Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK 2 / 2017

Program: Nama Pelajar:


PISMP
Kod: Semester / Tahun:
ELMK 3063 S1 T2
Ambilan:
Nama Kursus: Jun 2016
Metodologi Pengajaran dan Pembelajaran Kumpulan:
Pendidikan Moral Elektif Teras Pendidikan Moral

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

1. Penulisan Esei (Individu) 30hb Julai 2017 17hb Sept 2017

2. Menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian 6hb Ogos 2017 3hb Sept 2017
(RPH) (Individu)
3. Melaksanakan Pengajaran Mikro (Kumpulan) 10hb Sept 2017 14hb Sept 2017

4. Kuiz ((ndividu) 1hb Okt 2017 3hb Okt 2017

Hasil Pembelajaran Kursus:


1. Menjelaskan maksud pendekatan, strategi, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Moral;
2. Mengaplikasikan pelbagai pendekatan dalam strategi pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Moral menerusi pelbagai sumber;
3. Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mikro Pendidikan Moral menggunakan
pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai;
4. Menilai kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral.
Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3 dan 4.

Objektif Kerja Kursus:

Pelajar akan dapat:

1. Menjelaskan maksud pendekatan, strategi, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Moral dalam penulisan;
2. Mengaplikasikan pelbagai pendekatan dalam strategi pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Moral menerusi pelbagai sumber dalam penghasilan penulisan dan Rancangan
Mengajar Harian serta Pengajaran Mikro;
3. Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mikro Pendidikan Moral menggunakan
pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai secara kumpulan;
4. Menilai kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral dlm Pengajaran
Mikro yang dijalankan.

Pelajar-pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut :

1
Tugasan 1 : Penulisan Esei (20%)

Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral memerlukan pelbagai cara yang bersesuaian bagi
memastikan guru Pendidikan Moral dapat menghasilkan kefahaman yang luas serta memberi impak
kesedaran kepada para pelajar. Oleh itu pelbagai pendekatan yang khas telah diperkenalkan bagi
memperkukuhkan PnP Pendidikan Moral di kalangan guru dan pelajar. Oleh itu saudara/i secara
individu dikehendaki menulis esei dan membentangkan tentang ..

Menulis tentang Pendekatan Pendidikan Moral dan juga Kemahiran Abad 21 dalam
Pendidikan Moral (tajuk yang telah ditentukan)
Menggunakan kaedah 4W1H dalam menghuraikan dan membincangkan pendekatan
Pendidikan Moral dan Kemahiran Abad 21 dalam PnP Pendidikan Moral
Memberikan contoh aplikasi pendekatan dan kemahiran abad 21 yang dibincangkan
Membincangkan kebaikan dan kelemahan pendekatan dan kemahiran abad 21 yang
dibincangkan
Membuat rumusan berkaitan kepentingan dan keberkesanan pendekatan dan kemahiran
abad 21 yang dibincangkan
Membentangkan penguasaan kefahaman diri terhadap penulisan yang dijalankan

Tugasan 2 : Menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian (10%)

Menghasilkan satu Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Moral Lengkap bagi satu sesi
PnP selama 60 minit
Menghasilkan RPH dengan mengaplikasikan pendekatan, starategi, kaedah dan teknik serta
kemahiran abad 21 yang bersesuaian

Tugasan 3 : Melaksanakan Pengajaran Mikro Secara Berkumpulan (10%)

Melaksanakan PnP Mikro secara berkumpulan dengan persiapan penuh selama 60 minit
Membuat laporan refleksi menilai kekuatan, kelemahan dan penambahbaikan pengajaran
mikro yang dijalankan berdasarkan respon rakan-rakan
Merekod semua bahan bantu yang digunakan

Tugasan 4: Kuiz (10%)


Soalan struktur elemen dalam metodologi PnP Pend Moral
Soalan struktur pendekatan PnP Pendidikan Moral

Arahan Pelaksanaan Tugasan:

1. Tugasan ini adalah tugasan individu dan berpasangan.


2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat.
3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut :

3.1. Muka depan hendaklah mengikut templet terkini


3.2. Fon Arial 11 Tugasan 1
3.3. Langkau 1.5 baris (Tugasan 1)
3.4. Persembahan PPT dan Salinan Cetakan PPT (Tugasan 2)
3.5. Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)
3.6. Jawab dalam Bahasa Melayu

2
4. Buat rujukan yang mencukupi dan lampirkan senarai rujukan dalam penulisan anda.
5. Amalan plagiat tidak dibenarkan.
6. Anda wajib sertakan Borang Maklum Balas Tugasan bersama tugasan anda.
7. Anda mesti hantar tugasan anda mengikut tarikh yang ditetapkan. Tugasan yang dihantar lewat
tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred kerja kursus anda.
8. Bahagian kulit luar hendaklah dilengkapkan dengan maklumat mengikut format yang ditetapkan.
9. Borang salah laku akan dikeluarkan jika pelajar tidak menghantar tugasan kerja kursus
mengikut tarikh serahan.
10. Tugasan 1 membawa markah wajaran 20%, tugasan 2 membawa wajaran 10%, dan tugasan 3
membawa markah wajaran 10%dan tugasan 4 membawa markah wajaran 10%

11. Wajaran keseluruhan kerja kursus ialah 50% dan wajaran peperiksaan akhir ialah 50%.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

(M. ASRAR BIN SIDON) (KHAIRUL ANWAR BIN ABU BAKAR)


Penyelaras Kursus Pakar Bidang SME

Disahkan oleh:

(DR HJ MOHD YUSOFF BIN DAGANG)


Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
IPGK Tun Hussein Onn

Anda mungkin juga menyukai