Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR SANDAKAN

W.D.T NO. 297, 90009 SANDAKAN SABAH

N0. TEL / FAKS : 089 612268

LAPORAN
HARI PENDAFTARAN MURID TAHUN 1
SESI 2016

Program Pendaftaran Murid Tahun 1 2016 1


SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR SANDAKAN
W.D.T NO. 297, 90009 SANDAKAN SABAH
N0. TEL / FAKS : 089 610268

LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM PENDAFTARAN MURID TAHUN 1

2016

1. TAJUK : HARI PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 2016

2. TEMPAT : Dewan Terbuka SK Bandar Sandakan

3. TARIKH : 04 JANUARI 2016

4. OBJEKTIF : Di akhir program ini diharap ibubapa akan dapat :

1.1 Memberi kefahaman kepada ibubapa bahawa Program IBKS ditujukan khas
kepada ibu bapa dan guru-guru serta boleh dikongsikan bersama komuniti
sekeliling. Tujuan asasnya ialah untuk membantu ibu bapa melaksanakan
tugas pertama dan paling penting, iaitu mendidik dan membimbing anak-anak
kearah kecemerlangan. Apabila anak-anak mengetahui bahawa ibu bapa
mereka sangat mengutamakan pendidikan, maka nilai pembelajaran menjadi
begitu tinggi dalam diri mereka.

5. SASARAN : Ibubapa Murid-murid Tahun1 Sesi 2016

6. Kehadiran : Kehadiran murid tahun 1 adalah seramai 98 %.

7. Penghargaan :
AJK kerja Program Pendaftaran mengucapkan jutaan terima kasih
diatas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak pentadbir, guru kaunseling, semua guru
Tahun 1 dan ibubapa serta pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak
langsung dalam menjayakan program ini. Tanpa kerjasama yang diberikan, program ini
tidak akan dapat dijalankan dengan lancarnya. Semoga program seperti ini akan dapat
menggalakkan kerjasama dan mengeratkan tali silaturahim antara semua pihak yang
terlibat.

Program Pendaftaran Murid Tahun 1 2016 2


8. KEKUATAN PELAKSANAAN PROGRAM

8.1 ASPEK PENGURUSAN


Program pendaftaran murid-murid Tahun 1 telah diadakan dengan jayanya kerana
adanya komitmen dan kerjasama dari semua pihak baik dari pihak pentadbir, guru
kaunseling, guru-guru Tahun 1,, anggota kumpulan sokongan serta ibubapa murid-murid.
Segala aktiviti yang telah dirancangkan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

8.2 ASPEK KESEDIAAN GURU TAHUN 1


Tahun 2016 merupakan tahun ke lima Kurikulum Standard Sekolah Rendah
dijalankan. Secara keseluruhannya, semua guru-guru yang mengajar Tahun Satu telah
didedahkan dengan kurikulum baru ini baik yang telah menghadiri sendiri Kursus Kurikulum
Standard Sekolah Rendah mahupun melalui pendedahan yang telah dijalankan di peringkat
sekolah. Memandangkan sekolah menghadapi masalah kekurangan guru maka, ada guru
yang terpaksa mengganti kelas guru yang bersalin dan berpindah ke sekolah lain.

8.3 ASPEK KESEDIAAN IBUBAPA


Program SARANA ditujukan khas kepada ibu bapa dan guru-guru serta boleh
dikongsikan bersama komuniti sekeliling. Tujuan asasnya ialah untuk membantu ibu bapa
melaksanakan tugas pertama dan paling penting, iaitu mendidik dan membimbing anak-
anak kearah kecemerlangan. Apabila anak-anak mengetahui bahawa ibu bapa mereka
sangat mengutamakan pendidikan, maka nilai pembelajaran menjadi begitu tinggi dalam diri
mereka.
Hasrat KPM ialah untuk mempunyai sistem pembelajaran yang dapat meningkatkan
kejayaan murid. Hasrat ini lebih mudah dicapai apabila semua pihak termasuk sekolah ,
ibubapa/penjaga serta ahli komunitti bersatu dan menyokong satu matlamat iaitu membantu
murid berjaya.

8.4 KEADAAN FIZIKAL SEKOLAH


Dewan terbuka SK Bandar serta pusat sumber sekolah merupakan tempat yang
digunakan untuk menjalankan program pendaftaran murid-murid tahun 1. Ruang yang
selesa ini memudahkan segala aktiviti murid dipantau dan keselamatan mereka juga terjaga.

Program Pendaftaran Murid Tahun 1 2016 3


9. KELEMAHAN / ISU / MASALAH PELAKSANAAN PROGRAM
Sepanjang Program Pendaftaran ini dijalankan tidak ada sebarang masalah yang
timbul kerana semua pihak berkerjasama dengan baik. Pihak pentadbir dan guru-guru saling
berbincang dari masa ke semasa untuk memastikan segala aktiviti yang dirancang dapat
dilaksanakan. Malah ibu bapa murid turut memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak
sekolah dengan menghantar anak mereka tepat pada waktu persekolahan. Oleh itu, setiap
perancangan yang telah diatur telah pihak sekolah dapat dijalankan dengan jayanya.

10. CADANGAN
Diharap program ini akan memberikan kesan positif disamping kefahaman kepada ibu bapa
/ penjaga dalam membantu anak-anak dengan:
- Boleh belajar bagaimana membantu anak menyelesaikan kerja rumah.
- Ibu bapa dapat bersama guru membimbing anak kearah kecemerlangan yang lebih
baik.
- Dapat berkongsi ilmu keibubapaan bersama ahli PIBG yang lain.

11. RUMUSAN
Secara ringkasnya, diharap agar wujud kerjasama yang erat antara ibubapa/penjaga dan
guru kerana jika ibubapa/penjaga dan guru saling mengenali, akan wujud rasa hormat
menghormati akan kepakaran masing-masing dan dapat bersama membimbing
anak-anak kearah kecemerlangan yang lebih baik. Ibu bapa juga dapat mengetahui
kekuatan dan kelemahan anak-anak mereka dan boleh berbincang bersama guru
cara mengatasinya.

1. Laporan bergambar :
- RUJUK LAMPIRAN

Disediakan Oleh, Disemak oleh, Disahkan Oleh,

.......................................... ......................................... .....


SITI MAHANI BT GULAM PN. ROHAYA BT. MAIDIN TN. HJ. TAHIR B. KAHAR
Setiausaha, Pen. Kanan HEM, Guru Besar,
Prog.Pendaftaran Murid Tahun 1 Sk Bandar Sandakan Sk Bandar Sandakan
SK Bandar Sandakan.

Program Pendaftaran Murid Tahun 1 2016 4


LAMPIRAN

HARI PENDAFTARAN DAN PERASMIAN MINGGU TRANSISI


MURID-MURID TAHUN 1

Program Pendaftaran Murid Tahun 1 2016 5


Program Pendaftaran Murid Tahun 1 2016 6
Program Pendaftaran Murid Tahun 1 2016 7

Anda mungkin juga menyukai