Anda di halaman 1dari 2

SEJARAH PERANG DUNIA KE-1

LATAR BELAKANG
Perang Dunia Pertama telah bermula pada 28 Julai 1914 hingga 1 November 1918 lagi dan hanya
berlaku dalam kalangan Negara-negara di Eropah sahaja. Antara Negara-negara Eropah yang
terlibat ialah Jerman, Britain, Russia, Peranchis, Austria-Hungary, Serbia, Italy, Belgium dan
Turki. Selain itu, negara-negara di Asia dan Afrika juga turut dilibatkan secara tidak langsung
kerana wilayah kedua-dua benua tersebut menjadi rebutan dalam kalangan negara-negara Eropah.
Hal ini kerana, negara-negara Eropah tersebut ingin menjadikan kedua-dua benua tersebut sebagai
tanah jajahannya. Perang Dunia Pertama ini telah melibatkan dua pihak iaitu Triple Alliance
(Perikatan Tiga Kuasa) dan Triple Entente (Pakatan Tiga Kuasa). Pada akhirnya Triple Entente
yang dipimpin oleh Russia telah berjaya menewaskan Triple Alliance yang diketuai oleh Jerman.
Perang dunia pertama turut mengakhiri sistem pemerintahan Monarki Absolutisme di Eropah.
Selain itu, perang dunia pertama telah menjadi penyebab Revolusi Rusia yang diikuti oleh revolusi
negara Tiongkok dan cuba.

FAKTOR TERCETUSNYA PERANG DUNIA PERTAMA


Kegagalan Sistem Pakatan
Terdapat banyak faktor yang telah menyumbang kepada tercetusnya Perang Dunia Pertama iaitu
kegagalan sistem pakatan. pakatan ini terbentuk pada tahun 1870 apabila Jerman (prusia) berjaya
mengalahkan perancis. Walaubagaimanapun, kegagalan sistem pakatan dalam mewujudkan
keseimbangan kuasa dalam kalangan Negara-negara Eropah telah menjadi salah satu sebab
berlakunya Perang Dunia Pertama. Sistem pakatan ini telah menyebabkan dunia Eropah telah
terbahagi kepada dua kuasa iaitu Triple Alliance yang diketuai oleh Jerman dan Triple Entente
yang diketuai oleh Russia. Tujuan pakatan ini adalah bagi menghalang mana-mana kuasa menjadi
lebih kuat daripada lawannya. Selepas tahun 1870, sistem pakatan ini telah berjaya menghalang
meletusnya peperangan dalam kalangan Negara-negara di Eropah sehinggalah tahun 1900.
Menjelang abad ke-20, sistem pakatan ini tidak lagi sesuai digunakan disebabkan wujudnya
persaingan Negara-negara Eropah untuk mendapat pengaruh di rantau Balkan, setelah jatuhnya
Empayar Turki Uthmaniyah, Jerman bertindak untuk meluaskan lagi tentera lautnya yang akhirnya
menimbulkan kebimbangan Britain dan tindakan Perancis yang meminta bantuan Russia dengan
cara peperangan untuk mendapatkan semula Alsace-Lorraine. Perkara ini telah menimbulkan
ketidakstabilan politik di Eropah dan berlaku pergolakan antara tahun 1911 hingga tahun 1914 di
Negara-negara Balkan yang bebas daripada penguasaan Turki jelas menunjukkan kegagalan
sistem pakatan sebagai satu cara untuk mengawal Negara-negara berdaulat dalam hubungan
antarabangsa.
Selepas tahun 1908, sistem pakatan ini tidak lagi berkesan digunakan apabila Serbia yang disokong
oleh Russia telah bergiat bebas dengan menggunakan ketenteraannya. Austria-Hungary dan Russia
telah bertindak menguasai Selat Bosporus dan Istanbul untuk mengukuhkan pengaruh masing-
masing dalam kalangan bangsa Slav dan tindakan Russia untuk mencari jalan keluar bagi angkatan
lautnya dari Laut Hitam ke Laut Tengah.
Imperialisme Ekonomi
Pada akhir abad ke 19, Negara-negara Eropah telah mula mencari tanah jajahan baru untuk
membolehkan mereka menjadi kuasa yang kuat di Eropah seperti Jerman, Britain, Perancis dan
Itali. Hal ini telah menyebabkan wujudnya persaingan antara Negara-negara tersebut untuk
mendapatkan tanah jajahan tidak kira di benua Asia, Afrika dan Kepulauan Pasifik. Jerman dan
Itali yang masih belum mempunyai tanah jajahannya telah berusaha bersungguh-sungguh untuk
mendapatkan tanah jajahannya. Hal ini telah memaksa Jerman untuk memulakan tindakan dengan
merampas tanah jajahan di Afrika daripada Negara-negara yang disangkakan lemah seperti
Portugal dan Perancis pada tahun 1890an. Manakala, Itali pula cuba mendapatkan bekas jajahan
Turki Uthmaniyah dengan cara menakluki Cyrenaica dan Tripoli dan menjadikannya tanah jajahan
yang baharu yang dikenali sebagai Libya.
Tindakan Jerman telah menimbulkan kebimbangan pihak Britain dan Perancis terutamanya
apabila Jerman bertindak memperbesarkan angkatan lautnya. Selain itu, tindakan jerman menjual
barangan mereka dengan harga yang murah di pasaran antarabangsa telah menjejaskan pasaran
barangan Britain. Oleh itu, Britain juga telah mengambil inisiatif dengan memperkuatkan angkatan
lautnya untuk melindungi empayar dan aktiviti perdagangan antarabangsa Jerman yang diandaikan
mempunyai kekuatan ekonomi melebihi jirannya iaitu Britain dan Perancis, terutamanya dalam
pengeluaran besi pada tahun 1900. Pada tahun 1911, Perancis berusaha untuk menandingi
kekuatan Jerman di Morocco sehinggakan hampir menggugat kestabilan di Eropah. Kehancuran
kerajaan Turki Uthmaniyah telah menyebabkan munculnya negeri-negeri slav yang baru seperti
Serbia dan Bulgaria. Akibat daripada semangat nasionalisme yang begitu tinggi, negeri-negeri
kecil tersebut telah berjaya mengalahkan Turki dan Turki telah keluar dari Eropah pada tahun
1913. Keadaan ini telah dirumitkan lagi apabila kuasa-kuasa besar seperti Austria-Hungary dan
Russia telah berminat untuk mendapatkan pengaruh politik. Pada tahun 1908, Austria-Hungary
berjaya menakluki Bosnia-Herzegovina dan matlamat seterusnya adalah untuk menguasai Serbia.
Namun, bagi menghalang serangan Austria-Hungary ke atasnya, Serbia telah Berjaya
mendapatkan sokongan Russia yang bercita-cita menguasai Selat Bosporus dan sebahagian
wilayah Turki. Hal ini telah mendorong kepada meletusnya Perang Dunia Pertama di Eropah.
Perlumbaan Dalam Teknologi Ketenteraan
Perlumbaan senjata telah berlaku di Jerman, Britain dan Perancis yang telah membawa keuntungan
kepada syarikat pengeluar senjata seperti Syarikat Krupp di Jerman dan Coventry Ordanance Work
di Britain. Pada tahun 1906, Britaiin telah berjaya menghasilkan sebuah kapal perang yang sangat
hebat, tercanggih dan berkuasa tinggi di dunia ketika itu HMS Dreadnought bagi menyaingi
angkatan tentera Jerman walaupun melibatkan peruntukan perbelanjaan yang besar. Pada tahun
1908 hingga tahun 1914, kuasa-kuasa besar seperti Jerman, Britain, Russia dan Austria-Hungary
telah menambahkan lebih 50% perbelanjaan ketenteraan terutama apabila golongan tentera ini
semakin berpengaruh dalam bidang politik dan pentadbiran sesebuah Negara. Rakyat Jerman telah
memberi sokongan terhadap pengisytiharaan perang yang dibuat kerajaan pada tahun 1914.
Peningkatan anggota tentera sangat ketara selepas tahun 1900 iaitu Rusia memiliki 1.3 juta tentera,
Jerman mempunyai 900 000 tentera, Perancis 900 000 tentera telah menambahkan ketegangan
yang sedia ada dan perang tidak dapat dielakkan lagi.
Idea dan Pendidikan
Sistem pendidikan yang dilaksanakan di beberapa Negara Eropah telah meningkatkan semangat
patriotik yang akhirnya telah mewujudkan hasrat ke arah peperangan. Sistem pendidikan di Jerman
memberi penekanan terhadap bahasa Jerman yang telah berjaya menyuburkan semangat cintakan
Negara dalam kalangan generasi muda. Manakala, persatuan-persatuan belia di Jerman diterapkan
perasaan untuk mengaggungkan peperangan dan ciri-ciri keperwiraan dengan setiap anggota
sehinggakan rakyat Jerman percaya mati di medan pertempuran adalah lebih baik daripada mati di
atas katil, malahan nama mereka yang terkorban akan terpahat di tugu peringatan.
Manakala, di Perancis pendidikan Sejarah yang dilaksanakan pada tahun 1912 telah mengingatkan
rakyatnya tentang kemungkinan berlakunya perang dan rakyatnya diingatkan agar membuat
persiapan yang sewajarnya. Semua pelajar didedahkan tentang kewajipan mempertahankan
Negara mereka. sistem pendidikan yang berteraskan semangat patriotisme dan mengagungkan
peperangan menjadi faktor pendorong kepada tercetusnya perang dunia pertama antara negara-
negara Eropah.
Pembunuhan Arcduke Franz Ferdinand
Peristiwa pembunuhan Arcduke Franz Ferdinand iaitu pewaris takhta Austria-Hungary dan
isterinya Duchess Sophie di Sarajevo pada 28 Jun 1914 oleh seorang pemuda Serbia yang
merupakan ahli kongsi gelap Black Hand apabila tidak mengentahkan amaran anti-Austria oleh
nasionalis Bosnia yang berketurunan Serb agar tidak melawat Bosnia. Bosnia merupakan kawasan
Austria yang dituntut oleh Serbia, sebuah negara Balka yang kecil yang telah menjadi tempat
pembunuhan yang dirancang. Pembunuhan ini telah menjadi sebab serta merta meletusnya Perang
Dunia Pertama apabila Kerajaan Austria telah mengambil peluang melalui peristiwa pembunuhan
ini bagi menghapuskan kedaulatan Serbia kerana Serbia telah lama menghasut rakyat Austria yang
berbangsa Arab untuk membebaskan diri daripada pemerintahan Austria. Tindakan Austria telah
mendapat sokongan sekutunya iaitu Jerman. Melihat daripada keadaan tersebut, Rusia telah
memberi amaran kepada Austria dan bersiap sedia untuk menyerang Austria. Jerman yang gusar
dengan perkembangan tersebut telah meminta Rusia untuk menghentikan persiapannya. Namun,
Rusia enggan menuruti saranan Jerman dan telah menyebabkan Jerman telah mengistiharkan
peperangan terhadap Rusia dan sekutunya 1 ogos 1914.

Anda mungkin juga menyukai