Anda di halaman 1dari 10

BAB 1

MASALAH KAJIAN

1.1 Pendahuluan

Malaysia mensasarkan ingin menjadi sebuah negara yang maju menjelang 2020.
Sehubungan dengan matlamat itu, pembentukkan masyarakat Malaysia yang saintifik dan
progesif adalah amat perlu. Masyarakat Malaysia yang mempunyai sikap-sikap sebegini bakal
menjadi pemangkin yang besar dalam melahirkan sebuah negara maju. Bagi merealisasikan
hasrat tersebut, sektor pendidikan merupakan medan terbaik bagi membentuk acuan membina
warganegara yang berdaya saing dan teknologi yang bersifat ingin tahu, celik Sains, berfikiran
terbuka serta menghargai sumbangan Sains dan Teknologi.

Selaras dengan hasrat tersebut, sebagai seorang pendidik kita dipertanggungjawabkan


untuk membantu pelajar meningkatkan minat dan kecenderungan mereka ke arah pelajaran
Sains. Keadaan ini boleh dilaksanakan dengan mengambil langkah menggunakan pendekatan
pengajaran yang berkesan. Satu kaedah pengajaran dan pembelajaran sains yang berkualiti dan
mampu meningkatkan tahap prestasi para pelajar haruslah diaplikasikan bagi mengelakkan
masalah keciciran pelajar dalam bidang Sains di masa depan. Ini termasuklah amalan
pembelajaran yang berpusatkan guru kepada amalan pembelajaran berpusatkan pelajar, misalnya
dengan menggunakan pendekatan pembelajaran koperatif.

Pelajar-pelajar melakukan aktiviti secara aktif semasa proses pembelajaran dan ini
meliputi pengalaman pembelajaran yang dirasai dan dialami sendiri oleh mereka. (Pusat
Perkembangan Kurikulum 1994). Pelajar-pelajar yang belajar dalam kumpulan, boleh berkongsi
pengetahuan (intelek), memupuk nilai-nilai murni (rohani), bertimbang rasa (emosi) serta
mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi (sosial). Justeru itu adalah diharapkan apabila
pelajar-pelajar yang bakal dilahirkan nanti, akan mencerminkan diri mereka sebagai insan yang
menyeluruh dan bersepadu selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Kaedah pembelajaran koperatif merupakan satu inovasi dalam strategi pengajaran dan
pembelajaran yang berpusatkan pelajar khususnya dalam pembelajaran Sains. Dalam
pembelajaran, interaksi sosial menjadi salah satu faktor penting bagi perkembangan skima
mental yang baru. Di sinilah pembelajaran koperatif memainkan peranannya dalam memberi
kebebasan kepada pelajar untuk berfikir secara analisis, kritis, kreatif, reflektif dan produktif. Ia
ternyata dapat membantu pelajar meningkatkan prestasi pencapaian dalam mata pelajaran yang
dipelajari di samping membina sikap yang positif terhadap subjek berkenaan. (Kulik dan Kulik,
1979, Johnson dan Johnson 1990; Pensri 1992; Slavin 1992; Gan & Wong 1995). Antara fokus
utama kaedah pengajaran dan pembelajaran koperatif adalah interaksi dikalangan ahli kumpulan
bagi mencapai matlamat pembelajaran ini. Antaranya ialah model Student-Team-Achievement-
Division (STAD), Team Assisted Individualization (TAI), Team Games Tournament (TGT),
Jigsaw, Group Investigations ( GI) dan Learning Together (LT).

Pembelajaran yang berkesan adalah melalui kaedah yang mudah diingat dan boleh
diaplikasikan oleh pelajar. Penggunaan kaedah koperatif model Jigsaw ini boleh membantu
pelajar di dalam menyusun idea-idea atau maklumat–maklumat mengikut keperluan dan
keutamaan.
1.2 Latar Belakang Kajian

Sains terdiri daripada paduan atau gabungan konsep-konsep yang berkait rapat antara
satu dengan yang lain. Pelajar perlu memahami konsep–konsep asas sebelum dapat memahami
konsep-konsep yang berikutnya. Pelajar biasanya akan melakukan kesilapan di dalam memahami
konsep-konsep ini. Sekiranya pelajar tidak memahami konsep asas tentang sesuatu topik, maka
pelajar tidak akan dapat memahami konsep-konsep seterusnya di bawah topik berkenaan dan ini
akan menyebabkan satu masalah yang besar apabila mereka belajar di peringkat yang lebih
tinggi.

Bagi membantu pelajar menangani masalah ini, setiap kumpulan akan menghantar ahli
untuk membentuk kumpulan pakar. Ahli-ahli dalam kumpulan pakar akan membincangkan
sebahagian bahan akademik (yang telah disediakan oleh guru). Selepas itu, semua ahli kumpulan
pakar tadi akan kembali ke kumpulan asal masing-masing untuk berkongsi pengetahuan mereka
dengan rakan sekumpulan. Motif utama dalam model Jigsaw ialah setiap pelajar dalam satu
kumpulan akan menjadi pakar dalam topik tertentu dan bertanggungjawab memberi tunjuk ajar
kepada rakan sekumpulan tentang apa yang telah mereka pelajari.
1.3 Penyataan Masalah

Negara Malaysia kini memerlukan lebih banyak pakar dalam bidang Sains dan Teknologi
bagi merealisasikan Wawasan 2020. Bidang ini memerlukan individu yang berkebolehan
mengasimilasi dan mentafsir maklumat secara saintifik. Ini bermakna Sains adalah merupakan
satu mata pelajaran yang sangat penting dalam era menuju kemajuan Sains dan Teknologi di
samping kehidupan harian dalam ‘survival’ manusia sejagat hari ini.

Ketika ini mata pelajaran Sains merupakan salah satu mata pelajaran yang dianggap sukar
untuk dikuasai oleh kebanyakan pelajar. Ini adalah kerana kebanyakan pelajar-pelajar
mencatatkan prestasi yang kurang memberangsangkan. Tanggapan negatif ini dikeruhkan lagi
dengan pelaksanaan pengajaran Sains di dalam Bahasa Inggeris. Situasi yang timbul ini mungkin
juga kerana para pelajar mempunyai masalah dalam menguasai perbendaharaan kata Bahasa
Inggeris yang merupakan bahasa penghantar Sains masa kini.

Justeru itu, kajian yang dijalankan ini akan memberi fokus terhadap keberkesanan
pembelajaran koperatif model Jigsaw terhadap pencapaian dan sikap pelajar terhadap mata
pelajaran Sains. Selaras dengan itu, para pelajar adalah diharapkan akan dapat menguasai ilmu
dan sikap Sains bagi membolehkan perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, berdaya
saing serta mengusai ilmu dan kemahiran Sains dapat dibina, bagi membina masyarakat
penyumbang kepada pembinaan tamadun Sains dan Teknologi negara.
1.4 Kerangka Konseptual

Kajian ini cuba untuk mengukuhkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Sains
menggunakan kaedah koperatif berbanding secara tradisional. Instrumen yang akan digunakan
dalam kajian ini ialah soalan ujian pra, ujian pos, serta soalan soal selidik. Kerangka konseptual
menggambarkan pembolehubah-pemboehubah yang terlibat dalam kajian yang akan dijalankan.
Kerangka ini termasuklah pembolehubah bersandar dan pembolehubah tak bersandar yang
biasanya digambarkan menerusi rajah yang bersesuaian. Kerangka konseptual yang digambarkan
bagi kajian yang dijalankan ini seperti rajah berikut :-

Rajah 1.4.1 : Aliran Kerangka Kajian

KAEDAH PEMBELAJARAN
SECARA KOPERATIF

Pencapaian pelajar dalam Sikap pelajar


Sains terhadap Sains
1.5 Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan pembelajaran koperatif model
Jigsaw ke atas pencapaian pelajar Tingkatan 1 dalam mata pelajaran Sains.

1.5.1 Objektif Kajian

Secara khususnya, kajian ini dijalankan bagi mencapai objektif-objektif yang berikut :-

a) Mengkaji keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dalam meningkatkan


pencapaian pelajar-pelajar bagi tajuk “Heat”.
b) Membuat perbandingan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dengan
kaedah pembelajaran secara tradisional.
c) Meninjau persepsi pelajar terhadap kaedah pembelajaran koperatif dalam
pembelajaran Sains tajuk “Heat”.

1.5.2 Persoalan Kajian

Kajian ini mempunyai tiga persoalan kajian iaitu :-

a) Adakah tahap penguasaan pelajar bagi tajuk “Heat” dapat ditingkatkan dengan
penggunaan kaedah pembelajaran koperatif model Jigsaw ?
b) Apakah perbandingan antara kaedah pembelajaran koperatif dengan kaedah
pembelajaran secara tradisional ?
c) Apakah persepsi pelajar terhadap kaedah koperatif dalam pembelajaran Sains bagi
tajuk “Heat” ?
1.5.3 Hipotesis Kajian

Untuk mencapai tujuan dan objektif kajian, hipotesis-hipotesis nul yang berikut telah
dikemukakan :-

a) Hipotesis nul 1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara skor


markah ujian pra berbanding skor markah ujian pos bagi kumpulan
rawatan.

b) Hipotesis nul 2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara skor markah
ujian pra berbanding skor markah ujian pos bagi kumpulan kawalan.

1.6 Kepentingan Kajian

Hasil daripada kajian ini, diharapkan akan dapat memberikan sedikit panduan kepada guru
dalam mevariasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ia juga diharapkan
dapat membantu pelajar dalam mempertingkatkan mutu pembelajaran Sains. Seterusnya,
dapatan ini diharapkan akan dapat :-

a) Memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi dalam kumpulan serta dapat
meningkatkan keyakinan diri.
b) Meningkatkan minat murid untuk mendalami ilmu Sains.
c) Memudahkan pelajar memahami tajuk dalam mata pelajaran Sains yang
dipelajari.
d) Memberi peluang kepada guru menggunakan kaedah pembelajaran koperatif
sebagai satu alternatif ke arah menghasilkan pembelajaran yang bermakna.
1.7 Batasan Kajian

Kajian ini hanya akan melibatkan sebuah sekolah menengah di daerah Port Dickson iaitu
Sekolah Menengah Kebangsaan Yam Tuan Raden Lukut Ia melibatkan 40 orang pelajar
tingkatan satu yang merupakan 20 pelajar kumpulan rawatan dan 20 orang pelajar kumpulan
kawalan. Keputusan pencapaian Sains dalam Ujian TOV akan menjadi bahan pengukuran tahap
pencapaian awal murid dalam mata pelajaran Sains. Walaubagaimanapun sampel kajian
berkenaan populasi pelajar yang dikaji kemungkinan besar tidak diperolehi secara menyeluruh
atas sebab yang tidak dapat dielakkan oleh pelajar-pelajar. Kajian tetap diteruskan agar tidak
dianggap pemalsuan sampel kajian yang diberikan.

1.8 Takrifan Kajian

Dalam kajian ini, definisi konsep akan digunakan secara operasi dan disesuaikan dengan objektif
kajian, iaitu :-

a) Konsep
Merujuk kepada pengertian atau pendapat yang terbentuk dalam fikiran
mengenai sesuatu.

b) Salah Konsep
Bermaksud konsep yang diterima oleh pelajar semasa proses pembelajaran
berlangsung tidak difahami mengikut keperluan yang sebenarnya.

c) Ujian Pra
Ujian yang dijalankan untuk mengesan masalah salah konsep di kalangan
pelajar.
d) Ujian pos
Ujian yang digunakan untuk menguji keberkesanan penggunaan peta konsep
dalam mengatasi masalah salah konsep di kalangan pelajar.

e) Keberkesanan
Menurut Kamus Dewan, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, keberkesanan
membawa maksud “Kesan atau hasil dari sesuatu tindakan yang menyebabkan
berlakunya perubahan yang ingin dicapai”.

f) Pembelajaran Koperatif
Slavin (1990) telah mentakrifkan pembelajaran koperatif sebagai salah satu cara
pembelajaran yang melibatkan pelajar terdiri dari pelbagai kecerdasan bekerjasama
dalam kumpulan kecil bagi menyelesaikan sesuatu tugasan untuk mencapai satu
matlamat yang sama.

g) Sikap
Bermaksud persepsi pelajar tentang tanggapan mereka terhadap mata pelajaran Sains
serta kepentingan Sains dalam konteks kajian sikap positif dan negatif. Fishbein
(1967) menyatakan sikap boleh melibatkan ke arah rangsangan objek termasuklah
emosi, perasaan, nilai, keinginan manusia, prasangka (bias), tanggapan pemikiran,
idea, ketakutan, keresahan, dan keyakinan tentang sesuatu tajuk atau perkara tertentu.
1.9 Rumusan

Bab ini menghuraikan tentang penyataan masalah, objektif kajian, tujuan kajian,
hipotesis, kepentingan kajian dan batasan kajian. Kepelbagaian kaedah pengajaran dan
pembelajaran adalah penting bagi mengelakkan kebosanan pelajar meningkatkan prestasi dan
minat mereka dalam mata pelajaran Sains. Kaedah pembelajaran secara koperatif model Jigsaw
dilihat sebagai satu kaedah pembelajaran yang dapat memenuhi hasrat pengajaran sebagaimana
yang telah dinyatakan.

Anda mungkin juga menyukai