Anda di halaman 1dari 33

Topik X Mencapai

Impian
10 Kewangan
Peribadi
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan makna dan pelbagai jenis simpanan;
p 2. Membincangkan matlamat pelaburan dan hubungan antara risiko
dan pulangan;
3. Menjelaskan pelbagai jenis pelaburan, insurans, takaful dan
pinjaman;
4. Membuat keputusan yang matang tentang membeli polisi insurans;
5. Menjelaskan risiko menjadi penjamin; dan
6. Menghuraikan tanda-tanda kemelut kewangan.

X PENGENALAN
Pernahkah anda mendengar pepatah What matters is how much you save, not
how much you earn (Apa yang penting adalah berapa yang anda jimatkan,
bukan berapa yang anda perolehi)? Dalam ertikata lain, mempunyai
pendapatan yang lebih tinggi daripada orang lain tidak menjamin kedudukan
kewangan anda akan lebih baik daripada kedudukan kewangan mereka jika
anda berbelanja lebih daripada apa yang anda perolehi.

Selalunya adalah lebih baik jika anda berbelanja kurang daripada kemampuan
anda dan mengamalkan tabiat menyimpan. Namun demikian, di samping
TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI W 145

menyimpan, seseorang itu juga mesti belajar selain membuat pelaburan.


Menyimpan tidak akan menjadikan anda kaya, sebaliknya, pelaburanlah yang
boleh menjadikan anda kaya. Pelaburan, dari perspektif kewangan peribadi,
tidak sempurna jika dilakukan tanpa mengetahui bagaimana untuk
mengekalkannya dan mendapatkan pelindung yang baik iaitu insurans.
Topik ini juga membincangkan bagaimana hendak mengetahui sama ada
seseorang itu menghadapi kemelut kewangan. Ini berperanan sebagai semak
kendiri kewangan yang tidak boleh diabaikan dalam mengejar kejayaan
kewangan peribadi yang sebenar.

10.1 MEMBINA KEKAYAAN


Kita telah membincangkan dalam topik sebelumnya bahawa cara bijak
mengurus wang ialah membina kekayaan dengan memiliki lebih daripada apa
yang anda hutang. Di sini, kita akan membincangkan dengan lebih mendalam
bagaimana membina kekayaan dan pada masa yang sama, merancang untuk
mengatasi apa-apa ketidakpastian.

10.1.1 Tabiat Menabung


Menabung untuk masa hadapan sukar dilakukan. Ia lebih daripada
mengurangkan perbelanjaan walaupun ini sahaja sudah cukup mencabar.
Berapa yang perlu anda simpan, di mana anda perlu menyimpannya dan adakah
anda pasti bahawa anda membuat keputusan yang betul? Mari mengetahui
bagaimana untuk menetapkan matlamat yang realistik dan mendapatkan
manfaat yang lebih banyak dari wang anda.

Mengikut businessdictionary.com, simpanan adalah sebahagian daripada


pendapatan boleh guna yang tidak dibelanjakan untuk barangan konsumer
tetapi disimpan, dilaburkan terus dalam peralatan modal, membayar pinjaman
perumahan atau membeli sekuriti.

Anda patut membuat simpanan automatik. Pelan tabungan adalah penting


dalam perancangan kewangan. Tanpa pelan ini, anda mungkin tidak dapat
mencapai matlamat kewangan anda. Cuba menabung sekurang-kurangnya 10%
daripada gaji anda setiap bulan. Adalah lagi baik jika anda boleh menabung
antara 20% dan 30% kerana ini bermakna anda akan mempunyai lebih wang
untuk masa hadapan anda. Ingat, semakin banyak wang ditabung sekarang,
semakin mudah untuk mencapai matlamat kewangan anda.

Terdapat beberapa cara menabung peratusan pendapatan bulanan tersebut terus


ke dalam akaun simpanan anda. Anda boleh:
146 X TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI

(a) Menulis cek dan memasukkannya ke dalam akaun simpanan anda setiap
bulan;
(b) Melakukan pemindahan wang melalui mesin juruwang automatik (ATM);
dan
(c) Memindahkan wang dari akaun semasa ke dalam akaun simpanan anda
melalui perbankan Internet setiap bulan.

Adalah bagus sekiranya anda dapat melakukan salah satu daripada perkara
yang tersebut di atas. Walau bagaimanapun, selepas beberapa bulan, anda
mungkin terlupa untuk berbuat demikian atau ada alasan untuk membelanjakan
wang tersebut daripada menyimpannya dalam akaun simpanan anda. Tabiat
menabung anda akan terjejas dan sekiranya ini berlaku, mungkin sukar
meneruskan pelan tersebut.

Jadi, bagaimana untuk memastikan anda mengikuti pelan tabungan ini? Mudah
saja  adakan tabungan secara automatik!

Berikan arahan kepada bank anda untuk memindahkan sekurang-kurangnya


10% daripada gaji bulanan anda dari akaun semasa anda ke akaun simpanan
anda setiap bulan. Aturkan agar pemindahan ini dilakukan sebaik sahaja gaji
anda dimasukkan ke dalam akaun semasa anda. Apa yang tidak dapat dilihat
atau apa yang tidak ada, anda tidak akan rasa kehilangannya. Pada masa yang
sama, wang dalam akaun simpanan akan bertambah, membawa anda lebih
hampir kepada matlamat kewangan anda.

Jika kemampuan serta pendapatan anda bertambah hasil kenaikan gaji atau
pangkat, beri arahan kepada bank untuk menambahkan jumlah yang
dipindahkan ke akaun simpanan anda. Apabila anda berjaya menyimpan jumlah
wang yang dikehendaki, pindahkan wang tersebut ke simpanan tetap atau lain-
lain simpanan yang memberi lebih pulangan.

Walau bagaimanapun, teruskan pemindahan wang setiap bulan ke dalam akaun


simpanan dan jangan berhenti kerana ini mungkin akan menjejaskan tabiat
menabung anda. Wang yang anda tabung secara automatik ini boleh digunakan
untuk mencapai matlamat kewangan yang lain.

AKTIVITI 10.1

Apa erti menabung? Bagaimanakah ia berbeza dengan melabur?



TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI W 147

10.1.2 Menambahkan Nilai Bersih


Membina kekayaan adalah mengenai penambahan nilai bersih anda, yang telah
dibincangkan dalam Topik 9. Aset tolak liabiliti sama dengan nilai bersih anda,
yang mungkin positif (nilai aset melebihi nilai liabiliti) atau negatif (nilai liabiliti
melebihi nilai aset).

Dalam topik ini, kita akan bertumpu pada peningkatan aset melalui simpanan
dan pelaburan. Kita akan melihat matlamat pelaburan anda, risiko dan pulangan
pelaburan anda serta mempelbagaikan pelaburan anda.

(a) Matlamat Pelaburan Anda
Apabila anda menabung secara berterusan, anda perlu membuat
keputusan penting tentang cara melabur wang anda. Bagaimana berbuat
demikian? Mudah sahaja, langkah pertama untuk melabur secara berhemat
adalah dengan menetapkan matlamat pelaburan anda.

Namun bagaimana caranya untuk menetapkan matlamat pelaburan yang


sesuai dengan keperluan anda?

Terdapat pelbagai soalan penting yang perlu anda fikirkan sebelum


membentuk matlamat pelaburan anda. Mari kita lihat soalan-soalan di
berikut:
(i) Apakah matlamat kewangan anda? Kenapa anda perlu menyimpan
dan melaburkan wang anda?
(ii) Berapa jumlah wang yang anda perlu simpan dan berapa pula jumlah
wang yang perlu dilaburkan untuk mencapai matlamat anda?
(iii) Berapa lamakah wang perlu disimpan atau dilaburkan untuk
mencapai matlamat anda?
(iv) Berapa banyak risiko yang sanggup anda tanggung?
(v) Berapa banyak pulangan yang anda jangkakan daripada simpanan
atau pelaburan anda?
(vi) Apakah yang sanggup anda korbankan demi mencapai matlamat ini?
Contohnya, menukar gaya hidup atau tabiat perbelanjaan yang sedia
ada.

Anda perlu bersikap realistik apabila menjawab soalan-soalan di atas.


Ambil kira sumber pendapatan anda dan fikir bagaimana anda boleh
menyimpan dan melabur secara konsisten. Matlamat kewangan dan
pelaburan anda seharusnya munasabah dan boleh dicapai.
148 X TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI

Ingatlah untuk menjadikan matlamat kewangan dan pelaburan anda


munasabah serta boleh dicapai.

(b) Risiko dan Pulangan Pelaburan


Menyimpan wang dalam akaun simpanan atau simpanan tetap adalah
pelaburan yang paling selamat. Pulangan (iaitu kadar faedahnya) adalah
rendah berbanding pelaburan lain tetapi ianya tanpa risiko. Anda boleh
tidur dengan lena tanpa perlu bimbang tentang pelaburan tersebut.

Namun anda tidak boleh membina kekayaan dengan secepat yang anda
inginkan hanya dengan menyimpan wang dalam akaun simpanan atau
deposit tetap. Perlu juga diingat bahawa walaupun pelaburan lain dapat
memberikan pulangan yang lebih baik, ia juga mempunyai risiko yang
lebih tinggi, kerana berkemungkinan besar pelaburan tersebut akan
nilainya.

Sebagai contoh, jika anda melaburkan wang dalam pasaran saham, anda
akan menghadapi risiko besar untuk kehilangan wang berbanding dengan
jika anda menyimpan wang anda dalam akaun simpanan. Harga saham
yang turun naik bergantung pada beberapa faktor. Anda mungkin membeli
saham sebuah syarikat pada harga RM5 sesaham dan harga tersebut
mungkin naik kepada RM 7 ataupun turun kepada RM2.

Apabila melaburkan wang, anda sememangnya mengharapkan pulangan.


Kadar pulangan atas pelaburan biasanya dikira dalam peratusan tahunan.
Jika anda membeli saham pada harga RM10 sesaham dan harga tersebut
naik kepada RM10.80 selepas setahun, kadar pulangannya ialah 8%.

Namun demikian, pulangan sebenar pelaburan adalah selepas menolak


segala perbelanjaan yang berkaitan. Sebagai contoh, jika anda membeli
rumah dan kemudian menjualnya, anda hanya dapat memastikan
pulangan yang diperoleh selepas menolak kos seperti yuran guaman,
komisen ejen, duti setem dan faedah pinjaman bank.

Ingat: Apabila memilih pelaburan, semakin tinggi pulangannya, semakin


tinggi risikonya.
TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI W 149

(c) Pelbagaikan Pelaburan Anda


Bila anda melabur, jangan melaburkan wang anda dalam satu jenis pelaburan
sahaja. Jika apa-apa berlaku kepada pelaburan tersebut, semua wang itu akan
hilang. Adalah penting untuk mempelbagaikan pelaburan anda.

Oleh itu, tindakan yang lebih bijak adalah untuk meletakkan wang anda
dalam pelbagai pelaburan. Dalam ertikata lain, rancang portfolio pelaburan
yang seimbang Melabur dalam pelbagai pelaburan adalah kunci untuk
mengurangkan risiko. Bila anda berbuat begini, anda lebih berkemungkinan
mendapat keuntungan yang tinggi dari pelaburan anda sambil mengurangkan
risiko kehilangan wang anda.

Bagaimana anda melabur ditentukan sebahagiannya oleh profail pelabur


anda iaitu sama ada anda pelabur agresif, sederhana ataupun konservatif.
Kebanyakan orang berada di pertengahan profail tersebut.

Jika anda merupakan pelabur yang sederhana, mungkin sebahagian besar


daripada wang anda berada dalam kelas aset yang berlainan seperti dana
amanah saham dan bakinya pula dalam pelaburan pendapatan tetap
seperti simpanan tetap. Jumlah yang diagihkan kepada kelas aset boleh
dibahagikan lagi kepada segmen berlainan seperti bon dan dana ekuiti.

Sekiranya anda pelabur yang agresif, anda mungkin akan melabur dalam
pelaburan yang lebih aktif seperti pasaran saham.

Namun sebaliknya, jika anda adalah pelabur yang konservatif, anda


mungkin mempelbagaikan pelaburan anda dalam pelaburan yang kurang
berisiko seperti bon dan simpanan tetap.

Setiap pelabur mempunyai akal masing-masing  tiada dua pelabur yang


sama! Cuma anda seorang sahaja yang boleh membuat keputusan tentang
pilihan yang bersesuaian serta berapa banyak wang simpanan yang akan
dilaburkan dalam pelbagai jenis pelaburan yang terdapat di pasaran.


SEMAK KENDIRI 10.1


1. Apakah matlamat-matlamat pelaburan anda? Berikan contoh untuk
menjelaskannya.
2. Bincangkan hubungan antara risiko dan pulangan dengan
menggunakan contoh.


150 X TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI

10.1.3 Jenis-jenis Pelaburan


Tahukah anda bahawa perancangan pelaburan yang baik boleh menukarkan
matlamat anda kepada realiti? Ini melibatkan lebih daripada hanya memilih
pelaburan yang betul. Mari kita melihat Rajah 10.1 untuk mengetahui apakah
jenis-jenis pelaburan yang terdapat di pasaran kewangan.

Rajah 10.1: Jenis pelaburan



Mari kita baca penerangan untuk setiap jenis pelaburan ini.

(a) Tunai dan pelaburan faedah tetap


Pelaburan tunai adalah bentuk pelaburan yang paling biasa di Malaysia,
yang meliputi produk-produk seperti akaun simpanan bank dan simpanan
tetap. Produk-produk ini membolehkan anda mengeluarkan wang anda
dengan mudah bila perlu dan anda tidak mungkin kehilangan modal anda,
jadi pelaburan jenis ini adalah sangat selamat.

Walau bagaimanapun, pulangan yang diperoleh adalah sedikit dan tiada


pertumbuhan modal. Sebenarnya pelaburan ini boleh menjadi berisiko
pada jangka masa panjang kerana kesan inflasi yang boleh menghakis nilai
pelaburan anda. Untuk kebanyakan pelabur, pelaburan tunai dan
pelaburan faedah tetap sesuai untuk:
(i) Digunakan sebagai akaun urus niaga;
(ii) Menyimpan wang tunai bagi perbelanjaan jangka pendek dan
kecemasan; dan
(iii) Memiliki simpanan jangka masa pendek tanpa tanggungan risiko atas
modalnya.
TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI W 151

(b) Saham
Saham (juga dikenali sebagai ekuiti atau syer) mewakili pemilikan dalam
sesebuah syarikat. Apabila anda membeli saham, anda menjadi sebahagian
daripada pemilik syarikat dan berhak atas nilai masa depan sahamnya dan
keuntungannya.

Saham dalam syarikat menawarkan pulangan kepada pelabur melalui dua


cara utama:
(i) Apabila nilai keseluruhan syarikat meningkat, nilai sahamnya juga
meningkat.
(ii) Anda boleh memperoleh dividen apabila syarikat membayar
sebahagian daripada keuntungannya kepada pemegang saham
sebagai pembayaran agihan pendapatan.

Saham berpotensi menghasilkan pulangan yang tinggi. Walau bagaimanapun,


nilai saham berpotensi merosot jika prestasi pasaran saham jatuh.

Pada umumnya pelaburan saham sesuai bagi pelabur yang:


x Ingin membina asas simpanan untuk matlamat kewangan jangka
sederhana dan panjang;
x Mempunyai jangka masa pelaburan yang lebih panjang; dan
x Selesa dengan keadaan saham yang turun naik bagi nilai pelaburan
dalam jangka masa pendek, sebagai gantian untuk mendapat pulangan
yang tinggi dalam jangka masa panjang (dalam bentuk pendapatan
dividen dan pertumbuhan modal).

(c) Dana Amanah Saham


Dalam amanah saham, wang daripada ratusan pelabur individu akan
disatukan untuk membeli beberapa kelas aset yang berlainan, dalam
kuantiti yang besar. Pengurus dana profesional akan menentukan
peratusan daripada dana yang akan dilaburkan dalam setiap kelas aset,
dan mengenal pasti negara, industri dan syarikat yang mempunyai
prospek dan pulangan terbaik.

Setiap pelabur akan menerima unit dalam dana ini, setiap unit mewakili
campuran pelbagai kelas aset seperti saham, bon dan simpanan tetap. Dana
amanah saham adalah bersesuaian bagi mereka yang:
(i) Baru dalam bidang pelaburan;
(ii) Bersedia mendapatkan khidmat pengurus profesional untuk
membuat pilihan pelaburan;
152 X TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI

(iii) Mempunyai jumlah permulaan yang kecil untuk melabur (dengan


pilihan untuk menambahkan pelaburan dari masa ke semasa); dan
(iv) Mencari kepelbagaian dalam pelaburan untuk meminimumkan risiko.

(d) Hartanah
Kebanyakan rakyat Malaysia biasa dengan aset kelas hartanah. Pelaburan
hartanah memanfaatkan pelabur dengan dua cara:
(i) Nilai modal asas hartanah akan meningkat dalam sesuatu jangka
masa apabila harga rumah dan tanah meningkat; dan
(ii) Pelabur dapat memperoleh pendapatan hasil daripada penyewaan.

Seperti juga saham, harga hartanah boleh turun naik dan ada ketikanya
memberi pulangan yang tinggi dan ada ketikanya pula memberi pulangan
yang rendah. Oleh itu, pelaburan dalam hartanah adalah sesuai bagi
pelaburan jangka masa panjang. Faktor paling penting untuk
dipertimbangkan apabila membeli hartanah adalah lokasinya.

Hartanah adalah sesuai bagi pelabur yang:


x Tidak memerlukan akses kecemasan kepada wang mereka;
x Mempunyai jangka masa pelaburan yang panjang; dan
x Berkeupayaan membayar balik gadai janji jika kadar faedah meningkat
atau jika hartanah itu tidak disewa.

(e) Pelaburan Jenis Lain


Pelaburan jenis lain adalah:

(i) Bon
Apabila anda membeli bon kerajaan atau bon syarikat, anda
meminjamkan wang anda bagi jangka masa tertentu pada kadar
faedah yang telah ditentukan. Hasilnya, anda menerima pulangan
pendapatan yang tetap melalui pembayaran faedah yang juga tetap.

(ii) Dana Amanah Pelaburan Hartanah


(Real Estate Investment Trust  REIT)
Ini sama seperti amanah saham kecuali pelaburan yang dibuat adalah
bagi bangunan dan hartanah. Keuntungan daripada pelaburan
sedemikian akan diagihkan kepada pelabur dalam bentuk dividen.

TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI W 153

AKTIVITI 10.2

Apakah pelaburan-pelaburan pilihan anda? Mengapa?

10.2 MERANCANG UNTUK SITUASI YANG


TIDAK DIDUGA
Hidup ini ada naik turunnya. Kemalangan dan bencana boleh dan akan berlaku
tanpa diduga. Bila perkara sebegini berlaku, kita mungkin merasakan seolah-
olah kehidupan kita sudah berada di luar kawalan kita, lebih-lebih lagi bila kita
tidak mempunyai persediaan yang cukup untuk menghadapi kemalangan atau
bencana tersebut. Tidak kira apa kemalangan atau bencana yang berlaku,
biasanya kita akan berasa takut, murung dan bimbang. Bagaimana kita akan
menghadapi situasi ini?

Dalam bahagian berikut, kita akan membincangkan beberapa petua untuk


menghadapi situasi yang tidak diduga contohnya mengambil insurans, apa jenis
insurans yang patut diambil dan apa itu takaful.

10.2.1 Mengapa Insurans Diperlukan


Sebelum anda mengambil insurans, anda mesti memahami apa itu insurans,
tujuan insurans dan bagaimana ia melindungi anda. Sekarang, mari kita melihat
perinciannya.

(a) Apakah itu Insurans?


Apabila anda membuat komitmen kewangan seperti membeli sebuah
rumah dengan meminjam daripada bank, anda telah mengunci
sebahagian daripada pendapatan masa hadapan anda. Sekiranya berlaku
perkara yang tidak diingini seperti kematian atau kehilangan upaya, atau
bencana ekonomi (pemberhentian kerja), keupayaan anda untuk memenuhi
komitmen kewangan ini mungkin terjejas dan anda mungkin akan
kehilangan aset yang susah-payah anda perolehi.

Terdapat satu instrumen kewangan yang boleh dibeli untuk melindungi


anda daripada apa-apa kemungkinan iaitu insurans. Insurans merupakan
suatu cara melindungi diri anda, keluarga dan harta benda anda sekiranya
berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.
154 X TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI

(b) Tujuan Insurans


Di samping menawarkan perlindungan, insurans juga memberikan anda
ketenangan fikiran. Bayaran yang dibuat bagi insurans membolehkan anda:
(i) Membayar ganti rugi bagi barangan peribadi atau mendapat gantian
barangan yang telah dicuri (sekiranya barangan tersebut
diinsurankan).
(ii) Membayar bil perubatan apabila anda atau keluarga anda menerima
rawatan di hospital.
(iii) Menyelenggara perbelanjaan bulanan, hutang dan komitmen
kewangan apabila anda tidak lagi berupaya bekerja disebabkan oleh
penyakit kritikal atau kemalangan.
(iv) Menyediakan bantuan kewangan bagi keluarga anda sekiranya anda
kehilangan upaya, mengalami penyakit kritikal atau meninggal
dunia, terutamanya jika anda ketua keluarga yang mencari nafkah
bagi keluarga anda.

(c) Bagaimana Insurans Berfungsi?


Apabila bayaran (lebih dikenali sebagai premium) dibuat kepada syarikat
insurans berlesen, maka syarikat tersebut bertanggungjawab membayar
pampasan kepada anda sekiranya anda mengalami sebarang kerugian atau
kerosakan barangan disebabkan oleh kebakaran, kemalangan dan kecurian.
Bagaimanapun insiden-insiden ini mesti berlaku dalam tempoh insurans
itu berkuat kuasa dan pampasan yang dibayar terhad kepada jumlah yang
diinsurankan.

Syarikat insurans menjual polisi kepada ribuan orang dan premium yang
terkumpul menjadi sebahagian daripada dana bersama. Tidak semua orang
yang menyumbang akan dilanda nasib malang. Jika ada sekali pun,
biasanya bukanlah pada masa yang sama. Maka dana tersebut akan
digunakan untuk membantu mereka yang telah menyumbang untuk sama-
sama berkongsi risiko.

Industri insurans di Malaysia dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia


(BNM). Untuk membantu orang awam mengetahui lebih lanjut mengenai
insurans, BNM telah mengeluarkan beberapa siri buku kecil yang boleh
didapati di cawangan syarikat insurans. Anda juga boleh melayari laman
web www.insuranceinfo.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.


TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI W 155

AKTIVITI 10.3

1. Kenapa anda ingin mengambil insurans untuk diri dan keluarga


anda sedangkan anda perlu membayar premium yang tinggi?

2. Berapakah liputan insurans yang dianggap cukup? Adakah ia


sama untuk semua individu?


10.2.2 Jenis-jenis Insurans


Anda boleh menginsuran hampir apa pun. Meskipun begitu terdapat sesetengah
perkara yang penting untuk diinsurankan seperti hayat, kesihatan dan harta
anda. Rajah 10.2 menunjukkan jenis-jenis insurans.




Rajah 10.2: Jenis-jenis insurans

(a) Insurans Hayat
Polisi insurans hayat adalah perlindungan yang membayar sejumlah wang
kepada pemegang polisi sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini
kepada pemegang polisi seperti jatuh sakit, hilang upaya atau kematian.
Oleh itu, amat penting bagi anda untuk memiliki insurans terutamanya jika
anak atau ibu bapa anda yang telah tua bergantung hidup pada anda.
Lazimnya, tempoh perlindungan insurans hayat adalah lebih daripada
setahun dan anda mempunyai pilihan untuk membuat bayaran premium
secara berkala, sama ada setiap bulan, suku tahun, setengah tahun atau
setiap tahun.

Rajah 10.3 menunjukkan produk insurans hayat yang utama.


156 X TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI

Rajah 10.3: Produk insurans hayat yang utama

Sekarang, kita akan memperincikan setiap produk insurans hayat yang


utama ini.

x Insurans Seumur Hidup


Ia menawarkan perlindungan seumur hidup tetapi anda juga perlu
membayar premium seumur hidup. Wang manfaatnya, termasuklah
bonus jika ada, akan dibayar setelah sesuatu kematian atau kehilangan
upaya yang menyeluruh dan kekal dialami atau penyakit kritikal
dihidapi. Oleh sebab polisi ini bersifat jangka panjang, premium yang
perlu dibayar adalah lebih tinggi daripada premium untuk insurans
bertempoh dan ia mempunyai nilai tunai sepanjang tempoh polisi
tersebut berkuat kuasa.

x Insurans Bertempoh
Polisi ini menawarkan perlindungan insurans bagi tempoh terhad
sahaja. Wang manfaat dibayar hanya setelah suatu kematian atau
sekiranya pemegang polisi mengalami kehilangan upaya yang
menyeluruh dan kekal atau menghidap penyakit kritikal semasa
tempoh masa polisi berkuat kuasa. Bayaran yang diterima adalah
mengikut jumlah yang dipersetujui semasa polisi tersebut dibeli.

x Endowmen
Polisi ini menggabungkan perlindungan dan juga simpanan. Ia
menyediakan manfaat tunai pada akhir suatu tempoh tertentu atau atas
kematian atau kehilangan upaya yang menyeluruh dan kekal. Tempoh
polisi ditentukan oleh pembeli polisi.
TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI W 157

x Insurans Berkaitan Pelaburan


Ia menggabungkan pelaburan dan simpanan. Anda boleh memilih jenis
dan jumlah pelaburan yang anda inginkan serta jumlah perlindungan
insurans hayat yang ingin dimiliki. Jumlah premium adalah fleksibel.

x Insurans Perubatan dan Kesihatan


Polisi yang melindungi kos rawatan perubatan seperti kos rawatan
hospital dan kos pembedahan.

x Insurans Bertempoh Gadai Janji Berkurangan


(Mortgage Reducing Term)
Perlindungan insurans yang meliputi pembayaran balik pinjaman
pembelian hartanah tertunggak kepada institusi kewangan sekiranya
berlaku kematian, kehilangan upaya atau mengalami penyakit kritikal.
Institusi kewangan tersebut akan melepaskan hak milik hartanah
kepada anda atau waris anda. Premium cuma dibayar sekali sahaja.

(b) Insurans Am
Ini dapat melindung anda daripada kerugian akibat kecurian atau
kerosakan kepada barang peribadi anda. Ia juga melindungi anda jika anda
menyebabkan kerosakan kepada pihak ketiga, kematian yang tidak
disengajakan atau kecederaan dan kemasukan ke hospital. Lazimnya,
tempoh perlindungan untuk kebanyakan polisi dan pelan insurans am
adalah setahun dan pembayaran premium perlu dibuat sekali gus. Jadual
10.1 menunjukkan beberapa produk insurans am yang utama.
158 X TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI

Jadual 10.1: Produk Insurans Am Utama



Produk Penjelasan

Melindungi kenderaan anda daripada risiko kecurian, kemalangan


atau kebakaran. Sekiranya anda membeli perlindungan pihak ketiga,
anda dilindungi daripada tuntutan yang dibuat oleh pihak ketiga bagi
kecederaan atau kematian orang lain (pihak ketiga) termasuklah
kerugian atau kerosakan kepada harta pihak ketiga disebabkan oleh
kenderaan anda. Jika anda membeli perlindungan komprehensif, anda
akan mendapat perlindungan menyeluruh iaitu perlindungan bagi
Kenderaan
kecederaan dan kematian pihak ketiga, kehilangan dan kerosakan
harta pihak ketiga, dan juga kerugian dan kerosakan bagi kenderaan
anda sendiri disebabkan kecurian, kemalangan atau kebakaran.

Polisi kebakaran asas memberi perlindungan hanya bagi bangunan


akibat kebakaran, kilat atau letupan. Polisi pemilik rumah pula
memberi perlindungan tambahan atas bangunan untuk meliputi
sebarang kerugian atau kerosakan akibat banjir, paip pecah dan lain-
lain bencana. Manakala polisi isi rumah adalah untuk melindungi
Kediaman barang-barang isi rumah seperti perabot dan perkakas rumah
daripada kecurian, banjir dan kebakaran. Polisi ini tidak memberi
perlindungan terhadap kerosakan rumah itu sendiri.

Insurans jenis ini memang sesuai dibeli sekiranya anda perlu ke luar
negara. Insurans ini melindungi anda daripada insiden yang berkaitan
dengan perjalanan seperti penangguhan atau penggangguan waktu
perlepasan, kemalangan, kehilangan bagasi, perbelanjaan perubatan
dan lain-lain perbelanjaan yang bersangkutan dengan perjalanan.
Perjalanan

Insurans ini melindungi barang seperti komputer, telefon bimbit,


komputer riba dan kamera daripada kehilangan atau kecurian.

Barangan
peribadi




TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI W 159

Sebelum memilih polisi insurans, pastikan anda menyelidik bahaya dan


risiko yang berkaitan dengan polisi-polisi yang ditawarkan oleh beberapa
syarikat insurans yang berlainan.


10.2.3 Takaful
Seperti dalam perbankan, di mana anda boleh memilih antara produk dan
perkhidmatan bank konvensional dan Islam, industri insurans di Malaysia juga
menawarkan insurans konvensional dan takaful.

Takaful adalah pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah. Dengan


mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman
penyertaan, anda memeterai kontrak (aqad) untuk membolehkan anda menjadi
peserta yang saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang
peserta mengalami kerugian tertentu.

Kedua-dua insurans dan takaful mempunyai prinsip asas yang sama.


Contohnya, anda mesti mengalami kerugian wang apabila peristiwa yang
diinsurankan berlaku. Akan tetapi, walaupun takaful menawarkan produk yang
serupa dengan produk insurans konvensional, ia mempunyai beberapa ciri unik
seperti berikut:
x Anda dan syarikat takaful akan berkongsi lebihan dana takaful berdasarkan
nisbah yang telah dipersetujui. Jumlah lebihan dana tersebut akan dikira
setelah mengambil kira perbelanjaan seperti tuntutan, dana simpanan
teknikal, perbelanjaan pengurusan dan takaful semula (re-takaful).
x Anda berhak ke atas perkongsian lebihan daripada dana takaful sekiranya
anda tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tempoh takaful tersebut.

Rajah 10.4 menunjukkan jenis-jenis takaful.





Rajah 10.4: Jenis-jenis takaful
160 X TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI

(a) Takaful Keluarga


Ini adalah gabungan perlindungan dan pinjaman jangka panjang. Ia
biasanya meliputi tempoh lebih daripada setahun. Ia menyediakan manfaat
kewangan sekiranya anda mengalami suatu tragedi di samping
memberikan keuntungan daripada pelaburan. Pembayaran boleh dibuat
setiap bulan, suku tahun, setengah tahun atau setiap tahun. Sekarang, lihat
Jadual 10.2 untuk jenis-jenis asas takaful keluarga.
Jadual 10.2: Jenis-jenis takaful keluarga

Jenis-jenis Takaful Penjelasan


Keluarga

Takaful Keluarga x Ini termasuk pelan pelajaran, gadai janji dan


Individu kesihatan. Anda atau waris anda akan menerima
manfaat kewangan sekiranya berlaku kematian
atau kehilangan upaya yang kekal.
x Terdapat juga simpanan jangka masa panjang
dan keuntungan pelaburan yang akan diagihkan
sekiranya terdapat tuntutan, tempoh matang
atau serahan awal polisi insurans.

Anuiti Persaraan x Ia pelan yang memberikan pendapatan tetap


selepas anda bersara.

Takaful Berkaitan x Gabungan pelaburan dan perlindungan hayat, di


Pelaburan mana sebahagian daripada caruman anda akan
digunakan untuk membeli unit pelaburan dan
selebihnya bagi perlindungan takaful sekiranya
berlaku kematian atau kehilangan upaya yang
kekal.

Takaful Perubatan dan x Pelan yang melindungi kos rawatan perubatan


Kesihatan seperti kos rawatan di hospital dan kos
pembedahan.


(b) Takaful Am
Takaful am melindungi anda bagi suatu jangka masa pendek, biasanya selama
setahun, bagi sebarang kehilangan atau kerosakan kepada harta atau barangan
peribadi anda. Anda hanya perlu membayar sekali sahaja dalam setahun.
Jadual 10.3 menunjukkan jenis-jenis takaful am yang utama.



TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI W 161

Jadual 10.3: Jenis-jenis takaful am utama

Jenis-jenis Takaful Am Penjelasan

Takaful Rumah x Polisi pemilik rumah melindungi anda


daripada kerugian atau kerosakan atas rumah
anda akibat banjir, kebakaran dan lain-lain
bencana.
x Polisi isi rumah pula memberi perlindungan
terhadap kerugian atau kerosakan kepada
kandungan rumah.
x Anda boleh mengambil salah satu ataupun
kedua-dua jenis polisi ini.

Takaful Kenderaan x Anda dilindungi daripada menanggung


kerugian atau kerosakan akibat kebakaran,
kecurian atau kemalangan atas kenderaan
anda, termasuk juga kecederaan tubuh badan
atau kematian pihak ketiga, dan kerosakan atau
kerugian harta benda pihak ketiga.
x Seperti insurans kenderaan am, takaful
kenderaan juga mempunyai dua jenis
perlindungan  perlindungan pihak ketiga dan
perlindungan komprehensif.

Kemalangan Diri x Ia menyediakan pampasan kepada anda atau


waris anda sekiranya berlaku kematian,
kehilangan upaya atau kecederaan yang
disebabkan oleh kemalangan.
x Pelan ini juga boleh dibeli untuk jangka masa
yang lebih pendek, seperti bila pergi ke luar
negara.

Untuk maklumat lebih tentang takaful am, anda boleh melawat laman sesawang
ini: http://www.insuranceinfo.com.my.

SEMAK KENDIRI 10.2

Terangkan setiap jenis insurans dan takaful. Mana yang anda akan
pilih dan mengapa?

162 X TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI

10.3 PENGURUSAN HUTANG: ASAS PINJAMAN


Anda mungkin terpengaruh untuk membelanjakan lebih wang daripada apa
yang anda miliki kerana institusi kewangan menawarkan pelbagai kemudahan
pinjaman dan kad kredit. Institusi tersebut menawarkan anda wang dan
pinjaman kredit untuk membolehkan anda membeli rumah, kereta, membayar
bil atau melancong ke luar negara. Adalah penting untuk anda ingat bahawa
wang pinjaman tersebut bukan diberikan percuma. Anda perlu membayarnya
balik  ditambah faedahnya sekali!

Sebelum membuat pinjaman, pastikan anda mampu menguruskan hutang anda.


Ingat bahawa anda semestinya memiliki lebih daripada apa yang anda hutang.
Anda ingin menambah kekayaan. Jika anda meminjam wang, anda perlu
menggunakan wang tersebut untuk menambahkan lagi wang anda. Cuba elak
daripada membeli sesuatu yang tidak bermanfaat. Jangan gunakan pinjaman
jangka masa pendek seperti kad kredit atau overdraf, untuk membiayai aset
jangka masa panjang seperti rumah atau bangunan.

10.3.1 Pinjaman dan Kredit


Bila anda ingin mengambil pinjaman atau menggunakan kad kredit, tanya diri
anda soalan berikut:
(a) Adakah produk atau perkhidmatan yang anda inginkan itu penting?
Adakah ia benar-benar perlu?
(b) Sekiranya ia penting dan diperlukan, mampukah anda membuat bayaran
ansurannya?
(c) Jika ia melibatkan pembelian besar, seperti kereta atau rumah, mampukah
anda menyediakan wang pendahuluan yang besar?
(d) Jika ia sesuatu yang anda ingini, bolehkah anda mengawal perasaan dan
(e) menangguhkan pembelian tersebut kerana ia tidak penting?
(f) Jika anda membuat pinjaman atau menggunakan kad kredit untuk
membeli sesuatu, sudahkah anda mengkaji aliran tunai anda sama ada ia
dapat menampung pinjaman tersebut ataupun tidak?
(g) Adakah anda sedia maklum tentang kos yang dikenakan sekiranya kad
kredit digunakan? Bukan sahaja kos faedah, malah caj-caj kewangan dan
caj lewat bayar perlu diambil kira.
(h) Adakah anda memahami akibat kegagalan membayar balik pinjaman? Jika
gagal berbuat demikian, prosiding boleh diambil terhadap anda dan anda
mungkin diisytiharkan bankrap.
TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI W 163

Sekiranya anda tidak mampu menambahkan pendapatan, anda perlu berkorban


sesuatu untuk membolehkan anda membuat bayaran pinjaman bulanan. Adakah
anda bersedia untuk melakukannya? Sebagai contoh, sanggupkah anda
melepaskan keseronokan pada hujung minggu untuk membayar balik pinjaman
dan hutang kad kredit anda?

Walaupun anda berhati-hati dalam menguruskan aliran tunai bulanan anda bagi
bayaran pinjaman dan hutang kad kredit, namun kejadian atau keadaan yang
tidak diduga mungkin berlaku dan anda akan memerlukan wang tambahan.
Adakah anda masih mampu menghadapi komitmen bulanan sekiranya perkara
tersebut berlaku?

Oleh itu, amatlah penting agar anda tidak membuat pinjaman dan menggunakan
kad kredit secara berlebihan. Sebagai panduan am, pastikan jumlah bayaran
bulanan pinjaman dan kad kredit tidak melebihi sepertiga gaji kasar anda setiap
bulan.

Jangan sekali-kali meminjam wang daripada pemiutang haram kerana anda
akan:
(i) Mendapat pinjaman dengan terma dan syarat yang sangat ketat.
(ii) Perlu membayar caj faedah yang sangat tinggi dengan kompaun harian.
(iii) Meletakkan diri dan keluarga anda dalam bahaya gangguan
(harassment) sekiranya anda lewat membuat pembayaran.
(iv) Memaksa anda membuat pinjaman tambahan untuk membayar
pinjaman yang terdahulu.


10.3.2 Jenis-jenis Pinjaman


Terdapat pelbagai jenis pinjaman dan kemudahan kredit di pasaran. Kita akan
membincangkan tentang pinjaman yang biasa ditawarkan kepada orang ramai
dalam topik ini. Rujuk Rajah 10.5.


164 X TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI


Rajah 10.5: Jenis-jenis pinjaman

Sekarang kita akan membincangkan setiap jenis pinjaman.

(a) Pinjaman Peribadi


Pinjaman ini ditawarkan bagi kegunaan peribadi anda, bukannya
pembelian berjumlah besar seperti rumah atau kereta tetapi lebih kepada
pembelian komputer peribadi atau bagi perkahwinan anda. Anda mungkin
tertarik untuk memohon pinjaman ini kerana proses permohonan biasanya
cepat dan mudah. Tambahan lagi, kebanyakan bank tidak memerlukan
penjamin atau cagaran. Akan tetapi perlu diingatkan bahawa kadar faedah
berbeza-beza dan mungkin tinggi.

Seperti yang telah disebut terlebih dahulu dalam topik ini, tanya dulu diri
anda soalan-soalan penting sebelum anda memohon pinjaman seumpama
ini. Pastikan anda benar-benar memahami tujuan pinjaman dibuat dan
anda mampu untuk membuat pembayaran balik.

(b) Pinjaman Kereta


Kebanyakan orang mahukan kenderaan sendiri sebaik-baik sahaja mula
bekerja. Lazimnya, mereka membeli kereta melalui pinjaman yang dikenali
sebagai pinjaman sewa beli. Anda akan dikenali sebagai penyewa dan
institusi kewangan pula sebagai tuan punya kenderaan itu. Sebagai
penyewa, anda perlu membuat bayaran ansuran berdasarkan terma dan
syarat yang telah dipersetujui di bawah perjanjian sewa beli. Anda menjadi
tuan punya kenderaan tersebut hanya setelah semua bayaran ansuran
dijelaskan.

Seperti pinjaman lain juga, tanya diri anda soalan-soalan penting sebelum
membuat keputusan untuk meminjam. Anda juga perlu menghitung aliran
tunai untuk mengira jumlah ansuran bulanan yang mampu anda bayar.
Apabila anda membuat pinjaman kenderaan, anda boleh membuat
pinjaman sewa beli secara berurusan terus dengan bank atau melalui wakil
penjual kereta, yang kemudiannya akan menyerahkan permohonan anda
kepada bank berkenaan.
TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI W 165

Sebagai penyewa, anda bertanggungjawab untuk:


(i) Membaca semua cetakan halus (fine print) dalam perjanjian bertulis;
(ii) Semak dan pastikan harga belian dan terma sewa beli dalam
perjanjian adalah seperti yang dipersetujui;
(iii) Mengetahui hak-hak anda di bawah Akta Sewa Beli;
(iv) Mengetahui tanggungjawab anda sebagai penyewa supaya anda
tidak membuat apa-apa tindakan yang melanggar perjanjian;
(v) Menyimpan semua dokumen seperti perjanjian dan resit di tempat
yang selamat; dan
(vi) Membuat bayaran anda kepada orang yang diberi kuasa oleh bank.

Sebelum pinjaman kenderaan dibuat, ketahui tentang kadar faedah efektif


yang dikenakan kerana biasanya kadar ini lebih tinggi daripada kadar tetap
yang ditawarkan. Lihat contoh di bawah bagi pinjaman sebanyak RM50,000
pada kadar faedah 5% bagi tempoh lima tahun. Kadar faedah efektifnya
ialah 9.15%.

Ansuran bulanan: RM1,042

Jumalah bayaran faedah: RM12,500

Jumlah pinjaman + Faedah: RM62,500

Anggaran kadar efektif tahunan: 9.15%

Adakah anda tahu asas sewa beli? Jadual 10.4 memberikan perincian asas
sewa beli.
166 X TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI

Jadual 10.4: Asas Sewa Beli

Terma Penjelasan
Deposit Minimum Ini ialah 10% daripada harga tunai kenderaan. Walau
bagaimanapun, bank boleh menetapkan jumlah
pendahuluan yang lebih tinggi.
Kadar Faedah Adalah mengikut kadar tetap dan kadar maksimum yang
dibenarkan ialah 10%.
Kadar Faedah Merupakan faedah sebenar yang perlu dibayar setelah
Efektif mengambil kira faedah kompaun tahunan mengikut
tempoh pinjaman.
Caj Bayaran Lewat Anda akan dikenakan denda sekiranya anda lewat
membuat bayaran ansuran. Faedah dikenakan mengikut
kadar asas harian.
Penjamin Institusi kewangan mungkin memerlukan penjamin yang
akan bertanggungjawab untuk membayar balik pinjaman
atau bakinya sekiranya peminjam tidak menjelaskan
hutang tersebut.
Insurans Anda perlu membeli insurans untuk melindungi
kenderaan anda. Institusi kewangan menghendaki tuan
punya kenderaan membeli polisi insurans yang
komprehensif.
Penarikan balik Jika anda ingkar membayar pinjaman, institusi kewangan
boleh menarik balik kereta anda kerana ia merupakan
pemilik yang sah.

Bila anda tidak membuat pembayaran pinjaman kereta pada waktu yang
ditetapkan, institusi kewangan boleh merampas kereta anda dengan
menggunakan penarik kereta berdaftar. Pengalaman kereta diambil balik
tentu traumatik dan memalukan bagi anda.

Sebelum menarik balik kenderaan, penarik mestilah menunjukkan kad


pengenalannya, kad kuasa dan surat arahan penarikan balik yang
dikeluarkan oleh institusi kewangan yang berkenaan. Penarik mestilah
membuat laporan polis dan kemudiannya membawa kereta yang ditarik ke
tempat yang telah diarahkan oleh institusi kewangan tersebut.

Anda akan menerima notis bertulis yang dikenali sebagai Notis Jadual
Keempat sebelum kenderaan anda ditarik balik. Notis ini akan luput dalam
masa 21 hari dan notis kedua pula akan dikeluarkan 14 hari selepas tarikh
notis Jadual Keempat diserahkan  ini merupakan peringatan bagi anda
membuat bayaran tertunggak atau kenderaan anda akan ditarik balik.
TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI W 167

Untuk mengelak penarikan balik kenderaan, anda perlu membuat bayaran


tertunggak atau memulangkan kenderaan tersebut kepada institusi
kewangan sebelum tarikh luput. Bagaimanapun anda masih perlu
menjelaskan baki hutang selepas ditolak nilai kenderaan tersebut.

Masih ada cara lain untuk mendapatkan kembali kenderaan anda yang
telah ditarik balik. Institusi kewangan akan memberi penjamin dan anda
Notis Jadual Kelima dalam masa 21 hari selepas penarikan supaya anda
dapat membayar balik jumlah hutang yang tertunggak. Sekiranya anda
menjelaskan semua jumlah yang tertunggak dan perbelanjaan berkaitan
yang ditanggung oleh institusi kewangan, maka bolehlah anda meminta
agar kenderaan tersebut dipulangkan. Sebagai alternatif, anda boleh
memperkenalkan anggota keluarga atau kawan untuk membeli kenderaan
anda pada harga yang telah ditetapkan dalam Jadual Kelima.

Sekiranya anda atau penjamin tidak menjelaskan jumlah yang tertunggak


pada Jadual Kelima dalam tempoh 21 hari, institusi kewangan berhak
menjual kenderaan tersebut melalui lelongan awam atau menawarkan
semula kepada anda untuk membeli kenderaan tersebut pada harga yang
lebih rendah berbanding harga anggaran yang ditetapkan dalam notis
Jadual Kelima.

(c) Pinjaman Perumahan
Pasaran untuk pinjaman perumahan adalah amat kompetitif dan institusi
kewangan kini menawarkan pelbagai jenis pinjaman untuk menarik
pelanggan. Terdapat juga pinjaman yang menawarkan hadiah yang
dipakejkan bersama pinjaman perumahan tersebut.

Buatlah perbandingan dan dapatkan sebanyak mungkin maklumat seperti


kadar faedah yang ditawarkan sebelum menentukan pinjaman yang sesuai
bagi anda.

Seperti produk pinjaman lain, pinjaman perumahan terdapat dalam bentuk


konvensional dan Islam.

Pinjaman perumahan adalah komitmen kewangan yang sangat besar dan


mengambil beberapa tahun untuk dibayar. Pertimbangkan dengan teliti
pelbagai aspek pinjaman itu sebelum membuat keputusan, contohya
tentang perkara berikut:
(i) Adakah pinjaman tersebut untuk membeli rumah yang telah siap atau
yang masih dalam binaan? Adakah anda akan membeli tanah untuk
membina rumah?
168 X TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI

(ii) Berapakah nilai rumah atau tanah yang ingin anda beli? Berapakah
ansuran yang mampu anda bayar setiap bulan, bergantung kepada
aliran tunai bulanan anda?
(iii) Adakah anda mempunyai cukup wang untuk membuat bayaran
pendahuluan dan aliran tunai yang memadai untuk bayaran ansuran
seterusnya?
(iv) Apakah yuran berkaitan atau kos lain yang perlu dibayar?
Contohnya, yuran guaman, duti setem, yuran pemprosesan dan fi
pembayaran.
(v) Adakah kadar faedah tetap atau kadar faedah berubah selaras dengan
perubahan pada kadar pemberian pinjaman asas (Base Lending Rates
-- BLR)?
(vi) Setakat manakah bayaran pinjaman anda boleh fleksibel? Terdapat
beberapa jenis skim pembayaran fleksibel yang ditawarkan.
(vii) Adakah dikenakan apa-apa penalti sekiranya anda membuat bayaran
balik keseluruhan pinjaman lebih awal dari tempoh yang
dipersetujui? Institusi kewangan biasanya mengenakan penalti
sebegini kerana mereka telah menawarkan pakej yang menarik bagi
pinjaman perumahan anda.

Adakah kadar faedah yang tetap ataupun yang berubah-ubah lebih baik
bagi pinjaman anda? Dengan kadar pinjaman tetap, faedahnya tetap dan
anda sedia maklum tentang jumlah ansuran yang perlu dibayar. Manakala
bagi kadar yang berubah-ubah, faedahnya berubah mengikut perubahan
pada BLR. Jika kadar tersebut meningkat, maka kadar faedah yang
dikenakan akan meningkat dan begitu juga dengan bayaran ansuran
bulanan anda. Bagaimanapun, sekiranya BLR menurun, maka anda akan
menikmati manfaatnya kerana bayaran bulanan anda juga akan
berkurangan.

Terdapat juga kadar pinjaman faedah yang berubah-ubah tetapi bayaran


ansuran bulanannya adalah tetap. Sekiranya berlaku perubahan pada
kadar faedah, maka tempoh masa pembayaran pinjaman akan berkurang
ataupun bertambah.

Terdapat lebih daripada satu kaedah untuk membayar pinjaman


perumahan (Jadual 10.5). Jumlah prinsipal sebuah pinjaman dikurangkan
setiap kali bayaran ansuran dibuat.



TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI W 169

Jadual 10.5: Kaedah Pembayaran Pinjaman Perumahan

Kaedah Pembayaran Penjelasan

Bayaran berperingkat Ini membolehkan anda membayar ansuran yang lebih rendah
pada permulaan pinjaman. Namun jumlah ini akan
meningkat dari semasa ke semasa. Skim ini berguna jika anda
baru mula bekerja dan gaji anda dijangka meningkat tahun
demi tahun.

Pembayaran awal Anda boleh memendekkan tempoh pinjaman dengan


sebahagian daripada membuat pembayaran awal bagi sebahagian daripada baki
baki pinjaman pinjaman melalui lebihan wang tabungan atau bonus
tahunan. Jika dibuat pada tahun-tahun awal pinjaman, anda
dapat mengurangkan caj faedah yang dikenakan. Walau
bagaimanapun, sesetengah institusi kewangan menghadkan
jumlah yang boleh dibuat bagi pembayaran awal.

Sebagai peminjam, anda hendaklah:
x Membaca dan memahami semua terma dan syarat pinjaman;
x Sentiasa mematuhi semua terma dan syarat ini;
x Bertanyakan soalan tentang semua aspek pinjaman sehingga anda berpuas hati;
x Membuat bayaran ansuran mengikut jadual; dan
x Memastikan anda mendapat maklumat yang tepat tentang pinjaman anda
dari semasa ke semasa.

Sepertimana pinjaman yang lain, sekiranya anda gagal membayar ansuran,


institusi kewangan berkenaan berhak mengambil tindakan undang-undang
terhadap anda untuk mendapatkan semula pinjaman tersebut.

Untuk menambahkan kedudukan kredit peminjam dan membolehkan mereka


mendapatkan pembiayaan untuk pinjaman kereta atau rumah, institusi
kewangan mungkin memerlukan jaminan daripada bakal peminjam. Anda
mungkin diminta oleh ahli keluarga atau kawan untuk menjadi penjamin bagi
pinjaman mereka. Fikirlah dengan berhati-hati sebelum anda membuat
keputusan kerana sebagai penjamin pinjaman, sekiranya peminjam gagal atau
enggan membuat bayaran, anda adalah terikat dari segi undang-undang untuk
membayar balik pinjaman tersebut.

Jika anda bersetuju menjadi penjamin, pastikan:


x Anda baca dan faham ciri jaminan yang akan dibuat dan implikasinya
kepada anda;
170 X TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI

x Anda tidak menandatangani dokumen kosong atau tidak lengkap;


x Anda tidak menjadi penjamin kepada seseorang yang anda sangsi akan
integritinya; dan
x Anda menyedari liabiliti yang perlu anda hadapi sekiranya terdapat pindaan
yang dibuat kepada terma dan syarat pinjaman.

Bukanlah mudah sekiranya anda ingin menarik diri sebagai penjamin. Namun
demikian, keputusan terletak kepada institusi kewangan berkenaan, yang
mungkin setuju dengan penarikan diri anda dengan syarat anda membuat
pembayaran penuh bagi baki pinjaman. Sekiranya peminjam meninggal dunia
dan tidak ada sumber alternatif, institusi kewangan berhak menuntut bayaran
daripada penjamin.

10.3.3 Jenis-jenis Kad, Perangkap Kredit dan Petua


Mengggunakan Kad Kredit
Dalam bahagian ini, kita akan melihat jenis-jenis kad yang ada, perangkap kredit
iaitu bayaran minimum dan petua menggunakan kad kredit.

(a) Jenis-jenis Kad


Terdapat beberapa kad untuk membuat kehidupan anda senang kerana
tidak perlu membawa tunai setiap kali membeli-belah atau mendapatkan
sesuatu perkhidmatan. Contoh kad boleh dilihat di dalam Rajah 10.6.

Rajah 10.6: Jenis-jenis Kad

Berikut butir-butir terperinci tentang setiap jenis kad.

(i) Kad Kredit


Kad kredit membenarkan anda membeli barang dan membayar untuk
perkhidmatan secara elektronik tanpa menggunakan tunai. Bila anda
menggunakan kad kredit, pengeluar kad kredit akan membayar
peniaga bagi pihak anda dan membilkan anda kemudian melalui
TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI W 171

bank pengeluar kad kredit anda. Ini membuatkan pembelian barang


jauh lebih senang.

Kad kredit boleh menjadi kaedah pembayaran yang berguna jika


anda tahu menggunakannya dengan betul dan bijak. Beberapa
manfaat yang didapati daripada penggunaan kad kredit adalah
seperti berikut:
x Ia merupakan kaedah pembayaran yang mudah dan cekap;
x Anda boleh menggunakan penyata untuk menjejak perbelanjaan
anda bagi tujuan bajet;
x Sesetengah kad kredit memberikan insurans kemalangan diri dan
perjalanan, bergantung pada jenis kad yang dikeluarkan;
x Pengeluar kad kredit memperkenalkan skim-skim menarik seperti
skim ansuran faedah sifar, skim bayaran fleksibel dan pindahan
baki pada 0% untuk membolehkan anda membeli sebanyak yang
mungkin; dan
x Anda mendapat mata ganjaran sekiranya menggunakan kad
kredit, yang biasanya tidak dinikmati sekiranya bayaran dibuat
secara tunai.

Biasanya had kad kredit adalah dua hingga tiga kali gaji bulanan
anda. Jika anda menggunakan kad kredit sampai hadnya, bererti
anda telah membelanjakan terlebih dahulu dua hingga tiga kali gaji
bulanan anda.

(ii) Kad Caj


Kad caj adalah seperti kad kredit. Manakala kad kredit membolehkan
anda membuat bayaran minimum bila menerima penyata bulanan,
kad caj tidak. Dengan kad caj, anda mesti membuat bayaran penuh
setiap bulan dan jika tidak, caj bayaran lewat akan dikenakan.

(iii) Kad Debit


Kad debit menyerupai kad ATM kecuali anda tidak perlu
mengeluarkan wang dari ATM. Anda boleh menggunakan kad debit
di tempat di mana anda perlu membayar untuk produk atau
perkhidmatan. Jumlah yang dibelanjakan akan ditolak daripada
akaun bank anda dengan serta-merta. Serupa dengan kad kredit, ia
mudah digunakan kerana anda tidak perlu membawa wang tunai
bersama anda.
172 X TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI

(iv) Kad Prabayar


Kad prabayar boleh digunakan untuk membuat pembelian tetapi
terdapat had perbelanjaan yang setara dengan jumlah wang yang ada
dalam kad tersebut. Ia adalah seperti kad prabayar telefon atau kad
Touch & Go di mana anda mempunyai jumlah wang tetap yang boleh
dibelanjakan. Bila wang ini berkurangan, anda boleh menambahkannya
sampai had maksimum yang ditentukan oleh pengeluar kad. Kad debit
dan prabayar adalah pilihan yang lebih baik untuk individu yang
kurang berdisiplin dari segi kewangan.

(b) Perangkap Kredit Dengan Bayaran Minimum Bulanan


Anda mungkin tertarik untuk hanya membuat bayaran minimum yang
disebut dalam penyata bulanan kad kredit anda, lebih-lebih lagi jika ini
membantu aliran tunai anda. Namun, anda akan terpaksa membayar caj
faedah dan mengambil masa yang lebih lama untuk menyelesaikan baki
yang tertunggak. Hasilnya, anda akan menanggung hutang yang besar
dalam masa yang pendek. Pada masa sekarang, kebanyakan pengeluar
kad mengenakan caj kewangan sebanyak 1.5% sebulan, pada kadar harian
dan dikompaun secara bulanan.

Terlebih dahulu dalam modul ini, kita telah membincangkan mengenai


kesan faedah kompaun apabila anda membuat tabungan. Faedah kompaun
juga diguna pakai dalam hal ini, di mana faedah dibayar pada jumlah
pokok campur dengan faedah yang terkumpul terhadap baki pinjaman.

Adalah penting untuk menyedari bahawa dengan hanya membayar jumlah


minimum, anda akan mengambil tempoh yang lebih lama untuk
menyelesaikan hutang kad kredit anda, maka lebih banyak hutang akan
terkumpul. Dengan kadar faedah yang tinggi, anda membayar lebih lagi
kepada institusi kewangan jika dibandingkan dengan harga asal yang
dibayar bagi barangan atau perkhidmatan yang anda beli dahulu. Pastikan
anda sentiasa membuat bayaran penuh untuk mengelak daripada kemelut
kewangan.

(c) Petua Menggunakan Kad Kredit


Berikut adalah beberapa petua menggunakan kad kredit:
(i) Bayar jumlah yang dihutang dengan penuh bila mendapat penyata
bulanan untuk mengelak daripada dikenakan faedah;
(ii) Jangan menggunakan kad kredit jika anda tidak boleh membuat
bayaran bulanannya;
(iii) Hadkan bilangan kad kredit yang anda miliki;
TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI W 173

(iv) Jangan menggunakan kad kredit untuk mendapatkan pendahuluan


wang tunai dari mesin ATM. Setiap kali anda mengeluarkan wang
menggunakan kad kredit, anda menambahkan lagi beban pinjaman.
Pada masa yang sama, ditambah lagi dengan yuran pendahuluan
wang tunai dan faedah harian yang dikenakan;
(v) Bayar sebelum tarikh akhir penyata untuk mengelakkan caj bayaran
lewat dan kadar penalti;
(vi) Ketahui akibat kerap membuat bayaran minimum;
(vii) Jika anda mempunyai masalah aliran tunai, buat bayaran minimum
untuk masa sekarang tetapi jelaskan bayaran sepenuhnya secepat
mungkin; dan
(viii) Sentiasa menyemak penyata bulanan kad kredit untuk memastikan
urus niaga dan caj yang betul telah direkodkan. Penyata itu akan
merekodkan urus niaga, yuran dan caj, tarikh bil matang dan bayaran
minimum yang perlu dibuat. Hubungi bank anda sekiranya terdapat
sebarang kesilapan dalam penyata anda ataupun anda tidak
menerima penyata tersebut.

10.3.4 Pembayaran Balik dan Ingkar Bayar Pinjaman


Pembayar balik pinjaman yang baik adalah orang yang membuat bayaran
pinjaman tepat pada waktunya dengan jumlah yang dipersetujui mengikut
terma dan syarat, seperti yang ditetapkan dalam perjanjian pinjaman. Dalam
bahagian ini, kita akan bincang tentang biro kredit dan masalah pembayaran
balik hutang.

(a) Biro Kredit


Biro Kredit Bank Negara Malaysia (BNM) telah beroperasi sejak 1982. Ia
mengumpul maklumat kredit peminjam, termasuk individu persendirian,
perniagaan (perniagaan tunggal dan perkongsian), syarikat dan entiti kerajaan,
seterusnya menyalurkan maklumat tersebut kepada pemberi pinjaman.

Biro Kredit menyimpan maklumat kredit dalam Sistem Maklumat Rujukan


Kredit Pusat (Central Credit Reference Information System / CCRIS), yang
merupakan sistem pangkalan data berkomputer yang memproses
maklumat kredit yang diterima daripada institusi kewangan secara
automatik dan mensintesiskan maklumat tersebut dalam bentuk laporan
kredit. Laporan ini diberikan kepada institusi kewangan apabila diminta.

Setiap kali anda membuat permohonan bagi pinjaman baharu, institusi


kewangan berkenaan akan menyemak sejarah bayaran yang pernah anda
174 X TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI

buat melalui Biro Kredit. Mereka akan menggunakan maklumat tersebut


untuk memutuskan sama ada untuk memberikan anda pinjaman ataupun
tidak. Selain daripada Biro Kredit, terdapat juga syarikat milik persendirian
yang memberikan maklumat kepada pelanggan mereka dan institusi
kewangan berkaitan rekod bayaran balik pinjaman dan juga status
sebarang tindakan undang-undang terhadap peminjam, sekiranya ada.

Simpan salinan laporan CCRIS anda untuk membolehkan anda memantau


pinjaman serta mengawal pola pembayaran kad kredit anda. Anda boleh
menyemak sama ada laporan itu menunjukkan jadual pembayaran balik
yang baik, ingkar pinjaman atau pembayaran lewat. Jika laporan CCRIS
menunjukkan pembayaran lewat atau ingkar pinjaman, institusi kewangan
mempunyai pilihan untuk menolak permohonan pinjaman anda kerana
laporan tadi memberikan gambaran bahawa anda tidak menguruskan
pinjaman dengan baik atau anda menghadapi kemelut kewangan.

Sekiranya anda pembayar balik pinjaman yang baik, laporan kredit juga
akan menunjukkan sedemikian. Malah, efektif dari 1 Julai 2008, anda
diberikan ganjaran jika cepat membuat bayaran kad kredit  institusi
kewangan akan mengenakan caj kewangan berperingkat bergantung
kepada perilaku pembayaran balik anda.

Jika anda inginkan lebih maklumat berkenaan Biro Kredit, lawat laman
sesawang http://creditbureau.bnm.gov.my.

(b) Masalah Pembayaran Balik Hutang


Jika anda ingkar dalam membayar balik pinjaman dan gagal menyelesaikan
hutang kad kredit, anda akan menghadapi masalah teruk. Anda akan
didakwa oleh institusi kewangan. Kereta atau harta anda akan dilelong.
Ahli keluarga anda akan turut merasa bahananya kerana mereka mungkin
terpaksa membantu melangsaikan hutang anda. Penjamin anda, jika ada,
juga akan menderita kerana tindakan mahkamah boleh diambil terhadap
mereka. Anda mungkin diisytiharkan bankrap kalau gagal membayar balik
pinjaman anda.

Anda akan menderita dari segi emosi akibat tekanan. Anda akan kerap
mendapat panggilan dan surat daripada peguam dan pemiutang yang
mendesak anda untuk melangsaikan hutang. Dalam situasi begitu, anda boleh
menjadi tidak produktif dan kerja serta kesihatan anda mungkin terjejas.

Berikut beberapa tanda anda menghadapi kemelut kewangan:


(i) Anda tidak dapat mengawal wang anda iaitu perbelanjaan anda
melebihi pendapatan anda;
TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI W 175

(ii) Hutang anda lebih banyak daripada yang anda mampu bayar;
(iii) Anda hanya mampu membayar minimum 5% setiap bulan untuk bil
kad kredit anda;
(iv) Anda tidak mempunyai apa-apa simpanan untuk kecemasan peribadi
atau keluarga;
(v) Anda sentiasa mendapat panggilan daripada pengutip hutang; dan
(vi) Anda menerima notis tuntutan.

Sekiranya anda menghadapi masalah seperti di atas, segeralah


mendapatkan pertolongan dan nasihat kewangan daripada kaunselor
kewangan yang profesional.

SEMAK KENDIRI 10.3
1. Apakah risiko menjadi penjamin? Bagaimana untuk meminimakan
risiko penjamin?

2. Bagaimana menentukan sama ada seorang individu itu sedang


menghadapi kemelut kewangan?


x Untuk membina kekayaan, mulalah menabung dan melabur sekarang. Anda


perlu menambahkan aset anda untuk menambahkan nilai bersih anda.
Pelbagaikan pelaburan anda untuk menyebarkan risiko anda dengan lebih
rata. Lebih tinggi pulangan yang anda perolehi daripada sebuah pelaburan,
lebih tinggi risikonya.
x Jumlah insurans hayat yang perlu dibeli bergantung pada jumlah wang yang
anda perlukan untuk menyara cara hidup anda dan membayar perbelanjaan
anda bila anda mengalami penyakit kritikal atau kehilangan upaya akibat
penyakit atau kemalangan.
x Seorang perunding atau broker insurans perlu mempunyai lesen daripada
BNM dan menjadi ahli Persatuan Broker-Broker Insurans dan Takaful
Malaysia (Malaysian Insurance and Takaful Brokers Association).
x Seorang ejen insurans hayat mesti dilantik oleh sebuah syarikat insurans
hayat yang berlesen dan berdaftar dengan Persatuan Insurans Hayat
Malaysia (Life Insurance Association of Malaysia).
176 X TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI

x Seorang ejen insurans am mesti dilantik oleh syarikat insurans am yang


berlesen dan berdaftar dengan Persatuan Insurans Am Malaysia.
x Bila membuat tuntutan, pastikan anda mempunyai semua dokumen yang
diperlukan oleh syarikat insurans untuk mempercepatkan proses tuntutan.
x Bila memohon pinjaman, tanyakan pada diri anda tujuannya dan sama ada
anda mampu membuat bayaran ansurannya. Jangan sekali-kali meminjam
daripada pemiutang yang tidak berlesen. Sedari terma dan syarat pinjaman
yang diambil.
x Selalu minta kadar faedah efektif ke atas semua pinjaman sewa beli dan
pinjaman bertempoh dengan kadar tetap (fixed rate term loans). Jumlah
keseluruhan bayaran bulanan anda untuk kesemua pinjaman dan hutang kad
kredit anda harus tidak melebihi sepertiga gaji kasar bulanan anda.
x Jangan termasuk dalam perangkap menggunakan kad kredit dan kad caj
seolah-olah ia wang percuma.
x Jika anda hanya membuat bayaran minimum bulanan yang disebut dalam
penyata kad kredit, anda akan mendapat hutang besar akibat penggandaan
(compounding effect).
x Cuba buat bayaran seperti yang diperlukan agar anda mempunyai laporan
kredit yang positif.

Bon Pelaburan faedah tetap


Dana amanah saham Premium insurans
Harta Pinjaman
Insurans Risiko dan pulangan
Kekayaan Simpanan
Kredit Syer
Liputan insurans Tabung Amanah Pelaburan Hartanah
Meminjam Takaful
Pelaburan Tunai