Anda di halaman 1dari 1

Karangan Jenis Autobiografi

1. Karangan jenis ini biasanya memerlukan kamu membayangkan diri anda sebagai sesuatu
benda secara terperinci.
2. Ada yang mengisahkan riwayat hidup penulis sendiri dari awal hingga akhir.
3. Boleh ditulis dalam bentuk cerita atau penerangan / rencana
4. Aturan membina karangan:
a. tempat asal - nama - dilahirkan dimana - proses pembuatan dibungkus
b. perjalanan dari kilang hingga ke tempat pameran - di mana dipamerkan - bertukar milik
c. proses penggunaan dengan tuan baru - akhir hayat
d. perasaan - sedih atau gembira
e. boleh gunakan dialog untuk bercakap sesama rakan , bukan dengan manusia.
f. paparkan nilai-nilai murni

Katakan kamu sebuah kereta. Tuliskan riwayat hidup kamu.

Pendahuluan
Sebuah kereta Myvi.
-Dilahirkan di Rawang.
-Dikagumi oleh penggemar kereta.
Idea
1) Enjin teknologi Toyota. 3) Tuan membawa saya pulang.
-Dicat sebanyak dua kali. -Bermula tugas bersama dengan tuan baharu.
-Dipandu uji sebelum dipasarkan -Bersiar-siar ke tempat kerja dan ke pasar.

2) Dibawa untuk di pasarkan. 4) Dibawa memecut selaju 100 kilomiter sejam.


-Diletakkan di kedai kereta. -Dipandu dalam kelajuan sederhana.
-Sudah ditempah sejak tiga bulan yang lalu. -Berpuas hati dijaga dengan cermat.
Penutup
Tuan membeli kereta besar untuk keluarga.
-Saya kurang digunakan.
-Gembira dapat berbakti.

Saya Sebuah Kereta.


Saya sebuah kereta Myvi. Saya dilahirkan disebuah kilang kereta di Rawang. Kehebatan
tubuh saya dikagumi oleh penggemar kereta.
Tubuh saya mengandungi besi dan enjin yang dihasilkan dengan teknologi
Toyota. Kemudian, saya di sembur dengan cat berwarna biru muda.Sebelum saya dipasarkan
saya dipandu uji oleh pemandu yang terlatih dan berpengalaman untuk memastikan saya
betul-betul menepati piawaian yang ditetapkan.
Bersama-sama dengan teman yang lain, saya dibawa ke Kota Bharu dengan
menggunakan lori panjang. Saya diletakkan di sebuah kedai kereta.Tanpa saya duga, rupa-
rupanya diri saya telah ditempah oleh seorang pembeli sejak tiga bulan yang lalu dengan
harga RM65 000.00.
Setelah urusan pembelian selesai, saya dibawa pulang oleh tuan saya. Tuan saya
membawa isterinya bersiar-siar dengan menggunakan saya. Sejak itu, bermulalah tugas saya
membawa tuan pergi ketempat kerja dan kadangkala, saya saya dipandu oleh isteri tuan saya
untuk ke pasar.
Untuk menguji kelajuan saya di lebuh raya, tuan saya memecut sehingga 100 kilomiter
sejam. Apabila tuan saya berpuas hati memecut, saya dipandu dalam kelajuan sederhana.
Saya berpuas hati kerana dijaga dengan cermat.
Apabila tuan saya sudah mempunyai anak, dirasakan saya terlalu kecil, lalu tuan saya
membeli kereta yang lebih besar. Saya kurang lagi dignakan.
Saya kecewa bagaikan kaca jatuh ke batu, namun saya gembira kerana masih dapat
berbakti.

Anda mungkin juga menyukai