Anda di halaman 1dari 10

1.

0 PENGENALAN

Haiwan peliharaan atau haiwan kesayangan ialah haiwan yang dipelihara


sebagai peneman dan untuk menggembirakan pemiliknya. Menurut Kamus Dewan
Edisi Ketiga, haiwan membawa maksud binatang iaitu makhluk yang bernyawa dan
tidak berakal. Peliharaan pula membawa maksud, yang dipelihara. Oleh itu, haiwan
peliharaan pula membawa maksud binatang yang dipelihara oleh seseorang.
Haiwan yang dipelihara dan dijaga oleh manusia kerana naluri kasih sayang dan
suka kepada binatang.Haiwan yang menjadi pilihan akan dijaga dan dibelai dengan
penuh kasih sayang serta dianggap sebahagian daripada ahli keluarga. Haiwan
peliharaan ini fungsinya berbeza dengan binatang yang dibela untuk tujuan
ternakan, kajian atau haiwan yang dilatih dalam acara sukan seperti kuda. Haiwan
peliharaan di rumah bukan dibela untuk tujuan ekonomi sebaliknya bersifat riadah
dan terapi diri. Kaji selidik yang dikendalikan di Amerika Syarikat (AS) mendapati 63
peratus atau 71.1 juta orang daripada isi rumah di negara itu memiliki haiwan
peliharaan. (Aqilah, 2014).

Kajian menunjukkan hobi memelihara haiwan dapat mengurangkan tekanan. Hobi


membawa binatang peliharaan seperti anjing berjalan-jalan setiap petang juga
mampu merapatkan interaksi sosial selain beroleh faedah dari aspek kesihatan bagi
penjaga dan binatang kesayangan Terdapat berbagai-bagai jenis haiwan di muka
bumi ciptaan Tuhan. Walaubagaimanapun, haiwan peliharaan paling popular ialah
yang setia ataupun suka bermain-main, memikat perhatian, ataupun nyanyiannya.
Selalunya haiwan yang dipelihara adalah jenis yang jinak dan mudah
memeliharanya (Mohd Faizal,2008). Haiwan peliharaan sebegini juga dapat
mengurangkan tekanan kepada pemiliknya yang suka bermain dengan haiwan.
Terdapat beberapa jenis haiwan yang popular yang menjadi rebutan ramai untuk
dijadikan haiwan peliharaan. Antaranya adalah kucing, ikan, burung. anjing, sugar
glider, kura-kura, ayam, hamster dan sebagainya. Bagi memenuhi kehendak soalan,
kami memilih sugarglider sebagai haiwan kesayangan.

1.1 Sugar glider

Haiwan bersaiz kecil ini merupakan binatang marsupial dan nokturnal yang
berasal di seluruh bahagian utara dan timur tanah besar Australia, serta pulau-pulau

1
sekitar Tasmania, Papua New Guinea, dan Indonesia. Dari segi anatominya, sugar
glider mempunyai badan seperti tupai dengan ekor yang panjang. Sugars jantan
adalah lebih besar daripada perempuan, dan panjang mereka dari hidung ke hujung
ekor kira-kira 24 hingga 30 cm (12-13 inci, dan badannya sendiri adalah lebih kurang
5-6 inci). Sugar gliders mempunyai bulu tebal dan lembut yang biasanya kelabu
kehitaman. Terdapat juga juga spesis lain yang berwarna kuning, tan, atau albino.
Ada kalanya haiwan ini juga mempunyai jalur hitam dari hidung sehingga ke
belakang mereka. Perut, tekak dan dada sugars berwarna krim. Tambahan pula,
sugar glider mempunyai lima jari dengan setiap kaki dan tangannya. Masing-
masingnya mempunyai kuku, kecuali untuk jari kakinya yang kelihatan seperti ibu jari
manusia. Kakinya atau dipanggil hindfeet, digit kedua dan ketiga adalah
sebahagian syndactylous (kuku dan jari yang kelihatan bersambung) bersama-sama
untuk dijadikan sebagai sikat atau kuku untuk mereka membersihkan bulu atau
grooming(Niny Syuhada,2014).

Tetapi, ciri-ciri yang paling menarik ialah patagium, atau membran, yang kelihatan
seperti sayap seperti yang dimiliki oleh flying squirrel. Apabila tangan dan kaki
sugars ini dikembangkan, sayap atau membran ini membenarkan ia untuk meluncur
atau glide dari jarak 50 hingga ke 150 meter. Ciri lain adalah kelenjar bau, yang
terletak di atas dahi, dada, dan bahagian perut mereka. Ini bertujuan untuk
menandakan kawasan mereka, terutamanya untuk sugars jantan. Sugars jantan
yang sudah matang juga mempunyai kawasan yang botak di dahi mereka yang
kelihatan seperti bentuk berlian.

Gambar 1.1
Menunjukkan cara sugar glider meluncur

2
Sugars jantan juga mempunyai zakar yang bifurcated, (yang kelihatan seperti
berbelah) ini kerana sugars jantan mempunyai dua zakar manakala sugar betina
mempunyai marsupium (kantung) di tengah-tengah abdomen untuk membawa anak-
anaknya dan dua uterus dan vagina. Ini menyebabkan kebiasan untuk sugars yang
membiak untuk pertama kalinya mendapat sepasang joeys (panggilan bagi sugars
yang masih lagi bayi).

Gambar 1.2
Menunjukkan sepasang joeys iaitu bayi sugar
glider

1.2 Sifat dan tabiat Sugar Glider

Sebagai haiwan nokturnal, mereka aktif pada waktu malam, ini bermakna
mereka tidur di dalam sleeping pouch atau jika mereka cukup jinak dengan
tuannya,mereka akan tidur dalam poket atau jika yang sudah terbiasa, sugar glider
akan tidur di dalam baju tuan mereka.

Sugars mula aktif pada waktu malam atau bila sahaja keadaan persekitaran mejadi
gelap dan masa mereka mula menjadi aktif adalah bergantung pada sugars secara
individual. Ada yang mula aktif selepas pukul 8 dan ada sahaja yang hanya celik
selepas tengah malam. Pemilik sugars harus bersedia untuk mengorbankan waktu
tidur mereka, sekurang-kurangnya 1-2 jam setiap malam untuk melayan mereka.

Sugars boleh hidup sehingga 15 tahun dalam penjaagan manusia atau dalam
kurungan manusia, jadi ia amat penting bagi pemilik sugars untuk memberi
komitmen sepanjang tempoh ini kepada sugars mereka (Keli,2014). Sugars
mempunyai keperluan diet yang istimewa kerana mereka adalah haiwan yang
eksotik dan pemilik sugars perlu sanggup mengambil masa setiap malam dalam
purata masa 10-20 minit untuk menyediakan makan malam mereka. Sebagai haiwan
sosial yang tinggal secara berkoloni, mereka memerlukan perhatian yang
secukupnya dan sangat suka bersosial dalam kumpulan mereka sendiri. Sebab itu

3
sugars dinasihatkan untuk didapatkan dalam pasangan, agar mereka tidah stres dan
berasa sunyi. Tetapi, ia juga dinasihatkan agar pemilik sugars yang baru dalam
penjagaan sugars untuk tidak membenarkan pasangan sugars mereka membiak.
Untuk pembiakan sugars adalah kompleks, banyak persediaan diperlukan untuk
mengenalpasti dan menjaga suggies yang bunting. Dan persediaan yang lebih tinggi
diperlukan sekiranya joey yang lahir direject oleh ibunya.

Gambar 1.4
Menunjukkan sugar glider betina yang
mempunyai pouch untuk bayi

1.3 Penyakit-penyakit Sugar glider.

Semua makhluk hidup sering ditimpa sakit dan setiap penyakit ada ubatnya.
Sugar Glider tidak terkecuali. Oleh itu,sekiranya sugar glider mengalami masalah
kesiharan,kita haruslah dapatkan rawatan dengan segera. Antaranya penyakit-
penyakit yang sering ditimpa sugar gliders adalah seperti berikut,(Ein, 2011)

Cirit birit
Urinary Bergetar
Tract atau
Infection menggigil
Obesity/Ke
gemukan
Jangkitan Kelemahan
pada mata pada kaki
Kehilang
an bulu
Dehidrasi/ku
rang air Sembelit
dalam badan Kurang
nafsu
makan

RAJAH 1.5

(RAJAH 1.5 MENUNJUKKAN BEBERAPA JENIS PENYAKIT SUGAR GLIDERS)


4
PROSES
PENJAGAAN
SUGAR
GLIDER
5
a) Proses Makan

Dollar sedang
Dollar sedang makan snack
makan buah yogurt.
tembikai.

Pallets bagi
sugarglider.

Dollar sering diberi makan pada awal awal pagi. Ia juga diberi makanan ringan
(snak) yang khas untuknya. makanan Selalunya snaknya terdiri daripada ikan, buah-
buahan dan juga yogurt. Kandungan potasium tidak boleh tinggi daripada
kandungan kalsium. Oleh itu, pemberian buah epal telah dikurangkan dan digantikan
dengan buah lai dan buah tembikai. Buah-buahan perlu dipotong kecil dalam 2 inchi

6
diameternya bagi menyenangkan Dollar untuk memegang dan makan. Dollar
dikejutkan pada waktu petang dan diberi buah-buahan dua kali seminggu bagi
memastikan ia dapat diet seimbang. Setiap hari, air botolnya diisi penuh dengan air
kerana Dollar kuat minum air. Air tapis Sukida telah digunakan.

b) Proses Pembersihan

Sangkar yang
telah
dibersihkan.

i) Proses Pembersihan Tempat

Tempat Dollar iaitu sangkarnya telah dibersihkan pada setiap hari waktu petang
kerana ia akan tiadak aktif dan selalunya sedang tidur. Dollar akan dikejutkan dan
diberi membuang air besar dan air kecil. Dollar mempunyai tabiat membuang air
apabila bagun tidur. Setelah dollar selesai dengan proses pembersihan dirinya, ia
akan dimasukan ke dalam pouch dan diber tidur. Seterusnya, sangkarnya dibawa ke
tandas dan dibersihkan dengan syampu Jonsons Baby. Penggunaan sabun biasa
dielakkan kerana tidak mengetahui kealahan Dollar terhadap sabun biasa.
Penggunaan syampu bayi memperakukan oleh tuan sebelumnnya. Setelah dibilas
dengan air, sangkarnya dibiar untuk kering selama beberapa minit sebelum beri
Dollar masuk. Najisnya akan dibungkus dengan kertas tisu dan dibuang ke dalam
tong sampah

7
Semburan
pembersih
sugarglider.

Proses
pengeringan.

ii) Proses Pembersihan Dollar

Spesis sugarglider mempunyai tabit pembersihan sendiri.misalnya, spesis


sugarglider akan membersihkan dirinya dengan air liuh. Walaupun, mereka
mempunyai teknik pembersihan yang sendiri, tuannya perlu memandikannya dan
menjaga kebersihan bagi mengelakkan sebarang penyakit. Oleh itu, semburan
pembersih semulajadi telah digunakan seminggu dua kali. Prosesnya bermula
dengan menyemburkan semburan tersebut ke atas badan Dollar dan
menngeringkan dengan tuala khas.

Proses memotong
kuku.

Pemotong kuku.

Pemotongan kuku juga telah dilakukan sebulan sekali dengan menggunakan


pemotong kuku khas untuk sugarglider. Proses memotong kukunya selalu dilakukan
pada waktu petang dimana Dollar tidak aktif dan tidak akan bergerak banyak .

8
c) Proses Membawa Keluar

Baju lama yang


menjadi tempat
tidurnya.

Pouch beg
yang dibuat.

Apabila hendak membawa Dollar ke balik kampung, ia akan dibawa bersama-sama


dengan pouch beg. Selalunya ia akan dibawa jalan-jalan pada waktu petang
dimana Dollar tidak begitu aktif. Baju lama menjadi alas sebahagian sangkar bagi
mengalakkan proses bonding dengan tuannya. Lama-kelamaan, bau badan akan
menjadi kebiasaan dan akan lahir kepercayaan pada tuannya.

9
JADUAL
PEMANTAUAN
PENJAGAAN
HAIWAN
KESAYANGAN

10

Anda mungkin juga menyukai