserta untuk lebih
meluangkan masa mengikuti program kecergasan senamrobik. Tempoh masa yang
lebih panjang juga dapat memberi ruang kepada para peserta untuk bersenamrobik
dengan lebih banyak pergerakan kreatif dan pelbagai.

KESIMPULAN:

Secara keseluruhannya, program kecergasan senamrobik ini dapat dilaksanakan


dengan jayanyadi sekolah ini dan menjadi satu platform bagi warga pendidik
memulakan amalan atau budaya bersukan dengan cara yang mudah dan
menyeronokkan.

Bagi pihak guru pelatih pula,melalui program ini guru pelatih dapat memberikan
pengetahuan dan pengalaman yang bermakna sebagai bekalan ilmu ketika bergelar
guru kelak. Di samping itu, pelaksanaan program ini juga dapat memberi impak kepada
konsep kendiri guru pelatih terhadap kemahiran mengurus, mengelola dan memimpin.

Anda mungkin juga menyukai