Anda di halaman 1dari 2

TUGASAN 4 : REFLEKSI

Perkataan Mikro diambil dari bahasa Greek yang bermakna kecil. Ini bermaksud pengajaran
mikro adalah proses pengajaran yang dijalankan dalam unit kecil sebagai simulasi kepada guru
pelatih. Pengajaran mikro bertujuan untuk mengurangkan masalah-masalah yang mungkin
timbul semasa pengajaran makro dijalankan. Pengajaran mikro adalah pengajaran dalam skala
kecil, iaitu dilakukan dengan jalan menyederhanakan komponen-komponen dalam ruang
lingkup pembelajaran yang ada, sehingga calon guru dapat menguasai satu per satu
ketrampilan mengajar dalam situasi mengajar yang disederhanakan itu. Pengajaran mikro juga
dapat dimaksudkan sebagai cara untuk belajar mengajar, kerana dalam pengajaran mikro ini
calon guru dilatih untuk melaksanakan pengajaran seperti mengajar dalam situasi sebenar.

Untuk pengajaran mikro yang telah saya lakukan oleh saya dan Iman, kami telah
memilih bidang Mengenal kraf tradisional sebagai bidang yang akan dilaksanakan semasa
pengajaran mikro. Pelajar diminta untuk membuat anyaman kelarai yang mudah menggunakan
warna asas berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran. Pengajaran mikro ini
dijalankan ke atas pelajar tahun 1 seramai 15 orang. Dalam membuat persediaan pengajaran
mikro. Saya telah membuat pelbagai kajian dan mencari aktviti serta bahan dan alatan yang
sesuai dan menarik bagi menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi seronok,
afektif dan produktif.

Hasil pembelajaran adalah mudah dan boleh diukur. Hal ini bagi memudahkan untuk
mengukur tahap pencapaian yang perlu murid capai pada akhir pembelajaran. Hasil
pembelajaran juga perlu selaras dengan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran supaya
tidak lari daripada objektif utama. Dalam menjalankan pengajaran mikro ini, pelbagai milai nilai
murni telah dimasukkan supaya selari dengan keperluan pelajar. Antaranya ialah, unsur
keselamatan semasa menggunting kertas. Seseorang guru juga perlu peka dengan kemahiran
dan pengetahuan sedia ada murid. Ia bagi membantu murid tersebut minat dengan apa yanag
akan diajar secara konsisten.

Semasa pengajaran mikro saya telah membhagikan tugasan secara sama rata. Ini
memberi peluang kepada rakan saya merasai pengalaman mengajar. Antara kekuatan pada
kumpulan kami ialah, kami telah menggunakan peralatan elektronik seperti komputer dan LCD
bagi memudahkan proses penyampaian dan kefahaman murid. Selain itu kami juga membawa
sebuah bag yang menggunakan teknik anyaman. Hal ini bagi menarik minat pelajar supaya
fokus dan meningkatkan lagi perasaan ingin tahu murid. Murid urid juga diberi peluang untuk
melihat, memegang dan merasa struktur bag tersebut. bag tersebut juga mempunyai warna
yang menarik bagi menarik minat murid.

Saya juga telah menyediakan beberapa contoh karya atau kraf yang telah disiapkan.
Terdapat pelbagai corak dan motif pada karya tersebut. antaranya ialah, motih flora dan buatan
manusia. Ia bagi merangsang kreativiti murid dalam menghasilkan anyaman tersebut. bagi
memastikan keselamatan murid terjamin. Saya dan rakan kumpulan saya telah menyiapkan
helain kertas yang telah digunting. Hal ini bagi memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan lancar. Selin itu, masa untuk menggunting dapat dijimatkan
dengan hanya menyisipkan helain kertas itu sahaja.

Terdapat juga beberapa kelemahan yang perlu dibaiki. Antaranya terdapat beberapa
istilah seni saya tidak dapat jelaskan dengan baik. Saya juga banyak membuang masa dengan
membantu murid menggunting kertas. Saya dapati murid yang lemah agak sukar menyiapkan
tugasan yang diberikan. Selain itu, kelemahan lain yang dapat dikesan ialah ketepatan
mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa amat penting bagi memastikan proses
pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar.

Refleksi pengajaran mikro yang di buat ini membolehkan saya menilai semula
pengajaran yang dilakukan selama 60 minit. Bermula dari set induksi sehinggalah kepada
bahagian penutup. Saya dapat menilai sama ada pengajaran dan pebelajaran saya pada hari
tersebut tercapai seperti yang ditulis dalam rancangan pengajaran harian . sekiranya tidak
tercapai saya akan mengubah teknik dan aktiviti pngajaran yang lebih afektif dan menarik. Di
samping itu, saya juga dapat menilai di manakah keuatan dan kelemahan dalam pengajaran
dan pembelajaran yang telah dibuat. Maka dengan ini, dapatlah saya menambahbaikan apa
kelemahan dalam pengajaran saya.