Anda di halaman 1dari 20

JURNAL REFLEKTIF

Pengenalan

Jurnal Reflektif (JF) juga dikenali sebagai log pembelajaran adalah himpunan rekod yang
didokumenkan berasaskan pengalaman pembelajaran. Ia adalah kerangka yang
membolehkan seseorang individu merekod, mencatat dan membuat maklum balas terhadap
permasalahan yang diperhatikan serta memberikan respons terhadap permasalahan
tersebut. Setiap maklumat yang telah dirakam boleh digunakan kembali untuk membuat
penafsiran, analisis, dan kritikan berdasarkan cara berfikir dan konteks yang dialami oleh
guru. Jurnal yang dihasilkan juga boleh sama ada dalam bentuk penulisan, paparan imej,
lakaran, dan lain-lain jenis sumber rujukan yang berkaitan.

Kegunaan Jurnal Reflektif

merekodkan pembangunan idea-idea dan wawasan guru / atau kumpulan dalam


konteks yang diberikan dan ia boleh melibatkan konsep, idea, dan isi atau
permasalahan yang dihadapi dalam konteks pengajaran dan pembelajaran.

merenung kembali kandungan subjek dan pengalaman peribadi sebagai satu cara
untuk meningkatkan pemahaman penyelesaian masalah.

menganalisis pembelajaran kendiri yang bersesuaian dengan diri sendiri untuk


dikongsi bersama ke arah memajukan diri orang lain.

Membina suatu kerangka pembelajaran yang baru bersesuaian dengan keperluan


semasa berasaskan pengalaman peribadi serta persekitaran.

Persoalan Dalam Jurnal Reflektif

Beberapa persoalan perlu diteliti dan dikaji untuk membantu kita memahami serta berupaya
menggunakan Jurnal Reflektif sebagai salah satu cabang dalam proses penyelesaian
masalah pembelajaran. Antara persoalan yang boleh kita teliti ialah:

Apakah permasalahan atau isu semasa yang dihadapi?


Apakah maklumat tambahan yang berguna untuk penyelesaian masalah?
Bagaimanakah ia dapat dikaitkan dengan isu atau masalah yang dihadapi?
Siapakah yang dipercayai boleh membantu?
Apakah yang boleh saya ciptakan untuk melaksanakan perubahan?
Apakah kemungkinan hasilan yang diterima?
Apakah tindakan yang perlu saya ambil untuk membaiki keadaan?
Bagaimanakah boleh saya melakukan perubahan untuk masa akan datang?

Proses Reflektif

Reflektif bertujuan untuk membina suatu kerangka pemikiran secara positif ke arah
pembinaan wawasan yang lebih sempurna. Dalam konteks ini, suatu putaran atau roda
reflektif perlulah dipraktikkan. Putaran atau roda refleksi ini boleh dilihat seperti contoh
berikut:

Rekod

Merekod melibatkan penulisan berkaitan dengan perkara yang berlaku, bilakah perkara
tersebut berlaku dan mereka yang terlibat untuk memahami situasi atau konteks tersebut.
Permasalahan yang wujud cuba dijelaskan dalam situasi ini. Analisis yang berkaitan dengan
permasalahan dengan bantuan rajah dan sumber rujukan dijelaskan dalam bahagian ini
agar setiap permasalahan yang dikemukakan dapat dijelaskan dengan nyata dan terperinci.
Seberapa banyak peristiwa atau catatan yang boleh menyokong penyelesaian atau cara
berfikir perlulah direkodkan. Beberapa persoalan yang dapat membantu kerja merekod :

Apakah permasalahan yang berlaku?


Siapakah yang terlibat?
Apakah penglibatan mereka dalam situasi atau konteks tersebut?
Bilakah perkara ini berlaku?

Reflektif

Reflektif pula melibatkan cara berfikir dan membuat interpretasi terhadap pengalaman yang
dilalui dalam konteks permasalahan di atas. Setiap guru perlulah berfikir secara kritis
terhadap permasalahan dan memberikan cadangan yang bernas untuk mengatasi masalah
tersebut. Dalam konteks berfikir secara reflektif ini juga guru boleh melibatkan nilai,
kepercayaan dan andaian terhadap perkara yang ditulis. Tempoh masa terhadap
penyelesaian masalah juga boleh dijelaskan oleh guru dalam kerangka refleksi ini. Beberapa
persoalan boleh dijadikan panduan kepada guru, antaranya ialah :

Kenapakah perkara ini berlaku sedemikian rupa?


Bagaimanakah cara ia boleh diperbaiki?
Bagaimanakah cara yang boleh saya lakukan untuk membaiki perkara tersebut?
Bagaimanakah situasi tersebut boleh diperbaiki?, tindakan susulan yang perlu
diambil oleh guru
Apakah kesan terhadap penambahbaikan?
Apakah nilai, kepercayaan, dan andaian yang boleh menjelaskan perlakuan dan
setiap fenomena yang berlaku
Apakah jangkaan penilaian terhadap penambahbaikan yang dilakukan?

Menganalisis
Analisis dalam proses reflektif melibatkan 3 perkara penting, iaitu analisis tentang
pengalaman atau kandungan, integerasi di antara pengalaman dan teori-teori yang
berkaitan dan penambahbaikan kesedaran serta pembangunan diri. Ketiga-tiga perkara ini
juga akan memberikan impak kepada penilaian terhadap kejayaan yang telah dicapai dalam
usaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Ada beberapa perkara yang perlu diambil
perhatian sebagai persoalan terhadap tugasan analisis ini, antaranya ialah:

Apakah kelebihan, kekuatan, kekurangan dan kelemahan yang dikenal pasti?


Bagaimanakah setiap kekurangan dan kelemahan boleh diatasi?
Apakah persamaan dan perbezaan di antara teori-teori yang berkaitan dengan
penulisan reflektif?
Bagaimanakah pengalaman dan teori-teori yang berkaitan dapat menyumbang ke
arah penambahbaikan masalah yang dihadapi.
Tindakan

Tindakan ialah suatu proses di akhir putaran reflektif. Setiap tindakan yang diambil adalah
berdasarkan penilaian yang dilakukan pada peringkat analisis. Setiap tindakan perlulah
berasaskan teori atau kerangka model yang praktik dan boleh diukur pelaksanaannya. Perlu
diingat bahawa tindakan adalah suatu proses cadangan yang boleh memperbaiki atau
menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.

Penggredan Penulisan Reflektif Jurnal

Sesebuah penulisan reflektif jurnal yang baik perlulah mengambil kira perkara-perkara
berikut di dalam penulisannya, iaitu :

Objektif yang jelas dan relevan dengan permasalahan yang cuba diselesaikan
Pengumpulan data atau maklumat yang relevan dan logik
Situasi pengalaman yang dinyatakan bersesuaian dengan permasalahan yang
dinyatakan
Tafsiran dan analisis data yang logik dan berasaskan pemerhatian yang sebenar
serta konsep-konsep yang telah dipelajari atau difahami
Keputusan yang berwibawa dan disokong oleh tafsiran yang logik serta boleh
diterima akal.
Pelan tindakan yang munasabah
Ditulis dalam bentuk penulisan berformat dan mempunyai ciri kepintaran (smart
writing).
PENULISAN JURNAL MINGGUAN

Bil Jurnal: 1

Minggu Praktikum : 1

Tarikh Peristiwa : 02 Julai - 06 Julai

MASALAH/PERISTIWA

Pada hari Khamis, 6 julai di Sk Berangan 2 telah mengadakan majlis Sambutan Hari Raya
Aidilfitri bertempat di dewan sekolah. Saya dan rakan rakan ditugaskan untuk mengambil
bahagian dalam menguruskan majlis tersebut sekaligus mengawal tingkah laku murid. Pada
jam 8 pagi, sesudah habis perhimpunan, murid murid diarahkan untuk berada di dewan
SK Berangan 2.

Pada permulaannya kami mendapati bahawa murid murid amat menjaga tingkah
laku dan mendengar arahan . namun terdapat juga sebilangan murid yang ingkar pada
arahan terutamanya murid murid tahap 1 lelaki. Mereka ini sukar untuk dikawal hamper
sepanjang majlis ini berlangsung. Murid murid tidak berhenti membuat bising, bermain
sesame sendiri, berbual sesame mereka termasuklah semasa persembahan nyanyian
berlangsung. Murid murid seolah olah tidak berada di dewan tersebut dan tidak
menghiraukan keadaan sekeliling dan bertindak tanpa mengikut arahan guru yang
mengawal mereka.

ANALISIS MASALAH

Apabila diteliti, kami mendapati kemungkinan besar persembahan yang ditunjukkan tidak
menarik dan menghiburkan murid murid. Hal ini kerana lagu lagu yang dinyanyikan
sudah biasa didengari. Melihat dari segi penyampaian arahan guru pula, kami mendapati
bawahawa arahan yang diberikan tidak cukup tegas dan lantang. Justeru murid didak
berasa takut untuk melanggar arahan yang diberikan oleh guru.

Tambahan pula, kami memegang status guru praktikum di sekolah ini, mendorong mereka
untuk menghiraukan dan tidak mendengar arahan yang kami sampaikan kepada mereka.
Mereka bersihat bersahaja terhadap kami kerana mengganggap kami tidak tegas.
CADANGAN

Sebagai langkah penambahbaikan bagi mengawal tingkahlaku murid, sebagai seorang


guru, pertama sekali kami haruslah berusaha menguasai teknik dan cara mengawal murid
dan tahu untuk memberikan arahan yang jelas dan tegas kepada mereka. Dengan ini, murid
akan lebih mendengar dan bergerak mengikut arahan yang diberikan.

Dalam hal ini juga, kami perlu bijak merancang aktiviti yang dapat merangsang minat
murid murid supaya mereka tidak berasa bosan seterusnya menghiraukan persembahan
yang ditunjukkan dengan berbual bersama rakan dan bermain. Mungkin kami boleh
mengatasinya dengan mengadakan teka teki atau beberapa permainan yang menarik serta
diselang selikan dengan persembahan.

TEMPOH PENYELESAIAN

Masalah tingkahlaku murid perlu kami atasi dengan pelbagai cara sepanjang menjalani
praktikum di SK Berangan 2. Bagaimanapun, ketika majlis berlangsung, murid murid perlu
dikawal seramai melebihi 300 orang. Hal yang demikian, kamu cuba menyelesaikan
masalah ini dengan cara beransur ansur sepanjang tempoh praktikum.

TINDAKAN SUSULAN

Set induksi dilakukna sebelum bermulanya acara dengan guru guru praktikum
memperkenalkan diri di hadapan murid murid SK Berangan 2. Murid murid memberikan
respon yang baik dan dapat mengenali kami dengan baik. Selain itu, kami juga melakukan
satu aktiviti yang dipanggil Tepuk Sayang. Dengan cara ini kami dapat mengawal murid
sekiranya mereka bising kami boleh mereka mengulang aktiviti tepuk saying yang telah kami
tunjukkan kepada mereka.

Cara yang lain yang dapat dilakukan ialah dengan permainan teka lagu. Dalam acara
ini kami membuka beberapa lagu yang terkenal dan terbaharu kepada murid dan meminta
mereka untuk menyatakan tajuk atau penyanyi lagu tersebut. Sebahagian daripada
menunjukkan minat untuk menjawab namun agak malu malu untuk berbuat demikian.
Kami menyediakan sedikit ganjaran kepada mereka yang Berjaya menjawab soalan yang
dikemukakan.
KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, dapat kami simpulkan bahawa murid murid di SK Berangan 2


bukanlah mudah untuk dikawal bahkan mereka memerlukan pengawasan yang aktif
daripada guru serta perlu dilibatkan dengan aktiviti yang menarik supaya mereka dapat
menjaga tingkah laku dan tidak bersembang sesame mereka. Oleh itu, kami perlu
mempersiapkan diri kami untuk menghadapi situasi sebegini ketika berada di dalam kelas
nanti. Dalam hal ini juga kami perlu merancang aktiviti yang dapat merangsang mereka
untuk melibatkna diri dan menunjukkan minat yang tinggi untuk belajar. Kami berharap agar
perancangan yang kami lakukan ini dapat berjalan dengan lancar.

Pandangan/Komen guru pembimbing :

..

Tandatangan :

Nama : .

Tarikh : .

Pandangan/Komen pensyarah pembimbing :

..

Tandatangan :

Nama : .

Tarikh : .
PENULISAN JURNAL MINGGUAN

Bil Jurnal: 2

Minggu Praktikum : 2

Tarikh Peristiwa : 09 Julai - 13 Julai

Masalah : murid tidak memberi respond dan tidak faham topik yang dipelajari.

MASALAH/PERISTIWA

Pada hari rabu, 12 Julai saya masuk ke kelas 5 IK (Ibnu Khaldun) untuk mengajar subjek
TMK. Pahda hari tersebut merupakan kali pertama saya mula mengajar kelas tersebut. Oleh
yang demikian sebelum saya memulakan proses pdp saya menyoal kepada murid murid
mengenai mata pelajaran tersebut. Apakah yang telah mereka belajar dengan guru mereka
sebelum saya mengambil alih untuk mengajar mereka. Pada awalnya mereka tidak
memberikan respond dan hanya berdiam diri. Mengambil alternative dengan merujuk buku
log yang mereka gunakan untuk mencatat nota.

Setelah itu, saya mendapati mereka masih lagi belajar di awal topik rangkaian dan
dunia internet. Setelah itu, saya mengambil keputusan untuk mengajar mereka tajuk yang
pertama sekali iaitu mengenal rangkaian komputer. Saya menggunakan teknik imbas
kembali dengan meminta mereka menyatakan apa yang telah mereka belajar dengan guru
mereka. Mereka memberi respond bahawa bereka lebih banyak belajar mata pelajaran RBT
berbanding dengan TMK kerana guru mereka tidak dapat masuk disebabkan berkursus.
Oleh yang demikian mereka agak ketinggalan dan lupa apa yang mereka pelajari sebelum
ini.

ANALISIS MASALAH

Saya mendapati bahawa murid tidak memberikan respond kepada soalan yang saya
kemukakan. Hal ini mungkin berlaku kerana mereka belum biasa dengan kehadiran saya di
sekolah ini. Seterusnya, saya mendapati mereka agak ketinggalan dalam mata pelajaran ini
kerana mereka lebih banyak belajar mata pelajaran RBT berbanding TMK mengikut jadual
yang ditetapkan oleh itu saya perlu bekerja lebih keras supaya mereka tidak ketinggalan
dalam mata pelajaran ini. Saya juga mendapati mereka sukar untuk memahami apa yang
saya cuba sampaikan kepada mereka. Saya mengambil langkah untuk mengulang semula
apa yang telah saya sampaikan dalam kelompok yang kecil. Pada permulaan kelas yang
pertama saya tidak menggunakan makmal komputer. Hal ini kerana saya belum tahu lagi
cara untuk memohon menggunakan makmal untuk proses pdp.

CADANGAN

Sebagai langkah untuk mengatasi masalah terssebut saya menggunakan kaedah respond
terbuka kepada mereka. Saya mendapati segelintir murid agak tidak selesa dengan saya.
Oleh itu saya cuba menarik perhatian mereka dengan memberika mereka peluang untuk
mengenali saya. Hal ini kerana saya akan mengajar mereka selama tempoh saya berada
dengan mereka.

Saya memberikan menyoal mereka menganai topik yang dipelajari iaitu pengenalan
rangkaian. Melihat murid kelas 5IK terpinga pinga dengan soalan yang dikemukakan saya
memberikan penerangan kepada mereka dengan menjadikan mereka contoh sebuah
rangkaian. Saya menggunakan persekitaran sekeliling bilik darjah mereka sendiri. Hal ini
kerana mereka berada dalam kelompok kumpulan yang kecil. Saya menggunakan kumpulan
satu sebagai model rangkaian dengan menamakan mereka rangkaian 1 (LAN) yang
mempunyai 3 komputer dan 1 printer. Apabila memberikan gambaran secara realiti murid
lebih jelas dengan topik yang disampaikan.

TEMPOH PENYELESAIAN

Tempoh untuk saya mendapatkan respond murid terhadap saya amat singkat. Setelah
berada di kelas mereka selama 1 jam, mereka mula selesa dengan kahadiran saya dan
mereka sudah tidak malu malu untuk memberi respond kepada saya. Bagi menyelesaikan
masalah mata pelajaran TMK saya akan mengadakan aktiviti yang lebih menarik supaya
mereka menunjukkan minat yang lebih mendalam dan seronok untuk belajar.

TINDAKAN SUSULAN

Sebagai langkah mengatasi masalah yang dihadapi saya cuba tidak bersikap tegas di awal
tempoh sesi pengenalan kami dan bertindak lebih sporting dengan mereka. Setelah itu
mereka lebih selesa berada dengan saya. Bagi mengatasi masalah pembelajaran. Saya
menggunakan model dan imaginasi murid murid. Saya meminta mereka untuk berlakon
menjadi sekelompok rangkaian dan membentuk jaringan. Saya juga meminta mereka untuk
menceritakan semula apa yang telah saya sampaikan untuk mengetahui sama ada mereka
faham atau tidak.

KESIMPULAN

Secara keseluruhan yang dapat saya perhatikan, bukan mudah untuk rapat atau percaya
terhadap seseorang. Melihat daripada respon yang diberikan oleh mereka kepada saya
sendiri. Mereka cuba membina hubungan yang positif dengan saya dan mebina rasa
percaya tidak percaya dalam diri mereka. Saya perlu memberikan peluang kepada mereka
terlebih dahulu sebelum membuat apa apa tindakan yang drastik.

Pandangan/Komen guru pembimbing :

..

Tandatangan :

Nama : .

Tarikh : .

Pandangan/Komen pensyarah pembimbing :

..

Tandatangan :

Nama : .

Tarikh : .
PENULISAN JURNAL MINGGUAN

Bil Jurnal: 3

Minggu Praktikum : 3

Tarikh Peristiwa : 16 Julai - 20 Julai

Masalah : masalah penulisn rph dan masalah kawalan kelas

MASALAH/PERISTIWA

Pada minggu ketiga ini, salah masih lagi celaru untuk menulis rph dengan betul. Kebetulan
pada minggu tersebut pensyarah bimbingan datang untuk melakukan cerapan kali pertama
terhadap saya. Saya membiarkan dahulu perkara ini dan mula menfokuskan kepada isi pdp
murid. Pada hari Selasa bersamaan dengan 18 Julai saya mengajar kelas 5 IS (Ibnu Sina).
Disebabkan gemuruh saya tidak dapat mengawal beberapa orang pelajar yang agak nakal.
Semasa proses pdp berlangsung sebahagian daripada mereka tidak menghiraukan arahan
saya dan melakukan hal sendiri sebaliknya. Saya mendapati terdapat beberapa pelajar
bermain game semasa proses pdp berlangsung.

ANALISIS MASALAH

Masalah yang saya hadapi ini tidak terlalu rumit. Hal ini dapat saya atasi dengan bantuan
pensyarah pembimbing dan rakan praktikum saya. Saya merujuk pensyarah pembimbing
yang kebetulan hadir untuk menilai saya bagi menyelesaikan masalah ini. Dengan tunjuk
ajar dan contoh rph yang beliau tunjukkan kepada saya saya mula faham dan cuba menulis
rph dengan baik di masa berikutnya.

Bagi masalah kawalan murid pula saya akan cuba merancang aktiviti yang lebih
menarik supaya murid tidak mengambil peluang untuk bermain game semasa berada di
kelas saya. Oleh kerana murid murid kelas ini agak ke hadapan berbanding kelas 5IK saya
perlu mengatasi dan mengawal mereka. Walaupun mereka lebih suka bertindak sebagai
pendengar namun mereka ini agak sukar untuk dikawal.

CADANGAN

Tindakan yang perlu saya ambil ialah saya perlu belajar dan berusaha dengan lebih lagi
agar saya dapat memahami dan mengatasi kekurangan saya ini. Hal ini kerana saya masih
lagi tidak dapat menyesuaikan diri dengan penulisan RPH dengan betul dan tidak
mempunyai kemahiran dan pendedahan yang sewajarnya. Saya mengambil langkah
dengan merujuk beberapa contoh RPH yang dikongsikan oleh rakan kepada saya dan cuba
untuk menambahbaik penulisan RPH saya agar lebih kemas dan baik.

TEMPOH PENYELESAIAN

Saya mengatasi masalah penulisan rph ini selama seminggu untuk menyesuaikan diri
dengan penulisan rph. Bagi mengawal tingkah laku murid yang tidak memberikan perhatian
kepada saya, saya akan cuba mengatasi sepanjang tempoh berada disini.

TINDAKAN SUSULAN

Tindakan yang saya ambil untuk mengawal tingkah laku murid yang tidak menghiraukan
saya semasa saya mengajar ialah dengan melakukan aktiviti lebih menarik selain daripada
mengajar mereka dengan cara konvensional atau kaedah yang lama, saya perlu lebih
menerapkan nilai dan elemen TMK dalam mata pelajaran agar sesuai dengan mata
pelajaran yang diajarkan iaitu teknologi. Selain menggunakan LCD saya boleh mencuba
untuk menggunakan aplikasi atau perisian yang menarik kepada murid. Hal ini
membolehkan murid memberikan perhatian kepada saya dan mata pelajaran yang
disampaikan pada hari tersebut.

KESIMPULAN

Apa yang dapat saya simpulkan disini ialah saya perlu mengatasi kelemahan diri saya
sendiri. Punca yang berlaku dalam proses pdp adalah berpunca daripada saya. Daripada
sudut pandangan saya pengajaran yang saya cuba sampaikan kepada murid tidak menarik
minat mereka. Hal ini demikian kerana, hasil daripada pemerhatian saya terhadap kelas ini,
mereka lebih suka berdiam daripada memberikan respon kepada soalan saya dan mereka
juga tidak fokus semasa saya mengajar di dalam kelas. Saya perlu melakukan sesuatu
untuk mengatasi masalah ini. saya perlu memperbanyakkan teknik dan kaedah mengajar
terutamanya saya perlu mengawal tingkah laku mereka supaya lebih fokus untuk belajar.
Pandangan/Komen guru pembimbing :

..

Tandatangan :

Nama : .

Tarikh : .

Pandangan/Komen pensyarah pembimbing :

..

Tandatangan :

Nama : .

Tarikh : .
PENULISAN JURNAL MINGGUAN

Bil Jurnal: 4

Minggu Praktikum : 4

Tarikh Peristiwa : 23 Julai 27 Julai

MASALAH/PERISTIWA

Pada minggu ini, secara keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran dapat
dijalankan dengan baik seperti yang dirancang. Walau bagaimanapun, saya masih
kekurangan idea untuk mempelbagaikan teknik pengisian dalam setiap topik yang ingin
disampaikan. Hal ini menyebabkan kadang-kala beberapa orang murid saya kurang
memberikan tumpuan sewaktu pengajaran dijalankan. Adakalanya saya perlu bertegas
dengan mereka dengan memberi amaran dan sebagainya. Hal ini seterusnya menyebabkan
gangguan terhadap pelajar lain yang ingin belajar dan di samping menjejaskan tempoh
pengajaran yang telah dirancang.

ANALISIS MASALAH

Secara jujurnya saya dapati masih banyak kekurangan dalam diri saya yang perlu dibaiki.
Saya kadangkala kurang memahami topik yang ingin disampaikan secara mendalam
kepada murid menyebabkan kurangnya langkah dan teknik pengajaran yang diterapkan.
Adakalanya, saya tidak berfikir lebih panjang dalam menerapkan teknik yang bersesuaian
terhadap murid saya menyebabkan kadang-kala teknik yang diajarkan tidak begitu berjaya
disampaikan dengan baik. Apapun, saya tetap cuba bereksperimen dengan pelbagai teknik
yang lain untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan di masa
akan datang.

CADANGAN

Di masa akan datang, saya akan memastikan setiap pengisian dalam setiap topik yang ingin
disampaikan akan difahami secara mendalam terlebih dahulu.

TEMPOH MASA TINDAKAN SUSULAN

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dari masa ke semasa untuk memperbaiki segala
kelemahan saya dalam pelbagai perkara ini. Masih belum terlewat untuk saya memperbaiki
mutu kelemahan saya dalam menjayakan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan. Di masa akan datang saya akan sedaya upaya mencari teknik pengajaran yang
lebih sesuai untuk diterapkan agar objektif pengajaran tercapai dan segala apa yang
dirancang dilaksanakan dengan begitu berkesan.

Pandangan/Komen guru pembimbing :

..

Tandatangan :

Nama : .

Tarikh : .

Pandangan/Komen pensyarah pembimbing :

..

Tandatangan :

Nama : .

Tarikh : .
PENULISAN JURNAL MINGGUAN

Bil Jurnal: 5

Minggu Praktikum : 5

Tarikh Peristiwa : 30 Julai 3 Ogos

Masalah : masalah mengawal murid semasa melakukan aktiviti amali

MASALAH/PERISTIWA

Pada minggu ini, saya mengalami masalah untuk mengawal tingkah laku murid semasa
menjalankan amali jahitan. Saya menghadapi masalah ini semasa mengajar tahun 4 Ibnu
Sina di mana mereka terlalu sibuk dengan aktiviti menjahit mereka sehingga tidak
menghiraukan arahan yang diberikan oleh saya, mereka tidak sabra untuk menjahit hingga
tidak mendengar apa yang patut mereka pelajari pada hari tersebut.

ANALISIS MASALAH

Masalah ini timbul kerana murid murid terlalu seronok untuk belajar menjahit. Pada masa
yang sama mereka teralu bising sehingga arahan yang berikan oleh saya diabaikan oleh
mereka akibat suara mereka yang kuat. Maka, saya harus menggunakan strategi
pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan agar murid-murid dapat memberi
penumpuan dan tidak membuat bising serta mendengar arahan yang saya berikan kepada
mereka.

CADANGAN

a) Saya patut merujuk guru/pensyarah pembimbing untuk mengetahui cara


menguruskan tingkah laku murid-murid.
b) Saya harus mendapatkan panduan agar saya dapat melaksanakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna.
c) Saya perlu belajar cara mengatasi murid-murid yang bermasalah disiplin supaya
mereka tidak membuat bising.
Pandangan/Komen guru pembimbing :

..

Tandatangan :

Nama : .

Tarikh : .

Pandangan/Komen pensyarah pembimbing :

..

Tandatangan :

Nama : .

Tarikh : .
PENULISAN JURNAL MINGGUAN

Bil Jurnal: 6

Minggu Praktikum : 6

Tarikh Peristiwa : 8 Ogos - 10 Ogos

Masalah : persediaan alatan untuk mengajar

MASALAH/PERISTIWA

Pada hari selasa, 8 Ogos saya mengajar di kelas 5IS bagi mata pelajaran RBT. Bagi mata
pelajaran ini saya tidak bersedia terlebih dahulu. Saya mengambil langkah yang salah pada
hari tersebut. Hal ini kerana saya masih tidak biasa dan mengetahui semua kedudukan
bahan yang terdapat di dalam bengkel. Saya mengambil masa untuk mencari bahan dan
alatan yang hendak digunakan untuk mengajar, Saya merujuk dengan guru bengkel untuk
mengetahu semua kedudukan peralatan yang terdapat dalam bengkel.

ANALISIS MASALAH

Masalah yang berlaku berpunca daripada saya sendiri kerana bertindak sambil lewa sahaja
sebelum memulakan pengajaran, saya tidak menggunakan peluang masa senggang saya
untuk menyediakan alatan terlebih dahulu.

CADANGAN

Oleh yang demikian, saya mengambil langkah dengan bertanyakan kepada guru
pembimbing yang membimbing saya sepanjang berada di sekolah ini. Setelah mengenal
pasti kedudukan alatan dan bahan saya mula mengajar seperti biasa. Pada hari tersebut
saya melakukan amali tanaman. Murid menunjukkan respon yang bagus semasa aktiviti
yang dilakukan dan bertindak mengikut arahan.

Saya dapat mengawal murid semasa melakukan aktiviti di luar kelas ini kerana
mereka mendengar arahan dan memberikan fokus yang bagus di dalam kelas. Anggapan
saya mungkin mata pelajaran yang di ajar pada hari ini menarik minat mereka untuk belajar
dan fokus.
TEMPOH PENYELESAIAN

Saya mengambil masa selama 10 minit untuk mencari alatan pertanian yang disimpan di
dalam bengkel namun tidak dapat menemuinya. Langkah penyelesaiannya ialah saya
meminta guru pembimbing yang juga merupakan guru yang bertanggungjawab memegang
bengkel RBT untuk menunjukkan kepada saya semua alatan dan bahan serta
kedudukannya.

TINDAKAN SUSULAN

Guru pembimbing menasihati saya untuk mengenal pasti terlebih dahulu kedudukan alatan
dan bahan yang disimpan di dalam bengkel sebelum mula mengajar sekiranya saya perlu
menggunakan alatan atau bahan tersebut. Saya perlu bersedia terlebih dahulu sebolehnya
sebelum proses pdp berlangsung. Saya mengambil nasihat yang disampaikan ini dan
mempraktikkannya di masa akan datang. Supaya saya dapat bersedia dengan kemungkinan
yang berlaku.

KESIMPULAN

Bersedia sebelum mengajar amat penting dipraktikkan. Hal ini kerana kita akan
memudahkan dan melicinkan proses pdp yang akan dilaksanakan di dalam kelas nanti. Oleh
yang demikian saya perlu bersedia terlebih dahulu sekurang kurangnya 10 minit lebih awal
sebelum proses pdp berlangsung. Saya perlu mengambil peluang masa senggang saya
untuk bersedia mengajar murid supaya dapat memudahkan kerja saya dan tidak
menghabiskan masa dengan sia sia.
Pandangan/Komen guru pembimbing :

..

Tandatangan :

Nama : .

Tarikh : .

Pandangan/Komen pensyarah pembimbing :

..

Tandatangan :

Nama : .

Tarikh : .