Anda di halaman 1dari 6

kisah rusa yang bongkak

Di sebuah hutan, ada seekor rusa


yang bongkak. Rusa itu selalu pergi
ke tepi kolam untuk melihat
bayangnya. Rusa itu berasa bangga
melihat tanduknya yang cantik.
Oh, cantiknya tandukku! kata rusa itu kepada dirinya. Namun
demikian, rusa itu tidak suka pada kakinya yang kurus. Hai,
lihatlah betapa kurusnya kakiku. Aku mahu kakiku cantik juga. Aku
mahu kelihatan cantik dari kepala hingga hujung kaki, rungutnya.
Pada suatu hari, ketika sedang melihat-lihat bayangnya di tepi
kolam, rusa terdengar seekor anjing menyalak. Rusa itu sedar yang
anjing pemburu sedang menuju ke tempat itu. Rusa itu berasa takut
lalu berlari sekuat hati.
Sedang rusa itu berlari ke dalam hutan, tiba-tiba tanduknya
tersangkut pada dahan-dahan sebatang pokok yang rendah. Rusa itu
meronta-ronta untuk melepaskan tanduknya daripada dahan-dahan itu.
Rusa itu bertambah cemas apabila kedengaran salakan anjing semakin
dekat. Akhirnya, kakinya yang kurus tetapi kuat itu dapat menolongnya
melepaskan diri. Namun, tanduknya patahnya sedikit.
Anjing pemburu semakin hampir. Rusa itu dapat melarikan diri
kerana ia boleh berlari laju. Rusa itu kini menyedari kegunaan kakinya
yang telah membantu menyelamatkan dirinya daripada bahaya.
Sejak hari itu, rusa itu tidak lagi memandang kakinya sebagai
sesuatu yang buruk atau tidak berguna. Rusa itu juga tidak bongkak
seperti dahulu kerana tanduknya tidak lagi kelihatan begitu cantik.
Sedarlah rusa itu bahawa kecantikan tidak semestinya membawa
kebaikan.
Asal Usul Udang Galah Bongkok
Pada zaman dahulu, kononnya ada seekor udang galah. Udang galah ini adalah haiwan
yang paling besar sekali di lautan. Udang galah sangat suka bercakap besar.

"Tiada siapa yang lebih besar daripada ku," kata Udang Galah.

Burung laut yang ada di sekitar dan di pinggir pantai terkejut dan ketakutan
menyebabkan burung laut merasa benci akan keangkuhan Udang Galah.

"Ada yang lagi besar daripada kamu. Kalau kamu nak tahu, ikutlah aku," kata
burung laut.

Burung laut pun terbang dan Udang Galah pun mengekorinya. Mereka sampai di laut
selatan. Udang Galah keletihan di sebabkan perjalanan yang amat jauh lalu ia
mencari tempat untuk berehat. Ia ternampak sebuah gua dan segera masuk
kedalam.

"Dapatlah aku berteduh," kata Udang Galah. Tiba-tiba ...

"siapa pula yang mencucuk hidungku," kata ikan paus. Udang Galah tidak sedar ia
telah masuk kedalam lubang hidung ikan paus.

"Hei! Kamu masuk ke dalam lubang hudung ku," jerit ikan paus.
Barulah sedar ia telah masuk kedalam hidung ikan paus. Rupanya ada haiwan yang
lebih besar daripadanya. Ikan paus pun bersin. Udang Galah terlambung ke udara
dan belakangnya terhempas ke batu karang.

"Aduh! Sakitnya," kata Udang Galah. Rupanya pinggangnya patah.

Semenjak itu udang Galah menjadi bongkok. Ianya tidak berani lagi bercakap besar.
Jalannya pun mengundur semenjak itu.
Pinocchio

Pada zaman dahulu terdapat seorang tukang kayu yang tua dan miskin bernama
Geppetto.Dia amat suka membuat patung.Patung kesayangannya ialah
Pinocchio.Alangkah baiknya kalau aku mempunyai anakkata Geppetto sambil
melihat Pinocchio.
Pada malamnya, seorang pari-pari yang baik hati datang ke rumah Geppetto dan
mengayunkan tongkat saktinya ke Pinocchio sambil berkataEsok Pinocchio akan
dapat bergerak dan bercakap seperti manusia biasa.

Pada keesokan harinya, Geppetto mendapati bahawa Pinocchio boleh bergerak dan
bercakap.Dia sangat hairan dan gembira melihat keadaan Pinocchio yang seperti
manusia biasa.Geppetto terpaksa menjual baju dan sepasang kasutnya untuk
membeli buku untuk Pinocchio belajar di sekolah.Dia memang ingin menyekolahkan
Pinocchio. Sekarang kamu bolehlah belajar seperti budak-budak lain belajar,kata
Geppetto kepada Pinocchio.Semasa berjalan ke sekolah, Pinochio berhenti untuk
menyaksikan pertunjukan patung.Mahukah kamu menyertai pertunjukan ini?tanya
ketua pertunjukan yang jahat .Tanpa berfikir apa-apa, Pinocchio bersetuju.

Ketua pertunjukan patung itu pun mengunci Pinocchio ke dalam


sangkar yang kecil.Pinocchio berasa takut dan ingin pulang ke pangkuan
Geppetto.Tanpa disangka, datanglah seorang pari pari yang baik hati membebaskan
Pinocchio dari sangkar kecil itu.Pinocchio berasa sangat gembira.Saya akan terus
pergi ke sekolah dan tidak akan singgah ke mana-mana,kata Pinocchio
.
Semasa dalam perjalanan ke sekolah Pinocchio terserempak dengan seekor musang
yang jahat.Dia menceritakan tentang sebuah pulau yang indah iaitu Pulau
Ria.Pinocchio terlupa akan sekolahnya dan dia menukarkan bukunya dengan tiket ke
Pulau Ria.Kamu hendak pergi ke mana?tanya pari-pari kepada Pinocchio.Saya
hendah ke sekolah,Pinocchio berbohong.Tiba-tiba hidung Pinocchio menjadi
panjang.Dia berasa menyesal kerana berbohong dengan pari-pari yang telah
menyelamatkannya.

Pari- pari muncul lagi untuk membantu Pinocchio dan menukarnya ke rupa asal
.Pinocchio segera meninggalkan pulau itu.Dia duduk di sisir pantai dan ingin bertemu
dengan Geppetto.Tiba-tiba dia melihat kelibat Geppetto sedang mengayuh
sampan.Semasa Geppetto sedang mengayuh sampan,seekor ikan paus muncul dari
belakang dan terus menelan Geppetto bersama sampannya.Pinocchio berenang
dengan sekuat-kuat hatinya untuk menyelamtkan Geppetto.Apabila Pinocchio hampir
dengan ikan paus itu,ikan paus membuka mulutnya dengan luas.Pinocchio terus
berenang dan masuk ke dalam mulut ikan paus itu.

Pinocchio berjumpa dengan Geppetto.Mereka berasa gembira kerana dapat bertemu


lagi."Mari kita kumpulkan kayu api dan bakarnya,"kata Geppetto kepada
Pinocchio.Asap api membuatkan ikan paus itu membuka mulutnya lalu Pinocchio dan
Geppetto pun keluar dari situ.Pinocchio dan Geppetto berenang hingga ke persisiran
pantai.Mereka amat letih lalu tertidur di situ.Apabila bangun,Geppetto mendapati
bahawa Pinocchio telah berubah menjadi manusia.Dia sangat gembira kerana
impiannya untuk memiliki anak sudah tercapai.
Semut dan Merpati

Pada suatu hari, seekor semut sedang minum air di tebing sungai. Tiba-tiba
angin bertiup kencang. Semut itu terjatuh ke dalam sungai. Semut yang
malang itu terkapai-kapai di dalam air. Dia rasa tentunya akan mati lemas.
Seekor burung merpati berehat di pokok berdekatan dan ternampak apa
yang berlaku. Dengan pantas, dia memetik sehelai daun dan
menjatuhkannya ke permukaan air berhampiran semut. Semut memanjat ke
atas daun itu.

Akhirnya, dia hanyut ke tebing sungai dengan selamat.

Semut berkata, "Terima kasih, sahabatku. Saya akan menolongmu suatu hari
nanti."

Beberapa hari kemudian, seorang pemburu datang ke tempat itu untuk


memburu burung. Dia ternampak merpati itu berehat di atas pokok. Dia
mengeluarkan busur dan anak panahnya. Pemburu mengarahkan busur dan
anaknya ke arah burung merpati itu.Semut ternampak segalanya. Dia
teringat burung merpati itu pernah menolongnya. Dengan pantas, semut
mengingit kaki pemburu. Dia melompat kesakitan dan anak panahnya
terlepas sasaran. Apabila terdengar jeritan kesakitan pemburu itu, burung
merpati pun terbang pergi.

"Terima kasih, semut," kata burung merpati itu.


"Kali ini, kamu telah menolong saya."

Anda mungkin juga menyukai