Anda di halaman 1dari 3

1.

0 PENGENALAN

Pembinaan robot adalah satu kaedah berinteraktif yang membolehkan


murid mempelopori skil-skil baru selain memberi mereka peluang untuk mencuba
pelbagai kaedah penyelesaian bagi satu-satu permasalahan yang diberikan.
Proses pembelajaran yang menyeronokkan ini mampu meningkatkan kreativiti
dan motivasi diri murid serta melegakan tekanan mereka.

Pada zaman serba pantas ini kebolehan untuk berfikir secara kreatif
merupakan asset penting yang mampu menjamin masa depan murid yang cerah.
Untuk membolehkan murid mendapat pekerjaan yang baik, lebih-lebih lagi
pekerjaan berteraskan teknologi, mereka mestilah mempunyai skil bekerja
secara berkumpulan, mampu berdikari di dalam menyelesaikan permasalahan
dan juga mampu memahami sesebuah sistem yang kompleks. Oleh sebab itu,
amat penting untuk pelajar diperkenalkan kepada asas-asas teknologi masa
hadapan dan didedahkan dengan sedikit sebanyak kemahiran yang
membolehkan mereka menyesuaikan diri untuk bekerja di dalam suasana
teknologi moden.

2.0 MATLAMAT

2.1 Menyediakan platform pembelajaran yang dapat membentuk murid yang


berkemahiran untuk mencapai kejayaan pada abad ke-21.

2.2 Membangunkan dan mengukuhkan pemikiran kreatif dan kritis serta


kemahiran sosial murid untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran dan
masa depan. Kemahiran ini termasuklah :

Kemahiran menyelesaikan masalah


Kemahiran pemikiran kreatif
Kemahiran komunikasi interpersonal
Kemahiran kerjasama berpasukan

3.0 OBJEKTIF
3.1 Membantu murid membina satu asas yang kukuh dalam bidang
Matematik,Sains,Teknologi,Reka Bentuk serta Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT) melalui pengalaman hands-on atau penyelidikan.
3.2 Melatih murid bekerjasama untuk menyelesaikan masalah yang mencabar
dan semangat berpasukan.
3.3 Membolehkan murid membina pemikiran logik dan sistematik semasa
mereka merancang dan melaksanakan program melalui pemprograman
robot.
3.4 Meningkatkan kreativiti murid dalam menyelesaikan masalah dan
menyedarkan mereka bahawa terdapat banyak cara untuk memperoleh
keputusan yang diingini.
3.5 Menggalakkan murid sekolah di Malaysia menyertai pertandingan robotik
sebagai sesuatu aktiviti yang menyihatkan dan mengisi masa lapang.

4.0 SASARAN

Murid-murid sekolah zon Keramat, Kuala Lumpur.

5.0 TEMPAT, TARIKH DAN MASA

Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Zon R10


30 Mei 2016 ( 8.30 pagi 4.30 petang )

6.0 PENUTUP

Semoga murid dapat menggunakan peluang menyertai kem cuti sekolah ini
sebagai salah satu langkah bagi meningkatkan pengetahuan, penguasaan dan
kemahiran serta mencapai satu asas yang kukuh dan baik dalam bidang matematik ,
sains dan teknologi di samping mengecap kejayaan yang membanggakan dalam
pertandingan yang disertai. Adalah diharapkan juga murid yang terlibat mampu
memberikan persaingan sengit dalam kejohanan-kejohanan yang akan disertai.
KERTAS KERJA
KEM CUTI SEKOLAH ROBOTIK

TARIKH : 30 MEI 2016


HARI : ISNIN
MASA : 8.30 PAGI 4.00 PETANG

ANJURAN:
SK WANGSA MAJU ZON R10
DENGAN KERJASAMA:
WORLD OF ROBOTIC 2016