Anda di halaman 1dari 17

1.

0 Pengenalan

Sabah merupakan salah satu negeri di Malaysia dan mempunyai banyak kaum. Mereka
boleh dibahagikan kepada 3 kategori. Ketiga-tiga kategori itu merupakan kaum Melayu, kaum
Kadazan-Dusun, dan kaum lain.

Kaum Melayu termasuk:


Melayu Brunei Kedayan Melayu Cocos

Kaum Kadazan-Dusun termasuk:

Dumpas Dusun Idahan

Kadazan Kwijau Lotud

Mangkaak Maragang Minokok

Orang Sungai Rumanau Rungus

Tambanuo Tatana Tobilung

Kaum lain termasuk:

Bisaya Bajau Binadan

Illanun Suluk Ubian

Murut Tagaas Tidong

Lun Bawang

(Sabah Tourist Association, 2017)

Sabah mempunyai 32 etnik yang dikenali oleh kerajaan. Dalam kesemua 32 etnik, 28 etnik
merupakan bumiputera dan kaum Kadazan-Dusun, dengan 17.8% dalam populasi Sabah,
merupakan kaum yang terbesar di Sabah. (Sabah Tourist Association, 2017) Namun begitu, kini
dipercayai masih mempunyai lebih kurang 40 suku kaum Dusun and Kadazan yang membentukkan
kaum kadazandusun. (Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia, 2010)

Dalam laporan ini, kami akan membincangkan aspek kepercayaan and budaya kaum
Kadazan-Dusun. Kaum Kadazan-Dusun merupakan kombinasi kaum Kadazan dan kaum Dusun.
Pada mulanya Tun Fuad Stephens, Huguan Siou (Pemimpin Agung) pertama Kadazan,

1
mencadangkan istilah Kadazan digunakan untuk menyatukan 14 suku kaum yang berkongsi
kumpulan 2ahasa bagi memberikan mereka suara yang lebih besar. Ini dipersetujui oleh ramai,
tetapi sesetengah orang Dusun mahukan atonomi lebih besar, dengan itu istilah Kadazan-Dusun
dipilih sebagai tolak-ansur. (Ooi Keat Gin, 2010, p. 298)

Kegiatan ekonomi kaum Kadazan-Dusun biasanya melibatkan petanian and pemburuan.


Aktiviti pertanian melibatkan penanaman padi sawa dan padi human. Mereka biasanya menetap di
pantai barat seperti Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu, Tamparuli, Tenghilan, dan Kota Belud serta
di lembah bukit di Ranau, Tambunan, dan Keningau. Sesetengah kaum pula melibatkan diri dalam
kegiatan menangkap ikan atau memburu. Mereka kebanyakan bertempat di sekelilingi kawasan
lembah pantai barat dan kawasan pendalaman. Namun, pada zaman sekarang, banyak yang
bekerja dalam sektor perniagaan dan sektor politik. Antara ahli-ahli politik yang terkenal merupakan
Tun Fuad Stephen, Datuk Peter Mojuntin, Dato Sri Joseph Pairin Kitingan, Tan Sri Bernard
Dompok, dan Tan Sri Joseph Kurup. (ZhongWenBaiKe, 2011)

Tun Fuad Stephen Datuk Peter Mojuntin Dato Sri Joseph Pairin Kitingan

Tan Sri Bernard Dompok Tan Sri Joseph Kurup

2
2.0 Adat Resam dan Pantang Larang
Keunikan masyarakat kadazan terserlah melalui kebudayaan dan adat resam yang
diamalkan yang mengandungi unsur-unsur ritual dan animisme. Ini jelas terlihat melalui
adat resam dan kepercayaan yang diamalkan dalam aspek perkahwinan, kelahiran dan
kematian. (Zaini, 1969)

2.1 Perkahwinan

2.1.1 Merisik

Sebelum sesuatu upacara perkahwinan dilangsungkan, keluarga kedua-dua pihak akan


mengatur segala persiapan yang diperlukan, contohnya pemberian sebentuk cincin. Cincin ini
menjadi tanda peminangan daripada pihak lelaki. Segala urusan merisik dan juga pinang-
meminang ini mesti dibuat pada waktu pagi. Waktu petang dan malam tidak dibenarkan sama
sekali. Wakil pihak lelaki pergi merisik kepada ibu bapa perempuan yang hendak dipinang itu atau
pengganti ibu bapa jika ibu bapa perempuan itu sudah tidak ada. (Pengajian Malaysia, 2015)

2.1.2 Meminang

Apabila ibu bapa perempuan mendapati risikan itu boleh dipertimbangkan, mereka akan
menentukan hari bagi wakil pihak lelaki datang membawa cincin pusaka. Cincin itu juga digelar
'cincin menanti mimpi'. Cincin itu mesti dibawa pada waktu pagi. Cincin itu diletakkan di bawah
bantal ibu bapa perempuan itu. Pada malam itu juga, salah seorang daripada suami isteri itu atau
kedua-duanya sekali akan mendapat mimpi. (Pengajian Malaysia, 2015)

2.1.3 Bertunang

Setelah selesai mesyuarat keluarga, ibu bapa perempuan memanggil wakil pihak lelaki
untuk memberitahu tentang keputusan mimpi mereka. Perundingan antara pihak lelaki dengan ibu
bapa pihak perempuan hanya berkisar pada syarat-syarat hantaran perkahwinan, menentukan
tarikh perkahwinan dan kadar besar atau lamanya pesta perkahwinan itu. Serendah-rendah darjat
perkahwinan itu mesti dibuat dengan upacara adat, pemujaan agama, pesta bersukaria dan makan
minum. Untuk membolehkan pengantin ni bersatu, satu upacara khas dibuat. Pasangan pengantin
tersebut dikehendaki makan di dalam pinggan dan mangkuk yang sama. (Pengajian Malaysia,
2015)

3
2.1.4 Majlis Perkahwinan

Majlis perkahwinan orang Kadazan memakan masa selama tiga hari. Perkara yang paling
penting ialah miohon pinisi iaitu upacara menukar gumpalan nasi. Upacara miohon pinisi
merupakan nazar perkahwinan menurut cara tradisional. (Pengajian Malaysia, 2015)

2.2 Kelahiran

2.2.1 Sewaktu mengandung

Ibu tidak boleh memotong atau mengerat sesuatu, tidak boleh mengikat atau menyimpul
sesuatu dan tidak boleh makan buah yang mengandungi air. Suami tidak boleh memotong rambut
kerana nanti rambut anak akan berpanjang. (My Voice Heart, 2010)

2.1.2 Bersalin

Antara pantang yang mesti diikuti oleh ibu yang bersalin ialah dia tidak boleh makan ikan
yang bertulang keras, ikan yang berduri, nasi sejuk dan bubur. Manakala bagi bayi yang baru lahir
terutamanya dari hari pertama hingga hari ketujuh, bayi tidak boleh dibawa ke halaman rumah
untuk mengelakkan bayi itu diganggu oleh roh jahat yang dinamakan Rogon Gaiyah. (My Voice
Heart, 2010)

Bidan, merupakan orang yang bertanggungjawab tentang kelahiran seorang anak juga akan
memastikan ahli keluarga yang lain supaya pintu rumah kediaman mereka diikat dengan sejenis
daun yang dipanggil wongkong. Daun itu menunjukkan rumah tersebut telah menerima ahli baru.
Justeru itu sahabat-handai yang tinggal di kawasan itu tidak boleh berkunjung melainkan saudara-
mara yang terdekat sebelum anak diberi nama. (My Voice Heart, 2010)

4
2.1.3 Selepas lahir

Adat memberi nama anak dilakukan setelah bayi itu berumur lapan hari. Upacara rasmi
memberi nama sebenar juga dipangil Madsapi atau Modsopik, lengkap dengan mentera dan
tatacaranya. Setelah anak itu berusia kira-kira satu bulan, upacara turun tanah atau disebut
Mintuhun atau Minuhun akan dilakukan. (My Voice Heart, 2010)

2.3 Kematian

2.3.1 Semasa kematian

Apabila salah seorang di kalangan masyarakat Kadazan meninggal dunia, semua penduduk
kampung akan diberitahu tentang kematian tersebut. Setiap anggota masyarakat Kadazan tidak
boleh melakukan apa-apa pekerjaan terutama apabila upacara pengkebumian dilakukan. Pekerjaan
menanam padi amat dilarangkan. Sekiranya mereka bekerja, kerja-kerja itu hanyalah sia-sia kerana
tidak mendatangkan hasil. (My Voice Heart, 2010)

2.3.2 Berjaga-jaga

Selepas dimandikan dan seluruh badan dilap, mayat tersebut akan dipakaikan dengan
pakaian yang indah-indah dan kemudian direnjiskan dengan air wangi. Mayat akan disimpan di
rumah selama tiga, lima atau tujuh hari sebelum dikebumikan. Semasa mayat diletakkan di ruang
tamu, mayat akan dijaga dengan baik supaya tidak ada binatang yang melangkahinya terutamanya
kucing hitam. Masyarakat Kadazan percaya sekiranya kucing hitam yang melangkah, mayat akan
bangun dan mengamuk sehingga boleh membunuh mereka yang berada di situ. Tujuan berjaga
adalah untuk mengawasi iblis atau jin yang menyerupai seekor burung besar yang digelar
pendaatan. Mereka percaya burung itu hendak menerbangkan mayat. (My Voice Heart, 2010)

2.3.3 Moginupus

Moginupus adalah bahasa Kadazan yang bermaksud simpati terhadap si mati. Ahli
keluarga, saudara mara dan sahabat handai akan menangis sekuat hati sebagai menunjukkan
simpati terhadap si mati. Mereka memukul harta benda seperti gong atau tajau di sekeliling rumah
sebagai marah terhadap iblis atau jin yang telah menyebabkan kematian. (My Voice Heart, 2010)

5
2.3.4 Pengebumian

Pada umumnya masyarakat Kadazan akan mengusung mayat dengan menggunakan


keranda atau tajau. Usungan mayat itu seringkali disertakan dengan paluan gong, gendang, letupan
mercun atau senapang. Bunyi-bunyian ini dilakukan secara tenus menerus sehingga ke kawasan
perkuburan untuk menakutkan hantu daripada meresap masuk ke tubuh mayat. (My Voice Heart,
2010)

Kemudian mayat diletakkan di dalam liang dan sebatang kayu beringin dicacakkan di atas
pusat mayat. Selepas itu barulah mayat dikambus dengan tanah. Tujuan berbuat demikian untuk
mengetahui adakah si mati ingat pada keluarganya atau tidak.
Ahli keluarga si mati perlu menghantar makanan pada tiap-tiap petang selama tujuh hari berturut-
turut. Mengikut kepercayaan masyarakat Kadazan, sebelum roh si mati berpindah ke tempat lain,
roh itu masih memerlukan makanan daripada keluarganya yang masih hidup. (My Voice Heart,
2010)

6
3.0 Kesenian dan Kebudayaan

Kelahiran kaum Kadazandusun dan lagenda tentang kaum ini adalah bermula daripada
Nunuk Ragang, iaitu sesuatu petempatan awal kaum Kadazandusun yang terletak di Tompios
dalam daerah Ranau pada hari ini. Suku kaum ini telah berkembang dan bersebar sejak
kelahirannya ke seluruh negeri Sabah. Misalnya aspek bahasa, pakaian tradisional, muzik
berunsurkan tradisional dan corak kehidupan mereka. (Sabah.edu)

3.1 Tarian

Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah
dan di seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun. Tarian ritualnya
memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian Sumazau yang ditarikan untuk mengucap kesyukuran yang
berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untuk menolak bala, menyemah
semangat, dan mengubati penyakit. (Sabah.edu)

Gerak dan irama tari Sumazau adalah perlahan dan lemah lembut. Alat-alat pengiring tarian
adalah seperti set gong dan gendang. Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadapan dan
mereka menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan
diturunkan mengikut irama lagu. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik
seperti burung terbang. Biasanya tarian ini ditarikan semasa menyambut hari keramaian dan di majlis
jamuan. (Sabah.edu)

3.2 Alat Muzik Tradisional

Kebanyakaan alat-alat muzik di Sabah dibuat daripada bahan-bahan asli. Sebagai contoh,
tongkungon, turali, suling (atau seruling), sompoton dan togunggak diperbuat daripada buluh.
(Sabah.edu)

Alat lain seperti gambus, kompang dan gendang diperbuat daripada kulit kambing. Gong
dan kulintangan dibuat daripada kayu lembut dan menyerupai gitar panjang bertali tiga yang dibuat
daripada giman, sejenis gentian pokok palma. Alat-alat muzik di Sabah, dikelaskan kepada;
Kordofon - Peralatan musik yang sumber bunyinya berasal dari dawai atau senar, suara yang
dihasilkan berasal dari dawai yang dipetik atau dipukul
contoh: tongkungon, gambus, sundatang atau gagayan
Erofon - Peralatan muzik yang sumber bunyinya berasal dari hembusan atau tiupan.

7
contoh: suling, turali atau tuahi, bungkau dan sompoton
Idiofon - Peralatan musik yang sumber bunyinya berasal dari bahan dasarnya
contoh: togunggak, gong, kulintangan, kompang, gendang atau tontog. (Sabah.edu)

1. Gong
Gong merupakan tulang belakang dalam kebanyakan
arena permainan muzik dan ianya digunakan dalam hampir
kesemua upacara sosial. Bilangan gong yang dimainkan
bersama berbeza-beza mengikut keperluan masyarakat
setempat. Satu atau dua buah gendang juga sering dipalu
bersama untuk menseragamkan iramanya. Gong boleh
didapati di seluruh negeri Sabah dan mempunyai nilai yang
tinggi. Ia juga digunakan sebagai hantaran berian, upacara
kepercayaan animistic, isyarat dan perayaan pesta-pesta
menuai. Sejak akhir-akhir ini suku kaum Rungus di Kudat ada
membuat gong yang dibentuk dari kepingan besi galvanic
yang dibeli di sini. Gong yang lebih popular mempunyai dinding yang tebal, bibir yang dalam serta
tombol yang besar, ditempah dari Filipina, Indonesia atau Brunei. (Sabah.edu)

2. Sompoton
Sompoton merupakan sejenis organ mulut yang sangat menarik di antara alat-alat musik
tempatan di Sabah. Ianya dibuat daripada sebiji buah labu yang kering dengan lapan batang paip
buluh yang disusun dalam dua lapisan. Salah satu daripada paip ini tidak mempunyai bunyi dan
berfungsi untuk memperseimbangkan kedudukan bentuk alat tersebut.
Dengan meniup atau menyedut mulut labu, sipemain boleh menghasilkan
satu bunyian harmoni yang merdu. Beberapa kepingan kecil polod
(seperti dalam Bungkau) diletakkan pada dasar tiap-tiap tepian paip yang
berbunyi. Paip tersebut dimasukkan ke dalam lubang pada sisi labu
kemudian ditampal dengan lilin lebah. Sompoton ini boleh dimainkan
secara perseorangan untuk hiburan persendirian atau dalam kumpulan
untuk mengiringi tarian. Ianya popular di kalangan sukukaum
Kadazandusun. (Sabah.edu)

8
. Togunggak
Alat muzik ini dikenali sebagai tagunggak di kalangan suku
kaum Murut atau Togunggak di kalangan suku kaum Kadazandusun.
Idiofon bambu paluan ini dimainkan dalam kumpulan untuk mengiring
tarian atau perarakan di pesta-pesta. Satu set alat-alat muzik ini
merangkumi enam hingga tiga puluh buah togunggak, bergantung
kepada suku kaum. Muzik yang dikeluarkan menyerupai satu set gong
sesuatu kumpulan, dengan setiap idiofon diselaraskan bunyinya
mengikut gong sebenar yang dimainkan. (Sabah.edu)

4. Kulingtangan
Pada mulanya alat ini diperkenalkan di barat Sabah oleh suku kaum Brunei tetapi secara
tradisional ianya juga digunakan oleh suku kaum Bajau dan beberapa suku Kadazandusun.
Selalunya, ia dimainkan dalam majlis-majlis dan perayaan seperti majlis perkahwinan dan upacara
keagamaan, di mana ianya diiringi oleh gong-gong tradisional. Alat ini merangkumi lapan ataupun
sembilan buah gong-gong cerek yang kecil. Setiap daripadanya mengeluarkan bunyi-bunyian yang
berbeza-beza apabila dipukul. Gong-gong cerek ini diletakkan tersusun dalam satu barisan di atas
sebuah rangka kayu rendah. Biasanya
sipemain duduk di atas lantai berhadapan
dengan barisan gong sambil memukulnya
dengan dua pemukul kayu kecil.
(Sabah.edu)

3.3 Makanan Tradisi

Masyarakat Sabah telah dianugerahkan dengan pelbagai jenis makanan. Hal ini adalah
disebabkan keadaan semula jadi dan bentuk muka buminya banyak membekalkan sumber pencarian
makanan. Contohnya, laut dan sungai yang dibekalkan dengan pelbagai jenis ikan, udang dan
sebagainya. Hutan rimba yang ditumbuhi dengan pelbagai jenis tumbuhan liar, herba, buah-buahan
dan didiami pelbagai jenis hidupan liar. Masyarakat tempatan Sabah telah memperkenalkan pelbagai
jenis makanan tradisi. Kebiasaan ini diamalkan oleh lebih daripada tiga puluh golongan etnik yang
mana lebih dipengaruhi dengan cara hidup dan keadaan persekitaran tempat tinggal etnik tertentu.
Masyarakat kaum Kadazandusun di Sabah telah mengamalkan cara pemakanan Tradisi sejak turun-
temurun dan masih diamalkan sehingga hari ini. Antara makanan tradisi yang terkenal di kalangan
kaum Kadazandusun ialah Hinava, Noonsom, Pinasakan dan Sup Manuk Lihing. Makanan-makanan
ini dapat disediakan dengan pelbagai cara mengikut kebiasaan amalan tradisi Kaum Kadazandusun.
(Sabah.edu)

9
3.3.1 Hinava

Hinava atau Hinata, atau juga dikenali sebagai Hinava Ginapan, merupakan makanan
tradisional yang paling terkenal bagi kaum Kadazandusun di Sabah. Hinava merupakan nama
makanan ini bagi suku kaum Kadazan manakala Hinata pula bagi kaum Dusun. Bahan utamanya
adalah isi ikan, biasanya ikan Tenggiri dan ikan Yu
yang dicampurkan bersama bahan-bahan lain
seperti biji buah Bambangan, cili merah, halia,
bawang merah, limau kapas dan garam. Isi ikan
(juga boleh digantikan dengan makanan laut yang
lain seperti sotong dan udang) tidak dimasak tetapi
dibersihkan dan dicampur dengan cuka atau
perahan jus limau. (Sabah.edu)

3.3.2 Noonsom

Noonsom merupakan makanan tradisional Kadazandusun yang dibuat dalam bentuk jeruk.
Makanan ini boleh didapati dalam beberapa jenis dan antara Noonsom yang terkenal ialah Noonsom
Sada, Noonsom Bambangan dan Noonsom Tuhau. (Sabah.edu)

Noonsom Sada - Noonsom Sada atau Noonsom Ikan merupakan sejenis Noonsom yang
mengandungi ikan sebagai bahan utamanya. Ikan yang digunakan selalunya ikan air tawar dari
sungai yang dibersihkan dahulu dan dicampur bersama isi buah Pangi, nasi dan garam. Bahan-bahan
tersebut kemudiannya akan dimasukkan kepada bekas atau tajau kecil dan dibiarkan antara sepuluh
ke dua belas hari. Selepas tempoh tersebut, makanan ini boleh dihidangkan dan dimakan bersama
nasi. (Sabah.edu)

10
Noonsom Bambangan - Noonsom Bambangan merupakan sejenis Noonsom yang mana
bahan utamanya adalah buah Bambangan. Buah Bambangan atau nama saintifiknya Mangifera
Pajang, merupakan sejenis mangga hutan yang terbesar di dunia dan banyak didapati di Pulau
Borneo terutamanya di Sabah. Buah Bambangan tersebut akan dipotong kepada saiz kecil dan
dicampur dengan biji buah Bambangan yang telah diparut serta cuka sebelum disimpan di dalam
bekas atau tajau kecil. Ianya akan dibiarkan selama seminggu sebelum dihidangkan untuk dimakan.
Ianya sedap dimakan begitu sahaja seperti buah-buahan yang lain atau dimakan bersama nasi
sebagai lauk. (Sabah.edu)

Noonsom Tuhau - Noonsom Tuhau merupakan sejenis makanan Noonsom yang


mengandungi Tuhau sebagai bahan utamanya. Tuhau (atau nama saintifiknya, E. Coccinea)
merupakan sejenis tumbuhan liar yang tumbuh subur di Kepulauan Borneo. Bahagian dalam pada
batang Tuhau akan dibersihkan dan dihiris sebelum dicampur bersama cuka atau perahan jus limau,
garam dan cili merah. Ianya akan dibiarkan selama beberapa minit sebelum boleh dimakan sebagai
lauk. (Sabah.edu)

11
3.3.3 Pinasakan

Pinasakan Sada atau Pinarasakan merupakan makanan tradisional bagi kaum


Kadazandusun dan sangat terkenal di Sabah. Makanan ini merupakan sejenis makanan yang
mengandungi ikan Basung yang telah ditumis dan dicampur dengan bahan-bahan lain seperti buah
Bambangan, takob-akob, kunyit dan garam. Ianya juga sejenis makanan yang tahan lama dan boleh
disimpan untuk beberapa hari. Pinasakan enak dimakan bersama nasi yang masih panas atau
bersama Ambuyat, sejenis makanan tradisional yang juga terkenal di Sabah. Di Sabah, makanan ini
boleh didapati di restoran atau gerai makanan yang menyediakan makanan tradisional kaum
bumiputera Sabah. Terdapat juga beberapa hotel terkemuka, seperti Hotel Le-Meridien, Kota
Kinabalu di Sabah yang mula menghidangkan Pinasakan untuk diperkenalkan kepada pelancong-
pelancong yang datang ke Sabah. (Sabah.edu)

3.3.4 Sup Manuk Lihing

Sup Manuk Lihing, atau Sup Ayam Lihing di dalam Bahasa Melayu, merupakan salah satu
makanan tradisional bagi suku kaum Kadazandusun di Sabah. Bahan-bahan dalam makanan ini
termasuk daging ayam, minuman keras jenis Lihing, halia, garam dan serbuk perasa. Oleh
disebabkan makanan ini mengandungi minuman keras, maka ia haram dimakan oleh yang
beragama Islam. Sup Manuk Lihing selalunya dimakan bersama nasi ataupun boleh dimakan begitu
sahaja. Menurut kepercayaan kaum Kadazandusun, makanan ini baik untuk wanita yang baru
melahirkan anak. Makanan ini dihidangkan pada
hari-hari istimewa seperti hari perkahwinan atau
semasa sambutan Pesta Menuai (Pesta
Kaamatan) yang diadakan di Sabah pada 30
dan 31 Mei setiap tahun. (Erich Kolig, Vivienne
S. M. Angeles, Sam Wong, 2009)

12
4.0 Pesta Kaamatan

Pesta kaamatan ataupun dikenali sebagai Tadau Kaamatan merupakan perayaan yang
penting dan bermakna kepada masyarakat Kadazan Dusun di Sabah. Ia telah disambut oleh etnik
Kadazan Dusun dari nenek moyang hingga hari ini. Pesta Kaamatan atau di dalam Bahasa
Kadazan Magavau merupakan upacara perayaan khas yang disambut sebagai tanda kesyukuran
Bambazon iaitu semangat padi dan memperingati semangat pengorbanan Huminodun untuk
menurunkan hujan. Perayaan ini biasanya diadakan selepas menuai padi sejak zaman berzaman.
(Sabah.edu)

4.1 Asal Usul

Pada zaman dahulu, terdapat sebuah kampung yang sangat aman dan damai di mana
mempunyai tanaman padi dan buah-buahan yang subur. Pada suatu hari, kemarau panjang telah
melanda kampung tersebut dan menyebabkan semua tanaman padi dan buah-buahan mati dan
sungai menjadi kering. (Projeck Dialog, 2014)

Seluruh penduduk kampung merasa risau kerana mereka akan kehabisan makanan dan air
jika kemarau masih berterusan. Kinoingan (Tuhan) dan isterinya Suminundu mempunyai seorang
anak perempuan yang bernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-orang Kadazandusun
daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang mencukupi, maka Kinoingan terpaksa
mengorbankan anak kesayangan mereka Huminodun. Huminodun dibunuh dan mayatnya dikubur
menurut adat istiadat selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun itu telah mengeluarkan berjenis-
jenis benih tumbuhan yang menjadi makanan
utama kepada kita sekarang. Salah satu benih
tumbuhan itu ialah padi. Oleh kerana
sebahagian dari mayat Huminodun itu
mengeluarkan benih padi, maka wujudlah
kepercayaan bahawa padi itu mempunyai
semangat yang diberi nama "Bambazon".
(MYKMU, 2013) (Projeck Dialog, 2014)

Perayaan Pesta Kaamatan ini juga mengingatkan kita akan rasa penghargaan dan
penghormatan masyarakat Kaum Kadazandusun akan Penciptanya (Kinoingan) yang sanggup
mengorbankan anak kesayangannya Huminodun untuk menyelamatkan orang-orangnya supaya
tidak mati kebuluran.

13
4.2 Sambutan Pesta Kaamatan

Antara sambutan menarik yang diadakan ialah persembahan dan pertandingan tarian
Sumazau. Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan
memakai pakaian tradisional mereka. Tarian ini dimainkan dengan iringan paluan gong. Tarian ini
ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan
sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan. (MYUKUR, 2015)

Selain daripada persembahan tarian Sumazau, diadakan juga pertandingan nyanyian


dipanggil Sugandoi, pertunjukan bina badan, dan ratu cantik atau "Unduk Ngadau", dan
persembahan segala jenis kesenian dan kraftangan. Pertandingan seperti memukul gong dan
sukan rakyat juga menjadi antara acara utama dalam perayaan ini.
Antara hidangan popular semasa perayaan ini ialah meminum tapai atau "Kinomol", iaitu sejenis
arak tradisional. Tapai merupakan minuman tradisi mereka, diperbuat sama ada daripada beras
(nasi) atau ubi kayu. Nasi akan diperam di dalam sebuah tempayan besar atau "tajau" selama
seminggu, atau ubi kayu diperam selama dua hingga tiga minggu. Biasanya tapai dicampur dengan
ragi untuk mempercepatkan proses "memberi rasa" kepada tapai tersebut. (MYUKUR, 2015)

Mereka menggunakan sebatang buluh kecil yang dipanggil "Sumbiling" untuk menyedut air
tapai ini dari dalam tempayan besar. Biasanya sumbiling digunakan untuk meminum air tapai yang
diperbuat daripada ubi kayu. Selain itu, mereka juga menggunakan gelas khas dinamakan
"Singgarung" yang diperbuat daripada buluh. (MYUKUR, 2015)

14
5.0 Kesimpulan

Masyarakat Kadazan Dusun terdiri daripada pelbagai etnik-etnik kecil yang mempunyai
pandangan yang berbeza. Implikasinya institusi perkahwinan dan keluarga dalam masyarakat
Kadazan Dusun telah mengalami banyak perubahan. Masyarakat Kadazan Dusun banyak
mengalami proses asimilasi berbanding etnik lain. Segelintir generasi muda zaman sekarang sukar
untuk diterima sebagai masyarakat Kadazan Dusun yang tulen memandangkan segala kehidupan
telah bertukar kepada masyarakat tempatan. Generasi muda sekarang semakin hilang nilai adatnya
kerana lebih bersifat moden dan kontemporari seiring dengan modenanisasi yang berlaku. Tidak
dapat dinafikan, kebudayaan ini masih dipegang cuma pengisian dan caranya lebih moden
berbanding dahulu. Terdapat banyak adat resam dan kepercayaan masyarakat Kadazan Dusun
telah ditinggalkan kerana selain daripada mengalami proses asimilasi, ada di antara adat dan
kepercayaan itu tidak bersesuaian dengan kehidupan zaman sekarang.

Proses asimilasi yang diamalkan oleh masyarakat Kadazan Dusun telah berjaya
mewujudkan keadaan yang harmoni dan saling bantu-membantu antara satu sama lain di negeri
Sabah. Sebagai masyarakat Malaysia yang bertanggungjawab dan cinta akan negara, kita harus
memahami budaya dan perayaaan pelbagai kaum dalam Malaysia supaya tidak berlakunya
pertelingkahan dan perselisihan faham antara masyarakat. Kita harus memberi hormat kepada
pelbagai kaum kerana kaum yang berbeza mempunyai adat dan budaya yang berbeza. Kita harus
bertoleransi supaya negara Malaysia dapat maju dan menjadi negara yang moden.

15
6.0 Bibliografi

Buku

1. Ooi Keat Gin. 7th Jun 2010. The A to Z of Malaysia. Maryland, Amerika Syarikat: Scarecrow
Press [Dipetik pada hari 26 February 2017]

2. Zaini bin Mohammad Isa. 1969. Kebudayaan dan Adat Resam Kadazan dan
Murut. Kangar: Pustaka Awam. [Dipetik pada hari 27 February 2017]

3. Erich Kolig, Vivienne S. M. Angeles, Sam Wong. 2009. Identity in Crossroad Civilisations:
Ethnicity, Nationalism and Globalism in Asia. Amterdam, Holland: Amsterdam University
Press [Dipetik pada hari 28 February 2017]

4. Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia. 2010. Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas
Demografi. Kuala Lumpur, Malaysia: Jabatan Perangkaan Malaysia [Dipetik pada hari 28
February 2017]

5. Jacqueline Pugh Kitingan. 2012. Kadazan Dusun. Sandakan, Sabah: Siri Etnik Sabah ITBM-
UMS [Dipetik pada hari 1 Mac 2017]

Internet

1. Sabah Tourist Association, (2017), People and Culture


http://www.sta.my/people_culture.cfm [Dipetik pada hari 26 February 2017]

2. ZhongWenBaiKi, (1st Januari 2011), Kadazan-Dusun


http://www.zwbk.org/MyLemmaShow.aspx?lid=223622 [Dipetik pada hari 26
February 2017]

3. Portal 1 Klik, (28 Februari 2017), Etnik Sabah Dalam Kepelbagaian Kebudayaan,
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/7481-etnik-sabah-dalam-kepelbagaian-
kebudayaan.html [Dipetik pada 1 Mac 2017]

4. Lindu Livan, (2 June 2014), Perayaan tadau kaamatan kadazan dusun,


http://www.projekdialog.com/featured/perayaan-tadau-kaamatan-kadazan-dusun/ [Dipetik
pada 1 Mac 2017]

16
5. Sabah.edu, (n.d.), Warisan Budaya kaum Kadazandusun,
http://www.sabah.edu.my/skm015.wcdd/muzik.htm [Dipetik pada 1 Mac 2017]

6. Pengajian Malaysia, (6 February 2015), Adat Resam Perkahwinan Kaum di Malaysia,


http://pengajianmalaysiadls1b.blogspot.my/2015/02/60-perkahwinan-kaum-kadazan-dusun.
htm [Dipetik pada 1 Mac 2017]

7. My Voice Heart, (30 June 2010), Adat resam Suku Kaum Kadazan,
http://myvoiceeheart.blogspot.my/2010/06/adat-resam-suku-kaum-kadazan.html [Dipetik
pada 1 Mac 2017]

8. Sabah.edu, (n.d.), Warisan Budaya kaum Kadazandusun,


http://www.sabah.edu.my/skm015.wcdd/tarian.htm [Dipetik pada 1 Mac 2017]

9. Sabah.edu, (n.d.), Warisan Budaya kaum Kadazandusun,


http://www.sabah.edu.my/skm015.wcdd/Kaamatan.htm [Dipetik pada 1 Mac 2017]

10. MYKMU, (26 June 2013), Asal Usul dan Tradisi Pesta Kaamatan,
http://www.mykmu.net/2013/06/asal-usul-dan-tradisi-pesta-kaamatan/
[Dipetik pada 1 Mac 2017]

11. Projek Dialog, (2 June 2014), Perayaan Tadau Kaamatan Kadazan Dusun,
http://www.projekdialog.com/featured/perayaan-tadau-kaamatan-kadazan-dusun/
[Dipetik pada 1 Mac 2017]

12. MYUKUR, (17 Mei 2015), Pesta Kaamatan, http://myukur.blogspot.my/search?updated-


max=2015-05-17T14:01:00-07:00&max-results=2&reverse-paginate=true&start=6&by-
date=false [Dipetik pada 1 Mac 2017]

17

Anda mungkin juga menyukai