Anda di halaman 1dari 3

Mengaplikasi Kerja

1. Kerja dibuat sekiranya daya yang digunakan dapat menggerakkan sesuatu objek
pada arah daya tindakan.
2. Kerja berlaku apabila beban dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang
lain.

Kerja Dilakukan
1) Mengangkat barang
2) Berlari
3) Menaiki tangga
4) Menolak troli
Kerja TIDAK Dilakukan
1) Duduk
2) Mendukung bayi
3) Menolak dinding
4) Menulis

Pengiraan Kerja
Kerja juga merupakan hasil darab daya dengan jarak objek. Unit SI yang digunakan
adalah Newton meter (N m) atau Joule (J)

Kerja (J) = Daya (N) X Jarak (m)

Mengaplikasi Kuasa

1. Kuasa ialah kadar kerja yang dilakukan.


2. Kuasa menunjukkan tahap kecepatan sesuatu kerja dilakukan.
3. kuasa adalah kadar secepat mana sesuatu kerja dapat dilakukan oleh anda.
4. Sebagai contoh, bagi 2 pelajar yang mempunyai berat badan yang sama, dan
berlari pada jarak yang sama, pelajar yang sampai lebih dahulu ke garisan
penamat, adalah pelajar yang menggunakan kuasa yang lebih besar berbanding
yang seorang lagi.
Dalam unit SI, kuasa disukat dengan menggunakan unit joule sesaat (J/s) atau Js-1 atau
juga unit Watt (W).

Anda mungkin juga menyukai