Anda di halaman 1dari 1

4.

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut menggunakan
ayat sendiri.

HAKIM : Ya pendakwa raya.. ada hujah-hujah tambahan?

PENDAKWA RAYA: Pada hemat saya, Bulat bin Leper ialah pihak yang bertanggungjawab dalam kes ini. Kalau Bulat tidak
membuang kulit pisang, maka kambing tidak boleh mengaisnya ke jalan raya dan seorang nenek tua tidak
akan memijaknya.

Atas alas an itu, saya mohon mahkamah keadilan ini menjatuhkan hukuman yang seberat-beratnya ke atas
Bulat bin Leper. Sekian, yang arif, terima kasih.

HAKIM : Ya, peguam bela kalau ada hujah-hujah tambahan, dipersilakan.

PEGUAM BELA : Ya, yang arif, saya tegaskan kembali hujah saya bahawa Bulat bin Leper telah membung kulit pisang ke
tempat yang wajar dan betul. Maka dengan itu, ternyatalah Bulat bin Leper tidak melakukan kesalahan.

Dalam soal ini, nyata sekali yang bersalah adalah kambing kurus bukannya Bulat bin Leper. Sekian hujah-
hujah saya.

Petikan daripada Drama Mahkamah


Awang Abdullah
Antologi Baik Budi Indah Bahasa

1. Berdasarkan petikan di atas, apakah latar tempat drama tersebut?

2. Nayatakan satu watak dan satu pewatakan dalam petikan di atas?

3. Pada pendapat anda, mengapakah pesalah perlu di berikan hukuman?

Anda mungkin juga menyukai