Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

PROGRAM KEM JATI DIRI


TAHUN 6
Pembentukan Minda Positif

ANJURAN:

GURU-GURU TAHUN 6
&
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING

TARIKH:

20 HINGGA 21 MAC 2017

TEMPAT:

KOMPLEKS FALAK AL-KHAWARIZMI,


TANJUNG BIDARA, MELAKA
PROGRAM KEM JATI DIRI TAHUN 6
Pembentukan Minda Positif
SESI 2017

1. PENGENALAN

Motivasi merupakan daya dorongan kepada seseorang secara psikologi untuk


melakukan sesuatu dengan cara yang lebih baik lagi.

Menjadi murid yang bermotivasi akan lebih fokus terhadap pembelajaran yang
diikuti. Mereka akan lebih yakin dan berketerampilan untuk cenderung jauh lebih
produktif dan efektif dalam proses pembelajaran dan kehidupan.

Jati diri kanak-kanak adalah satu proses mengenal siapa diri, untuk apa hidup ini dan
kemana arah proses kehidupan ini. Proses ini akan membentuk mereka menjadi insan
yang berupaya menempuh penghidupan yang mendatang.

2. RASIONAL

Program Kem Jati Diri ini diadakan sebagai platform utama yang boleh dimanfaatkan
pelajar sebagai menghadapi hari-hari menjelang UPSR. Program ini meliputi segenap
aspek kehidupan sebagai pelajar iaitu kepentingan akademik dan ilmu pengetahuan,
medan latihan fizikal, mental dan spiritual, pembangunan rohani, penjanaan akhlak
dan sahsiah serta ukhuwah dan kesatuan di kalangan pelajar. Program seperti ini amat
penting bagi seorang pelajar kerana di sinilah tempatnya kita dapat membentuk minda
positif dalam diri pelajar.

3. OBJEKTIF PROGRAM

a. Meningkatkan keyakinan diri


Sebagai pelajar, peserta yang mengikuti program ini akan lebih berkeyakinan
bila berhadapan apa jua situasi.

b. Meningkatkan kemahiran dan kreativiti


Peserta program akan didedahkan dengan multi-skill dan menggunakan
bakat kreatif dan kritis dalam menjalani proses kehidupan (KBAT).

c. Menambah nilai jati diri


Peserta akan didedahkan dalam proses mengenal potensi diri mereka sendiri.
Mereka akan lebih yakin dengan kebolehan dan bakat semulajadi diri.

d. Pembentukan nilai peribadi yang mulia


Peserta dibentuk ke arah menjadi insan berkualiti. Kebolehan berdikari dalam
mencapai matlamat dengan memberi fokus kepada keperluan melaksanakan
tanggungjawab.

e. Membentuk sikap bertanggungjawab


Peserta akan didedahkan dengan nilai tanggungjawab terhadap amanah dan
arahan. Bersedia menjadi seorang pelajar yang baik dan berakhlak mulia.
4. MAKLUMAT PROJEK

4.1 Tarikh : 20 hingga 21 Mac 2017


4.2 Masa : 2 hari 1 malam
4.3 Tempat : Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka
4.4 Anjuran : Guru-guru Tahun 6 & Unit Bimbingan dan Kaunseling

5. KUMPULAN SASARAN

Semua murid Tahun 6 SK Paya Rumput SKK.

6. STRUKTUR JAWATANKUASA

- Rujuk Lampiran -

7. TENTATIF PROGRAM

- Rujuk Lampiran

8. PERUNTUKAN

KWS Pelbagai = RM 2000.00


( Program Kecemerlangan )

8. CADANGAN ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KOS PERBELANJAAN

Makan minum
1 RM 1720.00
172 orang x RM10.00

Air Mineral
2 RM 280.00
28 kotak x RM10.00

JUMLAH RM 2000.00
9. PENUTUP

Sesungguhnya kita hanya merancang, namun perancangan Maha Esa itu lebih baik
dan mengatasi segala perancangan hamba-Nya. Harapan kami agar segala program
yang dirancangkan dan disusun akan mencapai objektif yang telah digariskan serta
dapat dihayati juga diaplikasi di dalam kehidupan peserta. Akhir kata, kami merakam
setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

. ..
(PN NURUL HANINAH BT ABD MAJID)
Penyelaras Program
Kem Jati Diri Tahun 6 2017

Anda mungkin juga menyukai