Anda di halaman 1dari 18

MAKLUMAT KEPERLUAN PERIBADI

1. Pakaian bagi aktiviti harian seperti menghadiri kuliah, melakukan urusan rasmi di fakulti atau
bangunan pentadbiran.

Lelaki

Baju kemeja atau baju-T berkolar yang dimasukkan ke dalam seluar, kasut berwarna gelap dan
seluar panjang (slack). Pelajar tidak dibenarkan berambut panjang (mencecah kolar baju, menutup
telinga dan mencecah kening), berekor, berwarna dan berfesyen rambut yang tidak kemas.

Perempuan

Baju kurung, skirt panjang (menutupi buku lali kaki) dan tidak berbelah serta tidak ketat, baju labuh
melebihi paras punggung yang tidak jarang dan tidak ketat. Baju tanpa lengan tidak dibenarkan
sama sekali.

2. Pakaian Sukan & Riadah.

Pakaian sukan yang ditetapkan oleh Universiti atau yang bersesuaian dengan aktiviti sukan yang
dijalankan. Pakaian sukan hendaklah yang menutup aurat bagi pelajar muslim.

3. Keperluan Bilik Tidur.

Dicadangkan pelajar membawa sekurang-kurangnya 2 helai cadar berukuran katil bujang, 1 biji
bantal, 2 helai sarung bantal dan 2 helai selimut.

4. Keperluan Beribadah (Muslim Sahaja)

Pakaian kebangsaan lengkap dan songkok berwarna gelap, kain pelikat, Al-Quran, Surah Yasin
dan sejadah.

5. Keperluan harian lain.

Alat tulis, alatan mandian/basuhan, baldi, pakaian untuk beribadah, penyangkut baju dan
sebagainya mengikut keperluan.
MAKLUMAT MINGGU HARI SUAI KENAL (DIPLOMA)

1. Program Hari Suai Kenal Sesi 2015/2016 akan diadakan mulai 31 Mei 2015.

2. Program Hari Suai Kenal adalah aturcara rasmi dan semua siswa baru perlu mengikutinya (termasuk
pelajar kemasukan terus).

3. Tujuan Hari Suai Kenal ialah untuk mengeratkan silatulrahim di antara siswa disamping
memperkenalkan sistem pembelajaran dan pendidikan yang terdapat di UMP.

4. Makanan dan minuman akan diurus oleh pihak UMP dalam minggu Hari Suai Kenal.

5. Pakaian Rasmi pada Hari Pendaftaran Pelajar Baru

Pelajar lelaki mestilah memakai baju kemeja lengan panjang, bertali leher,seluar slack dan berkasut.
Pelajar perempuan muslim mestilah berpakaian baju kurung, bertudung dan berkasut. Manakala
pelajar perempuan non-muslim hendaklah berpakaian kemas dan sopan. Pakaian mestilah tidak
menjolok mata, jarang, singkat atau ketat. Rujuk lampiran 1 & 2 (Tatacara Pakaian & Rupa Diri
Pelajar dan Etika Berpakaian)

6. Pakaian Sukan & Riadah

Baju-T berkolar (lengan panjang bagi perempuan), seluar trek panjang berwarna gelap dan kasut
sukan. Rujuk lampiran 1 & 2 (Tatacara Pakaian & Rupa Diri Pelajar dan Etika Berpakaian)

7. Keperluan Beribadah (muslim sahaja)

Pakaian kebangsaan lengkap dengan songkok berwarna gelap,telekung (muslimah), Al-Quran,


Surah Yasin dan sejadah.

8. Maklumat Ringkas Aktiviti Hari Suai Kenal. (Sila rujuk lampiran 3)

Hari 1 : Pendaftaran Kemasukan,.

Hari 2 : - Taklimat Hari Suai Kenal


- Program Hari Suai Kenal
(aturcara lanjut dalam buku program Hari Suai Kenal yang akan diberi pada hari
pendaftaran).

Setiap petang akan diadakan aktiviti sukan dan riadah.


PERINGATAN DAN LARANGAN

1. Pelajar dilarang membawa, memiliki dan menyimpan sebarang bentuk senjata tajam dan
merbahaya.

2. Pelajar juga tidak dibenar membawa, menyimpan, memiliki dan meminum minuman keras /
beralkohol dan sebarang bentuk minuman yang memabukkan.

3. Universiti merupakan kawasan LARANGAN MEROKOK. Pelajar tidak dibenarkan


membawa, memiliki dan menyimpan sebarang bentuk rokok, paip, curut dan yang berkaitan
serta peralatannya.

4. Pelajar dilarang untuk membawa, memiliki, menyimpan atau menyalahguna dadah atau
bersubahat dengannya.

5. Pelajar dilarang untuk membawa, memiliki, menyimpan dan memelihara binatang peliharaan
(PATS) ke Kolej kediaman.

6. Pelajar dilarang untuk membawa, memiliki, menyimpan atau menyalahguna bahan kimia
beracun atau bersubahat dengannya.
MAKLUMAT PERATURAN PAKAIAN DAN KEMASAN DIRI
PELAJAR
Pakaian bagi aktiviti harian seperti menghadiri kuliah, melakukan urusan rasmi di
fakulti atau bangunan pentadbiran.

Lelaki

Baju kemeja atau baju-T berkolar yang dimasukkan ke dalam seluar, kasut berwarna gelap
dan seluar panjang (slack). Pelajar tidak dibenarkan berambut panjang (mencecah kolar
baju, menutup telinga dan mencecah kening), berekor, berwarna dan berfesyen rambut
yang tidak kemas. Rujuk lampiran 1 (Tatacara Berpakaian & Rupa Diri Pelajar-pelajar
Universiti Malaysia Pahang)

Perempuan

Baju kurung, skirt panjang (menutupi buku lali kaki) dan tidak berbelah serta tidak ketat,
baju labuh melebihi paras punggung yang tidak jarang dan tidak ketat. Baju tanpa lengan
tidak dibenarkan sama sekali. Rujuk lampiran 1 (Tatacara Berpakaian & Rupa Diri Pelajar-
pelajar Universiti Malaysia Pahang)

Semua pelajar hendaklah mempamerkan kad matrik sepanjang semasa dalam


kampus.
Lampiran 1
MAKLUMAT KOLEJ KEDIAMAN

1. Terdapat lima (5) buah Kolej Kediaman Pelajar ( dalam kampus) dan dua buah Kediaman Luar
Kampus di Jalan Tegak dan Bandar Pekan yang disediakan oleh pihak Universiti sebagai
kemudahan penginapan kepada pelajar sepanjang tempoh pengajian di Universiti ini.

2. Kolej Kediaman Pelajar 1, Kolej Kediaman Pelajar 2, Kolej Kediaman Pelajar 3, Kolej Kediaman 4
(Kampus Gambang) dan Kolej Kediaman Pelajar 5 (Kampus Pekan) menyediakan kemudahan
penginapan untuk pelajar tahun pertama (Siswa dan siswi) selain menyediakan kemudahan
penginapan kepada pelajar tahun 2 dan ke atas.

3. Permilihan pelajar untuk menginap di Kolej Kediaman Pelajar bagi pelajar tahun 2 dan ke atas
adalah berdasarkan Sistem Merit dan Demerit meliputi beberapa aspek penilaian iaitu pencapaian
akademik, penglibatan dalam aktiviti pelajar dan Universiti serta rekod disiplin setiap sesi pengajian.

4. Kemudahan berikut disediakan di bilik kediaman pelajar:


Katil Bujang
Tilam
Meja Belajar
Kerusi Belajar
Almari Pakaian
Kemudahan internet berwayar percuma

5. Kemudahan lain turut disediakan untuk kegunaan pelajar di setiap Kolej Kediaman Pelajar
sebagaimana berikut :
Kafeteria
Kedai runcit
Bilik bacaan
Student Lounge
GYM
Student Park
Indoor Game Room
Mesin air minuman Reverse Osmosis
Water cooler
Kemudahan mesin dobi layan diri
Masjid / surau
Kawalan keselamatan 24 jam
Gelanggang permainan
Perkhidmatan pembersihan kawasan
Perkhidmatan pencucian bangunan

Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Pegawai berikut di:-
Bahagian Perumahan & Kemudahan Pelajar ,
Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni
09-5492530 (Pn Noorafizah Abd Raffar) atau;

Pejabat Kolej Kediaman Pelajar di talian 09-5492533 (Pn Wan Aishah / En Hakimi), 09-5492560 / 09-
5491128 (En. Saifulnizam/ En. Syed Faisal), 09-5492675 / 09-5492673 (En Nazrul Reza/ Pn. Sufia),
09-5493362 (En Mohd Roppi / Pn Nor Azura Habib) dan 09-4245728 ( En. Mohamed Ghadafi)
MAKLUMAT PINJAMAN/ BIASISWA/ DERMASISWA PENDIDIKAN

1. Pelajar-pelajar yang menerima tawaran kemasukan ke Universiti ini adalah layak memohon
sebarang jenis biasiswa / pinjaman / dermasiswa pendidikan yang ditawarkan oleh mana-mana
badan kerajaan atau swasta;

2. Jika pelajar-pelajar menerima lebih dari satu tawaran, pelajar hanya layak untuk menerima satu
sahaja biasiswa/pinjaman sepanjang tempoh pengajian di UMP;

3. Semua permohonan hendaklah melalui Unit Pembiayaan & Kebajikan Pelajar, Jabatan Hal
Ehwal Pelajar & Alumni;

4. Maklumat berkenaan pinjaman/biasiswa boleh dirujuk di akhbar dan laman web agensi yang
menawarkan pinjaman/biasiswa sebelum pelajar mendaftar di UMP;

5. Bagi pembiayaan pinjaman pendidikan PTPTN, pelajar yang berminat untuk memohon perlu
melayari laman web www.ptptn.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut.

6. Berikut antara penaja ( biasiswa, pinjaman, dermasiswa ) lain yang memberi bantuan pendidikan
kepada pelajar - pelajar UMP.

BIL NAMA SYARIKAT LAMAN WEB


1 Biasiswa Tunku Abdul Rahman www.yayasantar.org.my
2 Felda Johore Bulker Sdn Bhd www.feldaholdings.com
Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA ) www.jpa.gov.my
Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah www.sabah.gov.my/jpan
3
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri
www.psc.sarawak.gov.my
Sarawak
4 Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia www.mohe.gov.my
5 Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah www.biasiswa.sabah.gov.my
Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak
www.maiamp.gov.my
6 Darul Ridzuan
Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Perak biasiswa.perak.gov.my
7 Majlis Agama Islam Negeri Johor www.maij.gov.my
8 Pinjaman Kerajaan Negeri Pulau Pinang epp.penang.gov.my
9 Pinjaman Pelajaran kerajaan Negeri Selangor www.selangor.gov.my
Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka
10 tapem.melaka.gov.my
(TAPEN )
11 Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia www.frim.gov.my
12 G.A.B Foundation www.gabfoundation.org
13 Gamuda Berhad www.gamuda.com.my
14 Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia www.jheoa.gov.my
Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah
15 www.jkmwpkl.gov.my
Persekutuan
16 Yayasan KLK www.klk.com.my
17 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja www.kwsp.gov.my
18 Libyan Scholarship www.shef.ac.uk/libya/scholarships.html
19 Lembaga Zakat Selangor www.e-zakat.com.my
20 Bank Rakyat Malaysia Berhad www.bankrakyat.com.my
21 Yayasan Bursa Saham Kuala Lumpur www.klse.com.my
22 Majlis Amanah Rakyat www.mara.gov.my
23 Pusat Zakat Sabah www.zakat.sabah.gov.my
24 Yayasan Negeri Sembilan www.yns.gov.my
25 Nestle Manufacturing (Malaysia) Sdn. Bhd www.nestle.com.my
26 Skim Biasiswa National Science F www.masduke.net/download/nsf.doc
Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi
27 www.mosti.gov.my
Malaysia
28 Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO ) www.perkeso.gov.my
29 Permodalan Nasional Berhad www.pnb.com.my
30 Sarawak Shell Berhad www.shell.com.my
31 Sapura Industrial Berhad www.sapuraindustrial.com.my
32 Terengganu Advanced Technical Institute www.tatiuc.edu.my
33 Yayasan Pendidikan Albukhary Sdn Bhd bukhary.atspace.com
34 Yayasan Felcra esistem.felcra.com.my/yayasan/index.html
35 Yayasan Pahang www.yp.org.my
36 Yayasan Sabah www.ysnet.org.my
37 Yayasan Selangor www.yayasanselangor.org.my
38 Yayasan Tenaga Nasional Berhad yayasan.tnb.com.my
39 Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN ) www.yakin.kelantan.gov.my
40 Yayasan Bank Rakyat www.yayasanbankrakyat.com.my
41 Embassy Of The Republic Of Yemen www.yemenembassy.org
42 Yayasan Terengganu www.ytrg.terengganu.gov.my
43 Yayasan Pelajaran Johor (YPJ ) www.johordt.gov.my/ypj
Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul
44 yayasansarawak.org.my/form/TAR.pdf
Rahman

7. Syarat dan tempoh permohonan biasiswa /pinjaman/dermasiswa tertakluk kepada syarat-syarat


dan tempoh yang ditentukan oleh badan-badan penaja.

8. Untuk maklumat lanjut berhubung penajaan pendidikan sila hubungi:

Nama : Pn Norkamalia binti Arbain

Email : norkamalia@ump.edu.my

Nama : Encik Mohd Saiful Adzrin bin Adnen

Email : adzrin@ ump.edu.my

Telefon : 09-5492543 atau 09-5492545.

Faksimili : 09-5492535
PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN

Pembiayaan pendidikan PTPTN terbuka kepada semua pelajar di IPTA yang mengikuti pengajian di
peringkat seperti berikut:-

i. Diploma
ii. Ijazah Sarjana Muda
iii. Ijazah Sarjana
iv. Doktor Falsafah (PhD)
v. Kursus Profesional

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Syarat-syarat permohonan pembiayaan pendidikan adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
3. Mendapat tawaran ke IPTA/ IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk
yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
4. Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA/ IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan daripada
Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdaftar dengan PTPTN;
5. Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi
daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan masih di dalam tempoh sah laku semasa tarikh
memohon;
6. Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan berbeza pengesahan perlu diperolehi daripada jabatan
atau agensi sebagaimana dinyatakan di atas;
7. Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1)
tahun;
8. Tiada penaja lain; dan
9. Telah membuka akaun SSPN-i. Hanya akaun SSPN-i yang mempunyai 15 digit sahaja yang
boleh membuat permohonan PTPTN. Sila hubungi cawangan PTPTN berhampiran untuk
menyemak nombor akaun SSPN-i 15 digit.

NOMBOR PTPTN

1. Diperlukan untuk membuat permohonan.


2. Boleh dibeli di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan nilai RM5.00.
3. Sah dalam tempoh 6 bulan bermula dari tarikh pembelian.

Nota: Kaedah pembelian nombor PTPTN di BSN boleh diperolehi di www.mybsn.com.my atau di talian
1300 88 1900.
KAEDAH PERMOHONAN

Kaedah permohonan pembiayaan pendidikan :

1. Mendapat tawaran ke IPT sebelum memohon pembiayaan pendidikan.


2. Memohon pembiayaan pendidikan secara online.
3. Permohonan berpandukan tarikh yang telah ditetapkan mengikut IPT.
4. Mempunyai akaun simpanan individu mengikut bank yang telah ditetapkan oleh IPT.

Bagi UMP menggunakan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Sila rujuk laman web PTPTN untuk tarikh tutup Permohonan Pembiayaan Pendidikan yang telah
dijadualkan mengikut IPT.

JUMLAH PEMBIAYAAN

Peringkat jumlah pembiayaan ditentukan berdasarkan kelayakan di bawah:

PERINGKAT
KELAYAKAN
PEMBIAYAAN
Sekiranya pelajar atau penjaga pelajar disenaraikan
Maksimum
sebagai penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)
75% daripada Pendapatan keluarga tidak melebihi RM8,000 (tiada
pembiayaan maksimum dalam data BR1M)
50% daripada Pendapatan keluarga melebihi RM8,000 (tiada dalam
pembiayaan maksimum data BR1M)

Sila rujuk laman web PTPTN untuk perincian.

PENGELUARAN PEMBIAYAAN

Pengeluaran pembiayaan pertama dibuat setelah pelajar memulangkan dokumen perjanjian lengkap
kepada PTPTN.

Pengeluaran pembiayaan kepada pelajar bagi semester berikutnya dibuat berdasarkan syarat-syarat
berikut:
1. Masih meneruskan pengajian pada peringkat, jurusan dan IPT yang diluluskan;
2. Lulus peperiksaan pada semester sebelumnya dengan keputusan Purata Nilai Gred (PNG) 2.0
ke atas; dan
3. Tidak menerima penaja lain.

PEMBERHENTIAN PEMBIAYAAN

Pembiayaan pendidikan akan diberhentikan atas sebab-sebab berikut:

Gagal/ berhenti pengajian pada peringkat/ jurusan/ IPT yang diluluskan semasa memohon
pembiayaan pendidikan;
Pelajar membuat pembatalan pembiayaan pendidikan PTPTN;
Menerima tajaan lain;
Pemalsuan maklumat semasa permohonan; atau
Penerima biaya diisytihar muflis.

WANG PENDAHULUAN PEMBIAYAAN (WPP)

Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) berjumlah RM1,500.00 bagi persediaan pelajar sebelum
mendaftar di IPTA dan Politeknik.

SYARAT-SYARAT PEMBERIAN WPP

Pelajar harus memenuhi kriteria seperti berikut :

I. Pelajar telah membuat persetujuan menerima WPP melalui saluran yang ditetapkan oleh
PTPTN;

II. Ibubapa/Penjaga pelajar mestilah Penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M);

III. Warganegara Malaysia;

IV. Ditawarkan pengajian bagi peringkat pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Sepenuh
Masa di IPTA & Politeknik; dan

V. Tidak mempunyai hutang WPP

*Syarat adalah tertakluk kepada ketetapan PTPTN.


KAEDAH PENGAGIHAN DAN PENGELUARAN WPP

Pengeluaran WPP diuruskan dengan menggunakan konsep waran dan tarikh sah laku waran
adalah dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh dikeluarkan.

Waran WPP diagihkan kepada pelajar-pelajar yang berjaya mendapat tempat di IPTA dan
Politeknik melalui dua kaedah iaitu serahan tangan atau pengeposan ke alamat pelajar dalam
tempoh dua (2) minggu sebelum pelajar mendaftarkan diri ke IPTA dan Politeknik.

Pelajar perlu hadir ke cawangan bank yang dilantik (CIMB Bank) dengan membawa MyKad
untuk menunaikan waran tersebut.

Wakil adalah tidak dibenarkan untuk menunaikan waran.

Waran hanya boleh ditunaikan melalui KAUNTER BANK SAHAJA.

Maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan boleh diperoleh daripada laman web
http://www.ptptn.gov.my.

PTPTN HOTLINE 03-2080 4455 untuk sebarang pertanyaan.


No Faks : 03-2092 1590
Alamat Surat Menyurat

PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL


Lot G2, Tingkat Bawah,
Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan,
Damansara Heights,
50490 Kuala Lumpur.

INFO CENTER PTPTN - SARAWAK


Bank Simpanan Nasional (Cawangan Utama Kuching),
Bangunan Haji Abdul Rasit,
Lot 173, 174, 175 Jalan Muda Hashim,
93400 Kuching, Sarawak.
Telefon : 082-234081

INFO CENTER PTPTN - SABAH


Bank Simpanan Nasional (Cawangan Utama Kota Kinabalu),
Wisma BSN Sabah,
Jalan Kemajuan, Karamunsing,
88000 Kota Kinablu, Sabah.
Telefon : 088-230467

PEJABAT PTPTN NEGERI PAHANG


No.48, Malay Town
Jalan Putra Square 1, Putra Square
25200 Kuantan, Pahang

No. Tel : 09 - 517 3442


No. Faks : 09 - 517 3219

Kemudahan perkhidmatan kaunter berpusat yang disediakan kepada pelanggan adalah:-

i. Pertanyaan dan Aduan;


ii. Rundingcara;
iii. Bayaran balik pinjaman;
iv. Pembukaan akaun SSPN;
v. Penambahan deposit SSPN; dan
vi. Kemudahan capaian internet bagi menjalankan aktiviti berkaitan dengan PTPTN.

Anda mungkin juga menyukai