Anda di halaman 1dari 32

VISI

Pendidikan Berkualiti
Insan Terdidik
Negara Sejahtera

MISI
Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti
untuk membangunkan potensi individu bagi
memenuhi aspirasi Negara

MOTTO
Keikhlasan Membawa Keberkatan

1
KANDUNGAN BUKU PERATURAN SEKOLAH
1. Pendahuluan
2. Definisi
3. Matlamat
4. Hari Persekolahan
5. Pakaian
6. Rambut / Kuku
7. Tatatertib
8. Masa Rehat
9. Kebersihan
10. Sumbangan PIBG
11. Kehadiran
12. Surat Rawatan
13. Langkah keselamatan
14. Aktivti Kokurikulum
15. Lawatan Pelawat
16. Kebakaran / Kecemasan
17. Ketua Darjah / Pengawas
18. Surat Mesyuarat
19. Kegiatan Luar
20. Amalan Mulia
21. Jenis-Jenis Kesalahan
22. Khidmat Nasihat
23. Maklumat Umum
24. Borang Pengakuan

2
PENDAHULUAN
Sekolah adalah sebuah institusi masyarakat. Di sinilah
disemai, dipupuk dan disuburkan ciri-ciri baik bagi
pembentukan sikap peribadi juga pertumbuhan fizikal yang
sempurna. Beberapa peraturan dan undang-undang perlu
bagi kesejahteraan individu masyarakat sekolah ini. Hayati
dan patuhilah undang-undang dan peraturan-peraturan
berikut bagi kepentingan diri, kebaikan masyarakat sekolah
dan keharmonian hidup bangsa dan negara.

DEFINISI

Menurut Kamus Dewan Edisi 1989, disiplin ditakrifkan


sebagai latihan terutamanya pemikiran dan kelakuan supaya
boleh mengawal diri sendiri, tatatertib seseorang supaya
boleh berkelakuan baik, kepatuhan kepada peraturan-
peraturan yang telah ditetapkan, hukuman atau denda
kerana melanggar sesuatu peraturan yang ditetapkan.

3
MATLAMAT
1. Berusaha meningkatkan mutu pencapaian akademik
semua murid.

2. Mempertingkat pencapaian keputusan dalam semua


ujian dan peperiksaan yang dijalankan.

3. Penglibatkan murid dalam semua bidang kokurikulum


supaya menjadi warganegara yang aktif, cekap,
berdisiplin dan bertanggungjawab.

4. Berusaha menghapuskan kelemahan yang telah


wujud, sedang wujud dan yang mungkin akan wujud.

5. Mempertingkatkan aspek penggunaan Bahasa


Malaysia dalam pengajaran, pertuturan serta
penulisan.

6. Mempertingkatkan tahap penguasaan Bahasa


Inggeris oleh semua murid.

4
PERATURAN DAN DISIPLIN SEKOLAH
1. HARI PERSEKOLAHAN
1.1 Hari persekolahan mengikut ketetapan Kementerian
Pendidikan iaitu hari Isnin hingga Jumaat.

1.2 Hari Sabtu boleh diisi dengan kelas tambahan, aktiviti


kokurikulum dan lain-lain aktiviti yang difikirkan perlu.

1.3 Waktu persekolahan

1.3.1 Semua murid mesti berada di sekolah selewat-


lewatnya 10 minit sebelum loceng pertama
(7.30 pagi).

1.3.2 Murid tidak boleh datang lewat daripada masa


loceng pertama dibunyikan.

1.4 Waktu perhimpunan

1.4.1 Hari Perhimpunan Sekolah adalah acara rasmi


sekolah. Semua guru dan murid diwajibkan
hadir.

1.4.2 Hari Perhimpunan ialah pada setiap hari Isnin.

5
1.4.3
Apabila loceng isyarat perhimpunan
dibunyikan, murid-murid hendaklah segera ke
tempat perhimpunan dalam barisan, tenang
dan tidak bising.

1.4.4 Murid beratur mengikut kelas masing-masing.


Murid yang rendah di hadapan dan yang tinggi
di belakang.

1.4.5 Semua murid dikehendaki menyanyikan lagu


Negaraku, lagu Negeri Pahang, lagu Sekolah
dan lagu patriotik dengan bersemangat sambil
memandang bendera sebagai tanda hormat.

1.4.6 Murid-murid tidak dibenarkan bercakap


semasa acara perhimpunan dijalankan.

1.4.7 Bagi murid Islam dikehendaki menadah tangan


apabila doa dibacakan.

1.4.8 Setelah tamat perhimpunan, murid akan


bergerak dalam barisan ke kelas masing-
masing.

6
PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH
2.1 Murid Lelaki

2.1.1 Seluar panjang berwarna biru gelap. Sekiranya


bertali pinggang,tali pinggang yang kepala
tidak besar atau tidak berhias.

2.1.2 Baju putih lengan pendek yang dipakai


sempurna dan ikut peraturan sekolah.
Baju dalam putih saja dibenarkan.

2.1.3 Kasut dan sarung kaki putih.

2.1.4 Murid-murid diwajibkan memakai tali leher


sekolah.

2.2 Murid Perempuan

2.2.1 Baju kurung warna putih dan kain sarung biru


tua (murid Islam) atau baju putih dan skirt
warna biru (murid bukan Islam).

2.2.2 Dibenarkan memakai telekung mini berwarna


putih segi tiga yang sesuai dengan murid.

2.2.3 Kasut dan sarung kaki putih

7
2.3 Lencana dan Tanda Nama

2.3.1 Semua pelajar dikehendaki memakai lencana


sekolah dan tanda nama sepanjang masa.

2.3.2 Lencana hendaklah dipakai dan dijahit di
bahagian luar poket atau di dada sebelah kiri
baju.

2.3.3 Lencana yang pudar atau hilang warnanya


hendaklah diganti dengan segera.

2.4 Pakaian Pendidikan Jasmani

2.4.1 Baju T sukan dan seluar trek yang ditetapkan


oleh pihak sekolah.

2.4.2 Semua murid dikehendaki memakai pakaian


Pendidikan Jasmani ketika waktu mata
pelajaran tersebut.

2.5 Pakaian Kokurikulum

2.5.1 Pelajar-pelajar hendaklah memakai pakaian


sebagaimana yang ditetapkan oleh guru
penasihat masing-masing.

8
2.5.2 Murid Tahap 2 digalakkan memakai pakaian
seragam mengikut Badan Beruniform masing-
masing pada hari Rabu.

3. RAMBUT / KUKU

3.1 Murid tidak dibenarkan berambut panjang


sehingga mencecah kolar baju atau cuping
telinga.

3.2 Rambut hendaklah bersih dan disikat kemas.


Murid dilarang menyimpan kuku panjang.

3.3 Murid-murid tidak dibenarkan mewarna rambut


dan warna rambut harus kekal dengan warna
asal.

4. TATATERTIB

4.1 Di kelas

4.1.1 Semua murid yang berada di kelas perlu


sentiasa dalam keadaan senyap dan bersopan
santun.

4.1.2 Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan


kelas tanpa kebenaran guru atau ketua kelas.

9
4.1.3 Sentiasa menjalankan tugasan yang
dipertanggungjawabkan seperti menjaga
kebersihan dan kekemasan bilik darjah.

4.1.4 Tidak dibenarkan makan atau minum, bermain,


berlari, bergurau dan lain-lain di dalam kelas.

4.1.5 Sentiasa menjaga dan tidak merosakkan


peralatan, alat bantuan mengajar yang terdapat
di dalam kelas.

4.1.6 Sekiranya perlu lampu dan kipas, boleh


digunakan. Tutup suis lampu dan kipas
sebelum meninggalkan kelas.

4.1.7 Murid-murid hendaklah sentiasa bersedia untuk


belajar sebagaimana jadual belajar yang
ditetapkan walaupun ketiadaan guru.

4.1.8 Murid-murid dikehendaki beratur di luar kelas
pada waktu pagi dan bersedia untuk membaca
doa. Dikehendaki beratur 5 minit sebelum
waktu akhir persekolahan.

4.1.9 Murid-murid boleh keluar kelas ke tandas tidak


lebih daripada dua orang setiap masa dengan
kebenaran guru dan membawa kad kebenaran
keluar kelas.
10
4.2 Dalam kawasan sekolah

4.2.1 Murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan


sekolah tanpa kebenaran Guru Besar /
Wakilnya.

4.2.2 Tidak dibenarkan berlari/ bising atau meronda
di kawasan bangunan sekolah.

4.2.3 Sentiasa membuat barisan dan berjalan dalam
keadaan senyap ketika masuk dan keluar kelas
terutama masa ke tempat perhimpunan, kantin,
padang, makmal komputer, PSS, makmal
sains, bilik kemahiran hidup dan waktu pulang.

4.2.4 Dilarang hampir atau masuk ke bilik Guru
Besar, pejabat, bilik guru, bilik cetak, tandas
guru, bilik alatan, stor sukan, dan lain-lain
tanpa keizinan guru.

4.3 Harta benda sekolah

4.3.1 Setiap murid bertanggungjawab menjaga harta


sekolah seperti kerusi, meja, papan kenyataan,
peralatan dan lain-lain. Sekiranya berlaku
sebarang kecurian, kehilangan, kerosakan dan
lain-lain hendaklah dilaporkan kepada guru
kelas atau guru bertugas. Mereka yang terlibat
11
boleh didenda atau diminta gantirugi yang
sepatutnya.

4.4 Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)



4.4.1 Buku teks yang dipinjam hendaklah dijaga
dengan cermat dan disampul dengan plastik
supaya tidak rosak atau hilang. Buku yang
rosak atau hilang mesti diganti, dibayar
mengikut harganya.

4.4.2 Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan
buku teks di sekolah.

4.4.3 Murid-murid diwajibkan menulis nama di buku
pinjaman (SPBT).

4.5 Alatan sukan



4.5.1 Mengambil, menggunakan peralatan
Pendidikan Jasmani/ permainan/ sukan
mestilah mendapat kebenaran guru yang
berkenaan.

4.5.2 Alatan yang rosak atau hilang semasa
menggunakannya adalah menjadi
tanggungjawab kepada mereka yang
berkenaan.
12
4.5.3 Menyimpan semula peralatan yang digunakan
di dalam stor dalam keadaan baik.

4.5.4 Murid-murid yang uzur (kurang sihat) dan
tidak boleh mengikuti Pelajaran Jasmani juga
dikehendaki berada di lapangan Pendidikan
Jasmani (di padang).

4.6 Pusat Sumber Sekolah (PSS)



4.6.1 Pinjaman / pemulangan buku-buku
perpustakaan hendaklah mengikut peraturan-
peraturan yang ditetapkan.

4.6.2 Murid-murid hendaklah senyap ketika berada
di perpustakaan.

5. MASA REHAT

5.1 Murid-murid dikehendaki membeli makanan di


kantin bukannya di kedai-kedai luar / daripada
penjaja.

5.2 Murid-murid dikehendaki membeli makanan
di tempat yang disediakan dalam keadaan
beratur dan tidak berebut-rebut.

13
5.3 Mengamalkan doa sebelum dan selepas
makan bagi murid-murid Islam.

5.4 Murid-murid tidak dibenarkan berada di dalam


kelas semasa rehat kecuali dengan kebenaran
guru.

5.5 Murid-murid bertanggungjawab menjaga


kebersihan kantin. Sampah sarap dan sisa
makanan hendaklah dibuang ke dalam tong
sampah yang disediakan.

5.6 Berhenti makan / minum setelah loceng


dibunyikan dan segera ke kelas.

5.7 Bekas-bekas makanan seperti piring, mangkuk


dan gelas hendaklah dikumpulkan di tempat
yang telah dikhaskan.

5.8 Murid-murid dibenarkan makan di kantin dan


duduk di tempat yang disediakan.

5.9 Murid-murid hanya boleh makan di kantin


sahaja sekiranya ibu bapa menghantar
makanan.

14
6. KEBERSIHAN

6.1 Kebersihan bilik darjah adalah tanggungjawab


kelas masing-masing.

6.2 Buang sampah di dalam tong sampah dan


dilarang keras membuang sampah di merata-
rata tempat.

6.3 Tidak boleh menconteng atau mengotori mana-


mana bahagian bangunan sekolah.
6.4 Gunakan tandas dengan sebaik-baiknya. Pam
tandas setelah digunakan. Jangan sesekali
memasukkan kertas atau benda-benda lain ke
dalam lubang tandas.

6.5 Segera menutup paip selepas digunakan.

6.6 Tidak dibenarkan mencuci kaki dan


memasukkan sampah atau lebihan makanan
ke dalam sinki.

6.7 Tidak dibenarkan berludah merata-rata.

6.8 Kelas juga mestilah dibersihkan pada waktu


terakhir sesi pembelajaran pada setiap hari.

15
7. SUMBANGAN PIBG

7.1 Bayaran yang dikenakan hendaklah dijelaskan


dalam jangka masa yang ditetapkan.

7.2 Bayaran hendaklah dibuat melalui guru kelas


masing-masing. Resit akan dikeluarkan dan
hendaklah disimpan sebagai bukti pembayaran.

8. KEHADIRAN

8.1 Murid-murid mesti hadir ke sekolah setiap


hari persekolahan kecuali sakit. Surat Akuan
Doktor / ibu bapa / penjaga hendaklah dihantar
kepada pihak sekolah.

8.2 Murid-murid dikehendaki berada di sekolah


sekurang-kurangnya 10 minit sebelum loceng
pertama berbunyi.

8.3 Murid-murid yang hadir lewat akan ditulis nama


mereka ke dalam Buku Kehadiran Lewat oleh
pengawas yang bertugas. Jika melebihi tiga
kali, mengikut catatan rekod tersebut satu
surat akan dihantar kepada penjaga untuk
memberitahu akan perkara tersebut sebelum
tindakan seterusnya diambil.

16
8.4 Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah
dianggap ponteng. Jika tidak hadir lebih
daripada tiga hari berturut-turut, pihak sekolah
akan mengeluarkan surat peringatan untuk
penjaga. Setelah tiga kali surat dihantar tetapi
masih juga tidak hadir murid berkenaan boleh
disingkirkan / dibuang sekolah.

8.5 Jika murid terpaksa pulang lebih awal daripada


waktu persekolahan atas sebab-sebab
tertentu, hendaklah terlebih dahulu mendapat
kebenaran Guru Besar / Wakilnya dan
direkodkan ke dalam buku yang disediakan di
pejabat sekolah.

9. SURAT RAWATAN

9.1 Murid-murid yang perlukan rawatan doktor


bolehlah mendapatkan surat rawatan yang
disediakan di sekolah.

9.2 Murid yang perlukan rawatan kecemasan


semasa belajar mesti mendapat kebenaran
daripada Guru Besar / GP Kanan.

17
10. LANGKAH KESELAMATAN

10.1 Murid-murid dilarang membawa buku-buku


komik / pisau / benda-benda berbahaya / alat
permainan ke sekolah.

10.2 Letakkan basikal di tempat yang telah


disediakan dan dikunci.

10.3 Kawasan letak basikal adalah kawasan


larangan. Murid-murid tidak boleh berada /
bermain di kawasan tersebut.

10.4 Murid-murid dilarang berbasikal di kawasan


sekolah.

10.5 Murid-murid yang menaiki kenderaan seperti


bas sekolah atau van hendaklah beratur dan
mengikut peraturan.

10.6 Murid-murid yang berjalan kaki hendaklah


berhati-hati ketika di jalanraya.

10.7 Murid-murid mesti beratur semasa hendak


pulang selepas loceng akhir. Murid-murid tidak
dibenarkan membuat bising (seperti bersorak /
menjerit), berlari, bertolak-tolak dan bermain-
main ketika berjalan pulang.
18
10.8 Jika murid-murid ketinggalan bas, van atau
ibu bapa / penjaga datang lambat, mereka
hendaklah menunggu di dalam kawasan
sekolah atau memberitahu kepada GPK atau
guru bertugas atau ke pejabat sekolah.

10.9 Jika kehilangan sesuatu barang segera


beritahu guru dan jika terjumpa barang-barang
bukan milik sendiri hendaklah diserahkan
kepada guru.

10.10 Tidak dibenarkan memakai sebarang jenis


barang kemas yang berharga pada waktu
persekolahan.

11. KEGIATAN AKTIVITI KOKURIKULUM

11.1 Setiap murid Tahun 4, 5 dan 6 dimestikan


menyertai ketiga-tiga aktiviti berikut :-

11.1.1 Persatuan / Kelab


11.1.2 Pakaian Seragam
11.1.3 Permainan

11.2 Setiap kali diadakan aktiviti, kehadiran adalah


wajib dengan berpakaian lengkap dan kemas.

19
11.3 Selipar dan baju T yang pelbagai tidak
dibenarkan.

11.4 Sekiranya tidak hadir 3 kali berturut-turut tanpa


sebab, tindakan disiplin akan dikenakan.

11.5 Tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah


tanpa kebenaran guru sebelum aktiviti
dijalankan.

12. LAWATAN PELAWAT-PELAWAT

12.1 Murid-murid dikehendaki menghormati mana-


mana pelawat yang hadir ke sekolah ini dengan
memberikan ucapan bertatasusila.
12.2 Segera membuat laporan kepada guru-guru jika
disyaki atau melihat orang yang mencurigakan
masuk ke kawasan sekolah.

13. LATIHAN KEBAKARAN KECEMASAN

13.1 Murid-murid dikehendaki mematuhi segala


arahan dan peraturan-peraturan semasa
latihan kecemasan dijalankan.

20
14. KETUA DARJAH / PENGAWAS

14.1 Memakai tali leher dan lencana jawatan pada


setiap masa, berkeadaan kemas dan rapi
sentiasa.

14.2 Bertanggungjawab terhadap segala tugas yang


diserahkan.

14.3 Sentiasa memberi kerjasama kepada guru-


guru.

14.4 Sentiasa peka dan bertanggungjawab agar


dihormati dan dipatuhi oleh murid-murid lain.

15. SURAT MENYURAT

15.1 Surat yang dikirim kepada murid sekolah ini


melalui alamat sekolah akan ditapis oleh Guru
Besar atau wakilnya.

15.2 Sekiranya terdapat surat yang isinya
menyeleweng dan tidak sesuai dengan taraf
sebagai murid, tindakan akan diambil.

21
16. KEGIATAN LUAR

16.1 Murid-murid dilarang menyertai atau


melibatkan diri dalam kegiatan luar yang
tiada kaitan dengan aktiviti sekolah kecuali
mendapat kebenaran bertulis daripada guru /
ibubapa / penjaga.

17. AMALAN MULIA

17.1 Murid-murid hedaklah sentiasa patuh arahan /


pesanan nasihat dan amanah yang diberikan
oleh guru.
17.2 Murid-murid hendaklah sentiasa menunjukkan
perilaku yang baik di sekolah atau di luar
sekolah.

17.3 Bersopan santun semasa bercakap / berbicara


dengan guru, kakitangan sekolah / guru /
kawan-kawan seperti memulakan perbualan
dengan ucapan salam hormat.

17.4 Sentiasa menghormati lagu Negaraku, lagu


negeri Pahang, lagu Sekolah juga bendera-
bendera Negara dan Negeri.

17.5 Sentiasa menjaga nama baik sekolah.

22
17.6 Sentiasa memberi ucapan salam apabila
bertemu dengan guru-guru atau orang-orang
yang lebih tua.

17.7 Sentiasa siapkan kerja-kerja sekolah yang


dibekalkan oleh guru.

18. JENIS-JENIS KESALAHAN

18.1 Tingkah laku jenayah



18.1.1 Berjudi

18.1.2 Mencuri

18.1.3 Melawan / mengancam / memukul


/ mencederakan guru, kakitangan
sekolah, pengawas, ketua kelas dan
murid-murid lain.

18.1.4 Memeras ugut / membuli

18.1.5 Membawa senjata tajam


/ berbahaya

18.1.6
Mencabul kehormatan

23
18.1.7 Menceroboh bilik khas, kedai buku,
pejabat dan surau sekolah.

18.1.8 Menunjuk perasaan / mengganggu


ketenteraman sekolah.

18.1.9 Bertaruh / unsur-unsur judi.

18.1.10
Melakukan vandalisme dan
gangsterisme.

18.1.11 Mengedar, menghisap atau terlibat


dalam kegiatan merokok, dadah dan
pil-pil khayal.

18.2 Tingkah laku lucah



18.2.1 Membawa bahan-bahan lucah ke
sekolah.

18.2.2 Mengeluarkan kata-kata / perbualan
lucah.

18.2.3 Melukis / menulis kata-kata dan
gambar-gambar lucah.

24
18.3 Tingkah laku tidak mementingkan masa

18.3.1 Berkeliaran di kawasan sekolah.

18.3.2 Hadir lewat ke sekolah.

18.3.3 Lewat ke perhimpunan.

18.4 Tingkah laku kurang sopan dan biadap



18.4.1 Berkelakuan kasar terhadap guru.

18.4.2 Berkelakuan kasar terhadap
pengawas / ketua kelas.

18.4.3 Berkelakuan kasar terhadap murid
lain / rakan.

18.4.4 Berbahasa kesat.

18.4.5 Menyimpan / menghisap rokok atau
tembakau.

18.4.6 Mengganggu pengajaran dan
pembelajaran.

18.4.7 Tidak menghormati guru.

25
18.4.8 Tidak menghormati pengawas / ketua
kelas.

18.4.9 Tidak menghormati bulan puasa.
Makan minum di khalayak ramai.

18.5 Tingkah laku tidak jujur / menipu.



18.5.1 Ponteng sekolah / kelas /
perhimpunan

18.5.2 Penipuan yang melibatkan
kepercayaan

18.5.3 Penipuan yang melibatkan harta
benda / barangan

18.6 Ponteng

18.6.1 Ponteng sekolah / kelas /
perhimpunan

18.6.2 Ponteng kegiatan kokurikulum

18.6.3 Ponteng ujian / peperiksaan

26
19. KHIDMAT NASIHAT

19.1 Mana-mana murid yang mempunyai


masalah boleh pada bila-bila masa berjumpa
dengan Guru Bimbingan / kaunseling untuk
mendapatkan bantuan khidmat nasihat. Murid-
murid tidak harus segan, malu atau takut
untuk menyuarakan masalah yang dihadapi
walaupun agak peribadi.

20. MAKLUMAT UMUM

20.1 Segala peraturan di atas adalah tertakluk


kepada masa / keadaan yang diputuskan oleh
Lembaga Tatatertib Sekolah atau atas nasihat
Guru Besar.

20.2 Murid-murid sebagai manusia yang Allah


kurniakan akal fikiran hendaklah memahami
bahawa hidup ini penuh dengan peraturan
walau di mana kita berada. Oleh itu setiap
orang yang berakal mesti mengikuti dan
mematuhinya pada setiap masa.

27
20.3 Apabila manusia yang berakal tidak mematuhi
peraturan maka jadilah manusia itu tidak ubah
seperti haiwan yang sememangnya ditakdirkan
oleh Allah hidup tanpa berperaturan.

20.4 Justeru itu, semua murid mestilah mamatuhi


dan menghormati peraturan sekolah yang telah
ditetapkan pada bila-bila masa, selagi ianya
menjadi murid Sekolah Kebangsaan Balok.

20.5 Sesungguhnya kesempurnaan hidup tidak


akan dapat dinikmati walaupun memiliki ilmu
yang tinggi melangit andainya iman, amal,
akhlak dan disiplin diabaikan.

28
20. BORANG PENGAKUAN

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Balok,
26100 Kuantan,
Pahang Darul Makmur. Tarikh :....

Melalui
Guru Kelas

BUKU PERATURAN TATATERTIB / DISIPLIN MURID

1. Saya telah memiliki buku tersebut di atas untuk


dijadikan bahan rujukan dan panduan saya sendiri.

2. Saya faham segala isi kandungannya dan berjanji


akan mamatuhi sepenuhnya segala yang disuruh dan
menjauhi segala yang dilarang.

3. Saya sedar bahawa saya akan dikenakan tindakan


yang sewajarnya oleh pihak sekolah jika saya
melanggar disiplin sekolah ini dan saya rela menerima
hukuman yang setimpal.

29
Tandatangan : .............................
Nama (Huruf Besar) : ...........
................................................................................................
Darjah : .............. Jantina : .........

Saya sebagai ibu bapa / penjaga maklum akan perkara


yang tersebut di atas.

Tandatangan :.....................................
Nama :.....................................
Alamat :.....................................
:.....................................
:.....................................
Pekerjaan :.....................................
No. Tel :.....................................

30
PERATURAN PERTUKARAN MURID
DALAM DAN LUAR NEGERI

1. Mengambil dan mengisi borang di pejabat sekolah.

2. Bawa bersama maklumat berikut semasa datang


untuk membuat pertukaran :

2.1 Surat Beranak

2.2 Alamat tempat tinggal sekarang

2.3 Alamat tempat tinggal baru

2.4 Nama sekolah baru

3. Surat pertukaran hanya akan dikeluarkan tiga hari


selepas menghantar borang untuk semakan seperti
senarai di bawah :

3.1 Yuran sekolah hendaklah dijelaskan

3.2 Rekod profil

3.3 Rekod kesihatan (buku biru)

3.4 Lain-lain perkara sekiranya ada
(SPBT, hutang kedai buku dan sebagainya)

31
CATATAN PENTING
................................................................................................
................................................................................................
................................................................................................
................................................................................................
................................................................................................
................................................................................................
................................................................................................
................................................................................................
................................................................................................
................................................................................................
................................................................................................
................................................................................................
................................................................................................
................................................................................................
................................................................................................
................................................................................................
................................................................................................
................................................................................................
................................................................................................
................................................................................................
................................................................................................
................................................................................................
................................................................................................
................................................................................................
................................................................................................
................................................................................................
32

Anda mungkin juga menyukai